Followers

Friday, October 28, 2011

SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM(SBPA)

SBPA Perkenal Dasar Keluar Bagi Penjawat Awam

KUCHING, 25 Okt (Bernama) -- Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dilaksanakan mulai tahun depan bakal menguatkuasakan "dasar keluar" bagi penjawat awam yang berprestasi rendah atau yang ingin bertukar ke agensi lain termasuk swasta.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berkata buat permulaan dasar itu melibatkan penjawat awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan penilaian dibuat berdasarkan laporan prestasi tahunan serta Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) penjawat awam berkenaan.


Kumpulan Pengurusan dan Profesional melibatkan penjawat awam Gred 41 ke atas.

"Ia bagus kerana di bawah dasar baru tersebut penjawat awam tidak akan hilang status pencen serta faedah lain yang layak diterima," katanya kepada Bernama selepas taklimat isu semasa Cuepacs untuk ketua-ketua jabatan dan penjawat awam negeri ini di Bangunan Sultan Iskandar Selasa.

Omar berkata berbeza dengan Skim Saraan Malaysia (SSM) pada masa ini yang membenarkan penjawat awam untuk pencen awal pada umur 40 tahun, SBPA membenarkan penjawat awam berbuat demikian lebih awal tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang akan ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Katanya dasar baru itu memberi ruang kepada penjawat awam untuk bertukar kerjaya sama ada berkhidmat di agensi lain seperti Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau swasta yang sedia ada sekarang.

"Dasar ini bagus kerana mungkin penjawat awam tersebut boleh meningkatkan produktiviti di sektor lain yang dirasakan sesuai untuk mereka," katanya.

Mengenai tarikh pelaksanaan SBPA, Omar berkata Cuepacs memohon kepada kerajaan sistem itu dikuatkuasakan serentak dengan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula 1 Januari 2012 namun tarikh pelaksanaan sebenar belum dipastikan kerana Cuepacs akan bertemu JPA pada 1 Nov ini untuk perbincangan dan taklimat lanjut SBPA.

Terdahulu semasa sesi taklimat, beliau berkata dua komponen Prospek bakal diperkenalkan iaitu Penilaian Khas Kompetensi (PKK) dan Program Pembangunan Potensi (PBR) melibatkan gred 17 ke atas manakala gred 16 ke bawah hanya memerlukan penjawat awam kategori berkenaan menghadiri kursus selama tujuh hari.

Katanya tiada langsung peperiksaan dan PKK akan dinilai oleh penyelia atau ketua jabatan manakala PBR dikendalikan bersama dengan wakil daripada Cuepacs.

Beliau memberi jaminan penjawat awam yang layak mengikuti PBR dinaikkan pangkat secara automatik kerana mereka hanya akan dipanggil mengikuti kursus PBR berdasarkan kekosongan jawatan.

"Sebagai contoh, jika ada 30 jawatan kosong maka 30 calon akan dipanggil mengikuti PBR dan bukan seperti amalan sedia ada sekiranya ada tiga jawatan kosong maka lebih 10 atau 20 dipanggil untuk temuduga atau menduduki peperiksaan walaupun yang diisi hanya tiga sahaja. Ini membuang masa dan merugikan wang kerajaan," katanya.

Omar berkata di bawah SBPA, Kumpulan Sokongan 1 dan 2 akan dikenali sebagai Kumpulan Pegawai Pelaksana 1 dan 2 selaras dengan tugas-tugas tambahan yang bakal dilakukan selain daripada tugas hakiki sekarang.

-- BERNAMA

Wednesday, October 26, 2011

KESAH BENAR-HUDUD MAHU... HALANG MURTAD TIDAK MAHU!


DISEBALIK SEBAK HASSAN ALI BANYAK PERKARA YANG TERSIRAT...?

Dipenghujung dunia sdh tentu adanya akhirat. Jika mengikut kehendak Al-quraan maka disedia oleh Allah syurga. Tidak terkecuali siapa kita, datang dari golongan mana, Tok Lebai pas, Tok Lebai Umno, Tok Lebai Arab sekali pun yang sentiasa berserban dan berjubah siang malam jika tidak menurut kehendak Al-quraan maka neraka juga tempatnya.

Islam di Negara kita pada hari ini dicemari dengan politik. Disebabkan golongan melayu yang rata2 beragama islam yang menjadi majoriti rakyat di negara ini maka itu diantara sebabnya ada pehak tertentu sanggup memperguna agama bgagi mengambil kesempatan untok mencari pengaruh bagi mendapat kuasa. Apabila menggunakan agama dalam politik sudah tentulah banyak kepincangannya. Perpaduan adalah perkara asas tetapi disebabkan kerana kekeliruan perkara ini tidak menjadi suatu perkara penting lagi dalam tuntutan islam. Mereka lebih pentingkan kuasa dan cita2 mereka dari islam bukan setakat itu sahaja bahkan Kafir yang siang malam berusaha menghapuskan islam dan komunis yang tidak percaya mana2 agama pun sanggup diiktiraf dan dijulang dan lebih baik, sama2 islam yang hanya berbeza fahaman politik dikafirkan.

Jika penyokong melayu PAS/PKR membaca buku Sejarah, mereka patut boleh melihat persamaan apa yang berlaku pada sejarah Indonesia siapa yang menerajui PKI(Parti Komunis Indonesia)yang niat asal penubuhannya untok menentang penjajah yang akhirnya agama dan bangsanya sendiri yang rusak. Seperti yang kita tahu PKI di Indonesia adalah didominasi oleh orang melayu islam malahan Ketua Umum Pertama PKI juga adalah seorang melayu islam iaitu Semaun Prawiroatmodjo. Lebih hebat lagi, Semaun ini merupakan ahli kumpulan Sarekat Islam(Pejuang Islam-bersamaan dgn Pas). PKI Indonesia merupakan serpihan daripada Sarekat Islam, bukan? Tapi itulah hakikatnya. Parti yang akhirnya banyak merusak keamanaan bangsa Indoesia itu adalah berasal dari Sarekat Islam sendiri.

Di Kala sekitar tahun 1948 kita lebih bernasib baik berbanding Indonesia. Kita berjuang menentang Komunis (PKM)yang rata2 berbangsa Cina. Hingga kehari ini bangsa indonesia sama sekali tidak akan sanggup mengiktiraf melayu2 komunis ini sebagai pahlawan wpn sejarah Indonesia masih mengakui peranan awal PKI yg didukong oleh angsa melayu dlam penentangan terhadap Belanda. Itu di Indonesia tetapi di Malaysia pada hari ini komunis disanjung dan dijulang sebagai perjuang. Lucukan? andainya Abe Bu berada di Indonesia dan menyanjungi perjuangan komunis sdh tentu mau dikerjakan Abe Bu!

