Followers

Wednesday, December 31, 2008

PENUTUP BICARA POLITIK 2008

Apa peranan PAS terhadap Agama Islam Bangsa dan Negara.

SEBAB APA PAS
DITUBUHKAN?

Dalam undang-undang tubuh PAS Bab Pertama (Fasal 2, Ceraian 2) telah menerangkan secara jelas perkara tersebut iaitu: "Memperjuangkan cita-cita lslam dalam masyarakat dan urusan pemerintahan negara". Sementara dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 1993) Bab Ketiga (Fasal 5, Ceraian 1) telah menyebutkan: "Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah".

PENGASAS DAN PENGGERAK AWAL PAS :

"Kita adalah umat lslam, dengan sebab itu kita ingin melihat hukum-hukum Allah itu dapat dilaksanakan di bumi Allah ini. Kalau dulu cita-cita lslam itu dapat dilaksanakan, maka tidak ada sebab mengapa kita ketinggalan. Maka dengan dorongan ini, dan dengan kepercayaan bahawa hanya dengan ajaran lslam, dengan dasar hidup lslam itu sahajalah kita boleh selamat, maka inilah sebabnya kita percaya kepada pergerakan kita, kepada persatuan kita sendiri.

"Kita mahu merdeka sama seperti orang lain, kita mahu makmur sama seperti orang lain, kita mahu sama rata sama seperti orang lain. Akan tetapi semuanya itu, kemerdekaan kita, kemakmuran kita, dan sama rata kita, semuanya kita mahu dilingkungi oleh hukum-hukum lslam, oleh kebijaksanaan yang dipesan oleh Allah SWT dan oleh Nabi Muhammad SAW". - Prof. Zulkifli Mohamad.

Masyarakat Islam berpecah

Nik Aziz yang dianggap ulama oleh PAS telah mengkhianati Agama Islam DEMI KEPENTINGAN PERIBADI DAN PERJUANGAN PARTI PAS. Nik Aziz tidak layak digelar ulama sebaliknya boleh digelar perosak kepada Agama Islam.
1. MENGAKU MENYELEWENGKAN AJARAN ISLAM SEMATA-MATA UNTUK MEMELIHARA PERJUANGAN PARTI PAS
2. MENGAKU MENYESUAIKAN BEBERAPA TAFSIRAN AYAT AL-QURAN DAN HADITH SEMATA-MATA MENJUNJUNG PERJUANGAN PARTINYA
3. MENGHASUT RAKYAT MEMBENCI DAN MENJATUHKAN KERAJAAN YANG MENDIRIKAN PERJUANGAN AGAMA ISLAM
4. MENGHAPUSKAN PERJUANGAN UNTUK MENDIRIKAN NEGARA ISLAM
5. MEMBOHONGI RAKYAT DENGAN BERBAGAI JANJI
6. MEMUSUHI UMAT ISLAM DENGAN MEMECAH-BELAHKAN MASYARAKAT MELAYU DI KELANTAN DAN MEMULAUKAN APA SAHAJA KEGIATAN KHAIRAT ORANG-ORANG ISLAM YANG TIDAK SEHALUAN DENGAN PAS
7. MELINDUNGI SHAHNON AHMAD (PENULIS MUNAFIK SAMA TARAF SALMAN RUSHDIE)
8. GAGAL MEMPERKENALKAN HUKUM HUDUD DI KELANTAN KERANA TERLALU CETEK DALAM BIDANG PERUNDANGAN ISLAM)
9. MENGELUARKAN FATWA ISLAM DENGAN SEWENANG-WENANGNYA TANPA MERUJUK MANA-MANA PIHAK
10. MENGHALAKAN SIFAT CARUT-MENCARUT DAN KATA-MENGATA DI KALANGAN UMAT ISLAM
11. MENDAKWA TUHAN MENCARUT HAMBANYA DALAM AL-QURAN DALAM SURAH AL- LAHAB
12. MENIPU RAKYAT UNTUK MEMBENTUK PERLEMBAGAAN ISLAM MENJADIKAN KELANTAN 'SERAMBI MEKAH?'
13. MENGHALALKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DARI KALANGAN ORANG KAFIR
14. MENGHALALKAN PERSEPAKATAN DENGAN SYAITAN UNTUK MENANG DALAM PILIHANRAYA
5. MEROSAKKAN AKIDAH UMAT ISLAM DENGAN MENGAJAK MEREKA BERMUSUHAN SESAMA SENDIRI, TERUTAMANYA DENGAN ORANG-ORANG ISLAM YANG TIDAK SEHALUAN DENGAN FAHAMAN PAS.
16. MELAKUKAN DOSA DENGAN MENJANJIKAN SYURGA KEPADA ORANG-ORANG YANG MENYERTAI PAS
17. MENGKAFIRKAN UMNO DAN MENUDUH ORANG-ORANG UMNO KAFIR
18. MENUDUH ULAMA-ULAMA KERAJAAN FASIK. HANYA ULAMA PAS YANG MAKSUM
19. MENGAKUI BAHAWA DIRINYA ULAMA YANG DITERIMA AGAMA ISLAM
20. MENGELUARKAN FATWA BAHAWA DR. MAHATHIR MAHAFIRAUN DAN KAFIR KERANA MENENTANG ISLAM
21. MENDAKWA DR. MAHATHIR ANTI-ULAMA DAN PARTI UMNO SAMA SEPERTI PARTI ORANG KAFIR
22. GAGAL MEMERINTAH KELANTAN . KELANTAN MENJADI MUNDUR
23. MENGHALALKAN RAKYAT KELANTAN HIDUP DALAM KEMUNDURAN
24. MELINDUNGI KRONI-KRONINYA YANG MELAKUKAN JENAYAH KHALWAT SEPERTI KES MAT SABU
25. MENGHALALKAN FITNAH KEPADA PEMIMPIN UMNO DAN BN SEMATA-MATA UNTUK MENGHADAPI PILIHANRAYA
26. MENGGANTUNG BEBERAPA PERATURAN DALAM AL-QURAN DAN HADITH SEMATA-MATA UNTUK MENGHADAPI KEMPEN PILIHANRAYA
27. MEMPERMAIN-MAINKAN AL-QURAN, HADITH DAN AGAMA ISLAM UNTUK KEPENTINGAN PERIBADINYA.
28. MEMEPERSENDA-SENDAKAN NAMA ALLAH PADA SETIAP FATWA DAN CERAMAH YANG DIBERIKAN
29. BERTINDAK SEBAGAI IMAM MAZHAB APABILA MENGELUARKAN FATWA TANPA BERMUZAKARAH
30. MENGANGKAT DIRINYA SENDIRI SEBAGAI ULAMA TETAPI BELUM MAHIR DALAM SISTEM PERUNDANGAN ISLAM
30. MELANTIK ORIENTALIS-ORIENTALIS TIMUR SEPERTI DATO HASSAN DAN SHAHNON AHMAD SEBAGAI ULAMA SEDANGKAN MEREKA TERANG-TERANGAN MEMPERMAIN-MAINKAN AGAMA ISLAM
Justeru itu, sebagai umat Islam yang senantiasa mengutamakan AQIDAH, perlu fikirkan ADAKAH NIK AZIZ DAN PAS MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM ATAU MENYESATKAN UMAT ISLAM DARIPADA AJARAN YANG DIBAWA OLEH RASULULLAH?

