Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Sumber dari Umnopengkalankubur.
Alangkah kuatnya melayu jika mereka-mereka itu bersatu. Hari ini kita lihat bagaimana di dalam DAP, kaum cina di Penang bersatu. Hari ini kita juga telah lihat bagaimana melayu di Penang meminta & merayu. Alangkah hinanya melayu kini, terpaksa meminta-minta ditanah tumpah darahnye sendiri. Pernahkah semasa pemerintahan BN seperti ini? Saya tidak sanggup melihat bangsa melayu diperlakukan begini. Terlaksanakah manifesto yang dijanji? DEB dibubar, bonus & alaun dinafi, turunnya 50% tol dinanti. Sebagai kerajaan negeri DAP boleh menunaikannya. Mengapa harus menunggu menjadi kerajaan pusat? Buktikan dulu sebagai kerajaan negeri. Apa yang saya tahu, bonus & alaun bukan dalam kawalan kerajaan negeri atau JPA. Ia boleh terlaksana jika kerajaan negeri mampu.
Dengan kata lain parti yang banyak cakap ini tiada peruntukan, tiada duit untuk menjadi kerajaan negeri. Mengapa Kerajaan negeri ini harus meminta Petronas untuk membiayai kos untuk pembinaan jambatan kedua? Apa cagarannya tol tidak wujud jika petronas terlibat. Kita semua sudah sedia maklum, Petronas adalah sebuah organisasi besar dalam kerajaan. Kalau ia terlibat sudah tentunya tol masih wujud di Penang. Fikirkanlah wahai rakyat Malaysia, mengapa harus tertipu.
Kalau dahulunya saya begitu berbangga bila mendengar suara pembangkang yang kononnya bertindak untuk rakyat, tetapi setelah PRU ke 12 berakhir saya menangis melihat bangsa melayu berpecah kerana melayu sendiri. Saya sedar betapa kuatnya kepimpinan melayu dalam barisan. Ibarat pepatah kita wahai orang melayu, walaupun tempang tidak seimbang tapi masih berjalan sampai akhirnya.
Kini di Penang Melayu di bawah kuasa DAP. Sejarah Singapura berulang kembali. Hanya kerana satu suara ianya tergadai. Anuar Ibrahim yang dulunya megah dengan DEB, yang melaksanakan dan menguatkan dasar ini, kini hanya lihat ia dihina tampa bicara. Dimana hilangnya kuasa suara diantara terbaik dunia ini. Kalau inilah pertaruhan yang perlu digadai agar pembangkang bangkit sebagai kerajaan, lupakanlah soal kemenangan, bangkitlah kembali dalam barisan, agar melayu gemilang, cemerlang dan terbilang.
Coretan Iklas Pengirim Email.
Setelah berakhir PAU 2008, UMNO telah membuktikan bahawa parti UMNO 100% RASUAH.
Pemimpin UMNO yang 'kedekut' atau 'takut' memberi RASUAH hampir semuanya TEWAS.
Paling malang wanita dalam parti UMNO, cuma seorang sahaja yang berjaya merebut jawatan dlm AJK MT.
Yang lain semua tewas kerana ingin tunjukan bersih(dari RASUAH).
Presiden UMNO akui, "beri salah, tak beri salah(KALAH?)"
Itulah UMNO, perkara yang SAH HARAM, telah di halalkan.
UMNO AKAN TETAP RASUAH DARI DULU KINI DAN BUAT SE LAMA2 NYA.
March 30, 2009 7:01 PM
Salam...
Ex-UMNO dan kwn2..
Mgkin di kepala saudara sdh ada sedikit sebyk bertapa kejinya UMNO. PaKMie kagum jika saudara lebih iklas dlm memberi pandangan.Lainlah jika saudara tk suka kpd UMNO selepas ersidangan Agong Perwakilan
UMNO di PWTC tempuhari.
