Sunday, February 8, 2009

LAGI ISU POLITIK PERAK : NIZAR PERLU BERTINDAK SEGERA

Tidak sampai pun lagi tiga hari BN memerintah negeri Perak, ucaptama MB baru Zambry mengajak seluruh rakyat Perak supaya bersatu bagi memastikan Perak dalam keadaan aman seterusnya dapat membangunkan negeri Perak selaras dengan kehendak rakyat Perak dengan kerjasama kerajaan pusat. BN telah menyelamat negeri Perak dibawah pemerintahan pembangkang. Kalau sebelumnya Nizar dari parti pas telah diangkat oleh Sultan Perak menjadi MB. Dalam pilihanraya ke 12, Mac 2008 Perak jatuh kepada Pakatan Rakyat apabila BN hanya mampu mempertahankan 28 kerusi berbanding PR 31 kerusi iaitu gabungan , PAS (6), DAP (18), KeADILan (7). Disebabkan DAP memenangi majoriti 18 kerusi sepatutnya atas dasar demokrasi DAP yang menjadi Menteri Besar berbanding pas dan PKR.

Tetapi Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan kehendak Sultan mestilah Melayu dan Islam layak menjadi Menteri Besar Perak.

Dengan kata lain, dengan pembahagian kerusi yang ada sekarang sampai kiamatlah DAP tidak boleh menjadi MB, kecuali DAP berjaya mengalahkan calon-calon UMNO di kawasan majoriti Melayu dengan meletakkan calon-calon Melayu. Sebab itu pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang membantah perlantikan Setiausaha PAS Perak Muhammad IR Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulas tindakan pengerusi DAP Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung pertukaran pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury secara terbuka adalah tidak betul dan boleh dianggap derhaka.

Nik Aziz hanya berani mengeluar kenyataan sahaja tetapi tidak boleh berbuat apa-apa pun kepada Karpal. Kenyataan itu hanya menjadi penyedap kata-kata sahaja.
Kenapa DAP beriya-iya sangat hendak menyaman Sultan Perak sedang DAP jugalah yang menentang Nizar sewaktu hendak menjadi MB. Seperti kita sedia maklum Sekarang DAP pula menjadi hero mempertahankan pulak MB besar ini. DAP berlakon dengan watak yang sama cuma jalan cerita sahaja berbeza!

Sebabnya kerana Nizar adalah kuda tunganggan DAP Perak sewaktu menjadi MB dan perletakan Nizar menjadikan 18 kerusi DAP hanya sebagai pembangkang dan kehilangan 6 kerusi exco. Menyaman Sultan Perak adalah untuk mencabar orang Melayu dan UMNO khususnya yang dikatakan sebuah parti yang mempertahankan Institusi Raja Perlembagaan di Malaysia. Ianya juga dilihat sebagai melihat reaksi UMNO setelah UMNO Terengganu sendiri pernah 'menderhaka' kepada YDP Agong mengenai isu Idris Jusoh yang tidak dilantik menjadi MB. Menyaman Sultan Perak juga adalah untuk menanam rasa benci kepada Sultan yang tidak adil seolah-olah Sistem Feudal telah dikembalikan semula. Kerajaan sekarang seolah-olah tidak mempraktikan Sistem Raja Berpelembagaan dan Raja mempunyai kuasa mutlak dan menafikan hak dan suara rakyat.

Perasaan ini mula ditanam dan disemai secara halus di dalam hati dan sanubari Melayu yang pro PAS dan PKR. Perasaan yang sama sudah lama tertanam di kalangan orang bukan Melayu. Demontrasi di Masjid Ubudiah dan Istana Iskandariah yang terletak berhampiran di Kuala kangsar dua hari lepas melihat pada kita semua bagaimana taktik DAP dan Karpal telah berjaya. Rasa benci dan marah kepada Sultan telah dicetuskan oleh Melayu PAS dan PKR tidak sesekali dari kalangan penyokong DAP!

DAP akan menggunakan isu ini sebagai membuktikan hanya DAP sahaja yang berani. DAP sekarang menjuarai politik Malaysia dengan mengalahkan UMNO, PAS dan PKR. Hanya DAP sahaja di lihat banyak membawa isu-isu rakyat dan ianya satu-satu Parti Politik di Malaysia yang berani mencabar Raja-Raja Melayu walaupun kita tahu di belakangnya adalah Anwar dan Hadi. Inilah kempen terbesar dan terawal DAP sebelum menjelang Pilihanraya ke 13 akan datang. Menanam rasa benci kepada Institusi Raja ini sangat merbahaya. Ianya adalah kearah Malaysia sebagai sebuah negara republik. Malaysia sedang menuju ke arah revolusi rakyat seperti mana yang berlaku di Iran pada 1979. PAS Malaysia memang menjadikan Iran sebagai negara contoh mereka.

Jika Melayu PAS dan Melayu PKR sudah bergabung dengan DAP perkara ini tidak mustahil berlaku dalam waktu terdekat jika pemimpin-pemimpin Melayu khususnya hanya berpeluk tubuh dan memerhati sahaja.
NGO-NGO Melayu hilang entah ke mana? Ada NGO yang sanggup membuat demontrasi tentang penggunaan Bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains tetapi apabila Karpal menyaman sultan, NGO ini menyorokkan diri.

Bukankah Bahasa dan Institusi Raja Melayu itu terletak dibawah Hak-Hak Istimewa Orang-Orang Melayu juga. Perjuangan seperti ini tidak istiqomah.
Kita mengharapkan pemimpin-pemimpin Melayu sama ada daripada parti politik kecuali PAS dan DAP yang telah diberi 'nasi kangkang' oleh DAP, badan-badan atau pertubuhan Melayu supaya bangkit menentang Karpal dan DAP bagi mengikis tujuan jahat mereka menanam rasa benci kepada sultan. Percayalah DAP tetap bersama PR selagi agenda DAP tidak disekat oleh gabungan lain dalam PR. Umno BN pun DAP sanggup bergabung tetapi dengan syarat Umno BN merestu agenda DAP dan sanggup ditunggangnya.

Makanya, bekas MB Nizar kenalah terima hakikat, sekarang ini negeri Perak sudah diperintah oleh BN. Lagi lama Nizar berkeras, lagilah terserlah kebodohannya kepada rakyat jelata. Nizar lebih arif tentang pengkongsian Pas, PKR dan DAP. Jika pun Nizar masih dan tetap berdegil lama kelamaan dengan sendirinya kawan-kawan mereka itu akan meninggalkan beliau, sebab dalam politik semuanya tidak ada perkara yang mustahil boleh belaku. Sehingga tidak sampai 10 hari pun ada lompat dan boleh U-turn 360 darjah.

Kita semua percaya dan yakin segala tindakan yang dibuat oleh Nizar itu didalangi oleh orang lain. Lagi lama Nizar mengambil masa, lagi banyak permasalah yang akan menimpa dirinya. Hubungan dalam politik seperti ini tidak kekal lama, kalau tidak percaya tengok sahaja isu saman Sultan Perak, hari ini sudah dipertikai oleh Nizar sendiri, sebaliknya menyalahkan parti kerajaan Umno BN yang mencetuskannya. Karpal dengan jelas membuat statmen dalam tv, bukan sekadar dalam Utusan atau Berita dalam Malaysiakini pun ada keluar kenyataannya.

No comments:

Post a Comment