Followers

Saturday, August 21, 2010

RENUNGAN RAMADHAN : 7 JENIS WAJAH MAYAT DALAM KUBUR

7 jenis wajah mayat di dalam kubur

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Friday, August 20, 2010

SEMBANG RAMADHAN : BOLEHKAH KITA IKUT NIK AZIZ LAGI?

Muhasabah dan bertaubatlah … Semperna bulan yang mulia.

Negara Islam

1. “Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu.” - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

2. “PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa…” - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

3. “Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu.” - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

4. “Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir.” - Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

Kafir Mengkafirkan

1. “Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir” - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

2. “Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid.” - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

3. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

4. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

5. “Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran.” - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994


Kerjasama dengan bukan Islam

1. “Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam” - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. “Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram” - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

3. “PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif.” - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

4. “Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam.” - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

5. “Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang” - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

6. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.

7. “DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,”

– Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.

Hukum Mencarut

1. “Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

2. “Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri.” - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.


Kerjasama dengan Syaitan dan Malaikat

1. “Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima.” - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

2. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.


Allah Samseng

1. “Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat… tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat…” – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.


Pengundi Hantu

1. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.


Haram Wanita Bekerja

1. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.


Undi PAS masuk syurga

1. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.


Arak

1. “Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?” - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

2. “Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya.” - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.


Kepentingan politik PAS

1. “Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam.” - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

2. “Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama.” - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

3. “Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

4. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

Orang tua ni dah bingung pun ya, bengong pun ya … Dah tak boleh diikut lagi.

Tengok muka dicermin, makan karipap dan tanya pada diri sendiri: Are you okay? Jawapannya. No.

Thursday, August 19, 2010

POLITIK REALITI : 16-30 OGOS 1945 DAN 13 MEI 1969 ANTARA PEDOMAN DAN PENGAJARAN

Pengajaran dari dua peristiwa iaitu Pemerintahan Tanah Melayu selama empat belas hari oleh Pasukan Tentera MPAJA/Parti Kominis Malaya (PKM) atau Bintang Tiga dan Peristiwa 13 Mei 1969.

Ramai dikalangan generasi muda bangsa kita yang kurang mengetahui kedua-dua peristiwa tersebut dan implikasi mereka dalam perkembangan sejarah negara amnya dan sejarah orang Melayu khasnya


Peristiwa yang pertama ialah apabila Tentera Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA), satu pertubohan Parti Kominis Malaya (PKM) atau juga dipanggil Bintang Tiga yang memerintah Tanah Melayu selama empat belas hari pada tahun 1945 iaitu jangkamasa dari Tentera Jepun mengaku kalah kepada Tentera Bersekutu pada 16hb Ogos 1945 sehinggalah Tentera British sampai kembali ke Tanah Melayu menubuhkan Kerajaan Tentera British empat belas hari kemudiannya

Dalam masa empat belas hari tersebut banyak orang Melayu yang dibunuh oleh Tentera MPAJA atau Bintang Tiga atas tuduhan bersubahat dengan Tentera Jepun. Kebanyakan mereka adalah bekas ahli pasukan polis yang ditubohkan oleh Jepun untuk menjaga keamanan di Bandar-bandar. Tentera Jepun memang anti kaum China .



Ini adalah lanjutan dari penaklukan negara China oleh Jepun dimana ramai orang China yang telah dibunuh terutamanya di Nanjing dalam apa yang panggil Massacre of Nanjing. Tentunya mereka tidak mempercayai orang China dan begitu juga orang China amat memusuhi Tentera Jepun.

Sikap permusuhan ini jugalah yang menyebabkan tunjuk perasaan besar-besaran anti Jepun di China baru-baru ini. Oleh itu, orang Melayulah yang majoritinya menganggotai Pasukan Polis Jepun di Tanah Melayu.

Jadi, bila Tentera Jepun mengaku kalah, maka berkeliaranlah anggota Bintang Tiga ke kampung-kampung mencari bekas polis tersebut yang kebanyakannya orang Melayu. Di kampung di mana saya dilahirkan yaitu Kampong Sungei Manggis, Kalumpang terdapat cerita-cerita yang sampai kepada kami bagaimana anggota Bintang Tiga ini mencari dan membunuh mangsa-mangsa mereka.

Mereka akan dibawa ketepi hutan dan disuruh menggali lubang. Kemudian mereka akan dihentam dengan belakang cangkul dan ditanam kedalam lubang yang sudah siap digali. Mungkin ditanam hidup-hidup. Sampai sanak saudara tidak tahu dimana mereka ditanam.

