Followers

Tuesday, March 31, 2009

DAULAT TUANKU AL_SULTAN KELANTAN


Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!

Pada 30 & 31 Mac adalah hari keputeraan Al_Sultan Kelantan

Semoga Allah Melanjutkan Usia Al_Sultan dan Raja Perempuan kami...


Sumber dari Umnopengkalankubur.

MELAYU MASIH BELUM TERLEWAT

Nalurinya Hati Seorang Sahabat bergelar Pejuang Bil : 1

Saya menyanjungi kepimpinan melayu kini. Abdullah Badawi dengan perjuangan menaikkan melayu, Nik Aziz dengan cara pendekatan Islamnya, Anuar Ibrahim dengan kuasa bersuara dan pemutarbelit diantara yang terbaik dunia.

Alangkah kuatnya melayu jika mereka-mereka itu bersatu. Hari ini kita lihat bagaimana di dalam DAP, kaum cina di Penang bersatu. Hari ini kita juga telah lihat bagaimana melayu di Penang meminta & merayu. Alangkah hinanya melayu kini, terpaksa meminta-minta ditanah tumpah darahnye sendiri. Pernahkah semasa pemerintahan BN seperti ini? Saya tidak sanggup melihat bangsa melayu diperlakukan begini. Terlaksanakah manifesto yang dijanji? DEB dibubar, bonus & alaun dinafi, turunnya 50% tol dinanti. Sebagai kerajaan negeri DAP boleh menunaikannya. Mengapa harus menunggu menjadi kerajaan pusat? Buktikan dulu sebagai kerajaan negeri. Apa yang saya tahu, bonus & alaun bukan dalam kawalan kerajaan negeri atau JPA. Ia boleh terlaksana jika kerajaan negeri mampu.

Dengan kata lain parti yang banyak cakap ini tiada peruntukan, tiada duit untuk menjadi kerajaan negeri. Mengapa Kerajaan negeri ini harus meminta Petronas untuk membiayai kos untuk pembinaan jambatan kedua? Apa cagarannya tol tidak wujud jika petronas terlibat. Kita semua sudah sedia maklum, Petronas adalah sebuah organisasi besar dalam kerajaan. Kalau ia terlibat sudah tentunya tol masih wujud di Penang. Fikirkanlah wahai rakyat Malaysia, mengapa harus tertipu.

Kalau dahulunya saya begitu berbangga bila mendengar suara pembangkang yang kononnya bertindak untuk rakyat, tetapi setelah PRU ke 12 berakhir saya menangis melihat bangsa melayu berpecah kerana melayu sendiri. Saya sedar betapa kuatnya kepimpinan melayu dalam barisan. Ibarat pepatah kita wahai orang melayu, walaupun tempang tidak seimbang tapi masih berjalan sampai akhirnya.

Kini di Penang Melayu di bawah kuasa DAP. Sejarah Singapura berulang kembali. Hanya kerana satu suara ianya tergadai. Anuar Ibrahim yang dulunya megah dengan DEB, yang melaksanakan dan menguatkan dasar ini, kini hanya lihat ia dihina tampa bicara. Dimana hilangnya kuasa suara diantara terbaik dunia ini. Kalau inilah pertaruhan yang perlu digadai agar pembangkang bangkit sebagai kerajaan, lupakanlah soal kemenangan, bangkitlah kembali dalam barisan, agar melayu gemilang, cemerlang dan terbilang.

Coretan Iklas Pengirim Email.

KEKUATAN MCA DAN MIC PENENTU KEMENANGAN UMNOBN DI KEDUA-DUA BUKIT.


Seramai 14,955 pengundi Cina dan 5,526 India akan menjadi penentu kepada nasib calon yang bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Selambau 7 April ini.

Calon BN di Bukit Gantang, Ismail Saffian berkata, dalam pilihanraya umum lalu, PAS sebenarnya tidak menang undi Melayu.

Ismail yang juga bekas pengarah pilihanraya BN di Bukit Gantang dalam dua pilihanraya umum lalu berkata, PAS hanya memperolehi 40 peratus undi Melayu pada umum 2004 dan 45 peratus pada 2008.

bm version bukit gantang parliamentary seat 090209"Dalam pilihanraya umum lalu, Allahyarham Roslan (Shaharum) menang kerana berjaya memperoleh 20 peratus undi bukan Melayu," kata Ismail yang juga bekas pengarah pilihanraya BN di Bukit Gantang dalam dua pilihanraya umum lalu.

"Dengan 45 peratus ditambah 20 peratus undi China dan India, dia boleh menang dengan majoriti 1,500 undi," kata Ismail kepada Bernama.

"Pada 2004, sebanyak 70 peratus orang China menyokong BN. Bagaimanapun dalam pilihanraya umum lalu, sokongan itu turun kepada hanya 30 peratus.

Majoriti pengundi Melayu

"Itulah sebabnya kali ini, kami cuba untuk menyakinkan mereka supaya menyokong kami.

"Berdasarkan kiraan saya, jika sokongan pengundi China boleh ditingkatkan sebanyak 40 peratus, kami mempunyai peluang untuk menang," katanya.

Daripada 38 kawasan peti undi di kawasan itu, majoriti pengundinya ialah Melayu, kecuali di lima kawasan peti undi - Kuala Sapetang, Jalan Mengala, Simpang Baru, Pasir Hitam Trong dan Sungai Rotan.

