Tuesday, February 24, 2009

BAIK NIZAR BERIHAT SAHAJA DARI BERMAIN POLITIK

Kalau nak dikatakan Nizar cerdik sudah tentu ramai lagi golongan yang lebih cerdik dan pandai dari beliau di Perak. Kalau nak dikata Nizar ni seorang yang alim, ramai lagi golongan alim ulama di Perak. Kalau nak kata Nizar seorang pejuang, ramai lagi pejuang-pejuang yang handal dan berjasa di Perak. Sebenarnya tiada ungkapan lagi untok di samakan dengan kelakuan Nizar. Hanya satu sahaja yang layak untok Nizar, nasihatkan kepada beliau baiklah beliau berundur dari berpolitik seketika. Nizar tidak faham dan amat cetek ilmu pengetahuannya dalam mengenali lebih dekat apa itu sebenar nya 'politik'.

Kenapakah Nizar tidak boleh menerima kenyataan? Dalam politik jatuh bangun itu perkara biasa. Apabila kita jatuh, kita masih ada masa lagi untok kita bangkit kembali. Semasa kita ada kuasa jangan pula kita lupa daratan. Kawan menjadi lawan, lawan menjadi kawan itu sudah lumrah politik. Kuasa dan pangkat dalam politik buka harta pusaka mak bapak kita. Dalam politik tidak semestinya kita baik dan cerdik itu orang menyukai kita. Hari ini rakyat Perak sudah merasa juak dan ketawa melihat telatah Nizar. Walaupun Tuanku Sultan telah menitahkan beliau meletakkan jawatan dan melantik menteri besar baru, tapi dia masih mendakwa jadi Menteri Besar.

Nizar dan pemimpin Pakatan Rakyat melaungkan tidak perlu turun dari kerusi MB kerana dia dipilih oleh rakyat. Kenapa mereka berselindung diatas nama rakyat? Adakah rakyat yang memilih beliau menjadi MB?

Mereka sebenarnya terkeliru atau saja-saja buat keliru atau sengaja mengelirukan mata rakyat dengan alasan tersebut.

Sebenarnya sistem demokrasi di negara kita, rakyat cuma memilih wakil rakyat untuk kerusi DUN dan kerusi parlimen. Rakyat tidak mengundi untuk memilih Menteri Besar atau Perdana Menteri. Menteri Besar ditentukan oleh Sultan atau Raja bagi setiap negeri manakala Perdana Menteri ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong berasaskan parti yang mendapat suara majoriti. Oleh itu benarkah seperti yang dilaungkan Nizar dan pemimpin Pakatan Rakyat, Tuanku Sultan Perak telah mengambil hak rakyat? Sudah tentu tidak sama sekali.

Tuanku Sultan tidak memecat Nizar sebagai ADUN Pasir Panjang yang dipilih oleh rakyat, sebaliknya Baginda menitahkan Nizar meletakkan jawatan Menteri Besar yang menjadi hak mutlak perlantikkannya oleh Tuanku Sultan. Itupun sebab Pakatan Rakyat sudah hilang kuasa majoriti di DUN Perak. Nizar sepatutnya tidak menderhaka atau membuat kecoh, sebaliknya berusaha mendapatkan semula sokongan seberapa ramai ADUN BN menyokongnya dan kemudian meminta perkenan Tuanku Sultan melantiknya semula sebagai Menteri Besar.

Cara yang Nizar lakukan ini sebenarnya memalukan dirinya sendiri dan akan menjadi bahan ketawa sehingga ke anak cucu. Jenis cerdik tak boleh tumpang, bodoh tak boleh dijar.