Boleh dikatakan perkara ini berleluasa di Selangor dan di negeri-negeri lain seluruh Tanah Melayu. Kita tidak tahu berapa banyak yang terbunuh dan cara-cara mereka dibunuh. Pakar-pakar sejarah perlu mengkaji peristiwa tersebut lebih terperinci kerana ia banyak mempengaruhi sejarah nasionalisme orang Melayu kemudiannya.

Oleh kerana yang membunuh ialah anggota Bintang Tiga yang kebanyakannya orang China dan mangsa mereka pula kebanyakannya orang Melayu, peristiwa tersebut telah bertukar menjadi pergaduhan antara kaum. Ramai orang Melayu yang bertindak balas terutamanya di Batu Pahat, Johor dan Sungei Manik, Teluk Intan, Perak.

Selepas peristiwa tersebut kemarahan orang Melayu kepada kaum pendatang mulai mendalam dan menebal. Mulai timbul semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu.

Bila kemudiannya pihak British cuba memperkenalkan konsep Malayan Union yang menghapuskan sistem Raja-raja Melayu, penghapusan hak istimewa orang Melayu, dan pemberian kerakyatan dan hak samarata kepada semua kaum, ianya telah mendapat tentangan yang hebat dari semua lapisan orang Melayu.

Mereka telah berarak dan menunjuk perasaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Lalu akibatnya, lahirlah UMNO, parti yang menjadi tunjang Kerajaan Barisan Nasional pada hari ini

Peristiwa 13hb Mei 1969 pula adalah akibat dari perayaan dan sambutan kemenangan yang mengila dan berlebihan yang dilakukan oleh penyokong parti-parti pembangkang (Cina), apabila mereka menang banyak kerusi dalam dalam Pilihanraya Umum 1969, terutama di Selangor di mana Perikatan dan pembangkang menang sama banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri.


Penyokong-penyokong parti pembangkang seperti Gerakan, DAP, dan Socialists Front telah berkeliaran di Kuala Lumpur dengan lori, kereta dan motosikal sambil berteriak dan menjerit-jerit “Melayu bodoh!”, “Melayu balik kampung!”, “Melayu sudah hilang kuasa!”, dan sebagainya.

Mungkin dalam penyokong-penyokong pembangkang itu ada anasir subversif dan kongsi gelap yang cuba memprokasi orang Melayu supaya negara kucar-kacir.

Tindakan provokatif pembangkang itu tidak di biarkan begitu saja oleh orang Melayu di Kuala Lumpur di kawasan seperti Kampung Baru, Kampung Keramat, Gombak dan Ampang.

Maka, berlakulah tindakbalas dan akhirnya menumpahkan darah dikalangan mereka yang tidak berdosa. Contohnya, orang yang membeli belah dan mereka yang menonton wayang di pawagam-pawagam di kawasan Chow Kit.

Kedua-dua peristiwa tersebut banyak mempengaruhi politik dan ekonomi orang Melayu. Peristiwa berdarah semasa Tanah Melayu diperintah selama empat belas hari oleh Bintang Tiga banyak membawa kesedaran kepada orang Melayu.

Ini kemudian menggembelingkan orang Melayu untuk bersatu menentang Malayan Union. British yang cuba menghakiskan keistiwaan pribumi kepunyaan mereka. Dan ia membawa kepada kelahiran UMNO itu sendiri.

Sementara Peristiwa 13 Mei 1969 pula menyedarkan orang Melayu mengenai ketinggalan bangsa mereka dalam bidang ekonomi yang tidak diperjuangkan dengan lebih tegas sebelum itu.

Lalu lahirlah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal semasa perintahan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Kemudiannya timbul konsep penubohan Masyarakat Perniagaan dan Perindustrian Bumiputra atau “Bumiputra Commercial and Industial Community” (BCIC).

Dengan DEB banyaklah anak-anak Melayu yang di hantar keluar negeri melanjutkan pelajaran mereka dalam berbagai lapangan professional untuk membanyakkan Orang Melayu dalam berbagai bidang professional seperti peguam, doctor, arkitek dan sebagainya.

Kakitangan kerajaan lebih banyak terdiri dari orang Melayu. Sebelum itu kakitangan kerajaan banyak terdiri dari kaum lain.

Pokoknya kedua-dua peristiwa tersebut banyak meninggalkan kesan kepada orang Melayu dan ini haruslah disedari oleh generasi muda Melayu sebagai pertunjuk kepada mereka dalam meneruskan perjuangan bangsa.