Jika kita lihat apa yang berlaku sejarah di Indonesia masa itu, ternyata bahawa kebinasaan yang berlaku akibat kewujudan pergerakan komunis adalah adalah sangat dekat sekali dengan yang berlaku pada negera kita pada hari ini. Sketeriat yang awalnya merupakan terdiri dari pejuang2 islam menentang Belanda yang bersatu di bawah PKI yang akhirnya sanggup bunuh membunuh sesama bangsa dan agama disebabkan mereka telah dipengaruhi oleh Communist International atau Comintern yang dipengaruhi oleh Rusia.

Oleh itu tidak heranlah kenapa Mat Indera komunis dan pas sanggup bersatu dengan Kafir DAP. Pas sendiri sedia maklum sdh sekian lama perjuangan utama DAP adalah tidak mahu kpd kuasa2 melayu dan islam di negara ini dan sesama islam dalam Umno pula dikafirkan.

Akhir sekali penulis memetik kata2 Hassan Ali sebelum beliau melangkah ke Himpunan sejuta umat anti Murtad tempuhari...

"Saya akan hadir, melangkah keluar dari rumah atas nama Aqidah, saya akan berada di situ selama tiga jam atas nama Aqidah serta kepulangan saya ke rumah juga atas nama Aqidah, tidak tidur malam kalau saya tidak pergi kerana ia adalah isu Aqidah, kalau bola, Selangor lawan Kelantan tiada keperluan untuk saya hadir..."

Pembaca lebih cerdik so fikir2kan lah...

DIMANA HEBAT NIK AZIZ?

Friday, October 21, 2011

Hudud Pas Boleh Liwat Isteri? Perbahasan Parlimen

HUDUD DAN QISAS NEGERI TRENGGANU 1423H/2002M-ENAKMEN 4 TH 2002
Seksyen 14. Liwat.

Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

NERGARA BERKEBAJIKAN PAS-NIK AZIZ HIDUP SEDERHANA TAPI KAYA RAYA RAKYAT HIDUP MISKIN TAPI TANAH DIRAMPAS

صور حية لجثة القذافي 20/10/2011

Friday, October 14, 2011

ISU LIWAT NIK AZIZ JILAT LUDAH TUN MAHADHIR


POLITIK - LIWAT DAN SEX

TUN... ANWAR DAN MAT SABU...

Pelbagai tomohan dan dahyah buruk dilabel kepada Umno. Dari peringkat pemimpinan atasan hinggalah keakar umbi jahatlah jika menyokong Umno. Kejayaan negara dibawah pemerintahan Umno sdh lebih 60 tahun tidak dinilai baik oleh pas. Umno bkn sahaja berdepan dgn Pas malahan angkara kerenah pemimpin Umno sdri tidak kurang hebatnya. Tun mengajak Anwar masuk Umno bagi memantapkan lagi bagi bergandingan dengan beliau sebagai PM. Anwar diberi kepercayaan oleh Tun sebagai TPM walaupun Anwar baru sahaja menyertai Umno.
Tun terpaksa bertegas dalam kes tuduhan liwat Anwar. Selain dari serangan pembangkang mendesak Tun supaya melucutkan Anwar dari TPM Tun juga terpaksa memperjelankan kedudukan sebenar apa yang sdh berlaku kepada pemimpin2 Umno yang lain.Dua parti terbesar orang melayu dicemari oleh keredahan moral pemimpin2 mereka sdri. Kalau Umno terlibat dengan tuduhan keatas pemimpin tuduhan kes liwat, manakala Pas juga dicemari oleh pemimpin mereka dgn tuduhan sex bini orang.

Seterusnya baca sini...

