Followers

Monday, August 31, 2009

SEMBANG MERDEKA : KEPALA LEMBU DAN PEMBINAAN KUIL



MB SELANGOR KEPALA LEMBU, NIK AZIZ DAN SAMY VELLU


Tetiba sahaja meletup dan menjadi perbualan umun tentang kepala lembu. Perarakan seramai lebih 200 orang bersama NGO2 dan penduduk setempat dengan membawa kepala lembu kerana simbol sebagai bantahan keatas pembinaan kuil dikawasan penginapan orang melayu di section 23 Shah Alam.

Menjadi tanda tanya kenapa kepala lembu yang dilibatkan? kalau mengikut golongan melayu tua terdahulu "lembu adalah melambangkan kebodohan melayu itu sendiri " seperti kata MB Kelantan Nik Aziz penghisap rokok diberi perumpamaan seperti lembu suatu masa dahulu. Bermaknanya apa yang berlaku dengan perarakan bantahan pembinaan kuil bersama kepala lembu itu melambangkan simbolik kepada "pemimpin2 melayu yang bodoh yang bertindak sesukahati membuat sesuatu keputusan yang melibatkan maruah dan agama islam, sebaliknya lebih memehak kepada agama lain".

Isu berkaitan dengan Lembu selalu kedengaran di Selangor. Kalau dahulu lembu2 di bawa masok ke pejabat SPRM berkaitan dengan salah guna perbelanjaan Korban lembu pada majlis hari raya haji tajaan MB Selangor yang melibatkan duit kerajaan negeri.

Salahkah penduduk di section 23 Shah Alam membuat bantahan pembinaan kuil itu? Kuil tersebut akan dibina yang hanya 200 meter bedekatan dengan masjid, lagi pun cuma ada 50 orang kaum hindu dikawasan itu, berbanding dengan penduduk islam lebih 500 orang. Sebelum dipindah tempat, kuil dan tempat terdahulunya adalah kecil tetapi dengan perpindahan ini kuil tersebut akan dibina dikawasan yang lebih luas dan lebih besar dari Masjid yang sudah sedia ada dikawasan itu. Sebelum ini kawasan itu akan dijadikan tapak Pusat Latihan Skuad Penyelamat Malaysia tetapi tidak diluluskan oleh Kerajaan Khalid.

Soalnya kenapa kawasan melayu juga yang dipilih? dan mengapa Khalid Samad MP Shah Alam dan Roziah Ismail exco kerajaan negeri dan tongok MB menyokong tindakan Xavier Jayakumar keling itu? Kalau kerajaan dahulu telah meluluskan pembinaan kuil di section 22 kenapa pula mahu ikut rentak keling2 itu setuju pindah kekawasan melayu di section 23? itu pun geng Khalid MB tidak boleh fikir...Kes sebegini penting tidak diperbincangkan terlebih awal dengan penduduk disitu, sesudah riuh rendah baru geng Khalid mengarahkan pegawai MBSA dan perbadanan PKNS berbincang dengan penduduk disitu. Seperti biasa MB Selangor itu tetap melepaskan tanggongjawab ini dengan mengatakan perkara ini sengaja diapi-apikan oleh kumpulan yang memang berniat jahat terhadap keharmonian rakyat dan kestabilan politik kerajaan di Selangor.

Lembu adalah haiwan mulia mengikut fahaman hindu dan simbol keagamaan mereka. Sudah tentu ia menjadi "sensitiviti kepada kaum hindu" bila ada orang mengambil kesempatan mempergunakan binatang itu sebagai simbol dan tujuan simbolik tertentu. Kalau sebelum ini islam/melayu di negara dikejutkan dengan penghinaan DAP terhadap islam dan orang2 melayu, hari ini pula penganut agama hindu terguris hati dengan penggunaan kepala lembu diperarakan tersebut.

Ulama Politik Pas, Nik Aziz telah memperjelaskan melalui kenyataannya "bahawa mana2 kaum bukan islam tidak salah menghina islam, sebab mereka tidak tahu menahu tentang ajaran islam. Tetapi agak berbeza pula dengan kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu bersabit dengan penggunaan kepala lembu dalam perarakan itu.

Sebaliknya dalam kes tersebut Samy Vellu bersama MIC menggesa masyarakat Malaysia supaya membantu kerajaan ke arah memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian kaum selain memperdalamkan pemahaman berhubung "sensitiviti semua kaum" di negara ini. Masyarakat Malaysia perlu menghormati dan memandang mulia kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Kenapa Samy tidak berkata begini "Dibolehkan masyarakat melayu dan kaum2 lain di negara ini menggunakan "lembu-lembu dan kepala lembu itu" itu sebagai simbol tujuan tertentu sebab mereka tidak tahu bahawa binatang itu adalah kecucian dalam agama kita..." sebaliknya Datuk Seri Samy Vellu membuat kenyataan bersabit dengan isu itu berlainan dengan cara kenyataan Nik Aziz bersabit dengan penghinaan islam oleh DAP tempohari. Samy mengajak masyarakat melayu di negara ini supaya lebih bersatu dan bersefahaman diantara kaum dan agama, sesuai dengan Pelembagaan Pesekutuan yang sudah termaktub sekian lama di negara ini.

P/S : Nik Aziz dan Samy Vellu antara pemimpin politik yang paling lama memegang jawatan kerajaan di negara ini.

Ulasan...
Blogger Dee said...

Isu kepala lembu ini telah disalah tafsirkan atau di 'spin' kan oleh puak puak belah sana. .Lembu berkait rapat dgn fhman hindu dan bagi masyarakat melayu pula lembu bagitu sinonim sebagai simbolik melambangkan org bodoh dan juga pak turut. .Ucapan seperti "Bodoh mcm lembu" "otak lembu" "cucuk hidxng" adalah lumrah dlm masyarat melayu. .

Kalau dikatakan demo kepala lembu tempoh hari menghina agama hindu itu kurang tepat.. Tengok saja lah kain rentang yg mereka bwh tiada pn perkataan menghina hindu. .Apa yg tertulis nmpk jelas ditujukan kpd pemimpin PR bangsa melayu itu Khalid dan Rodziah. .Kepala lembu itu hanya simbolik yg ditujukan kpd YB2 PR ini yg dilihat hanya seperti "boneka" dlm pentadbiran negeri Selangor. .Oleh kerana lembu tadi ada kaitan dgn agama hindu maka inilah dijadikan isu dan diperbesar besarkan oleh pihak belah sana.. .