Dato Raduan Md Taib pernah menjadi Yang Dipertua Dewan Melayu Selangor dan Naib Presiden Dewan Melayu Malaysia. Beliau sedang membuat kajian dalam bidang keusahawan pada peringkat PhD.


13 Mei 1969: Andaian Meleset Yang Dibukukan.

Urgggh! Malas ke tulang hitam rasanya saya nak buat kerja gratis (percuma) untuk UMNO dan sekaligus Kementerian Penyiaran. Kerja percuma untuk Menantu Dolah dan Zainuddin Maidin.

Tetapi apakan daya, kedua-dua institusi itu sudah terlalu uzur untuk berfikir (yang pertamanya berusia 60 tahun, dan yang keduanya sudah 50 tahun). Sepatutnya salah satu atau kedua-dua institusi ini yang menjawab dan membetulkan fakta. Tetapi malangnya kedua-dua membisu. (Mungkin bisu beragenda dan/atau atas arahan dari seberang Selat Tebrau).

Oleh kerana saya anggap memperbetulkan, menentang perbuatan merubah sejarah negara itu satu fardhu kifayah, dan kerana saya nampak tiada Melayu lain mahu ke depan, maka biarlah saya cuba menegur perbuatan bathil itu.

Menurut seorang apologist (tukang perbetul cerita) pengarang buku “13 Mei” [1], rumusan pengarang ialah Al Marhum Tun Abdul Razak mencetuskan rusuhan 13 Mei dalam membolehkan satu coup de tat dari Al Marhum Tunku Abdul Rahman. Nauzubillah! Zalimnya tuduhan.

Tetapi sebelum kita mengupas kezaliman itu, ada baiknya kita menafsir apakah dorongan intelektual yang merasuk pengarang untuk memutar belitkan sejarah. Apakah persoalan besar yang ingin dijawab, hingga ada pihak “wang besar Cina” yang sanggup menaja pengarang bermentelaah di London selama tiga bulan untuk menggali, mengorek kononnya arkib lapuran perisikan Brtish yang telah dibatalkan palang rahsia tentang 13 Mei?

Seorang Arab (Islam?) sedang dibelasah oleh sekumpulan bangsa Kulit Putih semasa rusuhan anti-Islam di Australia beberapa tahun dahulu.

Setepatnya, berikut ialah hasrat dan niat pengarang buku “13 Mei” seperti yang yang selokakan oleh seorang apologist bagi pihak pengarang [2].

Thesis utama Dr Kua dalam bukunya Mei 13 adalah untuk menyebarkan rancangan dan konspirasi Tun Abdul Razak dan Harun Idris yang ingin merancangkan koup de tat supaya memulakan NEP dan isu-isu ketuanan Melayu. Ini bermaksud tanpa rancangan sedemikian, peristiwa Mei 13 akan dapat dikawal dengan bantuan polis. Mungkin hanya kes-kes terpencil mati 1-2 orang saja yang akan berlaku. Ini akan dapat dikawal dengan serbuan polis yang tidak berat sebelah.

Soalnya bukan siapa salah. (Cewah cewah, tak perlu tanya siapa salah). Memang susah nak ditentukan siapa yang marah, siapa yang memulakan perbalahan. (Hak alahai sonang nya justifikasi intelektul. Jangan pertikai salah siapa, ianya, awak semua kena percaya cakap saya, salah Tun Razak). Kalau sekarang terdapat rakyat Melayu yang terbaca blog di internet dan memulakan rusuhan, tidak pun dapat dikenalpasti yang saudara Rudin yang bertanggungjawab (Wow, berpengaruhnya Rudin X! Langsung tak sangka). Thesis Dr Kua bukan nak salahkan siapa yang marah dulu. (Oh, jangan salahkan Cina hina dan caci Melayu. Siapa yang beri lesen dan permit tu?). Thesis Dr Kua nak kenalpasti kenapa polis dan tentera tidak dapat kawal peristiwa 13 Mei tetapi sebaliknya menggalakkan peristiwa ini. Dan apakah sebab-sebab dan konspirasi disebalik kabir.

Perhatikan dalam sedutan karangan di atas, perkataan dalam italic ialah komentar Rudin X akan penulisan apologist, manakala perkataan yang digelapkan (bold) ialah kononnya nawaitu si pengarang buku mengikut cakap apologist beliau.

Alaaaaaahai. Kalau setakat nak tahu mengapa pasukan tentera ketika itu dilihat “memihak” dan nampak seperti tidak bertindak mengawal keadaan, jawapannya bukan berada di London. Jawapannya bukan terletak pada tafsiran jaundis (berat sebelah) oleh perisik British/Australia di Malaysia.