Penjelasan Dr Mahathir Tentang Salah Laku Moral Anwar AIDCNews – 07/10/11 – Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pernah menjelaskan mengapa beliau terpaksa mengambil tindakan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan keahlian UMNO, semuanya berpunca dari salah laku moral.
Berikut merupakan penjelasan Dr Mahathir yang ketika itu Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia menjelaskan sebab-sebabnya kepada ahli mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC, yang turut dihadiri Anwar pada malam 3 September 1998. Semasa saya berjumpa dengan Menteri Besar dan juga beberapa orang lain yang datang berjumpa saya untuk mengetahui berkenaan masalah ini, ada tuduhan bahawa saya ambil tindakan ini kerana politik kerana saya nak menyelamatkan diri saya. Saya nak kata di sini, kalau saya ambil tindakan pasal politik, apa gunanya saya tunggu sehingga keadaan jadi begini genting dan masalah-masalah lain menekan negara. Pilihan ini saya ambil kerana saya percaya tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempunyai asas yang kukuh. Saya tidak puas hati dengan tuduhan ini pada mulanya. Tahun lepas, bulan Ogos tuduhan ini dibuat oleh orang-orang. Seorangnya ialah adik (Ummi Hafilda) kepada Azmin iaitu setiausaha kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan juga seorang driver yang dahulu bekerja sebagai driver Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kemudian bekerja sebagai driver Azmin, sekarang ini sudah bekerja di Melaka (Azizan Abu Bakar). Surat telah disampaikan kepada saya dan kedua-dua dan surat itu dibawa oleh Megat Junid yang menyatakan bahawa ini telah dibuat oleh orang berdua ini dan telah berjumpa dengan Megat Junid dan Tun Daim. Saya tolak sepenuhnya tuduhan yang dibuat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya tuduh Megat Junid cuba membuat surat layang dengan pakar fitnah terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dan dengan itu, tidak ada siapa yang tahu dan saya pula diberi oleh pihak polis satu kenyataan yang dibuat oleh adik Azmin iaitu Ummi yang berkata bahawa tuduhan yang dibuat dalam surat pertamanya itu adalah tidak berasas dan saya anggap bahawa dengan itu, kes itu telah selesai. Sepertimana Ahli-ahli Majlis Tertinggi tahu, saya tidak kata apa-apa kepada Majlis Tertinggi tentang pendirian saya terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Bahkan saya masih anggap dia bakal pengganti saya. Dan selepas peristiwa itu pun, saya masih lagi buat kenyataan berkali-kali bahawa saya memberi sokongan penuh iaitu dia akan menjadi pengganti saya dan saya ingin serah UMNO bulat-bulat termasuk penyokong-penyokong saya kepadanya sebagai Presiden parti dan juga sebagai Ketua Kerajaan. Ini adalah satu kenyataan yang selalu saya buat di hadapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim atau di ucapan-ucapan lain yang saya buat. Saya selalu membuat kenyataan yang sama sehingga akhbar-akhbar asing pun telah setuju tentang the annointed assistant – apa nama – pengganti yang telah dikenal pasti oleh saya. Selama ini pun, saya telah memberi sokongan penuh sehingga daripada masa masuk ke dalam UMNO sehingga menjadi Ketua Pemuda, Naib Presiden kemudian Timbalan Presiden. Sepanjang masa saya beri sokongan dan mempertahankan apabila ada orang menangkis. Banyak orang yang datang jumpa saya yang membuat macam-macam kenyataan termasuk percubaan memburukkan diri saya dalam dan luar negera.Tuduhan bahawa secara tidak langsung saya melakukan crony capitalism, hypnotism, cronyism, corruption dan berbagai-bagai lagi. Apabila Zahid Hamidi membuat kenyataan yang sama, saya, semua Ahli Majlis Tertinggi tahu bahawa saya membuat teguran yang keras terhadap Zahid. Kalaupun Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri membuat teguran yang sama di Johor, tetapi saya tidak tegur Dato’ Seri Anwar Ibrahim, saya salahkan Zahid. Saya kata, apa yang dikatakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ditujukan bukan kepada Malaysia dan bukan kepada saya tetapi kepada negara-negara lain. Sepanjang masa sehingga Majlis Tertinggi mesyuarat agung pun saya membuat pendirian yang sama iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menjadi pengganti saya apabila saya berhenti. Dan sebenarnya saya berhajat untuk berhenti tahun ini, tahun 1998. Waktu tahun sudah, saya pergi bercuti dua bulan dan semasa itu saya serah pentadbiran kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan tidak ragu-ragu walaupun ada orang yang kata itu tidak bijak dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak setia kepada saya, saya tidak terima dakwaan mereka. Perkara ini sepatutnya tidak membawa kepada apa-apa tetapi malangnya buku ini. Buku 50 Dalil ini dikeluar, ada orang bagi kepada saya satu salinan, saya tak baca, pasal saya anggap buku ini sebagai fitnah. Sampai sekarang ini pun saya tak baca. Tetapi, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri mengambil tindakan untuk mengambil apa nama internal…apakah (istilah itu) saya pun tak tahu, apa nama bahasa undang-undang ini. Dia cuba menyekat pengedaran buku ini. Dan tindakan itu diambil sebagai satu tindakan criminal iaitu melapor kepada polis bahawa buku ini patut di ban kerana ianya mengandungi banyak tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri beritahu kepada saya bahawa dia mengambil tindakan ini dan saya kata “this is very tricky,” inilah perkataan yang saya guna. Saya masih ingat “this is very tricky” sebabnya saya kata tricky adalah apabila sesuatu yang diserah kepada polis, maka polis akan siasat dan walaupun kalau tidak ada apa-apa.. tak apalah. Tetapi kalau ‘ada apa-apa’ polis sebagai professional body akan siasat…Jadi itulah yang berlaku. Polis membuat siasatan dan kemudian memberitahu saya bahawa tuduhan-tuduhan dalam buku itu walaupun tak semuanya benar, tapi ada yang benar. Mereka telah menyoal beberapa orang dan orang-orang ini secara sukarela, kata polis memberi maklumat dan polis memberitahu kepada saya apa yang diakui oleh orang-orang ini. Saya mengaku, saya terkejut kerana saya tak sangka satu orang, satu kawan yang saya fikir begitu warak sekali boleh terlibat dalam kegiatan yang semacam ini. Yang lain saya tak berapa peduli sangat, tentang masalah duit dan lain-lain saya tak berapa peduli. Tetapi tuduhan yang mengejutkan saya ialah berkenaan womenize, ada hubungan seks dengan beberapa wanita, tuduhan bahawa ada percubaan untuk intact isteri orang dan yang dahsyat sekali ialah tuduhan bahawa telah meliwat seorang lelaki yang dulu menjadi driver kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Itu tuduhan yang dibuat oleh polis dan mereka mempunyai cukup bukti, apa statement-statement yang ditandatangani dan gambar-gambar yang mereka ambil tentang orang ini. Namun, saya masih tidak puas hati dan saya bagitahu kepada polis, bahawa saya sendiri nak tanya orang-orang ini dan saya berjumpa dengan orang ini satu persatu dan tanya, “Sama ada polis paksa mereka atau pun tidak?” Jawapan mereka, “Mereka tidak dipaksa.” Saya tanya pula, “Sama ada mereka sanggup memberi – apa nama – keterangan dalam mahkamah kalau mereka dikehendaki menjadi saksi?” Mereka semua mengakui bahawa, “Mereka sanggup memberi penjelasan dalam mahkamah.” Orang pertama yang saya jumpa ialah seorang driver yang tidak fasih dalam bahasa Inggeris, bercakap bahasa Melayu sedikit sebanyak dan orang ini bercerita pada saya tentang bagaimana dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke suatu bangunan dan dia juga bertanggungjawab disuruh mencuci dan menyiapkan bilik tidur dan juga membawa perempuan-perempuan Cina jalang, bawa untuk berjumpa Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dan selepas itu, dia bawa balik perempuan-perempuan ini dan juga hantar. Kadang-kadang hantar Dato’ Seri Anwar Ibrahim balik rumah dalam kereta yang cermin hitam, orang tidak nampak. Saya tanya, “Berapa kali benda ini berlaku?” Dia kata, “Banyak kali” dan “Siapa yang dibawa?”