Tuesday, February 3, 2009

SPR - STATUS 2 ADUN PKR PERAK

1. Osman Jailu (PKR-Changkat Jering)
2. Jamaluddin Md Radzi (PKR-Behrang)

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini telah bermesyuarat dan sekejap tadi telah mengumunkan keputusan keatas status kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun Perak, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi yang dilaporkan telah meletak jawatan adalah tidak sah dan masih kekal sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.

SPR hari ini terpaksa mengadakan mesyuarat ekoran daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar dalam kenyataan mengumumkan bahawa Adun Behrang, Jamaluddin dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka sebagai wakil rakyat beberapa hari yang lepas.

Dengan keputusan itu (SPR), sekaligus menamatkan ura-ura pilihanaya kecil yang akan diadakan semula dikedua-dua DUN tersebut, gara-gara dari surat perletakan jawatan oleh kedua-dua ADUN berkenaan.

Apa komen pembangkang khasnya PKR Perak keatas keputusan SPR ini, sekali lagi kita sama-sama tunggu dan lihat. Tentunya menarik sebab terkena batang hidung sendiri dalam mana sekian lama SPR telah dinodai ketelusannya oleh pembangkang.

No comments:

Post a Comment