Jawapannya terletak pada budaya dan semangat setiakawan, esprit de corp tentera.

Semangat setiakawan yang sama telah mendorong tentera Amerika melakukan My Lai Massacre di Vietnam [3]. Budaya dan semangat setiakawan yang nendorong askar Amerika membantai umat Fallujah di Iraq [4]. Semangat setiakawan yang mendorong tentera British yang didewa-dewakan oleh bangsa Cina Malaysia melakukan penyembelihan Cina beramai-ramai di Batang Kali.[5]

Budaya dan semangat yang sama wujud di kalangan semua askar di seluruh dunia, malah juga ada di kalangan soldadu Angkatan Tentera Singapura.

Mentaliti membalas dendam terhadap apa yang mereka fikir penganiayaan ke atas salah seorang dari kalangan mereka.

Di Malaysia, sebilangan Askar Melayu Di Raja telah tompang mengamuk sama dengan Melayu-melayu lain pada 13 Mei 1969 dan sehari dua berikutnya. Sebab?

Sebab pada malam 11 Mei, seorang askar Melayu berpangkat Leftenan (Leftenan Muda mengikut sesetengah versi) bersama tunangnya (isterinya) telah mati dibelasah beramai-ramai oleh segerombolan Cina yang sedang berdemonstrasi sebaik saja mereka keluar menonton wayang di Panggung Federal. Dan mengikut sesetengah versi cerita, mayat mereka kemudiannya diseret dengan motorsikal sekeliling kawasan Chow Kit.

Cerita ini dalam beberapa versi yang mengerikan, dengan lokasi kejadian yang sedikit sebanyak berbeza (ada versi Panggung Rex dan Jalan Petaling), tetapi dengan jalan cerita yang sama – seorang pegawai askar mati dibelasah Cina ketika keluar dari panggung wayang.

Itu puncanya sejarah melihat pihak pentadbiran negara gagal mengawal rusuhan – keadaan memang sudah tidak terkawal lagi. Cerita berkumpul Melayu di rumah Datuk Harun Idris Menteri Besar Selangor ketika itu adalah kemudian dari cerita ini. Malah cerita inilah catalyst atau pemangkin berkumpulnya Melayu di Kampong Bharu.

Pembaca boleh mensohihkan cerita yang saya bawa ini dengan bertanya kepada siapa juga Melayu yang masih hidup dan mempunyai pengalaman “dekat” dengan peristiwa 13 Mei.

Untuk mendapatkan corroboration (keselarian) tentang cerita saya ini, sila klik dan lawat blog ini [6].

Jika pengarang buku “13 Mei” jujur dan tiada niat lain, pengarang tidak perlu cari penjelasan di London. Carilah penjelasan dalam rekod lapuran polis di Balai Campbell (Dang Wangi). Atau kalau tidak pun, cari dalam rekod semboyan (telex) lapuran kejadian jenayah berat di Bukit Aman untuk malam tersebut. Tidak perlu bersusah payah ke London.

Nah tuan/puan. Dalam hal tercetusnya rusuhan 13 Mei, puak chauvinis Cina telah tersilap langkah dengan membunuh seorang pegawai Askar Melayu. Yang mana ekoran itu, yang selain dari berjaya membakar kemarahan orang Melayu dengan perarakan besar-besaran menang pilihan raya, askar Melayu telah turut marah. Dan sebelum tuan/puan atau sesiapun chauvinis China menuduh Askar Melayu yang terlibat dalam 13 Mei itu campur tangan dalam politik negara, maka di sini saya sanggah -- penglibatan mereka adalah soal hati. Noktah.

Bila segerombolan askar mengamuk, tuan/puan fikir Tun Razak boleh kawal? Ingat polis boleh kawal? Lagikan seorang laskar kena tangkap polis pun, askar satu batalion sanggup rempuh dan serang balai polis, inikan pula mengawal gerombolan askar yang sedang marah dengan bersenjata lengkap.

Ingat kisah “Prebet Adam” yang mengamuk di Chow Kit dengan raifel M16 nya? Langsung mencetuskan Operasi Lalang? [7] Itulah mentaliti dan jiwa seorang askar Melayu sebagai pedoman. Siapa yang selesaikan insiden dan pujuk Prebet Adam menyerah diri? Dr Mahathir? Polis? Tidak. Pegawai Pemerintah Prebet Adam kena turun padang dan berdepan dengan muncung raifel Prebet Adam.