. “Banyak perempuan Cina. Ada juga perempuan seorang Mexican,” dia kata. Saya tak tahulah, sama ada dia tahu Mexican atau tak Mexican ke, itu dia kata. Itu daripada driver itu. Saya tanya dia berkali-kali, “Sama ada benar atau tidak benar? Sama ada dia sanggup membuat kenyataan ataupun tidak?” dia juga berkata, “Bahawa yang jahat ini ialah Datuk Nalla dan dia bekerja dengan Datuk Nalla.” Datuk Nalla kadang-kadang tidak bayar gajinya. Dia kata, “Dato’ Seri Anwar Ibrahim baik, yang menghasut Dato’ Seri Anwar Ibrahim ialah Datuk Nalla.” Saya juga jumpa dengan seorang kerani dan dia bercerita bagaimana Dato’ Seri Anwar cuba nak ada hubungan seks dengan dia. Dan dia tolak dan dia balik beritahu kepada ibu dia dan abang dia dan adik dia. Dan mereka itu berkata, jangan buat apa-apalah, pasal dia ini orang besar. Tidak buat laporan atau apakah. Orang yang ketiga yang saya jumpa ialah seorang perempuan India yang juga membuat kenyataan bahawa dia berjumpa nak dilakukan hubungan seks oleh Dato’ Seri Anwar dalam sebuah bilik dalam sebuah bangunan seperti itu dan dia juga menolak kerana katanya dia datang haid. Wanita yang ketiga ialah seorang perempuan Melayu yang mengaku dia ada hubungan seks dengan Dato’ Seri Anwar. Kemudian saya berjumpa dengan driver yang bernama Azizan. Dia dulu bekerja dengan Dato’ Seri Anwar. Lepas itu, dengan kerana Dato’ Seri Anwar mengadakan hubungan songsang dan dia berasa malu dan berkali-kali buat dan dia berhenti kerja. Dan kemudian dia bekerja dengan Azmin. Apabila dia bekerja dengan Azmin, adik Azmin bertanya kepada dia, berkenaan dengan ke mana dia selalu bawa isteri Azmin. Dan apabila cerita-cerita ini bangkit, dia sebut apa yang berlaku kepada dia. Apa yang Dato’ Seri Anwar buat kepada dia. Itu… Ummi tadi telah mengajak dia supaya membuat laporan dan dia pun membuat satu laporan yang ditandatangani. Tetapi, dia kata yang tulis bukan dia. Yang tulis Ummi dan dia tandatangan. Ummi lah yang tanya kepada driver ini tentang kelakuan isteri Azmin yang selalunya dapat panggilan telefon, dapat pergi ke shopping complex dan hilang sekejap. Lepas itu balik, bercakap berkenaan dengan boyfriendnya yang biasa menyebut bahawa anak dia itu adalah anak Dato’ Seri Anwar. Sebab itu adik Azmin ini buat keputusan untuk melapor. Dan apabila dia melapor, dia diburu oleh polis. Sehingga polis pergi ke rumah kawannya dan pecah pintu dan tangkap dia dan paksa dia suruh ubah kenyataan bahawa apa yang dia kata itu tidak benar. Jadi, itu cerita daripada Ummi. Sebenarnya saya tidak berminat untuk berjumpa dengan Ummi. Oleh kerana Dato’ Seri Anwar sendiri beritahu kepada saya, bahawa Ummi ini ialah keluarga kepada Azmin. Dan Ummi ini sudah rujuk balik kepada keluarganya dan tidak lagi membuat tuduhan-tuduhan ini. Dan oleh kerana itu, saya tidak berminat untuk berjumpa dengan Ummi. Sebaliknya, pada suatu malam saya hadir satu majlis perkahwinan. Setelah saya balik ke rumah, isteri saya telefon. Dia kata, ada dua orang nak jumpa saya. Sanggupkah saya jumpa? Saya kata, “Pasai apa?” “Ialah pasal kes.” Yang datang ni ialah Ummi dan seorang lagi yang berjanggut dan mengaku dirinya tiga pupu kepada Dato’ Seri Anwar, ada kaitan dengan Sulaiman Palestin. Dan Ummi bercerita tentang apa yang berlaku. Sama seperti yang diceritakan oleh Azizan. Saya tanya Ummi, saya dengar kata dia telah tarik balik (tuduhan yang dibuat sebelum ini). Dia kata, dia tidak pernah tarik balik. Dia terpaksa.. dipaksa oleh polis untuk menarik balik apa yang dia buat kenyataan. Jadi, pendek kata, setelah saya dengar semua ini, saya berpendapat bahawa cerita-cerita ini adalah benar. Dan inilah yang menyebabkan saya memikir semula tentang Dato’ Seri Anwar sebagai Presiden UMNO dan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Sesuainya sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Yang lain saya boleh maaf, saya boleh lupa tetapi perbuatan songsang ini perbuatan yang tidak halal, baik daripada segi agama ataupun bagi masyarakat kita. Adalah sesuatu yang saya tidak boleh terima dan saya tidak mahu bertanggungjawab, membenarkan orang yang terlibat dengan perbuatan yang buruk ini menjadi pemimpin UMNO dan jadi pemimpin negara. Memang Dato’ Seri Anwar Ibrahim cuba berkata, bahawa tuduhan ini tidak benar. Tetapi saya perlu buat penilaian saya sendiri. Dan saya yakin dan saya percaya bahawa tuduhan ini adalah benar. Selain daripada itu, saya juga berjumpa dengan seorang Ketua Bahagian UMNO daripada Perak, Hamzah namanya. Dia bawa saya tape recording – apa nama telephone called, antara isterinya dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Sekali lagi saya terkejut mendengar apa yang diperkatakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim kepada seorang isteri kepada seorang Ketua Bahagian UMNO. Cuba nak pikat dia supaya – apa nama – supaya berjumpa untuk tujuan apa. Dan loghat cakap itu saya dapati tidak begitu baik. Saya masih tidak mahu mendedahkan perkara ini seboleh-bolehnya. Walaupun pihak polis sudah ready, sudah pun menyiapkan kes-kes ini terutama berkenaan Datuk Nalla. Saya nak cuba kalau boleh tidak mendedahkan perkara ini. Sebab itu, saya minta supaya Dato’ Seri Anwar Ibrahim letak jawatan. Saya berharap kalau dia letak jawatan, dia pergi, saya tak payah nak sebut tentang perkara ini kerana perkara ini mengaibkan seseorang dan parti kita dan keluarga-keluarga Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri yang saya berpendapat tidak berdosa. Dan saya tidak hendak perkara ini mencemarkan mereka. Tetapi Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak menuruti. Dengan itu, saya terpaksa melucutkan jawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Apabila saya lucutkan jawatan ini, saya terpaksa membuktikan sebab-sebab kenapa saya melucutkan seseorang yang memegang jawatan ini. Saya terpaksa membuktikan sebab-sebab kenapa saya melucutkan seorang yang memegang jawatan yang tinggi dalam parti dan kerajaan. Saya tidak boleh mempertahankan tindakan saya melainkan saya dedahkan segala-galanya. Saya cuba nak harap kata Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan pergi dengan rela hati dan saya tidak perlu berkata apa-apa. Kalau pun nak tuduh bahawa ini ialah oleh kerana pendapat yang berbeza-beza berkenaan dengan ekonomi, yang itu tidak mengapa, saya boleh pertahankan diri saya. Tetapi apabila saya mengambil tindakan melucutkan, saya mesti jelaskan sebab-sebab yang saya ambil tindakan. Sebab itu saya panggil Menteri-menteri Besar ke rumah saya sebagai ketua-ketua perhubungan. Saya tidak panggil Majlis Tertinggi kerana saya berharap, masih berharap – saya tidak perlu jelas kepada Majlis Tertinggi. Saya jumpa dengan Menteri Besar, saya terang semuanya. Dan saya sanggup kalau Menteri-menteri Besar nak jumpa dengan orang yang saya jumpa pun saya sanggup untuk berjumpa, supaya dapat mengesahkan sendiri apakah benar atau pun tidak ? Tetapi Menteri-menteri Besar tidak berminat untuk nak bertanya walaupun mereka berjumpa dengan Ummi dan Hamzah dan seorang lagi budak yang berjanggut. Saya bagi penerangan kepada Menteri Besar supaya tindakan yang saya akan ambil akan difahami oleh Menteri-menteri Besar. Saya berhajat – berharap, saya dapat menerangkan perkara ini kepada Majlis Tertinggi tanpa mengeluarkan butir-butir yang tidak sedap didengar. Tapi sebagaimana yang kita tahu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak meletakkan jawatan. Saya terpaksa melucutkan jawatannya dan saya terpaksa menjelaskan semuanya pada malam ini. Saya tak nak ulas banyak lagi. Saya tahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim membuat tuduhan bahawa ada konspirasi daripada seluruh alat kerajaan. Saya tak tahulah apa asas-asas itu. Saya tak akan tahankan diri saya kerana bagi saya, yang penting ialah seorang yang mempunyai moral yang begitu buruk, moral yang menjadi lebih buruk kerana menggambarkan diri sebagai seorang yang alim, seorang ulama, seorang yang boleh menjadi imam, boleh buat khutbah, orang yang semacam ini lebih daripada orang lain, tak patut buat kerja yang semacam itu. Pada pendapat saya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja tidak layak memegang jawatan dalam kerajaan, tidak layak memegang jawatan dalam UMNO, bahkan tidak layak menjadi ahli UMNO. Itu pendapat saya. Kalau Dato’ Seri Anwar nak mempertahankan diri, sila…