Terdapat 55,562 pengundi dalam Parlimen Bukit Bintang, dengan majoriti pengundi Melayu seramai 34,884 orang.

"Majoriti pengundi China ialah di Kuala Sapetang. Terdapat kira-kira 4,000 pengundi China, diikuti Simpang dengan kira-kira 1,000 dan Pasir Hitam serta Sungai Rotan dengan kira-kira 500 pengundi," kata pengerusi MCA Bahagian Bukit Gantang Datuk Ho Cheng Wang.

Oleh itu adalah tidak mengejutkan apabila selepas penamaan calon, pemimpin tinggi Barisan Nasional (BN) seperti Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat terus ke Kuala Sapetang untuk bertemu pengundi di sana.

Pemerhati politik berkata majoriti pengundi China ialah dari Kuala Sapetang, Simpang Halt, kampung Port Weld, Sungai Sapetang Kechil, Pekan Port Weld dan Jalan Mangala di Kuala Sapetang.

Pakar strategi DAP

Selebihnya ialah di Kampung Temerloh, Pasir Hitam Trong, Sungai Tinggi di Trong dan Pengkalan Aor, Simpang (Lama dan Baru), Kawasan JKR dan Larut Tin di Changkat Jering.

Menyedari usaha BN itu, pemimpin pembangkang terutama DAP dan PKR mempertingkatkan kempen mereka di Kuala Sapetang malam tadi dengan menganjurkan lebih banyak ceramah, yang dihadiri pemimpin-pemimpin pembangkang bagi menyampaikan mesej mereka.

Pakar strategi DAP dan anggota Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong berkata mereka tidak risau dengan pertandingan tiga penjuru pada pilihanraya kecil itu tetapi bimbang dengan kedudukan pengundi Melayu dan China, memandangkan kawasan Parlimen itu boleh dikatakan luar bandar.

"Walaupun kami mempunyai peluang yang lebih baik, kami sangat berhati-hati mengenainya.

"Hanya satu perkara yang baik iaitu penerimaan masyarakat China terhadap Mohammad Nizar adalah tinggi," katanya.

Dan mulai hari ini, hampir setiap hari - terdapat ceramah mega dianjur kedua-dua parti politik itu, dalam usaha untuk menyampaikan hujah mengikut pandangan2 mereka.

Malaysiakini.

Monday, March 30, 2009

JAUHKAN DIRI DARI PEMBANGKANG - UMNOBN PARTI TERBAIK.





Kini rata-rata orang sudah bercakap soal politk, dikedai kopi di masjid2 di pejabat2 dan mcm2 tempat dalam tandas sekali pun. Mesyuarat Dewan pun sudah ada dibuat dibawah pokok. Dalam politik apa pn boleh berlaku dan menjadi perkara biasa. Dalam politik kalau kita gila sekali pun tetap juga ada org sanjung - GILA ORG PERJUANGAN KONON... org gila dalam berpolitik ia tetap tdk kesorangan. Apabila tercapai cita2nya ia tdk akan jadi gila lagi kerana ia lebih kepada gila pada kuasa dan harta semata2 sebab itu org zaman dahulu tdk ada org baring atas jalan dan derhaka kepada raja kerana politik. Kalau dahulu orang-orang melayu yang terlibat dengan politik adalah golongan orang perjuangan semata. Pemimpin melayu (UMNO) dimasa itu mahu melihat kaum melayu dibela dan terjamin di negara ini seperti yang kita nikmati hasilnya sehingga samapailah sekarang berkat perjuagan iklas mereka. Tetapi sekarang melayu pas sdh lupa perkara itu. Kebanyakan pemimpin pas sdh jadi kaya raya dan sdh merasa puas dalam negara yang aman damai seperti Malaysia ini. Disebabkan tafsiran politik yang berbeza-beza mengikut pandangan masing2 yang lebih kepada tamak kuasa dan mahu mengumpul harta tdk seperti pemimpin melayu yang terdahulu.

Dalam mencari pengaruh dan sokongan dlm politik di negara ini sekarang tidaklah bersusah payah macam zaman dulu-dulu dimana kalau dahulu perlu menunjukkan jasa dan bukti yang baik-baik baru org menyokongya. Sekarang sudah agak berlainan sekadar dengan ucapan yang menyakinkan walau pun dgn janji2 kosong sudah dapat mempengaruhinya asalkan pandai mengisi ruang dan mencari peluang yang ada. Seperti pendekatan yang telah diamalkan oleh parti pas sekarang. Pendekatan islam yang Pas guna dalam berpolitik mengelirukan umat islam di negara ini. Bangsa melayu di guna pakai semasa bersama melayu sahaja sebaliknya jika bersama kaum lain diperlekehkan dengan sengaja mencipta isu-isu sehingga sanggup membangkitkan keutamaan yang kerajaan Umno berikan kepada bangsanya sdri kpd kaum atau bangsa lain sekali gus Umno mengabaikan keutamaan kaum lain di negara ini - Hindraf. Kononya pembangkanglah lebih adil dan telus jika dapat memerintah negara ini.

Pas Kelantan dapat mmerintah lebih 20th bermodalkan kata-kata dan kepetahan ucapan dalam majlis sahaja. tanpa melakukan dan bertindak sesuatu dengan tersusun bagi membela rakyat kelantan dalam sekian lama pemerintahannya. Siapa kata pembangunan yang dibuat oleh Umno di kelantan itu dapat menambat hati majoriti rakyat dan menyukainya?Kalau di kira sudah tentu tidak ada apa-apa kesan jika dilihat dengan keputusan PRU12 yang lepas yang tetap memihak kepada parti pas.