August 31, 2009 10:11 PM

Delete

Sunday, August 30, 2009

3 MAC 1924 - SEJARAH HITAM UMAT ISLAM - 31 OGOS 1957 TARIKH MERDEKA TANAH AIR KU MALAYSIA



Hari ini cukup 8 hari kita menjalankan ibadat puasa bulan ramadhan 1430H. Manakala esok 31hb Ogos adalah hari sambutan 52th kemerderkaan negara kita Malaysia. Bulan puasa mendidik umat Islam berdisiplin, bukan sahaja daripada segi menahan lapar dan dahaga, bahkan dalam aspek perlakuan harian. Hari kemerdekaan iaitu esok adalah tarikh memperingati negara kita bebas dan merdeka dari pengganas2 dan serangan tentera2 Jepun yang mahu menakluki negara ini.

Hari kemerdekaan pada tahun ini disambut dalam bulan ramadan. Bulan ramadhan adalah merupakan bulan penyucian jiwa untuk menjauhkan umat Islam daripada sifat bongkak, sombong, memfitnah dan mengumpat. Sudah tentunya sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini mempunyai erti yang tersendiri, yang berbeza dengan sambutan hari kemerdekaan sebelumnya.

Semenjak PRU12 negara kita menghadapi krisis kepimpinan. Bermula dengan krisis kepimpinan dalam Umno dan diikuti pula dengan krisis diantara parti2 komponen BN yang lain, termasuklah MCA dan MIC. Sudah tentu jika ianya tidak ditangani dengan baik dan segera ia akan memberi kesan dan rakyat semakin muak untuk menyokong BN. Imej BN dan juga Kerajaan, dan apabila BN terjejas maka ianya akan terbawa-bawa kepada pemilihan dalam Pilihanraya ke13 nanti. Jika sekiranya masaalah ini tidak dapat diatasi segera maka kesan nya akan memberi padah kepada BN dan negara ini. Adakah tahun2 mendatang sambutan menperingati hari kemerdekaan negara kita tetap subur seperti hari ini?

Perbalahan terbuka diantara Menteri dengan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan iaitu Ong Kee Teat dan Teong juga sudah pasti memberi kesan kepada BN.

MERDEKA!...MERDEKA!!...MERDEKA!!!...

Ulasan...

Blogger ajijasin said...

salam alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN!!!
MARHABAN YA RAMADHAN!!!

MALAM KE SEPULUH RAMADHAN!!!
MALAM SEPULUH PERTAMA TERAKHIR RAHMAT ALLAH UNTUK HAMBANYA!!!

DAN SALAM MERDEKA!!!

MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!

August 30, 2009 11:33 PM

Blogger The Hobbit Frodo said...

salam merdeka ..


semoga semangat atok moyang kita dulu dalam menuntut kemerdekaan akan terus subur di hati kita dan tidak luntur dek waktu

wassalam

August 31, 2009 12:24 AM

Blogger YANG GAMBI said...

salam Merdeka,

Semoga Allah memelihara tanah air kita daria pengkhianat bangsa dan agama.

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

August 31, 2009 1:28 AM

Blogger Danial said...

A'kum....

Saya lahir lps dah merdeka.. time tu bas dah ada.. tv itam putih... beras boley kat kedai.. alhamdullillah!! syukur!! walaupun x rasa perit zaman nak dapatkan kemerdekaan tapi sampai ari ni saya hargai KEMERDEKAAN negara saya...sedih tgk keadaan skang...yg tua sorang tuh sibuk hancurkan Melayu n main b*#^#t ajer!! yang muda plak sibuk asah parang bwk bekal g merempit... yg gagak plak makin naik lemak pijak pala..yg pucat mcm mayat plak diam2 tabur racun!! Yg kita Melayu plak dok sibuk gaduh sama sendiri.. sikit2 bagi apa yg kita ada kat orang lain!! Mcm mana la agaknye nasib anak saya esok??? ada lagi tak sebidang tanah yg boley dia panggil tanahair dengan rasa bangga??? (NI taip sambil menitik air mata n nyanyi lagu WARISAN ;-)

August 31, 2009 8:36 AM

Saturday, August 29, 2009

SEMBANG BISNES ONLINE : FOREX EXCHANGE


PENGENALAN TEKNIK FIBONACCI OLEH ARISFX TRADER// Arisfx@yahoo.com Teknik Fibonacci menggunakan nombor-nombor yang berturut seperti berikut:
1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, …………

Nombor-nombor tersebut dikira dengan mencampurkan kedua-dua nombor sebelumnya.sebagai contoh:
3 + 5 = 8
5 + 8 = 13
8 + 13 = 21
13 + 21 = 34

Di dalam meramal pasaran Forex, nisbah nombor Fibonacci digunakan untuk meramalkan proses jual beli gandingan matawang, kebanyakkan pedagang-pedagang profesional menggunakan nisbah-nisbah Nombor Fibonacci untuk melakukan proses jual beli.
Nisbah Fibonacci seperti contoh berikut :-

Katakan anda mengambil contoh 4 nombor berturut Fibonacci iaitu:
13, 21, 34, 55

Dengan membahagikan antara dua nombor tersebut di atas, anda akan memperolehi nombor nisbah separti berikut:

13/21 = 0.618 atau 61.8%
55/34 = 1.618 atau 161.8%
34/55 = 0.618 atau 61.8%
21/55 = 0.382 atau 38.2%
34/21 = 1.618 atau 161.8%
13/34 = 0.382 atau 38.2%

Punca kuasa dua ( Square root ) 0.618 = 0.786Punca kuasa dua ( Square root ) 1.618 = 1.27 Oleh itu nisbah-nisbah yg digunakan dalam teknik Fibonacci ialah:

0.382 = 38.2%
0.50 = 50%
0.618 = 61.8%
0.786 = 78.6% (76.4% digunakan iaitu 38.2 x 2 = 76.4% 1.27 = 127 %
1.618 = 161.8%
2.618 = 261.8%

FIBONACCI RETRACEMENTS
Retracements atau dalam bahasa Melayu dipanggil pergerakan semula. Sebagai contoh katakan selepas pasaran meningkat, ia akan turun dan bergerak meningkat kembali. Pergerakkan meningkat kembali kebiasaannya tidak sepenuhnya seperti pergerakkan sebelumnya. Pasaran akan bergerak kembali diantara 50% hingga 61.8% sahaja. Oleh itu nisbah Retracements (pergerakkan kembali) yg harus diperhatikan untuk melakukan proses jual beli mengikut teknik Fibonacci ialah : 38.2%, 50%, 61.8% dan 78.6% (76.4%)

Bersambong...

Friday, August 28, 2009

HANYA ALLAH SAJA YANG MAHA MENGETAHUI " KITA MANUSIA JANGAN TERLEBIH LAJAK DARI LAJU"


RENONGAN PAGI JUMAAT

Setiap insan ada kelemahan yang tersendiri. Sedikit ataupun banyak. Dosa ada berbagai jenis, kecil dan besar. Seorang insan biasanya tidak dapat lari dari jatuh ke dalam daerah-daerah dosa. Sama ada yang besar atau yang kecil. Jika tidak dosa itu pada tindakan atau perbuatan anggota badan, ia kadang-kala pada jantung hati dan perasaan seperti takabur, riyak, buruk sangka dan berbagai lagi.