Golongan yg dpt memikir dgn waras sdh tentu memahami apa yg tersirat disebalik penulisan saudara itu. UMNO cuba menapilkan sesuatu keburukan dalaman Umno, tdklah seteruk tanggapan spt yg saudara katakan itu. Kita jgn beremosi terimalah sesuatu yg baik dan yg berkenyataan itu tanpa memutarbelitkan. Telah lebih 50th Umno membuat jasa kpd negara dan rakyat wpn berbagai rintangan dari Parti Pas/pembangkang sengaja lakukkan.
Umno adalah parti terbesar org melayu di negara ini yg jumlah ahlinya lebih 3juta org. Berbanding dgn Pas jauh sekali setakat memerintah 5 negeri dibawah pembangkang pn mampu dgn setakat 11 bln sahaja di Perak itu pun terkesut-kesut. Apa jadi kepada PP? apa jadi kpd Kedah?dan apa yg berlaku kpd Selangor?
Baik sgtkah Pas? tdk rasuah ke Pas...?Dalam bab2 rasuah ni dikalangan pemimpin pas lgi teruk. Dpt memerintah 5 negeri pn dh mcm2 timbul yg jumlah wakil rakyat nya dan ahlinya tdk sebegitu ramai berbanding dgn UMNOBN. Tetapi dh harubiru seluruh negara. Bkn setakat rasuah wang sahaja, rasuah sex dan LEMBU pn ada dalam pembangkang!!! - jgn lah sebut Pembangkang tdk rasuah "GELI RASANYA PaKMIe".
Dalam Umno ia tdk mcm pas ia lebih telus, apa yg salah dan didapati bersalah pemimpin tertinggi parti tdk bersilindung lagi demi kebaikan rakyat semua. Tdk semestinya Presiden parti DSN ckp "Beri salah tak beri kalah" itu melambangkan Pas sebuah parti seputih spt kapas...Pas bkn setakat rasuah semata2, Islam pn sanggup dipersendakan oleh pemimpin mereka semata rakus kpd kuasa dan keduniaan.
Tak payah kita nak pertikaikan keburukkan individu mana2 pehak, manusia tetap sama masing2 ada salah dan silap tersendiri tambah lagi pemimpin politik. Soalnya perjuangan masing2 yg kita ambil kira.
Islam, bangsa dan negara dah lama hancur dgn pertolongan Allah SWT melalui UMNO dpt juga menjaga Negara ini dgn baik wpn sentiasa dikianati oleh Pas dan pembangkang lain. Kita jgn lupa kpd 916, kita jgn lupa peristiwa memali, kita jgn lupa penderhakaan kpd sultan, kita jgn lupa smbhyg 2 iman, kita jgn lupa penikahan berceraiberai kerana berbeza parti, kita jgn lupa putusnya hubungan sanak saudara ibu dan anak2, kita jgn lupa Nik Aziz tlh melahirnya pemimpin yg tersohor dlm pas kerjanya caci memcaci sesama islam, kita jgn lupa kemenangan pas di kelantan adalah dgn cara menipu dan memesongkan fikiran rakyat.
Bersambong...Asalamualaikum dan salam perjuangan...maaf jika tdk mengikut hati dan kehendak pembaca.wpn pahit demi kebenaran terpaksa PaKMie perkatakan.
March 30, 2009 8:26 PM
Rasuah politik dalam Umno tidak mungkin berakhir - Nik Aziz
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga melahirkan rasa hairan memandangkan Umno hanya mengagungkan pemimpin mereka pada waktu-waktu tertentu sahaja. "Contohnya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika dilantik menjadi perdana menteri lima tahun lalu beliau diagung begitu rupa sehingga menggambarkan bekas presiden Umno itu anak seorang ulama. "Namun selepas Umno kecundang teruk pada pilihan raya umum lalu, beliau pula didesak supaya melepaskan jawatan," katanya. - mj _
March 29, 2009 10:11 PM
Rasuah politik dalam Umno tidak mungkin berakhir - Nik Aziz
Daruehsan,
Wallahu'alam.