Soal wakil rakyat Pas kita tidak ingin membuat ulasan secara menyeluruh disini. Gaji dan elaun beribu sebulan siapa yang tidak mahu? wakil rakyat pas dan Umno dan wakil2 rakyat yang lain termasuk DAP dan sebagainya adalah sama sahaja tetap menerima gaji setelah mendapat kemenangan dalam pilihanraya. Kita rakyat sepatutnya tahu tujuan apa kita menyokong wakil-wakil rakyat tersebut dengan memberi undi.

Kalau dilihat secara kasar semenjak dari PRU12 tempohari hinggalah sekarang apa sebenarnya peranan wakil rakyat dalam parti pembangkang lakukan untuk kemajuan rakyat dan negara ini? hari-hari asyik berpolitik sehingga menyusahkan rakyat. Sekadar hadir persidangan dewan Perlimen dan dewan negeri org buta pun boleh.Tidak cukup dengan tugas-tugas spt itu. Rakyat memilih sepatutnya tanggongjawab itu dipikul dgn sebaik mungkin. Dalam Persidangan negeri atau Parlimen entah apa2 yang dibahas dan dibuat usul. Keadaannya tak ubah spt dalam serkas gelagat pembangkang. Lebih kepada mahu menunjukkan hebat dan cuba menjadi hero, berlagak tak ubah spt Sharif Lobo yg menjadi hero dikampong Dusun.

Kalau yang kerajaan UMNOBN lakukan semuanya tk baik dan dibahas entah apa-apa biar pun ianya sdh byk memberi jasa pada rakyat dan pembangunan negara ini.

Tugas mereka bukan setakat itu sahaja, sepatutnya pembangkang mencari idea yang baik-baik membantu kerajaan disamping menyangah idea2 yang tidak baik dari kerajaan untok kebaikan rakyat dan negara ini. Apa yang kita tahu dan nampak hari ini ramai dikalangan wakil2 rakyat dari pembangkang khasnya lebih kepada perasit kepada negara. Menetang apa sahaja asalkan dari kerajaan lakukkan tak mengambil kira samada ianya baik untuk rakyat sekali pun semata mahu mengekalkan pengaruh dan lebih kepada ingin menjaga hati DAP sahaja.

Sepatutnya rakyat marhean spt kita ini dapat menilai dengan baik sebelum memberi sokongan kepada calon-calon wakil rakyat semasa setiap kali proses pilihan raya diadakan. Kebanyakan rakyat akan leka dan lebih mempercayai pemimpin yang pandai mengambil hati mereka walhal untok perjuangan sebenar menolong bangsa, agama dan negara jauh sekali. Disebabkan kebodohan ini makanya pemimpin berkenaan tepilihlah. Calon wakil rakyat yang rendah moralnya juga turut terpilih seperti apa yang berlaku dan terjadi kepada wakil rakyat di Selangor , Kedah dan Pulau Pinang sekarang tidak kah menyusahkan rakyat dan kerajaan? pembaziran duit untok menampong kos PRK bukan kecil sehingga berjuta2 ringgit duit rakyat. Sudah tentu perkara ini juga di menupulasikan oleh Pembangkang dengan menyalahi kerajaan kerana membazir, sedangkan kejahatan sebenar bukan dari kerajaan. Rakyat perlu kepada penjelasan yang sebenar2nya sudah lama rakyat terpengaruh dengan dakyah2 dan putar belit dari pembangkang itu.

Kepada pengundi di ketiga2 PRK, dua bukit satu batang. 7 april ini jangan ulangi lagi kesilapan yang lepas-lepas. Bagilah undi kepada UmnoBN. Bertindak memberi sokongan dengan berfikir semasak-masaknya jangan sesekali terperdaya lagi. Pas tidak perjuangkan Islam, bangsa dan negara. Umno adalah parti terbaik dan sudah terbukti kewibawaanya sekian lama yang sudah pun melebihi 5otahun.

Ulasan..

Blogger Ex-UMNO said...

Setelah berakhir PAU 2008, UMNO telah membuktikan bahawa parti UMNO 100% RASUAH.

Pemimpin UMNO yang 'kedekut' atau 'takut' memberi RASUAH hampir semuanya TEWAS.

Paling malang wanita dalam parti UMNO, cuma seorang sahaja yang berjaya merebut jawatan dlm AJK MT.
Yang lain semua tewas kerana ingin tunjukan bersih(dari RASUAH).

Presiden UMNO akui, "beri salah, tak beri salah(KALAH?)"

Itulah UMNO, perkara yang SAH HARAM, telah di halalkan.

UMNO AKAN TETAP RASUAH DARI DULU KINI DAN BUAT SE LAMA2 NYA.

March 30, 2009 7:01 PM

Delete
Blogger PaKMie said...

Salam...

Ex-UMNO dan kwn2..

Mgkin di kepala saudara sdh ada sedikit sebyk bertapa kejinya UMNO. PaKMie kagum jika saudara lebih iklas dlm memberi pandangan.Lainlah jika saudara tk suka kpd UMNO selepas ersidangan Agong Perwakilan
UMNO di PWTC tempuhari.