Tiada anak Adam yang suci tanpa disentuh oleh dosa. Bak kata Nabi s.a.w:

“Setiap anak Adam membuat salah. Sebaik-baik yang membuat salah ialah yang bertaubat”.
(Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani).

Cumanya, atas rahmat Allah, Dia menutup kelemahan kebanyakan insan. Maka tampillah insan itu tampak bersih dan suci pada sangkaan manusia, namun hanya Allah Yang Maha Mengetahui mengenai hakikat diri seseorang.Sebab itu, insan bukan sahaja disuruh selalu beristighfar dan bertaubat untuk kesalahan dirinya, tetapi juga jangan menghukum kedudukan syurga dan neraka orang lain secara putus. Kita mungkin boleh menyatakan ini perbuatan dosa, ini pula perbuatan pahala. Orang ini berakhlak baik, orang itu berakhlak buruk. Orang ini menzahirkan maksiat, orang itu menzahirkan ibadah. Sekadar itulah penilaian. Namun, untuk menyatakan si fulan itu pasti ahli neraka, atau si fulan itu pasti ahli syurga, maka untuk bukan urusan kita. Dosa Pahala Hanya Allah dan rasulNya yang berhak. Kita tidak pasti melainkan apa yang zahir seperti jika seseorang mati dalam kekufuran setelah datang kepadanya penerangan iman dan Islam yang secukupnya, atau mati dalam maksiat yang jelas. Maka nas al-Quran dan Sunnah menyatakan dia ahli nereka. Itupun hanya pada penilaian zahir sahaja, mungkin dia bersyahadah sendirian sebelum menemui Allah, kita tidak tahu.Pelaku maksiat juga demikian, pada zahirnya maksiat adalah faktor yang membawa seseorang ke neraka. Namun, kita tidak tahu, mungkin seseorang itu di samping maksiatnya, ada kebaikan yang dibuat yang mungkin mampu memadamkan dosanya di sisi Allah. Mungkin juga dia bertaubat tanpa kita tahu. Hanya Allah yang menentukan kedudukannya. Ini tidak menghalang kita untuk menyatakan yang salah itu salah, dosa itu dosa.Kita akan membantah kemaksiatan yang dilakukan kerana itu tanggungjawab agama, namun kita tidak akan melaknat individu berkenaan dan menentukan dia semestinya ahli neraka. Fanatik dan permusuhan yang melampaui batas, kadang-kala menyebabkan seseorang terlajak dalam menghukum orang lain.Inilah yang berlaku di kalangan golongan Khawarij yang me’neraka’ seseorang hanya kerana satu dosa. Inilah juga yang berlaku dalam golongan fanatik agama dalam berbagai aliran dan kepartian yang me‘neraka’kan orang lain hanya kerana satu dosa yang dicanangkan. Padahal sepatutnya, memadai dengan menegur dan menghalang kesalahan atau dosa, namun jangan membuat keputusan tentang kedudukannya di sisi Allah.Jangan melampau dalam menghukum orang lain. Dalam hadis al-Imam al-Bukhari, Rasulullah s.a.w mengajar kita hakikat ini.

“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. (Riwayat al-Bukhari) Bagaimana mungkin orang yang meminum arak boleh mencintai Allah dan RasulNya?. Tidakkah Rasulullah s.a.w sendiri bersabda:

“Allah melaknat arak, peminumnya, penghidangnya, penjualnya, membelinya, pemerahnya, meminta agar ia diperah, pembawanya dan orang yang ia dibawa kepadanya” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).

Jawapannya, bukan semua yang meminum arak atau apa-apa maksiat itu membenci Allah dan rasulNya. Maksiat adalah dosa dan kelemahan dirinya. Namun tidak semestinya, pelaku maksiat membenci Islam. Maksiat membawa ke neraka, namun bukan semesti seorang pelaku maksiat tidak melakukan pahala dalam perkara yang lain yang akhirnya Allah akan menentukan timbangan antara keduanya.Betapa ramai insan yang nampak peribadinya lemah, tetapi jiwanya masih sayangkan Allah dan rasulNya, sayangkan Islam dan marah jika Islam dan kaum muslimin dihina dan dianiayai. Ya, Rasulullah s.a.w melaknat peminum arak dan yang terlibat dengannya. Pelaknatan itu secara umum, namun apabila penentuan secara individu maka penilaian khusus hendaklah teliti. Setiap insan mempunyai latar dan situasi yang berbeza. Maka kita jangan terlebih lajak daripada laju’.Di sebalik itu, orang zahirnya beramal dengan amalan agama maka pada zahir dia beramal dengan amalan ahli syurga. Namun kita tidak tahu niatnya; ikhlas atau riyak, atau tujuan tersembunyinya. Kita tidak tahu jiwanya; bongkak atau tawaduk, tauhid atau syirik. Di mana kesemua itu faktor yang mengheret seeorang ke neraka. Mungkin juga ada dosa atau kezalimannya terhadap insan lain sehingga Allah mengambil segala pahalanya sebagai gantian.Nabi s.a.w pernah bertanya para sahabat baginda :

“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka”
(Riwayat Muslim).

Ini bukan perkara pelik, ada orang yang kadang-kala berzikir dan bertahmid sebelum berucap atau berceramah, namun apabila habis dia berzikir dan bertahmid, dia memaki hamun orang lain bagaikan tiada sempadan agama. Rahsia Kehidupan sangat luas. Kita membenci dan melarang perbuatan buruk dan maksiat kerana itu adalah dilarang oleh agama. Amalan buruk membawa ke neraka. Namun, kita tidak menetapkan untuk seseorang secara individu syurga atau neraka. Amalan baik membawa ke syurga. Kita menyokong dan membantunya.Namun kita juga tidak tahu hakikat sebenar kedudukan orang tertentu yang beramal dengan amalan baik, apakah dia ke syurga atau ke neraka. Kita berbaik sangka dan mengharapkan syurga untuknya. Tapi, kita tidak tahu setiap perkara di sebalik tabir kehidupannya. Hanya Allah Yang Maha Tahu kesudahan dan rahsia hidup setiap insan, kita tidak boleh berlebihan dalam menghukum melainkan ada nas yang jelas untuk seseorang seperti para nabi, orang-orang soleh tertentu dan para sahabat yang disebut dalam al-Quran ataupun sunnah. Demikian mereka yang ditetapkan nereka oleh Allah dan rasulNya seperti Iblis, syaitan, Fir’aun, Abu Lahab, Abdullah bin Ubai dan lain-lain.Orang yang Allah dan rasulNya tidak khabarkan kedudukannya, kita tidak tahu. Kita disuruh mendoakan keampunan kaum muslimin yang meninggal. Kita melaknat maksiat secara umum, namun kita tidak disuruh melaknat individu pelaku maksiat secara khusus. Urusan setiap insan dengan Tuhannya.Mungkin dia telah memohon ampun, mungkin dia mempunyai pengecualian yang hanya Allah mengetahuinya, mungkin dia telah dikifarah di dunia dan dia akur, mungkin dia mempunyai kebaikan yang lain yang Allah sangat redha, mungkin orang lain pula telah menzaliminya lalu pahala diberi kepadanya, atau mereka diberi dosanya. Hanya Allah Yang Mengetahui di balik tabir kehidupan. Kita jangan lebih lajak daripada laju.

