Monday, February 9, 2009

LAGI POLITIK PERAK : ANWAR PERLU BERTAUBAT DAN KEPIMPINANNYA PERLU DISINGKIRKAN SEGERA

GEORGE TOWN Ketika krisis politik di Perak belum selesai, Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berhenti daripada memimpin ikatan pembangkang.

Karpal mendakwa Ketua Umum itu yang mencetuskan budaya melompat parti selain menjejaskan 'keharmonian' dalam Pakatan Rakyat.

"Beliau (Anwar) telah menyebabkan cukup masalah dan sudah tiba masa bagi Anwar bertaubat.

"Kini masa untuk Pakatan Rakyat memerlukan seorang lagi pemimpin," kata beliau menyatakan demikian pada sidang media di sini sebentar tadi.

Kenyataan itu dikeluarkan dua hari selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kepimpinan kerajaan negeri Perak yang sebelum ini diterajui Pakatan.

Pakatan kehilangan Perak selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka bertindak keluar.

Tiga daripada mereka bertindak sebagai wakil rakyat Bebas manakala seorang lagi iaitu ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) kemudian kembali ke Umno dalam tempoh tidak sampai 10 hari.

Pakatan Rakyat ditubuhkan selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu dengan dianggotai DAP, PAS dan PKR.

sumber - mstar.online


No comments:

Post a Comment