Nasib kamu lah chauvinis Cina. Dengar lagi hasutan sahabat handai dan saudara mara kamu dari Singapura! Kamu sudah pijak ekor ular. Kamu kena patuk. Kamu dah kejutkan harimau tidur. Kamu kena baham. Sudah itu kamu tuduh Tun Razak jahat. Kamu tuduh 13 Mei disengajakan kerana agenda nak lancarkan DEB. Kaudu sungguh hati perut kamu.

Kencing dalam tempurung bulu dan cerminkan muka kamu di situ dulu. Sesudah itu carilah salah Melayu.

Dah tu kini kamu orang cuba menjadi revisionist sejarah pula?


Agendadaily April 27, 2005.


Wednesday, August 18, 2010

SEMBANG RAMADHAN : YANG TUA SAYANG YANG MUDA...YANG MUDA BUAT HAL LAGI...

YANG TUA TIDAK SEMESTINYA BURUK DAN YANG MUDA TIDAK SEMESTINYA BARU...

HULU TERENGGANU: Kesetiaan cinta wanita tertua Terengganu, Mek Wook Kondor, 107, teruji lagi apabila suaminya, Mohd Nor Musa, 38, ditahan polis di Kampung Pasir Tinggi, di sini, kira-kira jam 10.30 pagi Khamis lalu kerana didakwa positif dadah jenis heroin.
Lebih memilukan, Wook terpaksa mengeluarkan wang simpanannya RM2,000 untuk menjamin Mohd Nor yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dakwaan memasukkan dadah ke dalam badan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Tuan Rosnah Tuan Husin di hadapan Majistret Azman Mustafa.

Bagaimanapun, tiada pengakuan dicatatkan dan Mohd Nor dibenarkan ikat jamin sementara menunggu sebutan semula pada 11 Oktober depan bagi mendapatkan laporan penuh ujian air kencingnya.

Sebelum ini, pada 7 Julai tahun lalu Mohd Nor ditangkap Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengikut Seksyen 8(3)(a) Akta Penagihan Dadah, Rawatan dan Pemulihan (Pindaan 1998) serta dimasukkan ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Sungai Besi sebelum dipindahkan ke Puspen Besut, 31 Disember tahun lalu.

Dia kemudian dibebaskan pada 15 Julai lalu.

Wook ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia sangat terkilan dengan perangai Mohd Nor yang mengambil dadah semula sehingga merasakan ingin membunuh diri dan terjun sungai kerana tidak dapat menerima hakikat itu.

Menurutnya, dia tidak menyangka suaminya sanggup mengulangi balik perangai buruknya mengambil dadah kerana lelaki berkenaan baru saja keluar dari Puspen dan berjanji tidak mahu mengulangi perbuatan itu.

"Saya harap hari raya tahun ini akan memberi sinar baru kepada kami suami isteri selepas terpaksa berpisah tahun lalu, namun tidak sangka pula jadi begini.

"Saya sudah banyak berhabis duit untuknya ingatkan dia betul-betul hendak berubah tetapi lain pula jadinya. Begitupun saya harap dia dapat kembali semula ke pangkal jalan," katanya.

Menurutnya, Mohd Nor yang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu minggu lalu dibebaskan semalam dengan ikat jamin menggunakan wang simpanannya sendiri.

Katanya, Mohd Nor akan menjalani rawatan pemulihan bermula hari ini dan akan ditempatkan di Pusat Khidmat AADK daerah yang baru dibuka semalam selama dua bulan.- Mohd Nasif Badruddin, Taufiq Md Daud dan Rohaya Bu-za.

TAK TAU LAGI APO NAK DIKATA...

'Perlembagaan baru' memang wujud...

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini mengesahkan bahawa beliau mengetahui tentang kewujudan 'perlembagaan baru' yang dibuat oleh pihak tertentu.

Lebih mengejutkan, beliau juga mendakwa bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilakukan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), semata-mata untuk meraih sokongan pengundi bukan Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

"Perkara ini memang benar-benar wujud dan ia merupakan idea PKR. Semuanya kerana PKR sedar bahawa sokongan bukan Melayu terhadap pembangkang semakin bertambah dan demi menjamin kelangsungan sokongan itu, Perkara 153 dan Perkara 11 perlu digugurkan.

"Perkara inilah yang menjadi salah satu sebab mengapa saya meninggalkan perjuangan PKR dan memilih untuk menjadi wakil rakyat Bebas. Inilah permainan bahaya PKR yang sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zahrain berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau mengetahui atau tidak tentang kewujudan 'perlembagaan baru', seperti mana yang didedahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria Ahad lalu.

Harussani ketika membuat pendedahan mengejutkan itu berkata, 'perlembagaan baru' itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan sekarang.