March 29, 2009 11:30 PM
kadang-kadang sahabat yg kita tanya tu adalah talam 2 muka.
musuh pun kadang kala berkata yg baik tidak semestinya yg buruk semua.
so kita buang yg keruh ambik yg jernih. betulkan keadaan.
March 29, 2009 11:59 PM
SALAM..
SEMEMANGNYA BNM TELAH MELAKUKAN PEKARA BANGSAT DAN BACHOL
http://gomo-no1.blogspot.com/2009/03/serang-bnm-habis-habisan.html
March 30, 2009 1:31 AM
Rasuah politik dalam Umno tidak mungkin berakhir - Nik Aziz
Daruehsan,
Pernahkah awak dengar: "jika nak tahu baik seseorang, tanyalah sahabatnya dan jika nak tahu buruk seseorang, tanyalah musuhnya."
Saya percaya anda memang sukakan kebenaran. Justeru dalam mencari kebenaran, perkara-perkara begini perlu kita berhati-hati.
Wallahu'alam.
March 29, 2009 11:30 PM
kadang-kadang sahabat yg kita tanya tu adalah talam 2 muka.
musuh pun kadang kala berkata yg baik tidak semestinya yg buruk semua.
so kita buang yg keruh ambik yg jernih. betulkan keadaan.
March 29, 2009 11:59 PM
SALAM..
TERUSKAN MENYERANG BNM DENGAN SEGALA HUJAH DAN FAKTA YANG ADA BAGI MEMBANTU KERAJAAN
SEMEMANGNYA BNM TELAH MELAKUKAN PEKARA BANGSAT DAN BACHOL
http://gomo-no1.blogspot.com/2009/03/serang-bnm-habis-habisan.html
March 30, 2009 1:31 AM
Bergemuruh bunyi sokongan perwakilan UMNO pada PAU yang bersidang di PWTC.
Pemimpin UMNO : Sokong Pembersihan UMNO!
Perwakilam UMNO : SOKONG!!!!!!!!!!
Pemimpin UMNO: Sokong usaha kembalikan sokongan rakyat terhadap UMNO!
Perwakilan UMNO : SOKONG!!!!!!!
Pemimpin UMNO : Sokong kekalkan RASUAH dalam pemilihan pemimpin!
Perwakilan UMNO: SOKONG!!!!!!!! SOKONG!!!!!! SOKONG!!!!!!!
March 30, 2009 10:41 AM
Salam semua...
Khas utk Darulehsan dan kwn2...
Banyak sdh komen saudara dlm Blog PaKMie, terima kasihlah kerana memberi respon.
PaKMie taknak komen apa2 tentang ucapan dlm harakah yg dipaparkan oleh saudara Darlehsan itu. Tak payah Nik Aziz bagi komen atau pandangan apa2 tentang Umno sebab Nik Aziz sdri telah menganggap Umno itu sdri kapir. Sepatutnya Nik Aziz sdh lama kena letak jawatan menerima elaun/gaji berpuluh ribu sebulan dri kerajaan Umno dlm masa yg sama memberi penyokongnya jgn berkerjasama dgn UMNo jika berkerjasama juga berdosa, gaji diambil haram dimakan.
Asalamualaikum dan salam perjuangan utk Islam, Bangsa dan Negara....maaf pada kwn2 jika ulasan PaKMie itu agak kasar sikit,tidak lain dan tdk bukan demi kabaikan dan kesedaran kita keatas fitnah Pembangkang kpd parti keramat kita UMNO.
March 30, 2009 1:45 PM
Calon Pas yang juga bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyerahkan borang pencalonan kira-kira pukul 9.05 pagi diikuti BN, Ismail Safian, 10 minit kemudian dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris, 42 tahun, 9.30 pagi.
Kamarul Ramizu, seorang ahli perniagaan memberitahu tujuan beliau bertanding dalam pilihan raya kecil itu adalah untuk menerapkan politik beriman - Utusan
Zainal Abidin berkata setiap calon membayar deposit sebanyak RM5,000 untuk bertanding dan RM3,000 sebagai deposit poster, lapor Bernama.