LIWAT DAN BILIK 121 PEMIMPIN PAKATAN...

Mat Sabu pernah gelar Anwar sebagai al juburi kemudian Anwar pula membalas Mat Sabu dengan mengaitkan kisah Mat Sabu ditangkap khalwat. Kini segalanya berubah, Mat Sabu tahu dosa Anwar manakala Anwar pula tahu kisah Mat Sabu. Oleh kerana masing masing sedang mengejar kuasa politik, dosa itu mereka lupakan sementara. Sama juga kisahnya bagaimana Karpal Singh yang tahu kisah Anwar tetapi masih lagi mahu membela Anwar. Masing masing sedang hipokrit untuk mendapat kuasa. Barangkali kalau dapat kuasa kembali, mereka akan bergaduh kembali. Mungkin.

P/s- Skrg Nik Aziz sanjong Anwar, dulu Nik Aziz hina Anawar...

Wednesday, October 12, 2011

SERAMAI 298 PEMEGANG TIKET KE SYURGA NIK AZIZ MASUK UMNO

Selamat tinggal pas, begitulah ucapan terakhir seramai 298 orang termasuk wanita dan lelaki yang terdiri dari golongan muda dan tua keluar dengan iklas hati menyertai Umno. Majlis penyerahan borang diadakan dengan sederhana tetapi meriah, seakan2 mereka sudah lama mengenali pemimpin2 umno peringkat negeri, bahagian, peti undi dan juga cawangan. Keadaan sedemikian terhasil daripada keiklasan perjuangan kerajaan BN yang sentiasa membantu rakyat Kelantan walaupun dibawah pentadbiran pas yang sudah menjangkau lebih 23 tahun.

Semenjak akhir2 ini perubahan kesedaran diperingkat akar umbi pas sudah menampakah hasil dan kebanyakannya dari mereka kecewa dengan penipuan oleh pemimpin pas dengan menggunakan islam sebagai asas perjuangan.

Seperti yang kita tahu konsep BN yang tidak membezakan mana2 fahaman parti politik juga menjadi faktur utama mendorong mereka keluar beramai2 untok memilih menyertai Umno.

Baca sini...

11 Okt,9.45 Malam : Saya hadir program 'Selamat Tinggal Pas' di perumahan Kusial Baru rumah Abg Din.Lebih 500 orang hadir.Ketua Bahagian Tanah Merah,Dato' Ikmal ada sekali.
Saya terima penyerahan borang keahlian UMNO dari Abg Din dan Zahari.Seramai 298 ahli Pas masuk UMNO.Malam sungguh bersejarah,paling ramai masuk UMNO.-TO' PA

Sunday, October 9, 2011

ANGKARA MABUK KUASA

BUDGET 2012 : ANWAR TIDAK SEBIJAK DAN SECERDIK DS NAJIB...


DS NAJIB HAIRAN TAPI BELIAU BIJAK DAN CERDIK!
Apa yang bermain dlm fikiran Anwar Ibrahim selain dri "mampuslah aku sekali nih" ketika mendengar DS Najib membentang baget tempohari. Kita dapat melihat tindakan dengan tergesa2 beliau yang terus menolak dan tidak setuju dgn cadangan
PM DS Najib yang bercadang untuk mengkaji dan menaikkan elaun dan kemudahan anggota Parlimen jika kedua-dua pihak bersetuju seolah2 ada perkara besar berselindung dan sdh tentu mengejutkan banyak pehak.

Beliau mungkin tidak setuju disebabkan pada asasnya beliau sdri malu, sedar dan sdh insaf walaupun belum bersumpah bersabit dengan kes liwat Saiful. Beliau mungkin sdh merasakan gaji dan elaun yang beliau terima selama ini, yang hasilnya tidak setimpal dan membawa apa2 sebarang kemakmuran yang signifikan untuk rakyat di parlimen beliau "dengan kata lain terima gaji buta"...

Mungkin juga disebabkan kerana beliau terlampau takut dan terus menolak dengan cepat cadangan tersebut. Takut kepada rakyat parlimen beliau menghentam beliau kerana selama ini pun sdh dapat gaji buta apatah lagi jika beliau menerima cdgan PM tersebut sdgkan diperingakat kawasan Parlimen tetap tidak berfungsi sdh tentulah mereka2 tersebut tdk akan percaya lagi kpd beliau dan sukarlah bagi Anwar untok terus membohongi rakyat dikawasan parlimen beliau dimasa akan datang.

Bagi penulis, apa pn tindakan dari Anwar yang menampakkan seolah baik pada kita itu sebenar2nya racun. Diharap rakyat di negara ini tidak mudah menerima dan perlu berfikir beberapa kali jika bersabit apa jua sekali pun dengan Anwar. Sifat Anwar Ibrahim yang sdh jelas kaki penipu dan kaki putarbelit kaki kencing dan segala2 kaki tetapi perkara yang bersabit cdgan DS Najib mahu mengkaji balik gaji dan elaun MP Anwar dengan tergesa2 menolak itu sy sokong. Syabas juga pada DS Najib, ternyata PM kita lebih cerdik dan lebih bijak dari Anwar dan memang layaklah beliau di angkat menjadi PM Malaysia.





Baca lagi sini...


Najib hairan Anwar tolak kenaikan elaun sedangkan MP pembangkang nak...