BIAR TAK CANTIK ASAL JANGAN GAGAP - DIMANA MB SELANGOR?

BANTAHAN PEMBINAAN KUIL DI KAWASAN MELAYU SHAH ALAM

Actikel dari blog Pisau- Pengirim email daripada rakyat prihatin, mengajak penduduk shah alam dan seluruh umat Islam tidak kira dari fahaman politik mana pun agar turun memberi sokongan bantahan terhadap pembinaan kuil di kawasan 100% orang islam dan jaraknya tidak sampai 200 meter dari masjid.
Perjumpaan bersama para penduduk seksyen 23 dan pihak media (Selasa, 25 Ogos 2009), jam 9.30malam untuk membincangkan tentang perkara di atas bertempat di Surau Al-Jannah, Seksyen 23.

Suatu demonstrasi aman akan dilakukan selepas solat Jumaat pada hari Jumaat ini di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke Bangunan SUK Selangor.

Pada asalnya, sebuah kuil akan didirikan di seksyen 19 Shah Alam yang kemudiannya bertukar ke Seksyen 23 yang majoriti penduduknya adalah orang-orang Melayu.

YB Khalid Samad, YB Rodziah Ismail dan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim bertindak mendiamkan diri dan membutakan mata atas isu ini. Mengapa? Mungkinkah mereka adalah dalang-dalang disebalik isu ini?

Bukankah kuil ini lebih sesuai ditempatkan di Seksyen 22 yang merupakan kawasan perindustrian yang jauh daripada penempatan umum? Mengapa pihak pemerintahan tertinggi negeri tidah berbuat demikian?

Diharapkan rakan-rakan media dan bloggers dapat sama-sama membantu menyuarakan ketidakpuashatian penduduk Seksyen 23 agar isu ini dapat diselesaikan segera.

Dikepilkan bersama salinan surat dari Gabungan Badan NGO Malaysia.

Sekian, harap maklum - Pisau.net

Ulasan...
Blogger hanizam said...

Lepas solat jumaat di masjid biru tadi, ada bantahan secara aman pasal isu ini, dan terus berarak ke SUK...harap biar kerajaan PR kat selangor ni terutama Khalid Gagap a.k.a Khalid Beer dapat ambil perhatian bantahan ini...

Tak lupa juga untuk ahli Parlimen Shah Alam & Adun Batu 3, "JANGAN JADI PAK TURUT ORANG KAFIR"

"BUKAK MATA & LAPANGKAN HATI, DENGAR BANTAHAN PENGUNDI KAT TEMPAT KORANG TU"

August 28, 2009 3:12 PM

Delete

Thursday, August 27, 2009

POLITIK ANWAR HANYA PANDAI MENABUR JANJI DAN MENYALAHI ORANG LAIN SEMATA-MATA

PENYOKONG PAS PERMATANG PASIR TIDAK MAHU KEPADA PERUBAHAN

Dalam PRU12 lepas, pembangkang berjaya menawan Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Sekarang sudah lebih setahun Anwar menerajui negeri2 tersebut. Kalau sebelum pilihanraya sudah tentu pengundi2 Pakatan Pembangkang mahu melihat perubahan2 yang lebih baik dari pada BN lakukan. Pelbagai janji2 yang ditabur oleh pakatan rakyat untok menambat hati pengundi2 supaya menyokong beliau. Tetapi sekarang pernahkah kita semua bertanya, apa kah segala tindakan keatas perkara2 tersebut telah dilaksanakan?

Apa yang kita tahu dan sedia maklum pada hari ini, saban minggu Anwar menyerang kepimpinan Barisan Nasional kerana kononnya tidak membuat sebarang perubahan dan reform. Segala tomohan dilemparkan kepada BN, sebaliknya tiada siapa yang bertanya apa kah yang telah Anwar lakukan yang sudah lebih setahun dinegeri2 yang mereka kuasai tersebut.

Apa yang telah Pakatan buat setelah setahun setengah memerintah Selangor dan Pulau Pinang?
Di Selangor timbunan masalah rasuah dan jenayah, setinggan tumbuh semula, masalah kuil masih belum selesai, pendapatan kerajaan negeri merosot dengan teruk, pentadbiran kerajaan negeri kacau bilau, pusat hiburan bertambah banyak, pelaburan semakin berkurangan. Dimana janji2 Anwar?

Di Pulau Pinang, masalah Kampung Buah Pala tidak juga selesai. Pegawai Khas Ketua Menteri bergaduh dengan ahli majlis perbandaran, pelbagai projek diumumkan namun tiada satu pun dilaksanakan.

Hampir keseluruhan pentadbiran pakatan "berasaskan cakap, tetapi tiada tindakan apa-apa"

Di Selangor, menteri Besarnya sibuk mencari jalan melunaskan hutang peribadi berbanding membangunkan negeri. Di Pulau Pinang pula, Lim Guan Eng sibuk mengumpul kekayaan , bercakap kepada media hanya untuk mencari populariti semata-mata.

P/S : Rakyat lebih mempercayai retorik pemimpin2 pembangkang dan sanggup membelakangi dasar2 yang kerajaan laksanakan. Ruang kelemahan ini diisi dengan begitu baik oleh pemimpin2 pembangkang. Ini terbukti dalam setiap kali pilihanraya kecil diadakan. Pemimpin pembangkang khasnya Pas sanggup menggunakan agama untok memenuhi impian mereka. Mereka menyerang peribadi calon UmnoBN tanpa ada batasan untok menutup kelemahan mereka kepada pengundi2. Undi Melayu/islam terus berpecah, sebaliknya kaum lain terus bersatu mengatur strategi supaya kuasa orang melayu yang ada bersama Umno terus terhakis. Pengkianat sebenar kepada Islam/melayu di negara ini adalah Anwar, talibarutnya adalah Nik Aziz dan Karpal Singh.