Mufti Perak itu bagaimanapun enggan mendedahkan pihak yang bertanggungjawab mewujudkan 'perlembagaan baru' berkenaan demi menjaga keselamatan negara.

Mengulas lanjut, Zahrain memberitahu, perancangan untuk mewujudkan 'perlembagaan baru' itu sudah dimulakan selepas pembangkang berjaya mencatat kemenangan besar dalam PRU Ke-12 lalu.

"Mereka sudah mula berangan bahawa langkah untuk menawan Putrajaya semakin hampir dan selepas cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) untuk membeli wakil rakyat Barisan Nasional (BN) gagal, maka perkara ini mula dirancang," katanya.

Dalam pada itu, Zahrain menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya segera mengambil tindakan tegas kerana perbuatan pembangkang mewujudkan 'perlembagaan baru' adalah satu perbuatan menghasut.

Katanya, jika pihak berkuasa lambat bertindak, beliau khuatir tragedi 13 Mei 1969 akan berulang kembali kerana orang Melayu sudah tentu tidak akan membiarkan hak mereka dicabuli.

"Orang Putih dahulu pun sedar tentang bahaya jika Perkara 153 dan Perkara 11 disingkirkan tetapi PKR tidak pernah belajar daripada perkara itu.

''Pada mereka matlamat mengejar kuasa adalah lebih penting berbanding kestabilan negara," katanya.

Utusan on-line

Tuesday, August 17, 2010

POLIS AKAN SIASAT DAN AMBIL KETERANGAN DARIPADA ANWAR

Sultan Ibrahim: Jangan jadi bodoh dan terpedaya dengan hasutan PKR

DAULAT TUANKU!!!

DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Tuanku Sultan Iskandar, Sultan Johor dan Ketua Turus JMF

DYMM Sultan Johor Tuanku Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar menitahkan kemurkaan baginda di Kota Tinggi semalam, keatas Pengerusi PKR Johor Chua Jui Meng kerana sibuk ‘berkempen’ sebagai timbal-balas atas tindakan baginda menarik balik darjah kebesaran negeri SPMJ dan DPMJ yang membawa gelaran ‘Dato’ kepada mantan Menteri Kesihatan dan Naib Preisden MCA itu. Gambar baginda Tuanku Sultan Ibrahim digunakan dalam kempen ini, untuk meraih perhatian rakyat.

Sepanduk PKR yang memaparkan gambar Tuanku Sultan Johor sebagai modal kempen; ehsan blog idealismalaysia.blogspot.com

Baginda merakamkan kekesalan dalam titah semasa singgah dalam pusingan kedua program Kembara Mahkota Johor 2010, akibat tindakan yang disifatkan:

“Ada pihak (PKR) yang cuba mengheret saya dalam kancah politik, dengan memaparkan gambar saya (dalam kempen) sepanduk mereka. Perbuatan ini adalah biadap dan kurang ajar. Saya tahu Polis akan menyiasat perbuatan ini” dan menyambung “Pada rakyat Johor janganlah jadi bodoh dan terpedaya dengan hasutan ini. Golongan ini tiada pendirian hidup, seperti ‘lalang’. Saya tidak mahu rakyat Johor dipecah belahkan rakyat dengan golongan ini”.

Tuanku Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar diiringi TPM Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin semasa pelancaran Kembara Mahkota Johor 2010 di JB Sentral.

Monday, August 16, 2010

BILA ANWAR BERKHUTBAH DAN NIK AZIZ BERDOA...


ANTARA BARANGAN BURUK DAN BARANGAN ANTIK...
Ada juga orang kata UMNO sudah "buruk". Bila ditanya apa yang buruk? UMNO sudah dimamah usia, UMNO sudah "berumur" katanya. Bermula dari 1946 UMNO dilahirkan di atas keringat peluh para pahlawan Melayu yang cintakan Islam, Anak Bangsa dan Tanah air. Maka lahirlah sebuah perjuangan yang membuahkan hasil apabila berjaya memerdekakan Tanah Melayu ini secara aman. Semenanjung Tanah Melayu sebagai bumi bertuah kerana tidak ada banyak berlaku pertumpahan darah kesan dari kebijaksaknaan pemimpin dimasa itu. Kalau sikap seperti pemimpin dimasa kini agaknya berlautan darah melayu dimasa itu hehe...hasilnya hendak merdeka pun tidak kesampaian agaknya!

Itu dulu, kini 2010. Zaman moden yang penuh pancaroba. Melayu sekarang tidak melayu asli lagi. Melayu sudah ada kacukan, rupa paras mereka pun sudah macam-macam.

