Dalam politik bertahan yang diamalkan oleh Umno akhirnya terjawab hari ini. Umno dihina dikeji oleh rakan sebangsa dan seagama. Kerana kematangan berpolitik dan kebijaksanaan para pemimpin , Umno tetap juga meneruskan usaha menjalankan tugas dan tanggongjawab walaupun kerajaan pada masa ini diasak bertubi-tubi oleh parti pembangkang.
Lain pulak terjadinya kepada parti pembangkang. Sejak lepas PRU12 hingga hari ini parti itu masih terkebil-kebil mencari titik kerjasama antara mereka. Boleh dikatakan 24 jam mereka berpolitik tanpa mengambil kira peranan yang dipertanggongjawabkan oleh rakyat kepada mereka. Rata-rata orang bercakap pemerintahan pembangkang keatas 5 negeri yang mereka menangi itu tidak kekal lama. Pakatan yang rapuh yang dibuat hanya semata-mata mahu mengayang Umno tanpa mengambil kira kesannya kepada negara dan rakyat. Syabas sekali lagi kepada Umno kerana tidak mengikut rentak parti pembangkang yang ternyata kepurapuraan itu.
Kerajaan Pakatan Perak yang berkuasa hari ini terhoyong hayang apabila dua ahli PKR bertindak keluar daripada gabungan berkenaan. Keadaan semakin parah apabila Timbalan Speaker, daripada DAP juga dikatakan sudah meninggalkan pakatan tersebut. Langkah pertama ADUN Bota meninggalkan Umno menyertai PKR begitu mengembirakan Nizar. kelebihan memehak kepada PR, Umno kehilangan seorang ADUN. Tak sampai seminggu selepas itu, ADUN PKR pula meninggalkan parti itu yang berura-ura ingin menyertai Umno.
Kelmarin SPR telah membuat keputusan kedua-dua ADUN PKR tetap kekal sebagai wakil rakyat sekaligus penamatkan desas desus piliharaya kecil akan diadakan semula. Tak sampai pun 24 jam selepas mengetahui keputusan SPR itu. Kerajaan +1 - 2 Perak dewan nya dibubar. Keputusan untuk membubarkan DUN Perak dikatakan dicapai dalam mesyuarat tergempar parti-parti Pakatan malam tadi. Mohamad Nizar Jamaluddin dikatakan berada di istana menunggu perkenan Sultan Perak menerima menghadap untuk meminta perkenaan Baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan satu pilihan raya negeri Perak diadakan.
Makanya, sudah tentu sejarah di Perak di zaman pemerintahan serpihan komunis itu tetap tersimpan dalam sanubari setiap rakyat di Negara ini. Satu pemerintahan yang rakus mengadaikan maruah agama dan bangsanya sendiri. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu sekarang mungkin Sultan Perak tidak bersedia membubarkan DUN Perak. Tidak mustahil Baginda akan memangil parti yang mempunyai majoriti (Umno) untuk membentuk kerajaan baru sekali gus melenyapkan kerajaan Nizar +1 - 2 Perak! ALLAH MAHA BESAR.
Berita akan menyusul lagi...
No comments:
Post a Comment