Sudah tentu ramai ahli parlimen pembangkang yang ‘tension’ bila Datuk Seri Anwar Ibrahim awal-awal lagi tolak hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk naikkan elaun ahli parlimen jika semua setuju termasuk pembangkang dan Bebas.

Ada antara mereka hairan kenapa Anwar selaku ketua pembangkang buat keputusan tolak cadangan Perdana Menteri tanpa merujuk mereka terlebih dahulu.

Turut hairan dengan tindakan Anwar adalah Najib sendiri kerana beliau dimaklumkan semua ahli parlimen pembangkang mahukan kenaikkan elaun tersebut seperti disebutnya ketika membentangkan Bajet 2012 di parlimen, Jumaat.

“Saya difahamkan MP-MP dia (pembangkang) nak, mereka bila jumpa Datuk (Seri) Nazri (Abdul Aziz) dan MP kita minta dipertimbangkan. Saya pun hairan kenapa Ketua Pembangkang kata berlainan,” ujarnya dalam sidang media selepas lawatan ke Kundang, Sabtu.

Ditanya adakah kerana Anwar sudah mendapat bantuan kewangan dari luar, Najib berkata, “ itu saya tak tahu..kena tanya dia (Anwar). Tapi MP-MP dia minta, kalau tanya mereka, mereka semua dalam parti nak,”.

Agendadaily difahamkan tindakan Anwar membuat keputusan menolak cadangan Perdana Menteri mengenai kenaikkan elaun menimbulkan rasa tidak puashati ramai MP pembangkang samada dari PKR, DAP dan PAS.

Menurut mereka, Anwar sepatutnya berbincang dulu dengan semua pemimpin pembangkang sebelum menolak bulat-bulat cadangan itu.

Najib ketika pembentangan Bajet 2012 berkata, kerajaan bercadang merngkaji elaun dan kemudahan MP semua dengan syarat kedua-dua belah pihak – parti kerajaan dan pembangkang seia sekata bersetuju.

“Termasuklah yang bebas-bebas itu. Setelah dipersetujui nanti, elaun baru ini akan berkuat kuasa 1 Januari tahun depan,” katanya.

Dijangkakan kemungkinan ada usul meluluskan cadangan itu dalam, sidang yang sedang berjalan dan tidak hairan jika ramai MP pembangkang akan angkat tangan menyokong usul tersebut.

Jika ini berlaku, Anwar terpaksa faham ‘mesej’ diberikan MP-MP pembangkang tersebut.-8/10/2011- OLEH ROSLAN BIAN

Saturday, October 8, 2011

KENAPA ANWAR, HADI AWANG DAN GUAN ENG DIBABIKAN ?

Memang celupar betul blogger pro-pembangkang ini. Tetapi yang dibinatang dan dibabikan ialah pemimpin-pemimpin pembangkang itu sendiri!

Jauh lagi bagi ambo nak kata ...buat apa ambo nak kata? ambo tidak sebangang pro-pembangkang ni. Jgn pula sampai spin ambo kato, Umno kata dan Utusan kata... komen lebih lanjut. Anda baca sendiri kelazeran blogger tersebut. Orang pro-pembangkang tak apa kata sebab pemimpin mereka yang ajar mereka begitu, tak caya sila tanya Nik Aziz....


Anwar Ibrahim, Hadi Awang sudah sama babi dengan Guan Eng dan Karpal Singh

INTIPATI BUDGET TRANSFOMASI NEGARA 2012





* Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300juta bagi usahawan Bumiputera.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan dilima koridor wilayah.

* Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun dicadangkan bagiSyarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan perkhidmatan pengurusanperbendaharaan di Malaysia.

* Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaranfaedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjianpinjaman dan perjanjian perkhidmatan.

* Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun danpengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjianperkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.

* Elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepat dan pengecualian cukaipendapatan 70 peratus bagi tempoh lima tahun bagi pemaju hartanah di KLIFD.

* Potongan cukai ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala diberikan tempoh 3tahun mulai tahun taksiran 2012.

* Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan sukuk bukan ringgit dantraksaksi dilanjutkan bagi 3 tahun lagi sehingga 2014.

* KDNK diunjur berkembang lima hingga enam peratus pada 2012.

* Sejumlah RM232.8 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan semua rancanganpembangunan kerajaan.

* Pendapatan kerajaan Persekutuan meningkat kepada RM186.9 bilion pada 2012berbanding RM183.4 bilion pada 2011.

* Defisit belanjawan dijangka terus berkurangan kepada 4.7 peratus daripada KDNKberbanding 5.4 peratus pada 2011.

* Kerajaan akan meliberalkan 17 lagi subsektor perkhidmatan secara berfasa pada2012, merangkumi perkhidmatan hospital swasta, perkhidmatan pakar perubatan danpergigian, arkitek, kejuruteraan, perakaunan dan percukaian, perundangan,perkhidmatan kurier, perkhidmatan pendidikan dan latihan serta perkhidmatantelekomunikasi.

Inisiatif ini akan membolehkan hak pegangan ekuiti asing sehingga 100 peratus dalam subsektor terpilih.

*"Rolling plan" kedua akan diperuntukkan RM98.4 bilion dengan RM49.2 bilionmasing-masing untuk 2012 dan 2013.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300juta bagi usahawan Bumiputera.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan dilima koridor wilayah.

* Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun dicadangkan bagiSyarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan perkhidmatan pengurusanperbendaharaan di Malaysia.

* Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan.

* Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD. * Elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepat dan pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi tempoh lima tahun bagi pemaju hartanah di KLIFD.

* Potongan cukai ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala diberikan tempoh 3tahun mulai tahun taksiran 2012.

* Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan sukuk bukan ringgit dan traksaksi dilanjutkan bagi 3 tahun lagi sehingga 2014.

* Valuecap Sdn Bhd akan menyediakan RM200 juta sebagai dana permulaan bagi Dana Dagangan Bursa yang mematuhi Syariah. * Felda Global Ventures Holding akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada pertengahan 2012 bagi mengumpulkan dana untuk menjadi sebuah syarikat berstatuskonglomerat global.

* Kerajaan akan memberikan kadar cukai konsesi 10 peratus ke atas dividenpelabur institusi bukan korporat dan pelabur individu dalam amanah pelaburanhartanah bagi lima tahun dari 2012 hingga 2016. * Satu skim Dana Pembiayaan PKS yang mematuhi Syariah berjumlah RM2 bilionakan dikendalikan oleh bank-bank Islam terpilih pada 2012.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta bagi SME Revitalisation Fund yangakan diuruskan oleh SME Bank dan akan ditawarkan pada Januari 2012.

* Kerajaan akan menubuhkan satu Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta untukmembantu PKS yang terlibat dengan bencana alam.

* Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi kereta hibrid dankereta elektrik dilanjutkan sehingga 2013.

* Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkandengan peruntukan RM420 juta.

* Kerajaan mencadangkan pengusaha hotel di Semenanjung Malaysia yang melaburdalam hotel empat dan lima bintang baharu, diberikan galakan taraf Perintisdengan pengecualian cukai pendapatan 70 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan 60peratus bagi tempoh lima tahun.

* Kadar cukai keuntungan harta tanah akan dikaji semula.

* Kerajaan akan menyediakan Dana Inovasi Pengkomersialan patuh Syariahberjumlah RM500 juta pada kadar keuntungan yang menarik.

* Kerajaan mencadangkan perkhidmatan reka bentuk industri diberi galakanTaraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus selamalima tahun.

* Kerajaan memperuntukkan RM1.1 bilion pada 2012 bagi pembangunan sektorpertanian.

* Kerajaan mencadangkan menaikkan had harga rumah di bawah Skim Rumah Pertamaku daripada maksimum RM220,000 kepada RM400,000 bermula Januari 2012. * Di bawah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sejumlah 7,700 rumah akan dibina di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara dan Bukit Raja pada 2012.

* Pengecualian duti setem 100 peratus ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah di bawah PR1MA. * RM443 juta diperuntukkan bagi pembinaan 8,000 unit untuk jualan dan 7,000unit untuk disewa di bawah Program Perumahan Rakyat.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta sebagai subsidi bagi 10,000 unit rumah yang akan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd. Setiap rumah dengan kos RM65,000, akan dijual dengan harga RM45,000 dengan kerajaan memberi subsidi baki RM20,000. * RM40 juta diperuntukkan bagi membaik pulih dan menyelenggarakan rumah kos rendah awam dan swasta.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM63 juta pada 2012 untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai. * Kerajaan akan memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia kepada isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Peserta boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

* MARA akan menyediakan pembiayaan modal kepada warga syarikat korporat yang berkelayakan untuk pembelian ekuiti serta pengambilalihan syarikat berasaskankonsep "Management Buyout".

* Kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagi program pembangunan usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

* Kerajaan mencadangkan peruntukan bagi TEKUN dinaikkan kepada RM300 juta. * Amanah Ikhtiar Malaysia akan menyediakan RM2.1 bilion bagi pembiayaan pinjaman mikro kepada usahawan terutamanya wanita. Daripada jumlah ini, RM100 juta disediakan untuk usahawan India Malaysia dan RM100 juta lagi bagi usahawan Cina.

* Kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem bagi surat cara perjanjianpembiayaan mikro kredit.

* MyCreative Venture Capital akan ditubuhkan dengan dana permulaan RM200 juta.

* RM200 juta diperuntukkan bagi latihan dan kemahiran belia menerusi Program Strategik untuk Belia 1Malaysia (SAY1Malaysia). * Kerajaan memperuntukkan RM15 juta untuk membina 150 gelanggang futsal tambahan agar matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim dapat dicapai.

* RM50 juta diperuntukkan untuk membina kemudahan padang tiruan yang dilengkapi dengan lampu limpah di 30 lokasi terpilih seluruh negara. * Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan RM30 juta untuk mengasah bakat atlet muda supaya mereka dapat bersaing dan berjaya di kejohanan sukan peringkat antarabangsa.

* Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan diperkenalkan bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), selain menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama.

* Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. Di samping itu bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus. * Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta.

* Mulai tahun 2013, kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak 2 peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji. * Kerajaan bersetuju melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.

P/s - Syabas juga kepada DS Najib kerana dapat membentang bajet dengan baik selama 2 jam...kalau Anwar sudah tentu tidak dapat berdiri selama itu kerana beliau sakit tulang belakang...sambil baring atau duduk tiada masalah hehe...

Friday, October 7, 2011

BUDGET 2012 : TAHNIAH DS NAJIB DAN KERAJAAN

Tahniah kepada kerajaaan pimpinan DS Najib PM kerana dapat menyediakan budget yang begitu menyeluruh dengan melibatkan seluruh rakyat di negara ini. Kakitangan awam seluruh negara juga tidak ketinggalan turut terlibat. Hadiah bonus setengah bulan dan penyelarasan gaji mengikut gred.

Manakala kepada setiap pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5 juga disediakan RM100 sebulan kepada pelajar masing2.

Sesungguhnya Allah akan menambah rezeki kepada mereka-mereka yang bersyukur....semuga rakyat dapat membezakan budget yang sebenar dan budget bulan bintang Anwar!

Tuesday, October 4, 2011

BUDGET SEJAHTERA ATAU SELAK KERA?



Antara isi kandungan Bajet Anwar adalah...

1- Perdana Menteri PR tidak akan juga menjawat jawatan Menteri Kewangan.

2- Defisit negara pimpinan UMNO mencecah 6% bagi tahun 2011 tersimpang dari janji Najib untuk kurangkan ke kadar 5.2%.

3- Cadangan pemotongan belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM 10 bilion dan kembali kepada Kementerian lain.

4- Lesen import AP akan dibuat secara lelongan dengan jangkaan menambah hasil negara RM1.2 bilion.

5- Pembangunan wilayah terutama pembinaan infra termasuk lebuhraya yang menghubungi Sabah dan Sarawak.

6- Akta Universiti dan Kolej Universiti di Mansuhkan. Mahasiswa akan bebas dari cengkaman dan kekangan.

7- Elaun penjagaan anak sebanyak RM1000 setahun untuk ibu2 yang layak, dipadan dengan pelaburan, bina pusat penjagaan anak2

8- Kembalikan cukai2 eksais & duti yg dibatal PM atas barang2 mewah (beg2 mewah dll)

9- Pengumuman pengenalan gaji minima pd RM1,100 yg juga melibatkn kenaikan gaji k/tgn awam m'ikut tangga gaji.

10- Sasar defisit 4.4% daripada KDNK dan dividen Petronas diunjur pada RM26 billion setahun.

11- Umumkan pemberian lesen lesen teksi secara terus kepada pemandu pemandu teksi dan batalkan sistem konsesi ala BN.

12- Pembayaran elaun pendidik sebanyak RM 500 sebulan.


Pembentangan bajet 2012 pembangkang membabitkan peruntukkan RM220 bilion...hehe buat budget duit tak ada ambo pun boleh. Kat manalah pembangkang nak dapat duit sebanyak tu ya...ini menunjukan budget selak kera bukan lagi sejahtera....

2012 : BUDGET JANJI ANWAR...DAN BUDGET UNTOK DILAKSANA DS NAJIB

Kenapa Anwar dan pakatan memilih untuk membentangkan Belanjawan/Bajet 2012 mereka lebih awal dari apa yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional? Secara tersuratnya ialah kerana Anwar mahu terlebih dahulu mencuri perhatian rakyat yang ingin melihat belanjawan yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri.

