Sunday, February 22, 2009

PAS KELANTAN CABAR MP BEBAS PASIR MAS LETAK JAWATAN

PAS Kelantan minta Ahli Parlimen Bebas kawasan Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meletakkan jawatannya kerana sering mengkritik parti itu. Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan sifatkan Ibrahim sebagai tidak mengenang budi kerana diberi peluang bertanding atas tiket PAS pada pilihan raya umum, Mac tahun lalu. Katanya, Ibrahim tidak sepatutnya sering menghentam Pas seolah-olah beliau sahaja yang betul. “Kalau dia bermaruah, dia boleh meletak jawatan,” katanya di Kota Bharu hari Jumaat. Sementara itu mengulas hal berkenaan dalam satu sidang akhbar di Pasir Mas, Ibrahim menegaskan beliau tidak akan letak jawatan kecualilah itu menjadi kehendak para pengundi di kawasannya. Beliau menjelaskan kerjasamanya dengan PAS merupakan persefahaman antara dua pihak dan tidak perlu terikat dengan kehendak parti itu.Ibrahim mempersoalkan sikap PAS yang hanya akan menganggap seseorang itu bermaruah jika sependapat dan mengikut segala kemahuan mereka.” Soalnya apakah kerana budi, saya tidak boleh menegur, inikah parti Islam," katanya.


Agendadaily.

2 comments:

  1. salam perjuangan melayu islam pok mie... nanti di kb kita jumpa...bagi pok mie punya email. masuk facebook ambo... cari dan buka aberamly

    ReplyDelete
  2. Asalamualaikum OTAI dn bloggers...

    Pas memulakan perpecahan sesama islam di Negara ini... Pas membuang iman dan Penghulu2 yg dilantik dizaman Pemerintahan Umno Kelantan. Pas melantik iman dan penghulu dikalangan penyokong mereka, disitulah bermulanya Islam berpecah di Kelantan dan tersebar ke negeri2 lain spt tgh berlaku perpecahan dibeberapa negeri dibawah parti pembangkang hari ini.

    Maka lahirlah sembahyang dua iman, peningkahan Umno dibatalkan, kenduri dan kematian tidak bercampur aduk dan sebagainya...

    Ok kwn email kawe : Arisfx@yahoo.com YM : Arisfx
    SMS 016 9217815.

    TQ kerana melayari blog kawe, kita jumpa nanti..Pakmie

    ReplyDelete