Wednesday, February 25, 2009

KENALI SEJARAH,SEBELUM BERPOLITIK

Umno ditubuhkan pada tahun 1946 untuk membela hak orang-orang melayu dan Raja-raja Melayu. Ia telah membentuk pakatan untuk menyatukan rakyat Malaya demi mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Pada tahun 1963, pemimpin Umno, Al-marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, menyuarakan visi yang lagi berani, iaitu penubuhan Malaysia di mana, pada 16 September, beliau mengisytiharkan adalah hasil “perbincangan, perbahasan, pertanyaan dan pemilihan yang melahirkan keizinan bersama” dan yang “diputuskan setelah difikirkan secara mendalam”.

Beliau menyuarakan rasa bangganya bagaimana “kita telah membentuk Malaysia melalui perdebatan secara terbuka dan bertolak ansur. Semangat kerjasama ini membuktikan keinginan kita hidup bersama.” Semangat inilah yang beliau namakan “asas Malaysia” yang bagaikan “petanda masa depan kita”.

Malaya dan Malaysia merupakan hasil visi yang dilaksanakan dengan pertimbangan yang penuh kesabaran. Pemimpin-pemimpin Umno menyuarakan visi ini, serta meyakinkan orang ramai, dan mengikat perlembagaan negara baru ini selama berbulan-bulan. “Langkah demi langkah, konsep ini mula bernyawa.” Perbincangan perlembagaan diteruskan walaupun menghadapi pemberontakan komunis serta konfrontasi dengan negara jiran, tambahan pula semasa Perang Dingin berlangsung.

Walaubagaimanapun, Tunku mengakui kejayaan kerana “konsep ideal Malaysia berjaya membangkitkan imaginasi rakyat kita”.

Beginilah Umno, pada mulanya, mencapai misinya sebagai parti orang Melayu serta parti sebuah negara. Beginilah Umno membela kedaulatan Raja-raja Melayu dan mencapai kecemerlangan kepimpinan politik Melayu. Kerana kami berjaya “membangkitkan imaginasi” rakyat Malaysia.

Kami mempunyai keyakinan dan kepimpinan yang diperlukan untuk mlahirkan negara baru, bukan sekali bahkan dua kali. Walaupun peluang pendidikan amat kekurangan bagi anak-anak Melayu pada masa itu, namun negara kita mempunyai pemimpin-pemimpin bermutu tinggi yang mampu menyatukan masyarakat majmuk dalam menyuarakan visi ini dengan penuh keyakinan dan berasaskan kedaulatan undang-undang.

Visi Umno sejak lima puluh satu tahun dahulu lagi sudah pun dijelaskan pada kita apakah tujuan dan sebab-sebab Umno ditubuhkan. Sekarang Kita membenci Umno yang sudah sekian lama membuat jasa pada kita. Hari ini Umno dicanang, dihina oleh mereka-mereka yang buta sejarah atau oleh mereka-mereka yang berkepentingan dikalangan kelompok kaum melayu sendiri. 'Melayu mudah lupa' kata-kata Tun Mahadhir suatu ketika dahulu ada benarnya. Lupa disebabkan ingin kepada kuasa dengan sanggup melihat kaum dan ugamanya sendiri berpecah-belah.


No comments:

Post a Comment