Manakala secara tersiratnya pula, Anwar dan Pakatan sebenarnya diibaratkan “menembak didalam keadaan yang gelap”. Ini kerana, Anwar dan pemimpin-pemimpin Pakatan pastinya mengharapkan Bajet bayangan edisi Pakatan 2012, menyamai Bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri.

Ini sekaligus akan memberi peluang kepada Anwar dan para pemimpin Pakatan menyebarkan dakyah bahawa kepimpinan UMNO/Barisan Nasional telah menciplak idea mereka didalam belanjawan tersebut. Dan mereka mahu rakyat percaya bahawa Pakatan itu lebih baik dari Baisan Nasional didalam menentukan hala tuju ekonomi negara.

Kepada setiap penganalisis politik, ini semua sebenarnya adalah permainan lama Anwar Ibrahim. Ketua Umum Pakatan ini memang bijak mencuri perhatian dan mengambil kredit dari hasil usaha pihak lain. Lihat sendiri bagaimana pemansuhan Akta I.S.A oleh Perdana Menteri telah dicanangkan kepada rakyat sebagai usaha dari Pakatan Rakyat.

Yang sebenarnya, DS Najib telah membayangkan untuk menghapuskan akta tersebut sejak beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi. Jadi ia bukan lah sesuatu yang mengejutkan jika setelah menjawat jawatan Perdana Menteri, beliau menghapuskan akta tersebut dan digantikan dengan yang baru.

Apa yang Anwar dan Pakatan mampu lakukan jika DS Najib tak berniat menghapuskan akta tersebut? Sudah tentunya tiada apa kerana mereka tak mempunyai kuasa kalau hanya sekadar melalak di kandang sebagai pembangkang.

Begitu juga didalam isu Bajet 2012 ini, kita harus melihat siapa yang mampu melaksanakan dan menunaikan janji-janji kepada rakyat keseluruhan, bukannya melihat kepada siapa yang lebih bijak berjanji. Jangan tersilap membezakan diantara yang hanya pandai menabur janji, dan juga yang mampu tunaikan apa yang dijanjikannya.

Anwar dan Pakatan seperti biasa hanya akan mainkan politik persepsi. Anwar sedar dia tak mempunyai kuasa untuk berbuat sesuatu didalam keputusan kerajaan. Jadi cara yang paling mudah ialah, Anwar cuba meneka apa yang sedang dirancang oleh kerajaan dan membuat persepsi terlebih awal.

Malangnya, tidak ramai pihak didalam kerajaan sendiri mampu membuat “counter perception” terhadap permainan politik Anwar Ibrahim. Ini menjadikan, permainan persepsi Anwar tersebut akan sedikit sebanyak akan mempengaruhi rakyat yang kurang faham mengenai senario yang sebenar.

Dan sebagai rakyat, kita seharusnya bijak menilai keadaan politik semasa. Tak kisahlah jika Bajet yang dibentangkan oleh Anwar itu mirip dengan apa yang dibentangkan oleh DS Najib Tun Razak. Yang pentingnya ialah rakyat mendapat semua faedah dari Bajet tersebut.

Yang paling utama, tanggung jawab rakyat ialah bersyukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada kepimpinan negara jika Bajet 2012 ini menguntungkan rakyat dan juga negara. Tak perlu rasanya untuk berterima kasih kepada Anwar dan Pakatan sebab sesiapa pun mampu untuk melontarkan pelbagai janji, tapi yang penting ialah siapa yang mampu menunaikannya.

Mykmu

BUDGET PEMBANGKANG 2012 - SAKSIKAN...

Saturday, October 1, 2011

NIK AZIZ DAN MAT SABU BIJAK BERPOLITIK MURAHAN...


Kedua2 mereka ini mempunyai banyak persamaan.Dari segi keceluparan dan klu klek sdh menjadi 'tema' mereka. Nik Aziz dan Mat Sabu dua tokoh utama pas yang bertanggongjawab meletak parti tersebut kini dalam keadaan dalema. Menjadikan isu Hudud dan komunis sebagai tajuk utama sebagai bualan terutama sekali didalam alam cyber di negara ini.

Isu Hudud yang sengaja diada-adakan oleh Nik Aziz yang lebih kpd bertujuan menarik undi melayu. Perjanjian Pakatan 18 Disember sudah cukup memperlihatkan perjanjian pas bersama pakatan yang ditandatangani oleh Presiden PAS, adalah 1 perkara yang tidak mungkin berlaku bagi parti ini melaksanakan Hukum Hudud kerana terikat dengan Perjanjian yang telahpun dipersetujui bersama.

Mesyuarat pakatan pembangkang pada 28 September lalu menjadi tamparan hebat buat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang seakan cuba lari dari pakatan Perjanjian Persefahaman 18 Dis & Dasar Buku Jingga yang dipersetujui.

“Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat

Nik Aziz yang retorik secara tiba2 ekstrim menggunakan Hukum Hudud sebagai senjata mengembalikan sokongan Melayu walhal ada banyak penjelasan dan strategi yang dilihat lebih bijak untuk terus PAS lebih kukuh. Ianya dilihat sekadar seolah2 Nik Aziz begitu takut bagi menyelamatkan Kelantan jatuh ketangan Umno dalam PRU13 nanti.

Manakala isu komunis yang dibangkitkan oleh Timbalan Presiden pas tersebut tidak lebih kepada mahu menarik sokongan undi kepada pakatan mereka. Mat Sabu cuba menggelirukan rakyat membutakan sejarah tanah air dengan menjulang komunis sebagai pejuang kemerdekaan sekaligus merendah2kan perjuangan pasukan keselamatan dengan menganggap mereka2 ini hanya sekadar perkerja kepada British.

Kita sebagai orang melayu wajib berwaspada, angkara menjelang pilihan raya ternyata pas begitu licik dan sejarah telah membuktikannya. Faktur utama menyumbang kejatuhan Umno pada tahun 1990 kepada pas adalah berkaitan dengan cadangan pas akan mewujudkan negara islam dan hukum hudud. Sebelum bersama DAP pun pas gagal menjalankan hukum hudud apatah lagi sekarang pas bersama DAP yang sudah menjadi perkara asas bagi mereka buat selama2nya bertindak bagi mempastikan islam dan bangsa melayu tidak ada kuasa lagi di negara ini. Di peringkat paderi dan mubaligh Kristian pula setiasa mengitai peluang mencari ruang perpecahan sesama islam untuk mermuurtadkan orang melayu menjadikan negara ini kearah negara Kristian.


Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..