Monday, February 16, 2009

HUBUNGAN KERAJAAN DENGAN RAKYAT MARHEIN ADALAH ESET PENTING KEPADA SESEBUAH NEGARA SEPERTI MALAYSIA

Perubahan untok merubah sesuatu pemikiran manusia adalah terlalu sukar disamping memerlukan masa yang panjang. Ianya juga bergantong kepada tahap pencapaian pemikiran ilmu pada sesaorang itu. Perubahan untok kebaikan amat sukar jika dibanding dengan perubahan kearah kemungkaran atau kejahatan.

Untok membuat perubahan dalam pemerintahan sesebuah negara bukanlah sesenang seperti yang diucapkan oleh pembangkang hari ini. Selain dari itu juga ia memerlu jangkamasa yang panjang itu pun belum tentu lagi dapat dilaksanakan, kerana ianya banyak lagi bergatong kepada perkara-perkara lain lagi. Kerajaan yang baik bukan hanya dapat diukur dengan pembangunan di negara itu semata-mata. Kehidupan rakyat seharusnya diambil kira. Rakyat akan lebih tertekan jika taraf ekonomi kehidupan mereka tidak seimbang dengan pembangunan yang dilaksanakan. Sebetulnya kerajaan harus berusaha memajukan rakyat terlebih dahulu. Fikiran rakyat harus diperbetulkan. Ilmu dan berintelektul boleh melahirkan modal insan yang baik. Dijadikan aset penting dan juga sebagai pemangkin kepada kerajaan untok memajukan sebuah negara seperti Malaysia.

Dalam kontak di Malaysia hari ini, kerajaan seharusnya peka masalah yang rakyat alami. Hubungan rakyat dengan kerajaan semakin longgar, rakyat dengan cara rakyat - kerajaan dengan cara kerajaan. Itulah apa yang berlaku hari ini antara sebab rakyat semakin jauh dengan kerajaan.

Makanya, wakil-wakil rakyat dari kerajaan yang ada pada hari ini seharusnya bertindak sebaik mungkin menangani masalah ini. Hubungan rakyat semakin renggam, sikap setia kawan antara pemimpin dengan pemimpin, pemimpin dengan rakyat sudah semakin kabur. Ini adalah perkara paling asas, pun sudah tiada lagi. Sudah tentu keikhlasan dalam perjuangan sesaorang pemimpin dipertikaikan, dimata rakyat pemimpin seperti ini sudah tidak releven lagi. Pemimpin yang sudah tersimpang jauh - pentingkan diri semata-mata. Setia kawan bermaksud kita pentingkan rakan-rakan bukan hanya diri sendiri sahaja. Prinsip perjuangan yang sebanar sudah tidak difahami oleh rakyat - menjadi keliru. Kesannya semua ditanggong oleh kerajaan. Kepercayaan rakyat kepada kerajaan akhirnya semakin terhakis dan terbukti dalam PRU12 dan dalam kedua-dua PRK tempuhari.

No comments:

Post a Comment