Tuesday, August 25, 2009

PRK N11 : PENGUNDI MEMEHAK KEPADA SYURGA NIK AZIZ


Keputusan rasmi PRK Permatang Pasir telah diumumkan oleh SPR sekejap tadi. Pas berjaya mengekalkan kerusinya sebelum ini, memenangi dengan majoriti 4,551 undi. Pas mendapat 9,618 manakala UmnoBN mendapat 5,067 undi. Peratusan keluar mengundi 73,1% iaitu seramai 14,832 orang pengundi.Selamat menjalankan tugas dan tanggongjawab kepada yang menang.

Ulasan...
Blogger PaKMie said...

SUDAH DIJANGKA...

PAS mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir apabila calonnya, Salleh Man menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi. Salleh berjaya memperolehi 9,618 undi manakala Rohaizat pula meraih 5,067 undi. Pada pilihan raya kecil kali ini, seramai 14,832 atau 73.1 peratus pengundi daripada 20,290 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab masing-masing. Berbanding 16,803 pengundi yang keluar pada pilihan raya umum DUN Permatang Pasir dalam pilihan raya umum Mac 2008. PAS ketika itu yang diwakili Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman memperolehi 11,004 undi mengatasi calon BN, Ahmad Sahar Shuib yang mendapat 5,571 undi. Majoriti pada ketika itu ialah 5,433.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN menerima keputusan dengan hati yang terbuka. Bagaimanapun katanya, terdapat sedikit perubahan dan penambahbaikan sokongan kepada BN di beberapa peti undi. Sikap pengundi menurutnya tidak banyak berubah tetapi BN akan tetap mengambil perhatian perkara-perkara yang dibangkitkan oleh para pengundi baik daripada kalangan Melayu, Cina mahupun India semasa tempoh kempen pilihan raya kecil berkenaan.

August 26, 2009 12:19 AM

Blogger YANG GAMBI said...

Salam,

Bagaimana pun tahniah dan syabas kepada petugas UMNO-BN yang bertungkus lumus mempertahankan maruah UMNO di Permatang Pasir....

August 26, 2009 12:24 AM

Blogger kelambuharimau said...

fatwa dan auta nik ajis dah berjaya yop!

August 26, 2009 10:44 AM


EZAM BERSYUKUR PKR SEMAKIN TIRIS

PKR DIAMBANG PERPECAHAN

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Nor bersyukur apabila semakin ramai pemimpin serta ahli parti itu sedar dan tidak mahu lagi bersubahat dengan pegangan politik yang merosakkan agama, bangsa dan negara.

Tegas beliau, kesedaran berkenaan timbul apabila mereka mendapati agenda politik PKR adalah untuk memenuhi kerakusan nafsu politik dan peribadi penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata.

Ezam berkata, beliau juga akan berdoa semoga lebih ramai yang sedar malah meyakini Allah akan membuka pintu hati ahli dan pemimpin PKR kepada kebenaran satu masa nanti.

"Walaupun berada di Jakarta, saya menerima banyak panggilan dan e-mel daripada kawan-kawan lama yang masih berada dalam PKR.

"Mereka mula nampak kepincangan Anwar khususnya dalam kes liwat yang asyik tertangguh," katanya melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) dari Jakarta, hari ini.

Semalam 200 ahli PKR Bahagian Padang Serai di Kedah termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh mengumumkan keluar daripada parti itu.

Mohd. Radzhi yang kini menjadi wakil rakyat Bebas serta ahli parti lain mengisytiharkan berbuat demikian setelah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan selain menganggap perjuangan PKR kini tidak lagi seiring dengan matlamat asal penubuhannya.

Serentak dengan itu, PKR Bahagian Padang Serai turut dibubarkan setelah mendapat sokongan semua 14 ahli jawatankuasanya.

Sementara itu, Ezam berkata, kekecewaan kepada Anwar juga semakin merebak di Selangor kebelakangan ini.

Utusan online

Ulasan...

Blogger Rahman,Ahchong,Muniandy said...

Elok juga UMNO kalah di Pmtg Pasir.Bermakna tiada pembangunan akan mengambil tempat di kawasan parlimen aljuburi.selamat duit Rakyat.Hantar duit byk2 ke kawasan penyokong BN.Itu akan lebih bererti.Biarkan pengikut PAS dgn pondok dan syurganya.Biarkan PKR dgn ajenda ketuanya.biarkan DAP dgn anti islam nya.UMNO pasti akan lebih berjaya kelak.InsyaALLAH.

August 25, 2009 10:39 PM

Delete

PRK N11 PERMATANG PASIR : MENANTI DALAM DEBARAN




Jumlah keluar mengundi sehingga jam 12 tengahari tadi mencecah 47.2 peratus atau 9,573 orang, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz berkata beliau berpuas hati dengan perkembangan perjalanan proses membuang undi setakat ini kerana menunjukkan kemajuan, lebih baik daripada hari mengundi DUN Manek Urai, awal bulan lalu.Ramai anggota polis ditempatkan di semua pusat pengundian bagi mengawal penyokong kedua-dua parti yang bertanding.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jumlah keluar mengundi sehingga jam 9 pagi tadi ialah 14.6 peratus atau 2,566 orang.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz melawat pusat pengundian di SRJK (C) Lay Keow dan berpuashati dengan perjalanan pengundian setakat ini. Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir bermula dengan 39 saluran.Calon PAS, Mohd Salleh Man berdepan dengan calon BN, Rohaizat Othman. Seramai 20,290 pemilih berdaftar layak mengundi hari ini untuk memilih wakil rakyat yang baru mereka.

Ulasan...
Blogger ^inas^ said...

semoga hari mengundi berjalan dgn lancar~

August 25, 2009 10:41 PM

Delete

Monday, August 24, 2009

PKR TUDUH UMNOBN PUNCA RADZHI MASOK BEBAS!

Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri yang menerima tamparan hebat selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh mengisytiharkan keluar daripada parti itu menuduh Barisan Nasional (BN) terlibat dalam tindakan tersebut.

Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kasim mendakwa, BN berkemungkinan merancang tindakan itu bagi memanipulasi isu menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Selasa ini.

"Telah menjadi kebiasaan apabila ada pilihan raya kecil, akan ada isu-isu lompat parti.

"Kita menjangkakan ini adalah sebahagian daripada tindakan yang dirancang oleh BN untuk memanipulasi isu," katanya kepada pemberita di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Sidang akhbar yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak itu diadakan ekoran pengumuman Mohd. Radzhi hari ini keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Sebelum daripada itu seorang bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa insiden kekecohan melibatkan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan ketika proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Isnin lalu, dibuat atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Utusan Online

ANWAR JANJI JAWATAN, NIK AZIZ JANJI SYURGA MANAKALA KARPAL PULA TENTUKAN NEGARA INI TIDAK ISLAM

Perjuangan sebenar Pakatan Pembangkang tidak lain dan tidak bukan hanya mahu menghancurkan Kerajaan Umno semata2. Semua strategi diatur dengan licik oleh Anwar dan kuncu2nya supaya Umno tidak lagi diberi kepecayaan oleh rakyat. Sudah tentu bermacam cara dan usaha dilakukan dan ini merupakan juga tugas utama pembangkang di negara ini.

