Friday, February 6, 2009

PERMULAAN YANG BAGUS 16 SEPTEMBER BERTUKAR MENJADI 5 FEBUARI

Hebat sangat kah Anwar Ibrahim? dari segi kelecekkan memang hebat, menyebabkan gu lawan jadi gerun. Tetapi keadaan sebenar apabila tiba masanya ia menjadi kelam. Ada kawan Pakmie kata sebab apa bola kelantan selalu kalah? kawan tu bagi tahu pada Pakmie> pemain penyerang bola sepak Kelantan memang lincah tetapi tidak membahaya. Apabila sahaja digawang gol tendangannya terus tersasar jauh keatas atau terpelantun dari sasaran gol dengan ertikata lain finishing tak ada. Begitu jugalah Anwar Ibrahim, nampak macam seolah-olah beliaulah pemimpin terunggul masakini tetapi hakikatnya beliau dengan sengaja gemar mencetus provakasi untok mencari keuntungan pada dirinya sendiri. Politik jenis revest physiologi yang diamalkan mengikut cara William Shakepeare ini amat membahaya jika rakyat tidak memahami apa yang sebenar tersirat. Melaung Negara berkebajikan, mahu mewujudkan ekonomi rakyat yang samarata tanpa birokrasi dan kerajaan yang telus dan adil. Hasratnya akan lebih mudah tercapai jika negara dalam keadaan kucar kacir.

Tindakan lompat parti yang diilhamkan oleh Anwar selama ini yang juga dianggap 'pemanis' bagi pembangkang untuk merealisasikan impian menubuhkan kerajaan akhirnya menjadi 'racun grandmoxe' pembunuh segala rumput-rampai, seperti yang berlaku kepada kejatuhan kerajaan negeri Perak dibawah pemerintahan pembangkang hari ini.

Perkembangan politik yang menarik bagi Umno BN bagi membuka sejarah baru itu ternyata memberi tamparan hebat kepada pakatan pembangkang yang selama ini mengharapkan pendekatan lompat parti sebagai jalan mudah untuk membentuk kerajaan.

''Apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim meninggalkan BN buat seketika waktu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyebutkan ia sebagai satu tindakan yang demokratik.

''Makanya, kini dia tidak boleh berhujah lagi kerana inilah perkara yang mereka harap berlaku selama ini,'' tamparan hebat ini dikongsi sehingga mengingkari perintah Sultan tidak mahu melepas jawatan MB dan para exco. Hari ini juga Nizar dan barisan exco dan wakil rakyatnya tidak hadir dimajlis angkat sumpah perlantikan Yb Zambry Ab Kader sebagi MB baru Perak di Istana Sultan Perak 3.30 petang ini.



Berita akan menyusul lagi...

No comments:

Post a Comment