Calon bebas yang telah membuat bayaran deposit itu ialah bekas Ketua Wanita PPP Kedah, L Sarala, 34; ahli perniagaan T Chandrarajan, 40; kontraktor R Loganathan, 43; ahli perniagaan Tan Hock Huat, 46; ahli perniagaan Zaharan Abdullah, 39; Mejar (B) Mohd Fadzli Wahab, 38; Anuar Abdul Hamid, 58; A Jayagopal, 57; Husaini Yaacob, 44; Abdul Rahim Abu; S Moganakumar and Venason Michael.
Zainal Abidin berkata SPR telah menyediakan 20 lambang untuk dipilih oleh calon bebas pada hari penamaan calon esok.
Tarik diri
Sementara itu, seorang peniaga yang telah menyatakan hasratnya bertanding di DUN Bukit Selambau menarik diri.
Mohd Reduan Md Isa, 52 berkata beliau membuat pengumuman untuk bertanding pada tiga minggu lepas tetapi kemudiannya menukar fikiran setelah berbincang dengan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Beliau menafikan dakwaan kononnya mendapat inisiatif daripada pihak tertentu untuk menarik diri.
Bekas Anggota Jawatankuasa PKR Bahagian Merbok itu berkata beliau akan memberikan sokongan kepada calon PKR Manikumar yang akan bertanding.
Laporan polis
Sementara itu empat laporan polis dibuat oleh individu tertentu berhubung beberapa perkara termasuk kes pergaduhan kecil yang melibatkan kecederaan ringan menjelang pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali berkata selain pergaduhan, kes lain yang turut dilaporkan membabitkan perhimpunan tanpa permit dan rasa tidak puas hati calon terhadap seseorang lain yang menggunakan namanya untuk tujuan tertentu.
"Tiada laporan daripada parti politik, tapi laporan daripada inidvidu ada dibuat. Setakat ini, empat kes dilaporkan dan semuanya telah dibuka untuk siasatan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda hari ini.
Hashim berkata 835 anggota polis akan bertugas di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik I Sungai Petani.
Katanya polis menjangkakan 10,000 penyokong akan berhimpun di kawasan pusat penamaan calon dan pihaknya telah mengambil beberapa langkah, termasuk melencongkan laluan bagi mengelak kesesakan lalu lintas.
DUN Batang Ai
Di Sarawak, kira-kira 800 anggotanya ditugaskan untuk memastikan kelancaran perjalanan pilihanraya kecil DUN Batang Ai.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Salleh berkata mereka akan membantu melicinkan proses penamaan calon esok, kempen pilihanraya dan proses pengundian yang akan dikendalikan SPR.
"Kita ada 800 anggota semua peringkat dan saya rasa ini memadai khas untuk pilihanraya ini," katanya kepada Bernama.
Jalan utama menuju Lubok Antu berhampiran pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Lubok Antu akan ditutup sepanjang proses penamaan calon esok.
Beliau berkata jalan itu adalah satu-satunya jalan menuju pekan Lubok Antu yang menjadi pusat utama proses pilihanraya kecil Batang Ai.
Sementara itu di Perak, SPR meminta pemimpin parti politik yang bertanding dalam tiga pilihanraya kecil supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh membangkitkan emosi penyokong mereka pada hari penamaan calon.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata semua pihak perlu memastikan proses penamaan calon berjalan dalam keadaan harmoni tanpa sebarang insiden buruk seperti yang berlaku ketika pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok sebelum ini.
"jadi jangan buat sesuatu yang boleh menimbulkan kekecohan dan terlalu emosional. Penyokong biasanya mudah emosi apabila mendengar ucapan pemimpin terutama dalam suasana politik sekarang.