Bila sahaja setiap kali piliharaya maka terdengarlah janji2 kosong Anwar. Hari ini di Permatang Pasir, Anwar mengumumkan bahawa jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) akan diberikan kepada Pas jika Mohd. Salleh Man memenangi pilihan raya kecil itu. Sedangkan jawatan ini adalah kuasa YDPA yang menjaga urusan rasmi agama Islam di negeri-negeri seperti di PP,Melaka dan Sabah dan Sarawak. Inilah cara-cara dan gaya Anwar dari dahulu hinggalah sekarang dalam mencari pengaroh untok menghadapi setiap kali Piliharaya diadakan. Beliau juga akan menyalahkan orang lain jika janji-janji itu tidak dapat beliau tunaikan dengan alasan yang direka-reka.

Melayu terpedaya kerana Melayu lemah. Kerana Melayu lemah maka melayu berjaya dipisahkan kuasa politiknya melalui Anwar dan PAS. Melayu kini terpecah tiga. Kewujudan pengkhianat bangsa seperti Anwar yang menyebabkan melayu semakin lemah. Anwar bijak mengaburi mata rakyat dengan janji2nya. Pemimpin2 djanjikan dengan jawatan-jawatan tertentu jika beliau menjadi PM, dan racun paling berbisa sekali adalah melalui pidato retoriknya. Akhirnya melayu-melayu yang kurang mentalitinya "termakan pujuk" si pengkhianat ini. Apatah lagi sekarang Anwar disokong kuat oleh Mursyidul Am PAS Nik Aziz.

Nik Aziz memain peranan penting bersabit dengan kekeliruan Islam di negara ini. Islam/Melayu terus terkeliru dan berpecah jika menerima kenyataan Nik Aziz. Kaum Islam/Melayu yang menyokong Umno dituduh tidak mengikut ajaran islam sebenar. Kenyataan2 yang mengelirukan umat islam selalu dimainkan oleh Nik Aziz sejak dahulu lagi. Sudah tentu perkara2 seperti ini amat membahaya kepada umat islam. Kerana untok mencari pengaruh politik, islam/melayu di negara ini berpecah. Ajaran islam sebenar diamalkan oleh pas dan ajaran yang diamalkan oleh Umno tidak boleh dibawa ke syurga. Manakala pula kaum bukan islam DAP disanjung waima menghina islam sekali pun.

Akhibatnya DAP sekarang telah berani mencampori urusan islam di negara ini. Nik Aziz sendiri telah menyatakan bahawa tidak salah jika kaum bukan islam menghina islam disebabkan mereka2 itu tidak tahu tentang islam. Kerana mahukan kepada pengaruh DAP Nik Aziz sanggup melihat islam dipermainkan. Seperti mana kita tahu dari dahulu lagi DAP tidak mahu kepada negara islam. DAP sanggup berjuang bersama PAS dan PKR semata-mata mahu kepada pengaruh kuasanya seperti apa yang berlaku kepada negeri2 dibawah kerajaan pembangkang hari ini. Di negeri2 itu siapa yang berkuasa sebenarnya? Apa sudah jadi kepada pas Selangor sehingga Pesuruhjaya Pas Datok Hassan Ali dipandang sebelah mata oleh MB Khalid Ibrahim kerana takutkan DAP Ronney Liu, dalam isu arak dijual dikawasan orang-orang islam. Macamana pula layanan DAP kepada Pas di Pulau Pinang? sehingga satu jawatan exco pun tidak menjadi milik Pas. Di Perak sampai Sultan pun DAP berani saman kerana krisis kempimpinan, perkara ini tidak pernah terjadi dalam sejarah negara kita sebelum ini.

P/S : Lagi lama Pas besama Pakatan Pembangkang, maka islam/melayu di negara ini semakin hancur. Bila islam/melayu semakin lemah, sudah tentu DAP semakin kuat. SEBAB ITULAH SETIAP KALI PRK UMNOBN KALAH, KERANA ISLAM/MELAYU SENDIRI BERPECAH SEDANGKAN KAUM LAIN TETAP BERSATU. Jika islam/melayu tetap tidak bersatu, tidak mustahil paling lewat pun 15th akan datang kaum melayu di negara ini akan merintih ditanah air sendiri - Wallahuallam.

Ulasan...
Blogger Wong Pencen said...

"ANWAR JANJI JAWATAN, NIK AZIZ JANJI SYURGA MANAKALA KARPAL PULA TENTUKAN NEGARA INI TIDAK ISLAM"

Kita janji apa?

Janji dapat salahkan orang? Janji dapat salahkan Anwar? Janji dapat salahkan Nik Aziz? Janji dapat salahkan Karpal?

Janji dapat utarakan salah orang, dapatlah sembunyikan salah sendiri?

Memang malang.

August 24, 2009 2:39 PM

Delete
.

Sunday, August 23, 2009

RADZHI KELUAR PKR : APA TUDUHAN ANWAR TERHADAP UMNO?


RADZHI TERKELUAR DARI SENARAI SYURGA NIK AZIZ - PAS SEMAKIN BERCELARU, PRESIDEN PAS KIAN TERSISIH

Radzhi yang merupakan ADUN Lunas (Kedah) daripada PKR dan memegang portfolio Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah mengumumkan pendiriannya itu pada sidang media di Kuala Lumpur. Mengenai jawatan Exco yang dipegangnnya itu, beliau berkata, beliau tidak meletakkan jawatan tersebut dan menganggap dirinya masih Exco dari parti Bebas. Ini kerana menurut beliau, perlantikannya dibuat oleh Sultan Kedah dan bukannya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang hanya mencadangkan namanya kepada Tuanku. Bagaimanapun jelasnya, jika Sultan Kedah menitahkan beliau meletakkan jawatan, beliau akan patuh untuk berbuat demikian. Ditanya kemungkinan selepas ini aka nada dakwaan beliau keluar PKR kerana ‘dibeli’ sebagaimana sering dilontarkan oleh pemimpin pembangkang, Radzhi menegaskan, beliau tidak menyertai mana-mana parti kerana tidak wujud soal dibeli dan tetap menjadi ADUN Bebas. Menejelaskan tindakannnya meninggalkan PKR, beliau berkata “PKR sudah lari dari perjuangan dan telah lama bersabar dengan karenah PKR…hari ini saya merasa lapang dada dan ringan kepala setelah umum keluar PKR. Beban ini telah terpendam lama dalam diri saya. Mereka sudah tidak peduli kepada perjuangan asal PKR” sambil menjelaskan beliau menjadi ahli PKR sejak tahun 1999.

