Thursday, February 5, 2009

ZAMBRY MB PERAK YANG BARU MENGANTIKAN NIZAR

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir 47, telah dipilih oleh Umno Barisan Nasional dan diumumkan sebagai Menteri Besar Perak yang baru dan akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, 3.30 petang esok.

Barisan Exco kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pula akan mengangkat sumpah di istana yang sama pada 10 Februari ini.

Pengumuman mengenainya dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pangkalan TUDM di sini malam ini sekembalinya dari menghadap Sultan Perak di Istana Kinta, Ipoh. Dalam news tv3 sekejap tadi mengesahkan perlatikkan tersebut.

Ketokohan Zambry terserlah dan antara orang yang paling vokal menentang kerajaan Pakatan Rakyat dibawah pimpinan MB Nizar. Zambry adalah bekas Exco semasa kerajaan BN dibawah pimpinan Mohd Tajol Rosli Ghazali dan juga bekas Ketua Pemuda Umno Perak dan anggota Exco Pemuda Umno Malaysia.

Beliau juga termasuk salah seorang penyokong kuat Anwar Ibrahim semasa Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri suatu ketika dahulu dan pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) kerana aktiviti refomasi Anwar.

Apabila dibebaskan dari ISA beliau sudah berubah. ISA memberi permulaan baru dalam politik tanah air kepada beliau. Beliau juga dikenali sebagai tokoh yang warak.

Seorang yang berkelulusan Phd dan pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Makanya, tamatlah sudah zaman kerajaan boneka Pakatan Rakyat dibawah pimpinan Nizar. Dengan kerajaan baru ini semuga Negeri Perak akan lebih maju. Diatas kebijaksanaan dan kesabaran pemimpin Umno BN dan rakyat Perak maka Allah SWT permudahkan segala-galanya. Sesungguhnya Umno BN lah yang layak memerintah dan sudah terbukti sekian lama, syabas kepada Datok Sri Najid dan rakan-rakan. Tahniah kepada rakyat Perak anda telah dibebaskan dari MB Nizar yang gila kuasa.

No comments:

Post a Comment