PRK Parlimen Bukit Gantang juga boleh dibuat kayu pengukur sejauhmana kemelut siasah di Perak baru-baru ini kepada BN dan perpaduan serta ketahanannya. Pilihanraya kali ini juga penutup episod kepimpinan PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam meneraju negara dan kekuatan UMNO, BN pada keseluruhannya.
UMNO setempat semestinya berazam untuk menebus kembali maruah BN menerusi PRK ini kerana Parlimen Bukit Gantang di era sebelum PRU12 adalah kubu tradisi memihak kepada BN. Tetapi, bagaimana pula kerjasama oleh komponen BN lain, dan bagaimana pula corak sokongan pengundi bukan Melayu?
Ramai pemerhati penganalisis dari luar masih beranggapan senario terkini politik Perak sekarang tidak akan memihak lagi kepada BN dalam PRK tersebut.
Rata-rata ramalan ikhlas ini mahu melihat BN supaya dapat memecah kebutuan dalam menangani PRK kali ini menerusi pendekatan yang khusus, bijaksana, kompremhensif dan lebih berkesan lagi.
No comments:
Post a Comment