Manakala PAS pula sudah jelas menjadi kuda tunggangan dalam pakatan pembangkang. Agama Islam dijadikan slogan mereka untuk meraih sokongan. Ingatlah orang PAS, PKR balik lah kepangkal jalan. Bukan suruh menyokong kepada UMNO, tapi buka mata dan nilai agama itu dengan hujah dan dalil Al-Quran dan Sunnah. UMNO ke PAS/PKR kesemuanya tidak sempurna. Masing2 ada kelemahan. Allah s.w.t hanya menjadikan kekasihNya sahaja yang sempurna iaitu Nabi Muhammad untuk kita jadikan contoh. Bukan Nik Aziz. Siapa sahaja yang mengeluarkan fatwa yang terpesong daripada ajaran agama sebenar, wajib kita tentang. Tidak ada istilah fanatik dalam berpolitik mahupun dalam beragama. Mungkinkah Razdhi keluar daripada PKR sekaligus keluar dari Pakatan Pembangkang kerana memprotes fatwa Nik Aziz yang mengatakan Umno tidak mengikut ajaran Islam sebenar dan menyokongnya tidak dapat masok syurga atau kerana kesan daripada MP PKR Pdg Serai, N. Gobalakrishnan menampar polis semasa penamaan calon Permatang Pasir (N11) tempohari, hanya Allah SWT dan Razdhi sendiri yang tahu.

Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyifatkan tindakan ADUN PKR kawasan Lunas, Mohamnad Radzhi Salleh meninggalkan parti itu adalah cerminan wujudnya ketidaksefahaman dalam pakatan pembangkang. Menurutnya, tindakan ADUN itu jelas membuktikan masalah dalaman pembangkang dan ia tidak ada kena mengena sama ada dipengaruhi oleh UMNO atau tidak.

Ulasan...
Blogger PEJUANG CYBER said...

Retak Menati Blah!!!

Cara mereka masuk syurga sama la seperti anugerah bintang yang di perkenankan oleh Nik Aziz dalam mempersembahkan bintang kebesaran negeri Kelantan. Kalau beliau merasakan, Lim Kit Siang boleh masuk syurga, beliau akan cipta satu fatwa yang membolehkan mereka ini masuk syurga, Sesiapa yang berimamkan Anwar Ibrahim dalam solat mereka juga antara mereka yang akan menjadi penghuni syurga. Syurga sudah menjadi seperti satu permainan dan barangan anugerah, Nik Aziz boleh tentukan siapa yang masuk dan siapa yang tidak layak masuk syurga.

August 24, 2009 12:25 AM

Delete
Blogger YANG GAMBI said...

Salam,

Macam biasa, Anwar akan tuduh macam mana yang dia pernah buat tawaran kepada wakil-wakil rakyat UMNO-BN.

Orang kalau dia pernah buat perkara yang songsang, dia akan anggap orang juga macam dia.....

August 24, 2009 1:48 AM

Delete

ADUN LUNAS KELUAR PKR SOKONG PM

ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh bertindak keluar PKR dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini dan menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau, yang juga exco pelancongan Kedah, dilaporkan mengisytiharkan sebagai ADUN bebas tetapi tidak akan melepaskan portfolio ahli majlis mesyuarat kerajaan.


Pemangku ketua PKR Padang Serai, Jamaludin Hassan, juga bertindak meninggalkan parti itu dan seterusnya mengumumkan membubarkan bahagian tersebut.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diselar beberapa cendekiawan Islam kerana memutarbelitkan kenyataan beliau sendiri berhubung ketentuan syurga dan neraka penyokong UMNO.

Ulasan...
Blogger YANG GAMBI said...

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa,

Allah telah menunjukkan kebenaran perjuangan UMNO. InsyaAllah, setiap kebathilan yang dibawa PAS akan berkubur jua.....

August 23, 2009 5:23 PM

RENONGAN RAMADHAN : ALLAH HAIRAN...

Segala pujian bagi Allah. Salawat serta Salam ke atas Nabi Muhammad serta keluarga baginda.

Assalamu’alaikum.

Saudara yang dikasihi.

Mari kita lihat sepotong Hadith Qudsi yang saya petik dari terjemahan sebuah buku Imam Al-Ghazali bertajuk “Nasihat dan Bimbingan Hadith Qudsi” keluaran Al-Hidayah Publisher, yang maksudnya :

"Wahai sekalian manusia,

Aku hairan melihat orang yang meyakini kematian, tetapi masih bergembira.

Aku hairan melihat orang yang mempercayai hari berhisab, tetapi masih terus mengumpul harta.

Aku juga hairan melihat orang yang meyakini akan masuk kubur, tetapi masih tertawa.

Aku hairan melihat orang yang meyakini akhirat, tetapi ia masih bersenang lenang.

Aku hairan melihat orang yang meyakini hidup dunia dan segala bencana nya tetapi masih terus tenteram bersama nya.

Aku hairan melihat orang yang alim dengan lidah tetapi jahil dengan hati.

Aku hairan melihat orang yang mensucikan dengan air, sedangkan hati nya tidak bersih.

Aku hairan melihat orang yang sibuk dengan aib dan cela orang lain, tetapi ia melupakan aib dan cela diri nya sendiri; atau melihat orang yang tahu bahawa Allah sentiasa memerhatikan tingkah laku nya, tetapi ia masih terus berbuat maksiat.

Begitu juga dengan orang yang tahu bahawa maut itu dilalui seorang diri, kubur itu dihuni nya seorang diri, dihisab seorang diri, tetapi ia masih berjinak-jinak dengan manusia.

Tidak ada Tuhan selain Aku sebenarnya dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan Rasulku.”

Saturday, August 22, 2009

RENONGAN HARI PERTAMA RAMADHAN : BETULKAH PEMIMPIN BANGSA, PEMUSNAH BANGSA DAN PEMIMPIN ULAMA PEMUSNAH ISLAM DIAKHIR ZAMAN?


SUDAH TERANG LAGI TERSULUH MELAYU/ISLAM DIAMBANG PERPECAHAN


Cuba renungkan suasana di palestine, antara Hamas dan Fatah.
Akibatnya "kabillah" islam itu berpecah dua.Bagaimana pula di Iraq? Syiah dan Sunnah?Pecah berapa?Di Iran macamana?

Selepas pilihanraya umumnya yang baru berlalu?

Di Afghanistan pula?
Di Pakistan?

Suasana islam di Malaysia,
Islam dalam PAS dan Islam dalam UMNO...

Pakmie kata, kita sedang dalam perpecahan yang kritikal. SELANGKAH saja LAGI perpecahan yang sebenar-benar akan berlaku...