Golongan yg dpt memikir dgn waras sdh tentu memahami apa yg tersirat disebalik penulisan saudara itu. UMNO cuba menapilkan sesuatu keburukan dalaman Umno, tdklah seteruk tanggapan spt yg saudara katakan itu. Kita jgn beremosi terimalah sesuatu yg baik dan yg berkenyataan itu tanpa memutarbelitkan. Telah lebih 50th Umno membuat jasa kpd negara dan rakyat wpn berbagai rintangan dari Parti Pas/pembangkang sengaja lakukkan.

Umno adalah parti terbesar org melayu di negara ini yg jumlah ahlinya lebih 3juta org. Berbanding dgn Pas jauh sekali setakat memerintah 5 negeri dibawah pembangkang pn mampu dgn setakat 11 bln sahaja di Perak itu pun terkesut-kesut. Apa jadi kepada PP? apa jadi kpd Kedah?dan apa yg berlaku kpd Selangor?

Baik sgtkah Pas? tdk rasuah ke Pas...?Dalam bab2 rasuah ni dikalangan pemimpin pas lgi teruk. Dpt memerintah 5 negeri pn dh mcm2 timbul yg jumlah wakil rakyat nya dan ahlinya tdk sebegitu ramai berbanding dgn UMNOBN. Tetapi dh harubiru seluruh negara. Bkn setakat rasuah wang sahaja, rasuah sex dan LEMBU pn ada dalam pembangkang!!! - jgn lah sebut Pembangkang tdk rasuah "GELI RASANYA PaKMIe".

Dalam Umno ia tdk mcm pas ia lebih telus, apa yg salah dan didapati bersalah pemimpin tertinggi parti tdk bersilindung lagi demi kebaikan rakyat semua. Tdk semestinya Presiden parti DSN ckp "Beri salah tak beri kalah" itu melambangkan Pas sebuah parti seputih spt kapas...Pas bkn setakat rasuah semata2, Islam pn sanggup dipersendakan oleh pemimpin mereka semata rakus kpd kuasa dan keduniaan.

Tak payah kita nak pertikaikan keburukkan individu mana2 pehak, manusia tetap sama masing2 ada salah dan silap tersendiri tambah lagi pemimpin politik. Soalnya perjuangan masing2 yg kita ambil kira.

Islam, bangsa dan negara dah lama hancur dgn pertolongan Allah SWT melalui UMNO dpt juga menjaga Negara ini dgn baik wpn sentiasa dikianati oleh Pas dan pembangkang lain. Kita jgn lupa kpd 916, kita jgn lupa peristiwa memali, kita jgn lupa penderhakaan kpd sultan, kita jgn lupa smbhyg 2 iman, kita jgn lupa penikahan berceraiberai kerana berbeza parti, kita jgn lupa putusnya hubungan sanak saudara ibu dan anak2, kita jgn lupa Nik Aziz tlh melahirnya pemimpin yg tersohor dlm pas kerjanya caci memcaci sesama islam, kita jgn lupa kemenangan pas di kelantan adalah dgn cara menipu dan memesongkan fikiran rakyat.

Bersambong...Asalamualaikum dan salam perjuangan...maaf jika tdk mengikut hati dan kehendak pembaca.wpn pahit demi kebenaran terpaksa PaKMie perkatakan.

March 30, 2009 8:26 PM

Delete



Sunday, March 29, 2009

PENAMAAN CALON DI KETIGA - TIGA PRK 7APRIL SUDAH SELESAI.


Tiga pilihanraya kecil berjalan serentak hari ini bagi kawasan-kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.

Penamaan calon yang bermula jam 9 pagi tadi akan disahkan jam 11 nanti jika tiada bantahan. Pegawai pengurus pilihanraya akan mengumumkan calon-calon yang bertanding.

Setakat ini di Bukit Gantang, calon BN Ismail Safian (umno) berdepan dengan calon PAS Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Di Batang Ai, calon BN Malcolm Mussen Lamoh (PRS) dicabar calon PKR Jawah Gerang dan calon bebas Johnny Chuat.

Pemimpin PKR Sarawak, Dominique Ng mendakwa calon bebas menarik diri di saat akhir dan menyokong calon parti itu.

Beliau juga mempersoalkan sama ada calon BN benar-benar melepaskan jawatannya sebagai pegawai daerah.

Di Bukit Selambau, calon-calon BN Datuk S Ganesan (MIC) dan PKR S Manikumar dihimpit 13 calon bebas yang telah menyerahkan borang pencalonan.

Calon-calon bebas: L Sarala, T Chandrarajan, R Loganathan, A Jayagopal, S Moganakumar, Vaneson Michael, Tan Hock Huat, Mohd Fazil Abdul Wahab, Anuar Abdul Hamid, Husaini Yaacob, Abdul Rahim Abu, Radzi Md Lazim dan Khamis Awang.

Tempoh penyerahan borang selama sejam tamat jam 10 pagi dan tempoh bantahan tamat sejam kemudian.

Tiada bantahan dibuat di pusat penamaan calon Bukit Selambau di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani - menjadikan 15 calon semuanya cuba memenangi hati lebih 35,000 pengundi DUN tersebut.

Naib Presiden PKR Azmin Ali yakin kehadiran begitu ramai calon bebas tidak akan menggugat partinya dalam usaha mempertahankan kerusi tersebut.

Ketiga-tiga pilihanraya ini diadakan serentak pada 7 April ini.

Malaysiakini.

Ulasan..

Blogger Darulehsan said...