Bukan mustahil selepas ini rakyat yang dulunya menyokong Pakatan Rakyat pada PRU-12 yang lepas akan beralih menyokong BN kerana bosan dengan gelagat yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin mereka dan bukan mustahil juga selepas ini beberapa lagi YB pakatan Rakyat akan menyeberangi sempadan. Nizar jangan menganggap seluruh rakyat itu bodoh dan mudah dipermainkan. Dikalangan mereka itu ramai lagi yang lebih cerdik dan lebih tahu dari kita. Sepatutnya kalau Nizar cerdik jangan sesekali cuba menentang arus, bina kekuatan balik dari baik dan cuba buktikan apa kelebihan yang ada pada diri kita. Jika kena cara dan masa kita akan diangkat kembali mungkin lebih dari apa yang ada pada hari ini. Tetapi setelah hari ini menampakkan kepada kita, tingkah laku yang ditunjukkan tidak cerdik sukarlah untok rakyat mengangkatnya kembali kerana Nizar sengaja menciptakan musuh-musuhnya, tambah-tambah lagi dengan pehak Istana Sultan Perak. Sekarang langkah terbaik Nizar kena berehat dulu dalam politik. Usahkan sekarang Nizar bercita-cita mahu lagi memegang jawatan sebagai MB, waima jika NIzar sekarang masih memegang jawatan pengerusi masjid dikampong beliau sendiri pun Nizar kena letak jawatan.

9 comments:

  1. ek eleh.blog umno rupenye..silap masuk..

    ReplyDelete
  2. Apabila polis menghentikan siasatan terhadap speaker Perak, bermakna Zambry adalah MB yang tak sah.

    ReplyDelete
  3. Satu lagi project Barisan Nazional....oppss silap ckp

    ReplyDelete
  4. Tak habih dengan kebodohan. Macam mana nak berubah. 28 PR = 28 BN dan 3 DUN bebas. 2 ada kes rasuah. macam mana. Kemelut ini tidak akan selesai selagi tidak dipulangkan pada rakyat. Semudah itu aje..kenapa nak cari jalan berlaku. Kenapa nak bergayut dan talian hayat pada Sultan dan QC?. Rakyat yg patut menentukan bukan Sultan. Apasal takut nie?

    ReplyDelete
  5. salam...

    Bilik dah betul...cuma anda sahaja yg tersilap bilik - ntk pembela malaysia.

    ReplyDelete
  6. Bodohnya takleh nak pikir ke... kalau betullah zambry tu pilihan rakyat... OKLA tak payah cakap Nizar tu pilihan rakyat, tp kalau Zambry tu betul pilihan rakyat...

    Bubarla DUN tengok sapa menang pilihanraya... kalau betul rakyat nakkan Zambry/UMNO, okla ... perintah la sgt kalau nak...

    Tapi berani ker Zambry nak bubarkan DUN??? Hmmm...

    ReplyDelete
  7. Zambri tu pengecut...org kg kate tkde telo...sikit2 nyork belakang sultan...mcm ni ke kepimpinan yg UMNO bangga2 kn...kalu berani bubar la DUN...baru tau sape pilihan rakyat Perak sebenarnya...setakat amek katak2 yg terancam yg amek najis tu utk cukupkn undi baik tk payah...

    ReplyDelete
  8. Jika tidak mengerti undang-undang, buta perlembagaan, jangan nak terus menerus menegakkan benang yang basah, membuang masa rakyat Perak aje. pergilah belajar bertanyakan orang yang lebih arif, sekarang ini dah pun ke london, mencari QC. Tidak berkeyakinan atau pun tidak berpuas hati dengan pakar-pakar perundangan/perlembagaan di tanah air sendiri??. Bukankah lebih bijak kalau di buat begitu sebelum bertindak rakus, merampas hak orang. Rakyat minta diadakan Pilihan raya, adakanlah, kenapa enggan. apabila rakyat tak nakkan kamu, tak ada gunanya rampasan kuasa, tidak berbaloi segala tipu helah. Kamu tetap dipinggirkan, dipandang perampas hak rakyat. Ada akai, letak kat mana??????????.

    ReplyDelete
  9. Kedua2nya betul...tak ada yg salah antara Zambry dgn Nizar. Sebab dlm politik tak ada jawaban yg sebenar.

    Kita terpaksa akur kpd Zambry sb dia MB ketika ini tu saja...esok lusa belum tentu lagi...Kuasa Allah mengatasinya...

    ReplyDelete