"Kita juga nasihatkan pemimpin parti yang bertanding agar tidak membawa terlalu ramai penyokong supaya kita boleh awasi dengan lebih baik... kejadian yang berlaku di Permatang Pauh dan Ijok menjadi pengajaran dan membuatkan kami dan polis menjadi lebih bersedia," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas meninjau persiapan SPR untuk penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Dewan Perbandaran Taiping.
Malaysiakini.
Sebelum itu, Dr Mahathir membuat kejutan apabila muncul di dewan persidangan pada jam 12.29 tengahari tadi ketika majlis pergulungan ucapan sedang berlangsung.
Ketibaan Dr Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali disambut tepukan gemuruh para perwakilan yang turut bangun memberi hormat kepada kedua-dua tokoh tersebut.
Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang ketika itu sedang menyampai ucapan penggulungannya, berkata kehadiran Dr Mahathir itu menandakan mantan perdana menteri mengiktiraf kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Manakala Abdullah pula, dalam ucapan penggulungannya berkata, beliau telah memaafkan semua pihak yang tidak senang dengannya.
Katanya, beliau juga memaafkan Muhyiddin jika menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu beranggap telah melakukan perkara tidak baik.
Walaupun tidak menyebut nama-nama yang lain, Dr Mahathir memang diketahui amat kritikal mengkritik pentadbiran Abdullah selama ini.
Naik ke pentas
Manakala Najib dalam ucapan penggulungannya menyuarakan hasrat ahli parti untuk melihat kedua-dua tokoh tersebut berbaik-baik dan menjadi teladan kepada ahli-ahli parti.
Selepas selesai majlis penggulungan tersebut, Dr Mahathir kemudian berjumpa dan berpelukan dengan Najib sebelum melangkah naik ke pentas dan menemui Abdullah.
Kedua-duanya kemudian berpelukan di atas pentas di tengah-tengah tempukan gemuruh pada perwakilan.
Dr Mahathir juga kemudiannya mengesahkan kepada pemberita bahawa beliau akan menyertai Umno semula.
"Harapan saya agar dapat bersama dua negarawan tersebut - Datuk Seri Abdullah dan Tun Dr Mahathir - bagi membincangkan masalah serta masa depan parti dan negara. Walaupun pertemuan pertama mungkin kekok sedikit, tetapi lama-lama kemesraan akan terjalin.
Rapatkan barisan
"Yang penting bukan kepentingan diri, yang penting Umno dan negara kita. Insya-Allah, jika negarawan kita menunjukkan teladan yang baik, kita akan berjaya merapatkan barisan kita.
petanda bahawa melayu akan kembali bersatu
March 28, 2009 5:28 PM
Salam Syammil dan kwn2...
Sebaliknya pembangkang akan cuba mengalihkan isu ini dengan mengada2kan isu lain bagi mengalihkan fikiran rakyat. Sdh tentu pembangkang PR akan bertambah lemah. Semasa Umno sdkit lemah PR juga masih lagi tak mampu menawan hati rakyat. Perpecahan dlman PR yg tak menyakinkan rakyat kerana skandal sex dikalangan wakil2 rakyat mereka diSelangor dan Kedah, pentadbiran tak stabil spt diPP yang berakhir dgn pemecatan TKM Fairus menyebabkan UmnoBN masih tetap dihati rakyat. Skrg Umno sdh mengatur tapak kembali dan setiap langkah diatur dgn baik oleh Najib supaya tdk menguriskan hati rakyat, hak2 rakyat dituruti dan dibela - Umno akan utuh dan kuat.
Pas dgn jelas mempergunakan agama dlm kepertingan politiknya. Bila Umno bertambah baik isyaallah rakyat akan mulai fhm siapa sebenarnya memperjuangan agama, bangsa dan negara ini. Pembangkang akan ditalkinkan dan bersedialah menggali lubang kubur sdri...
Asalamualaikum dan selamat berjuanag....
March 28, 2009 6:00 PM
lembaran baru bagi UMNO, permulaan yang cukup baik bagi Najib menerajui negara.
March 28, 2009 11:10 PM