Rasuah politik dalam Umno tidak mungkin berakhir - Nik Aziz

KOTA BHARU, 29 Mac (Hrkh) - Biar pun Umno kini diterajui pemimpin lain, namun gejala rasuah dan salah laku dipercayai tidak akan berakhir, malah akan terus 'membarah'. Ramai percaya Umno akan terus berada di tahap lama biar pun beberapa pendekatan baru cuba diambil Dato' Seri Najib Razak selepas menerajui parti itu.
"Walau pun pemimpin tertinggi parti itu telah bertukar tangan, namun kerana asas perjuangan tidak pernah berubah menyebabkan kepincangan akan terus berlaku dalam parti itu. "Masalah kemiskinan rakyat, rasuah, salahguna kuasa dipercayai tidak akan berakhir.
Najib semalam secara rasminya mengambil alih teraju Umno daripada Abdullah apabila menang tanpa bertanding jawatan tersebut. Dan beberapa hari lagi bakal mengetuai kerajaan Barisan Nasional (BN).
Mursyidul Am PAS itu berkata, walaupun sebahagian besar muka-muka baru membarisi kepemimpinan Umno sekarang, namun asas perjuangan parti itu tetap sama. "Ibarat kereta yang tidak ada break, maka kenderaan itu yang dinaiki pemandu dan penumpang baru tetap berada dalam bahaya," ujarnya ketika ditemui di sini.
Menurutnya selagi parti itu terus mengenepikan soal taqwa, mengasingkan politik dan agama, Umno akan terus bercelaru. Kata beliau ia jauh berbeza berbanding perjuangan PAS yang berteraskan Islam dan ketakwaan, di mana ahli-ahlinya mempunyai asas agama lebih kukuh. "Kekuatan akidah pemimpin PAS dapat dilihat pada penggal lalu apabila diuji dengan tawaran sehingga RM5 juta supaya melompat parti mereka tetap tidak berganjak," ujarnya.
Sedangkan beliau berkata, dalam Umno tidak timbul soal pahala dan dosa sehingga menjadikan amalan rasuah menjadi perkara biasa.Menurutnya Lembaga Disiplin Umno sebelum ini sudah memutuskan ada pemimpin Pemuda Umno yang didapati bersalah dengan rasuah, namun masih dibiarkan bertanding sehingga menang.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga melahirkan rasa hairan memandangkan Umno hanya mengagungkan pemimpin mereka pada waktu-waktu tertentu sahaja. "Contohnya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika dilantik menjadi perdana menteri lima tahun lalu beliau diagung begitu rupa sehingga menggambarkan bekas presiden Umno itu anak seorang ulama. "Namun selepas Umno kecundang teruk pada pilihan raya umum lalu, beliau pula didesak supaya melepaskan jawatan," katanya. - mj _

March 29, 2009 10:11 PM

Delete
Blogger Cheguman@Demang Lebar Daun said...

Rasuah politik dalam Umno tidak mungkin berakhir - Nik Aziz

Daruehsan,

Pernahkah awak dengar: "jika nak tahu baik seseorang, tanyalah sahabatnya dan jika nak tahu buruk seseorang, tanyalah musuhnya."


Saya percaya anda memang sukakan kebenaran. Justeru dalam mencari kebenaran, perkara-perkara begini perlu kita berhati-hati.


Wallahu'alam.

March 29, 2009 11:30 PM

Delete
Blogger Darulehsan said...

kadang-kadang sahabat yg kita tanya tu adalah talam 2 muka.

musuh pun kadang kala berkata yg baik tidak semestinya yg buruk semua.

so kita buang yg keruh ambik yg jernih. betulkan keadaan.

March 29, 2009 11:59 PM

Delete
Blogger GOMO said...

SALAM..

TERUSKAN MENYERANG BNM DENGAN SEGALA HUJAH DAN FAKTA YANG ADA BAGI MEMBANTU KERAJAAN

SEMEMANGNYA BNM TELAH MELAKUKAN PEKARA BANGSAT DAN BACHOL

http://gomo-no1.blogspot.com/2009/03/serang-bnm-habis-habisan.html

March 30, 2009 1:31 AM

Blogger Cheguman@Demang Lebar Daun said...

Rasuah politik dalam Umno tidak mungkin berakhir - Nik Aziz

Daruehsan,
Pernahkah awak dengar: "jika nak tahu baik seseorang, tanyalah sahabatnya dan jika nak tahu buruk seseorang, tanyalah musuhnya."

Saya percaya anda memang sukakan kebenaran. Justeru dalam mencari kebenaran, perkara-perkara begini perlu kita berhati-hati.

Wallahu'alam.

March 29, 2009 11:30 PM

Delete
Blogger Darulehsan said...

kadang-kadang sahabat yg kita tanya tu adalah talam 2 muka.

musuh pun kadang kala berkata yg baik tidak semestinya yg buruk semua.

so kita buang yg keruh ambik yg jernih. betulkan keadaan.

March 29, 2009 11:59 PM

Delete
Blogger GOMO said...

SALAM..
TERUSKAN MENYERANG BNM DENGAN SEGALA HUJAH DAN FAKTA YANG ADA BAGI MEMBANTU KERAJAAN
SEMEMANGNYA BNM TELAH MELAKUKAN PEKARA BANGSAT DAN BACHOL

http://gomo-no1.blogspot.com/2009/03/serang-bnm-habis-habisan.html

March 30, 2009 1:31 AM

Delete
Blogger Ex-UMNO said...

