Thursday, February 19, 2009

PAS BUKAN BERJUANG UNTOK ISLAM - PEJUANGAN ISLAM SEBENAR ADALAH UMNO

Mufti Perak, Datuk Seri Dr. Harussani Zakaria menasihatkan masyarakat Islam di Negeri Perak supaya berfikir secara rasional dan menerima ketentuan qada dan qadar ditentukan Allah SWT selain sama-sama berusaha menyelesaikan masalah yang timbul.

Beliau berharap seluruh mesyarakat Perak menerima keadaan yang berlaku dan menerima keputusan yang dibuat pemerintah (Sultan)."Dari segi Islam, turun naik adalah masalah lain. Itu masalah perjuangan. Masalah kita sekarang adalah, kita ada pemerintah. Kalau keputusan sudah dibuat oleh pemerintah, kita yakin keputusan itu sudah dipertimbangkan secara halus berdasarkan undang-undang.

"Keputusan itu wajib kita taat. Kita wajib taat sebagaimana wajib taat kepada Allah, Rasul dan pemerintah," katanya ketika menerima kunjungan Menteri Besar Perak Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir di kediamannya di Kampung Baru Sungai Rapat dekat Ipoh, petang Isnin lalu.

Katanya, beliau sentiasa berdoa kepada Allah supaya memberi kekuatan kepada Dr. Zambry untuk memimpin dan menerajui negeri ini dengan baik.

"Saya berdoa supaya Allah merestui dan memberi pertunjuk serta kekuatan kepada beliau untuk memimpin negeri ini supaya berjalan dengan baik," katanya.

Dr. Harussani berkata, perlantikannya sebagai mufti di negeri ini adalah menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam memberi nasihat kepada Sultan Perak, perkara berkaitan hal ehwal agama, majlis agama Islam negeri dan kerajaan negeri. "Pada saya yang benar saya katakan benar dan yang salah saya akan tegur," katanya.

Sementara itu, Dr. Zambry berkata, kedatangannya untuk bertemu Datuk Mufti adalah untuk memohon restu dan meminta nasihat serta panduan daripada beliau untuk memimpin negeri ini.

"Saya dengan penuh insaf dan sedar bahawa jawatan ini bukan satu keistimewaan tetapi lebih kepada amanah yang perlu dijunjung dengan sebaik mungkin," katanya.

Inilah bezanya Dr. Zambry dengan bekas Menteri Besar yang lalu, Ir Mohamad Nizar Jamaluddin kerana ketika dia menghadapi masalah, bukan Datuk Mufti yang ditemuinya untuk mendapatkan nasihat dan memohon restu sebaliknya dia mendapatkan nasihat dari Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang keperibadiannya sentiasa disangsikan.

Ir Mohamad Nizar juga dikatakan begitu berani kerana suntikan semangat yang didapatinya dari Exco Kanan, Datuk Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Perak yang turut mencalonkan namanya sebagai bakal Menteri Besar Perak, sebaik sahaja keputusan PRU 12diketahui.

Orang-orang PAS bukan mempertahankan Ir Mohamad Nizar sahaja, malahan mereka turut mempertahankan Ngeh yang dilihat adalah Menteri Besar Perak di belakang tabir ketika Ir Mohamad Nizar menjadi "boneka".

Mereka yang berbaring di tengah jalan adalah golongan yang mahu dilihat sebagai "mati sahid" kerana kerajaan pimpinan PAS itu bekerjasama kuat dengan DAP yang mereka anggap sebagai "darah daging mereka sendiri".

Mereka tidak belajar agama secara betul kerana kuliah agama orang-orang Pas adalah di pentas-pentas ceramah politik yang mana antara "ustaz" yang mereka kagumi termasuklah Datuk Mahfudz Omar, orang yang tidak mendapat pengajian agama dari mana-mana institusi pengajian tinggi.

Apa yang Mahfudz tahu ialah, menyindir, menyerang dan mengajak rakyat supaya menjadi biadap kepada pemerintah kerana Mahfudz yakin di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim, Islam akan lebih gemilang, terbilang dan cemerlang jika dibandingkan dengan kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kepada orang-orang PAS, hentikanlah segala bentuk sms yang mendoakan sesame Islam musnah dan dijahanmkan Allah. Jika mereka mati, bukan Datuk Ngeh Koo Ham yang menyembayangkan jenazah mereka, sebaliknya saudara seagama mereka juga yang bakal berbuat demikian.

Sekurang-kurangnya, ada juga sedekah al-Fatihah dari saudara seagama yang orang-orang PAS benci ini kerana politik tidak boleh menyebabkan sesiapa dijanjikan syurga. Jika orang-orang PAS percaya hanya orang-orang PAS sahaja yang dapat masuk syurga apabila mati, macam mana dengan orang-orang Islam di luar Malaysia yang tidak pernah menyertai PAS seumur hidup mereka?

Cukuplah dengan kekeliruan yang dibuat oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat kononnya orang PKR masuk BN – keji, tetapi orang BN masuk PKR – mulia. Dia mungkin nak bercakap orang BN masuk PKR, syurga, manakala orang PKR masuk BN, neraka.

Kita yang waras ini, biarkanlah dia begitu kerana dia merasakan dia terlalu pandai dan orang lain semuanya bodoh-bodoh belaka.

Adakah hanya orang-orang PAS di Malaysia sahaja yang dapat masuk Syurga sedangkan orang-orang Islam lain tidak sedemikian? Cukuplah! Hentikanlah kerja-kerja karut ini. Bertaubatlah.

Suara Politik
Taminsari.

No comments:

Post a Comment