Mungkin agak terlewat Pakmie memberi respon keatas kekalahan Umno Bahagian Ketereh (tidak termasuk DUN Kok Lanas) dalam Pilihan Raya Umnu 12 yang lalu. Pada sesetengah tanggapan masyarakat merupakan suatu yang mengejutkan. Tidak kurang pula yang sudah meramal akan keputusan tersebut. Bagi Pakmie pula, mengandaikan kekuatan UMNO dengan Parti Keadilan diperingkat Parlimen adalah lebih berpehak kepada Umno. Namun demikian, kita seharusnya menerima keputusan yang mengecewakan itu – harus diterima dengan MATA HATI dan hati yang terbuka.
Sekurang-kurangnya, seluruh ahli UMNO harus menimbangkan semula kata-kata Datuk Seri Najib Tun Razak ini dengan sangat teliti, "Kita mesti tampil dengan imej bersama nilai-nilai baik dan positif ". Pakmie selalu tekankan bahawa kita kena mesra rakyat di semua peringkat, bukan atasan saja. Dari kaca mata rakyat di peringkat akar umbi, mereka menilai UMNO berdasarkan interaksi dengan pemimpin. Kata-kata ini juga disambut oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin dengan menyatakan bahawa UMNO memerlukan perubahan radikal. Namun demikian, soalan yang harus segera dijawab ialah, apakah yang dimaksudkan dengan perubahan radikal tersebut? Apakah UMNO bersedia untuk mengubah?
Jika UMNO benar-benar mahukan perubahan radikal, sekali gus mengembalikan semula keyakinan rakyat. Perubahan kearah itu adalah tugas hakiki kempimpinan Umno bahagian yang ada sekarang. Jangan hanya pandai melihat atau hanya pandai menambah keretakan menunding jari kepehak lain, tanpa bertindak sesuatu. Jika ianya dibiarkan dengan mengambil sikap acuh tak acuh oleh Ketua Bahagian sudah tentu perkara ini akan menjadi lebih parah, tidak mustahil yang retak itu akan terbelah menjadi tiga (respon kepada retak menunggu belah - blog Newkk). Cuba-cubalah kita sama-sama bertindak dan mencari jalan untok mengatasi perkara sedemikian itu sebaik mungkin sebelum ianya terlambat. Adakah Umno bersedia untok mengubah 5 perkara dibawah ini? jika benar Umno mahu membuat perubahan secara radikal bagi menambah keyakinan rakyat atau ahli Umno, bolehlah sama-sama kita fikirkan.
Semua pemimpin UMNO yang banyak mengundang fitnah kepada parti harus segera meletakkan jawatan dengan ikhlas.
UMNO harus membenarkan setiap ahli dicawangan untuk memilih calon ketua bahagian mereka bagi menerajui kepimpinan UMNO BAHAGIAN tanpa ada kouta dan sekatan tertentu. Lakukan pemilihan pemimpin-peminpin UMNO seperti mana dalam pilihan raya umum. Biar akar umbi yang memilih pemimpin yang mereka sukai dan bukan lagi sekadar para perwakilan cawangan.
Izinkan golongan muda profesional menyertai UMNO dengan mudah jauhkan dari cantas mencantas tanpa perlu birokrasi melalui peringkat cawangan dan bahagian.
Letakkan syarat bahawa ketua-ketua UMNO bahagian mestilah tidak terdiri daripada kalangan para kontraktor atau terlibat dengan perniagaan. Kerana terbukti orang-orang Melayu tidak tahu membezakan antara politik dengan perniagaan.
Jawatan Ketua UMNO Bahagian haruslah disandang tidak melebihi tiga penggal. Begitu juga dalam memilik calon wakil rakyat atau Ahli Parlimen untok bertanding, seharusnya tidak dikalangan orang yang sama setiap masa samada ia pernah menang atau kalah.Tetapkan syarat pemilihan calon wakil rakyat tidak semestinya dari kalangan orang yang berjawatan tinggi dalam bahagian semata-mata.
Makanya, UMNO harus kembali menghayati perjuangan orang-orang lama, tokoh-tokoh Islam, dan tokoh-tokoh tertentu yang juga mempunyai ramai pengaruh (akan dicreate dalam siri 2 - tajok : UMNO KETEREH TERLEPAS PANDANG - tunggu!) serta menyerapkan Islam dalam perjuangannya secara holistik dan serius. Tekankan soal solat, zakat, dosa dan pahala kepada ahli-ahlinya agar budaya politik wang dan membeli undi dapat ditangani.
Sebenarnya tidak ramai dikalangan ahli yang mengenali Umno, menjadi ahli Umno tetapi hakikatnya tidak menjiwai Umno. Tidak ramai ahli yang dapat memberi jawapan tepat apabila ditanya tujuan menyertai Umno. Paling sedih, ramai katanya Umno boleh beri mereka projek, kedudukan dan kuasa. Jarang kaitkan Umno untuk agama, bangsa dan negara. Oleh kerana mereka tidak menjiwai Umno, sikap untuk berkorban memang tiada. Ini masalah yang besar kerana apabila mereka bergerak, mereka akan minta habuan.
Jika kita nak buat pembaharuan dalam parti, perubahan tak memadai dalam keadaan Umno dilihat dalam keadaan kritikal sahaja. Ia mestilah dimulai dengan langkah yang teratur, kerana perubahan itu tidak akan berlaku dalam tempoh semalaman, ia berlaku dalam suatu jangkamasa panjang. Jika nak buat transformasi, kita kena buat pembaharuan daripada struktur, peranan dan pendekatan.
Semoga Allah menyelamatkan UMNO daripada kehancuran. Dan berdoalah kita agar negara Malaysia tercinta ini terus kekal aman dan sentosa.
Luahan berupa cadangan dari penulis.
Selanjut akan menyusul lagi, letih letih...

No comments:
Post a Comment