Apabila UMNO orang sebut semakin "buruk" orang yang paling suka adalah Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan Kit Siang. Namun bagi kita yang tiada kepertingan dapat menilai sendiri sejauhmana perjuangan suka duka UMNO, pahit manis, onak nan berduri. UMNO pernah jatuh sakit dan siapa mengubatinya. UMNO pernah dikhianati. Benderanya pernah dibakar pengkhianat. Dikala itu UMNO hanya mampu berserah kepada Allah, nazaknya UMNO masa itu. Antara kudis, panau dan kurap menjadi sebutan perumpamaan perbalahan suami isteri yang buruk sahaja disebut yang baik tak ada lagi. Parutnya tetap ada walaupun sudah tidak berdarah, kepiluan hati tetap menyusuk bila orang mengatakan Umno itu sudah buruk dan "dimamah usia".

Negara kita menjadi sebutan negara dunia di zaman Tun Mahadhir semua orang tahu. Kerana Umno dimamah usia lah maka lahirnya pemimpin2 berjiwa besar sepeeti itu. Mulai dari era tersebut maka negara kita menjadi terkenal dimata dunia. Pemimpin luar dan dalam cuba mengintip untok mencari kepentingan. Langkah pertama, mahu merusakkan UMNO. Umno diselubungi gejala rasuah. Umno sudah buruk Umno sudah dimamah usia...jasa2 Umno semuanya sudah lupa. RM bermaharajalela dan menjadi raja. Ketua-ketua Bahagian yang tidak sehaluan disingkirkan dengan kuasa RM yang ada, kini sudah terbuang dari UMNO dan kini juga masih dengan angan2nya menjadi PM.

UMNO memang "buruk", tetapi ia diburukkan oleh beberapa pemimpin yang haprak. Pemimpin tergila-gilakan menjadi PM. Tidak cukup dengan duit dalam negara duit luar negara pun ditibai, asalkan strategi yang diaturnya dibahagian tercapai. Guna Islam, sayang dan kasih kepada anak bangsa dan cintakan tanah tumpah darah nenek moyang...jijik sekali. Apa tak jijiknya, sudah dua kali bicara dimahkamah kes liwat, bangsa melayu kian tertindas, pengkianat bangsa dan tanah air, komunis2 dipuja2 kembali.

Kononnya UMNO kafir dan murtad sebab itu mencari jalan supaya boleh bersama DAP. Kumpulan ini langsung tidak sedar diri. Imannya kepada Allah entah ke mana, sanggup pula memutuskan tali persaudaraan sesama Islam dengan menolak unity goverment bagi menjaga hati DAP. Peliknya, kumpulan ini rela pula ber"setubuh" dengan para "munafiqun" dan "kuffar laknatullah" dalam masa yang sama pula bercakap tentang kekuatan islam...

DAP, sebenarnya mereka ini semakin melampau. "Besar kepala" bila disokong oleh pengkhianat Islam, anak bangsa Melayu yang gilakan pangkat dan kuasa. Mereka ini sudah jelas semenjak dulu lagi dasar mereka memang tidak dapat terima langsung Islam sebagai wadah perjuangan. Institusi DiRaja dicemari tanpa adab susila boleh melebihi kebencian penjajah British dan Belanda kepada Institusi Raja -raja Melayu suatu ketika dahulu.

PAS pula sanggup menjual maruah agama semata mahu kongsi kuasa dengan DAP, mencari pengaruh halal haram dibibir mulut. Fatwa2 palsu direka2 mengikut kemahuan. PAS tidak sanggup melihat islam Umno-pas bersatu. PAS lebih sanggup melacurkan maruah dirinya kepada pengkhianat bangsa dan kuffar DAP yang sudah terangan tidak mengiktiraf Islam. PAS juga tidak bebas dari penyelewengan dan rasuah. PAS tidak bijak mentadbir dan tidak berkebolehan memacu kegemilangan lebih suka kepada bercakap kosong dan mengkritik orang. Jika buat kerja sikit mulailah menjaja sana sini kebaikan supaya semua orang tahu macam ayam bertelur.

Oh! Putera Jaya...dulu aku benci, kini aku amat sayang kamu. Aku seakan sudah jadi gila, merindui kamu oh Putera Jaya!!!


