Wednesday, February 11, 2009

ISU PAKATAN DALCA 2 : TANGAN - TANGAN YANG DISEMBUNYI

Apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh membaling batu kearah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bayang-bayang siapa sebenarnya dalang dalam kes di Perak ini semakin jelas.

Lim Kit Siang sebagai Penasihat parti DAP juga turut dicucuk hidung oleh Anwar. Dari kenyataan Karpal itu dengan sendirinya membuka ruang siapa sebenarnya orang yang menjadi dalang untuk menjadikan Perak kelam-kabut. Anwar larang Mohd Nizar kosongkan kediaman rasmi Menteri Besar kerana Pakatan Rakyat masih menganggapnya Menteri Besar Perak yang sah.

Mohd Nizar, hidungnya bagai kena cucuk sedangkan beliau adalah pemimpin PAS. Di manakah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengatasi kemelut ini? Apakah beliau tidak mampu melakukannya?

Fikir-fikirkanlah akan realiti ini disebalik apa sebenarnya hasrat DAP maupun Anwar dalam apa yang dilontar oleh Karpal kepada ketua Pembangkang itu. Mungkin ada pula udang disebalik batu di sebalik tindakan yang telah dilaksanakan, yang mungkin juga bakal wujud jerangkap samar atau bom jangka yang amat padah impaknya kepada BN.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang mengecam Ketua Pembangkang itu yang kononnya berkaitan dengan perbuatan (Anwar) mempromosikan budaya lompat parti dalam pakatan rakyat yang menyebabkan Perak jatuh kepada BN itu?.

Makanya,
samalah kita renong sambil berfikir apa lagi tindakan yang bakal dilakukkan oleh Karpal mau pun Anwar seterusnya. Jerat tidak mudah lupa kepada pelanduk. BN harus lebih waspada dan lebih berhati-hati dalam menangani isu Perak ini. Jangan harapkan pagar semata, manatau takut ada "pakatan disebalik pakatan" atau "pagar itu sendiri yang makan padi". Lebih lagi tidak elok rasanya jika BN mengambil masa yang panjang dalam merayakan kejayaan merampas Perak dari Pakatan Rakyat tempuh hari.

No comments:

Post a Comment