Bergemuruh bunyi sokongan perwakilan UMNO pada PAU yang bersidang di PWTC.

Pemimpin UMNO : Sokong Pembersihan UMNO!
Perwakilam UMNO : SOKONG!!!!!!!!!!

Pemimpin UMNO: Sokong usaha kembalikan sokongan rakyat terhadap UMNO!
Perwakilan UMNO : SOKONG!!!!!!!

Pemimpin UMNO : Sokong kekalkan RASUAH dalam pemilihan pemimpin!
Perwakilan UMNO: SOKONG!!!!!!!! SOKONG!!!!!! SOKONG!!!!!!!

March 30, 2009 10:41 AM

Delete
Blogger PaKMie said...

Salam semua...

Khas utk Darulehsan dan kwn2...

Banyak sdh komen saudara dlm Blog PaKMie, terima kasihlah kerana memberi respon.

Pertama sekali Nik Aziz sdh tdk releven lagi menyentuh soal rumahtangga UMNO. Sejarah Nik Aziz dlm politik Islam dan melayu di negara ini tlh banyak mengusik hati2 rakyat yg beragama islam dan terasa dirinya melayu. Lemparan kata2 kesat Nik Aziz kpd org2 islam melayu dlm Umno khasnya amat jijik sekali dari dahulu sampailah sekarang...sesetengah pemerhati politik islam/melayu dinegara ini sdh lama juak dgn Nik Aziz, bertopengkan agama semata mahu pd kuasa. Mengkapirkan Umno dan mcm2.


Sengaja mahu meletakkan dirinya kedepan, ditempat terbaik walhal amat jijik kalau kita kumpulkan kata2nya kpd org2 islam/Umno dari dahulu sampai skrg masih tak berubah2...( Telor kita ambil setiap bln, ibu pula kita nak kasi mampus - inilah perangai org Pas!) - sila baca dlm actikel dlm blog ini yg lepas2 apa kata2 keasat Nik Aziz kpd org islam Umno dan pemimpin kerajaan.

PaKMie taknak komen apa2 tentang ucapan dlm harakah yg dipaparkan oleh saudara Darlehsan itu. Tak payah Nik Aziz bagi komen atau pandangan apa2 tentang Umno sebab Nik Aziz sdri telah menganggap Umno itu sdri kapir. Sepatutnya Nik Aziz sdh lama kena letak jawatan menerima elaun/gaji berpuluh ribu sebulan dri kerajaan Umno dlm masa yg sama memberi penyokongnya jgn berkerjasama dgn UMNo jika berkerjasama juga berdosa, gaji diambil haram dimakan.


Akhir, kalau tdk kerana Umno dan pertolongan Allah SWT dah lama org2 melayu islam di negara ini hancur. Parti pembangkang sdh lama mahu menghancurkan negara ini dgn membangkitkan semangat rakyat dgn memburukkan umno dan pemimpin2 kerajaan.Nasib baiklah masih ada dan ramai lagi rakyat yg boleh memikir tahu membezakan mana yg baik dan mana yg buruk. Sekadar jatuh negeri kelantan kpd pas itu tdk mendatangkan apa2 kesan kerana kerana kerajaan pusat masih lagi UmnoBN.

Kerajaan Kelantan dibentuk dgn cara menipu rakyat, membelitkan isu2 kerajaan mengharamkan islam dlm Umno tdk ada kegelemorannya.Penghisap rokok disamakan dgn haiwan sebab penghisap rokok tak dpt memikir keburukan merokok keatas diri sdri. Apakah org2 yg tak dpt memikir kebaikan dan keburukan sesaorg atau kerajaan/ Umno selama ini, sehingga kita dan anak cucu kita menjadi senang lenang dlm khdpan dn amal ibadat dan kaya raya itu - kita sdh lupa dan tak dpt memikir ??? kalau penghisap rokok Nik Aziz samakan dgn Haiwan. Apa pula jika lupa kpd jasa2 dan org2 atau karajaan yg berjasa kpd kita selama ini itu tdk lembu??? sdh tentu lebih dripada lembu...Islam tdk mengajar kita berkata sedemikian, jika apa2 yg patut ditegur hendaklah dgn baik2 tambahan pula kita sebagi MB yg berlambangkan kononnya ulama! banyak lagi perkara yg hendak difikir - rokok pula tempat cari gelemor, bkn nak fikir perkara yg lebih sepatutnya...tepuk dada tanya iman...

Pada pengundi di Ketiga2 PRK tolak parti pembangkang, tolak Pas!!!- Nik Aziz memang tak nak Islam bersatu di negara ini sebab Nik Aziz masih mahukan pada kuasa wpn dh tua. Jika Islam bersatu kuasa yg ada pada beliau selama ini akan terjejas! Nik Aziz pun curiga dan tdk percaya kepada rakan sdri Hj Hadi. Takut saham Hj hadi meningkat dgn kerjasama Pas-Umno kerana itu idea Hj Hadi bukan Nik Aziz - juga kemungkinan besar Nik Aziz taknak jilat ludahnya sdri apa yg beliau kata kapada Umno selama ini!!!

Asalamualaikum dan salam perjuangan utk Islam, Bangsa dan Negara....maaf pada kwn2 jika ulasan PaKMie itu agak kasar sikit,tidak lain dan tdk bukan demi kabaikan dan kesedaran kita keatas fitnah Pembangkang kpd parti keramat kita UMNO.

