Wednesday, February 18, 2009

SEJARAH ISLAM

Ajaran agama Islam sebenarnya telah diturunkan sejak zaman Nabi Adam A.S lagi. Namun, pada masa itu sehinggalah zaman Nabi Isa A.S, ajaran tersebut tidak dinamakan sebagai agama "Islam". Ia dinamakan sebagai ajaran Tauhid yang menyembah Tuhan yang satu iaitu "Allah S.W.T"

Semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W, Islam dinamakan sebagai ajaran rasmi yang menyambung ajaran Tauhid pada zaman nabi-nabi sebelumnya.

Selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, pengikut ajaran Islam telah terbahagi kepada dua bahagian iaitu Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan Syiah.

Ahlul Sunnah Wal Jamaah ialah pengikut yang mengikuti ajaran asal yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W (Al Qur'an & Sunnah) serta yang berpegang dengan pendapat hadith daripada golongan Ahl al-Bayt (golongan rapat dengan Rasulullah S.A.W).

Syiah pula merupakan serpihan dari golongan asal Ahlul Sunnah Wal Jamaah, yang mana mereka juga berpegang kuat dengan Al-Qur'an & Sunnah. Perbezaannya ialah, mereka merupakan golongan yang menjadi penyokong kuat Ali Bin Abi Talib R.A (sepupu Rasulullah S.A.W).

No comments:

Post a Comment