Sunday, August 15, 2010

SEMBANG RAMADHAN - BERSAMA EXCO BACUL SELANGOR

Dalam sibuk sibuk Hasan Ali mengatakan Noh Omar alim-alim kucing kita mungkin menjangkakan sesuatu tindakan akan diambil oleh Exco Agama Selangor ini sekurang-kurangnya masa pusat-pusat hiburan ini ditutup lebih awal.Kalau sebelum Ramadhan pusat tersebut ditutup pukul 3 pagi mungkin Hasan Ali boleh menasihatkan sparing partner beliau Ronnie Liu supaya ditutup lebih awal.

Walaupun tahap kebacaulan Hasan Alu terhadap Ronnie Liu terselah dalam isu arak sebelum ini sekurang-kurangnya beliau mengambil sedikit iktibar diatas desakan daripada Noh Omar.Antara kebaikkan yang boleh diambil kira adalah kurangnya risiko kemalangan terhadap orang-orang Islam yang keluar mencari makanan untuk bersahur.Kita harus mengambil iktibar terhadap apa yang terjadi kepada pelajar UITM yang dilanggar oleh Adun Sekinchan yang dilaporkan didalam keadaan mabuk ketika memandu.

Sekiranya pusat-pusat maksiat ini ditutup pukul 3 maka berduyun-duyun keluar pendokong Hasan Ali dan mereka-mereka ini sudah tentu didalam keadaan huru hara selepas meneguk air setan yang menjadi punca Hasan Ali dimarahi Ronnie Liu.Pada masa yang sama akan keluarlah anak-anak bujang Islam beramai-ramai mencari tempat untuk bersahur di sekitar kawasan yang menjadi tumpuan untuk menjamu selera.Dalam pada itu pendokong Hasan Ali juga menuju ketempat yang sama tetapi dengan cara pemanduan yang berbahaya penangan air setan junjungan Ronnie Liu.

Cuba kita bayangkan apakah akan terjadi kepada anak-anak bujang Islam andai mereka dilanggar oleh pendokong Hassan Ali dan Ronnie Liu ini.Tidakkan ini akan menjadi satu risiko kepada mereka ketika dalam perjalanan untuk bersahur.Jangan bercerita perkara diluar bulan Ramadhan kerana majoriti mereka yang keluar sehingga subuh tidak seramai ketika bulan Ramadhan.

Itu baru bercerita tentang risiko untuk bersahur, apa yang aku ingin katakan sebenarnya adalah sikap biadap dan kurang ajar pemimpin Pakatan Selangor yang membenarkan penganjuran pesta arak yang dijadualkan akan diadakan di Asia Gate Subang pada 12 Ogos nanti.Apa yang lebih menarik adalah masa untuk diadakan pesta bir tersebut diadakan adalah hampir dengan masa berbuka puasa untuk orang-orang Islam.Adakah tiada lagi masa yang sesuai untuk diadakan pesta bir ini? Adakah mereka ini cuba bermain dengan sentimen agama seolah-olah mahu membuktikan bahawa mereka sekarang boleh melakukan apa sahaja tanpa memikirkan perasaan orang Islam Selangor?

Apakah tidak akan ada orang-orang Islam yang bertaraf kaki mabuk hadir dimajlis itu nanti? Apakah tujuan pesta arak percuma ini diadakan dibulan puasa dan waktu yang hampir dengan masa berbuka?





Dimana Exco Agama yang melabelkan pemimpin UMNO alim-alim kucing ketika bulan Ramadhan? Adakah beliau hanya boleh membaca iklan tersebut dan tidak mampu melakukan apa-apa tindakan?Sekarang kita boleh lihat siapa

sebenarnya yang alim-alim kucing.Noh Omar mendesak beliau atas kesedaran untuk membendung penularan pusar maksiat tetapi apabila penganjuran arak secara terbuka dilakukan di Subang apakah yang mampu Hasan Ali

lakukan? Adakah beliau perlu meminta kebenaran Ronnie Liu untuk menyerbu pusat tersebut? Adakah peristiwa penguatkuasa memulangkan bertong-tong arak akan berulang kembali?

Aku semkain jijik dengan kenyataan pemimpin PAS terutama sekali di Selangor.Jangan lacurkan kepentingan agama demi kuasa politik.Jangan hanya pandai bercakap tetapi penakut. Janji-janji PAS Selangor ketika baru menubuhkan

kerajaan masih terngiang-ngiang di telinga aku.Apakah sebenarnya fungsi PAS di Selangor? Adakah sekadar penasihat yang tempang sebelah kaki? Kenapa perkara ini berlaku? Jawapannya hanya satu, mereka ibarat binatang

peliharaan DAP yang dilihat semakin berani mencabar kedaulatan agama Islam.Siapa yang harus DAP gunakan? Renungkan Bersama...

Email dari Sahabat

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..