March 30, 2009 1:45 PM

Delete






Delete

TIGA PENJURU BKT GANTANG





Foto : Taipingmali.
TAIPING 29 Mac - Pilihan raya kecil Bukit Gantang P059 menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), calon Pas dan seorang calon Bebas.

Calon Pas yang juga bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyerahkan borang pencalonan kira-kira pukul 9.05 pagi diikuti BN, Ismail Safian, 10 minit kemudian dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris, 42 tahun, 9.30 pagi.

Kamarul Ramizu, seorang ahli perniagaan memberitahu tujuan beliau bertanding dalam pilihan raya kecil itu adalah untuk menerapkan politik beriman - Utusan

PRK : LAGI BANYAK PENJURU LAGI BAIK

Seramai 14 bakal calon telah membuat bayaran deposit kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau pada 7 April ini.


bm version bukit selambau state seat 090209Pengarah SPR Kedah, Zainal Abidin Zakaria berkata 12 daripadanya adalah calon bebas, seorang calon Barisan Nasional (BN), Datuk S.Ganesan dan seorang calon PKR, S Manikumar.

Zainal Abidin berkata setiap calon membayar deposit sebanyak RM5,000 untuk bertanding dan RM3,000 sebagai deposit poster, lapor Bernama.

Calon bebas yang telah membuat bayaran deposit itu ialah bekas Ketua Wanita PPP Kedah, L Sarala, 34; ahli perniagaan T Chandrarajan, 40; kontraktor R Loganathan, 43; ahli perniagaan Tan Hock Huat, 46; ahli perniagaan Zaharan Abdullah, 39; Mejar (B) Mohd Fadzli Wahab, 38; Anuar Abdul Hamid, 58; A Jayagopal, 57; Husaini Yaacob, 44; Abdul Rahim Abu; S Moganakumar and Venason Michael.

Zainal Abidin berkata SPR telah menyediakan 20 lambang untuk dipilih oleh calon bebas pada hari penamaan calon esok.

Tarik diri

Sementara itu, seorang peniaga yang telah menyatakan hasratnya bertanding di DUN Bukit Selambau menarik diri.

Mohd Reduan Md Isa, 52 berkata beliau membuat pengumuman untuk bertanding pada tiga minggu lepas tetapi kemudiannya menukar fikiran setelah berbincang dengan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Beliau menafikan dakwaan kononnya mendapat inisiatif daripada pihak tertentu untuk menarik diri.

Bekas Anggota Jawatankuasa PKR Bahagian Merbok itu berkata beliau akan memberikan sokongan kepada calon PKR Manikumar yang akan bertanding.

Laporan polis

Sementara itu empat laporan polis dibuat oleh individu tertentu berhubung beberapa perkara termasuk kes pergaduhan kecil yang melibatkan kecederaan ringan menjelang pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali berkata selain pergaduhan, kes lain yang turut dilaporkan membabitkan perhimpunan tanpa permit dan rasa tidak puas hati calon terhadap seseorang lain yang menggunakan namanya untuk tujuan tertentu.

"Tiada laporan daripada parti politik, tapi laporan daripada inidvidu ada dibuat. Setakat ini, empat kes dilaporkan dan semuanya telah dibuka untuk siasatan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda hari ini.

Hashim berkata 835 anggota polis akan bertugas di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik I Sungai Petani.

Katanya polis menjangkakan 10,000 penyokong akan berhimpun di kawasan pusat penamaan calon dan pihaknya telah mengambil beberapa langkah, termasuk melencongkan laluan bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

DUN Batang Ai

Di Sarawak, kira-kira 800 anggotanya ditugaskan untuk memastikan kelancaran perjalanan pilihanraya kecil DUN Batang Ai.

bm version batang ai state seat past results 110309Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Salleh berkata mereka akan membantu melicinkan proses penamaan calon esok, kempen pilihanraya dan proses pengundian yang akan dikendalikan SPR.

"Kita ada 800 anggota semua peringkat dan saya rasa ini memadai khas untuk pilihanraya ini," katanya kepada Bernama.

Jalan utama menuju Lubok Antu berhampiran pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Lubok Antu akan ditutup sepanjang proses penamaan calon esok.

Beliau berkata jalan itu adalah satu-satunya jalan menuju pekan Lubok Antu yang menjadi pusat utama proses pilihanraya kecil Batang Ai.

Sementara itu di Perak, SPR meminta pemimpin parti politik yang bertanding dalam tiga pilihanraya kecil supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh membangkitkan emosi penyokong mereka pada hari penamaan calon.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata semua pihak perlu memastikan proses penamaan calon berjalan dalam keadaan harmoni tanpa sebarang insiden buruk seperti yang berlaku ketika pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok sebelum ini.

"jadi jangan buat sesuatu yang boleh menimbulkan kekecohan dan terlalu emosional. Penyokong biasanya mudah emosi apabila mendengar ucapan pemimpin terutama dalam suasana politik sekarang.

"Kita juga nasihatkan pemimpin parti yang bertanding agar tidak membawa terlalu ramai penyokong supaya kita boleh awasi dengan lebih baik... kejadian yang berlaku di Permatang Pauh dan Ijok menjadi pengajaran dan membuatkan kami dan polis menjadi lebih bersedia," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas meninjau persiapan SPR untuk penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Dewan Perbandaran Taiping.


Malaysiakini.