Kemarahan orang Melayu kepada PAS Hj Hadi sebab sudah mabuk dengan kuasa. Bergabung dengan DAP, mereka jilat sana sini asalkan dapat duduk bersama. Apabila bercakap pasal Melayu, PAS kata mereka hendak bela Islam, tetapi setakat hari ini apa yang dibelanya ialah Arak dan Babi. Yang bertarung dan membela Melayu dan Islam ialah UMNO. Tapi UMNO pula ditabal siang2 lagi oleh Hj Hadi dan Nik Aziz sebagai kafir dan tak boleh masuk syurga sebab Umno menganut Islam Plastik, tidak seperti Pas Islam tempayan. Manusia yang luarbiasa dan mungkin terlebih ilmu sahaja yang dapat menentukan siapa yang dapat masok syurga atau neraka itu kata Tun Mahadhir, bukan Pakmie.

Nik Azizkah, Hj Hadi kah? Datuk Seri Najibkah, Tan Sri Muhyiddinkah? Datuk Seri Hishamuddinkah? Ustaz Nasaruddinkah! Atau Lebai-Lebai yang asyik menunjukkan kepintaran masing-masing, samada di Lounge dalam 5 star hotel atau dibawah pokok Cherry, pemilikan kereta camrey oleh exco2...semuanya membenci suasana perpecahan umat yang berlaku diseantero dunia dewasa ini.


"Namun kebanyakan mereka inilah juga yang sering menyuarakan kenyataan yang berbau perpecahan itu".


Lihat sahaja beberapa hari lepas menjelang puasa, Nik Ajis tergamak mengeluarkan "fatwa" beliau, yang mengatakan penyokong UMNO tidak akan masuk syurga. Masa masih dalam sekolah menengah dahulu, Hj Hadi pernah mengeluarkan "fatwa" masuk UMNO itu kafir. Dato Shahnon Ahmad, ahli PAS seumur hidup juga pernah mengatakan tuhan itu juga pernah mencarut. PAS pada masa ini dalam keadaan tak sedar, tengah "mabuk" dipermainkan oleh DAP untuk meneruskan lagi perpecahan dikalangan umat islam / bangsa melayu dalam negara ini.


Mainan perilaku Nizar, macamana beraninya DAP terhadap Melayu dan Sultan. Begitu juga Nizar begitu anggkuh dan sombong bersama DAP.

Kelemahan dan kesilapan yang tidak sepaptutnya terjadi kepada bangsa kita ialah kesilapan prioriti. Mereka tidak menganggap "Unity Goverment" itu satu keutamaan dalam pembangunan dan kemajuan bangsa mereka. Kalaupun mereka menyangkal dakwaan ini, itu cuma sangkalan politik semata2 dan sesiapa penghalang usaha itu akan menyesal sampai bila2 suatu masa nanti. Secara ikhlas mengatakan bahawa bangsa kita, khasnya yang menentang kerajaan UmnoBN tidak menganggap Persatuan dan Kesatuan Bangsa Melayu itu Penting... Kerana itu mereka tidak mengenakan had atau batas-batas tertentu dalam bertindak dan bersuara. Mereka bertindak dan bersuara secara sebebasnya, sehingga bangsa mereka hancur lebur dan tidak lagi berpadu erat. Keutamaan bangsa kita ialah harta dan kuasa. Sekalipun ianya PAS atau PKR, atau juga UMNO.


"Pakmie ingin jelaskan disini bahawa memang sepatutnya UMNO yang diberikan ruang secukupnya untuk mempertahankan kuasa...kerana jasa parti itu selama mengemudi kemajuan bangsa dan agama dalam negara ini, dan sangat terbukti kejayaannya".


Kalau Nik Aziz atau Hj Hadi nak menjadi salah seorang pemimpin negara dalam kerajaan, bukannya dengan cara melawan, sebaliknya bersama-sama menjadi menteri dalam kabinet. Sedang Anwar itu harus berhenti saja dalam politik negara memandangkan, sejak beliau dituduh liwat, belum ada satu pun yang terhasil dari mindanya. Malah merosakkan dan mencelarukan perjuangan kesatuan bangsa dan agama.
Umat islam di Malaysia sekarang ini tidak ubah seperti di Palestine...Tidak ubah seperti di Pakistan...Tidak ubah seperti di Afghanistan!!!Bercakaran sesama sendiri kerana kuasa dan harta.

Termasuk Nik Aziz yang digelar ulamak d
an Hj Hadi yang saban hari menganjurkan Tazkirah di madrasah peliharaannya. Begitu juga Nik Aziz setiap pagi jumaat menganjurkan ceramah agama yang kononya tidak ceramah politik di bangunan Jaafar Rawas Kota Bharu, jika ianya bermotifkan politik tidak kah ini pemecah Islam/melayu?

Sudah lama usaha DAP untuk memecahbelah dan menghancurkan kesatuan bangsa melayu di negara ini. Bagaimana setuju?
Sudah tentu DAP akan melenting marah dan menafikannya kata-kata Pakmie ini.

Namun jika pun tidak betul...tidakkah Nik Aziz dan Hj Hadi Awang serta yang lain juga ( yang bergelar pemimpin ) perlu berhati-hati? jika ramalan ini tepat bagaimana?
Bukankah anda semua kedua2 pemimpin yang bergelar "Pemimpin Besar Plastik" dan Pemimpin Besar Tempayan itu yang akan bertanggongjawab sepenuhnya diatas kemusnahan Melayu/Islam di negara ini suatu masa nanti?

P/S : Walaupun kita semua sudah tiada didunia ini, tetapi sejarah tidak boleh ditipu...harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Nama baik tetap dikenang dan dijulang, nama buruk tetap dihina dan dicaci...

Ulasan..
Blogger YANG GAMBI said...

Salam Ramadhan,

Kalau dilihat suasana sekarang, kebanyakan negara Islam dan umat Islam berkecai kerana ketamakkan pemimpin-pemimpin Islam itu sendiri.

Kita lihat juga bagaimana rakyat menderita di negara-negara Islam Benua Afrika, kerana kerakusannya pemimpin, rakyat yang berpecah dan berbunuhan sesama sendiri.

Inilah akan berlaku jika pemimpin-pemimpin PAS & Melayu PKR masih dengan sikap tamak dan rakus.

August 22, 2009 3:46 PM

Delete
Blogger PaKMie said...

Kwn2 seperjuangan...SLMT BERPUASA.

Assalamualaikum,

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.


"Selamat Menjalani Ibadah Puasa..."Maaf jika ada kesilapan yg disengaja dan tdk disengajakan..

August 22, 2009 4:34 PM

Delete
Blogger Anakkhas said...

Betul ke pak mie?
alamak dah la lama tak balik kampung nie.


August 23, 2009 4:40 AM

Delete
.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..