Saturday, March 28, 2009

DUA "NEGARAWAN" MEMBANTU KEPIMPINAN DS NAJIB PERKUATKAN UMNO.

NEGARAWAN AGONG BERTARAF DUNIA.
Perhimpunan agung Umno kali ini merakam sejarah apabila Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berpelukan di atas pentas.

najib mahathir pak lah umno 2009 agm final day 280309 02Sebelum itu, Dr Mahathir membuat kejutan apabila muncul di dewan persidangan pada jam 12.29 tengahari tadi ketika majlis pergulungan ucapan sedang berlangsung.

Ketibaan Dr Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali disambut tepukan gemuruh para perwakilan yang turut bangun memberi hormat kepada kedua-dua tokoh tersebut.

Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang ketika itu sedang menyampai ucapan penggulungannya, berkata kehadiran Dr Mahathir itu menandakan mantan perdana menteri mengiktiraf kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Manakala Abdullah pula, dalam ucapan penggulungannya berkata, beliau telah memaafkan semua pihak yang tidak senang dengannya.

Katanya, beliau juga memaafkan Muhyiddin jika menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu beranggap telah melakukan perkara tidak baik.

Walaupun tidak menyebut nama-nama yang lain, Dr Mahathir memang diketahui amat kritikal mengkritik pentadbiran Abdullah selama ini.

Naik ke pentas

Manakala Najib dalam ucapan penggulungannya menyuarakan hasrat ahli parti untuk melihat kedua-dua tokoh tersebut berbaik-baik dan menjadi teladan kepada ahli-ahli parti.

Selepas selesai majlis penggulungan tersebut, Dr Mahathir kemudian berjumpa dan berpelukan dengan Najib sebelum melangkah naik ke pentas dan menemui Abdullah.

Kedua-duanya kemudian berpelukan di atas pentas di tengah-tengah tempukan gemuruh pada perwakilan.

Dr Mahathir juga kemudiannya mengesahkan kepada pemberita bahawa beliau akan menyertai Umno semula.

Sebelum itu, Najib berharap dapat bersama kedua-dua "negarawan" tersebut demi kepentingan negara dan parti itu.

"Harapan saya agar dapat bersama dua negarawan tersebut - Datuk Seri Abdullah dan Tun Dr Mahathir - bagi membincangkan masalah serta masa depan parti dan negara. Walaupun pertemuan pertama mungkin kekok sedikit, tetapi lama-lama kemesraan akan terjalin.

Rapatkan barisan

"Yang penting bukan kepentingan diri, yang penting Umno dan negara kita. Insya-Allah, jika negarawan kita menunjukkan teladan yang baik, kita akan berjaya merapatkan barisan kita.

"Yang di bawah ini akan ikut bersama. Mereka akan mendapat inspirasi daripada negarawan kita," katanya dalam ucapan lantang dan berapi-rapi.
Beliau juga menyeru kedua-dua pihak jangan mengkritik secara terbuka, sebaliknya menyelesaikan sesuatu perkara secara dalaman.
"Apabila ahli setia kepada pemimpin, pemimpin yang bersara juga perlu setia kepada parti yang pernah berjasa kepada kita. Ini merupakan kehendak perwakilan Umno," katanya yang mendapat sorakan dan tepukan daripada perwakilan.
"Hari ini Tun Dr Mahathir hadir bersama-sama kita. Saya cuba tafsir kehadiran beliau. Saya percaya dalam hati kecil beliau, darah beliau adalah darah Umno," katanya.

Ulasan...

Blogger Syammil said...

petanda bahawa melayu akan kembali bersatu

March 28, 2009 5:28 PM

Delete
Blogger PaKMie said...

Salam Syammil dan kwn2...

Allah sdh tunjukkan kpd kita satu persatu. Kini Umno kearah kegemilangannya, kembali sekembalinya bapak negarawan Tun dan kesepakatannya bersama PakLah membantu barisan kempimpinan DS Najib sdh tentu UmnoBN akan dijulang kembali oleh rakyat dinegara ini.

Sebaliknya pembangkang akan cuba mengalihkan isu ini dengan mengada2kan isu lain bagi mengalihkan fikiran rakyat. Sdh tentu pembangkang PR akan bertambah lemah. Semasa Umno sdkit lemah PR juga masih lagi tak mampu menawan hati rakyat. Perpecahan dlman PR yg tak menyakinkan rakyat kerana skandal sex dikalangan wakil2 rakyat mereka diSelangor dan Kedah, pentadbiran tak stabil spt diPP yang berakhir dgn pemecatan TKM Fairus menyebabkan UmnoBN masih tetap dihati rakyat. Skrg Umno sdh mengatur tapak kembali dan setiap langkah diatur dgn baik oleh Najib supaya tdk menguriskan hati rakyat, hak2 rakyat dituruti dan dibela - Umno akan utuh dan kuat.

Pas dgn jelas mempergunakan agama dlm kepertingan politiknya. Bila Umno bertambah baik isyaallah rakyat akan mulai fhm siapa sebenarnya memperjuangan agama, bangsa dan negara ini. Pembangkang akan ditalkinkan dan bersedialah menggali lubang kubur sdri...


Asalamualaikum dan selamat berjuanag....

March 28, 2009 6:00 PM

Delete
Blogger Cheguman@Demang Lebar Daun said...

lembaran baru bagi UMNO, permulaan yang cukup baik bagi Najib menerajui negara.

March 28, 2009 11:10 PM

Delete

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..