Telah lama pemimpin-peminpin PAS sebenarnya yang cukup besar menyesatkan umat Islam di Malaysia dan sanggup mengadaikan maruah agama Islam dan bangsa Melayu demi kepentingan politik mereka. Kepimpinan PAS yang meneruskan tradisi berjuang di dalam politik dengan menggadaikan maruah Islam.

PAS berbangga dengan konsep perjuangan dengan menggunakan nama Islam. Apabila mereka menang, mereka bangga dengan kemenangan dan tiada lagi kritikan yang diberikan kepada SPR. Jika mereka kalah, mereka menyalahkan kerajaan dan SPR. Inilah yang dapat disimpulkan kepada PAS berdasarkan beberapa siri pilihanraya kecil atau umum.

1. JIKA MENANG, SPR betul tetapi JIKA KALAH, SPR salah. 'Pengundi hantu' menjadi alasan hantu-hantu PAS, PKR dan DAP.
2. Bagi PAS yang benar hanyalah PAS dan pembangkang. ALLAH hanya menerima PAS sahaja dan ahli PAS dan pemimpin PAS bakal ditempatkan di syurga. Bunyi semacam ajaran dari 'Ayah Pin'.
3. Imam-imam yang dilantik kerajaan akan dipecat dan digantikan dengan imam yang mempunyai keahlian PAS, ini kerana hanya imam PAS sahaja yang diterima malaikat amalannya.

Fakta selalu diputar belit dan mengelirukan,Sariat Islam cerita lain


Kata-kata pemimpin mereka hanya retorik dan berkepentingan sahaja.
a. Hadi berkata PAS sekarang bukan perjuangan hudud lagi.
b. Azizan berkata tiada hukum Islam di Kedah.
c. Nizar berkata tiada juga hukum Islam di Perak. d. Nik Aziz berkata tiada juga hukum Islam diKelantan.

Waktu UMNO memerintah mereka mengatakan UMNO menentang hukum ALLAH. Sekarang apabila mereka berkuasa, mereka lebih teruk menentang hukum ALLAH. Pemimpin kerajaan tidak pula menyatakan hukum Islam tidak akan di wujudkan tetapi kerajaan sedang berusaha kearah itu. Tetapi PAS terus terang menyatakan hukum Islam tiada dalam perjuangan manifesto.

PAS terpaksa bersetuju dengan pendirian DAP yang tidak menyukai undang-undang Hudud walaupun mereka cuba mengatakan kesepakatan dengan rakan kongsi pakatan. Malah bersetuju mempersendakan Al-Quran apabila merelakan Gobalakrishnan dan semua ahli bukan Islam PKR menggunakan ayat Allah iaitu Al-Quran.

Sewaktu UMNO, mereka kata dan menyalak sana sini yang UMNO halalkan Disco, Kilang arak dan apabila mereka memerintah dan berkuasa, mereka sendiri yang menyatakan tidak boleh haramkan Disco dan menutup kilang arak.

PAS juga tidak mengekang gejala murtad yang dilemparkan kepada UMNO sedangkan merekalah yang membawa fahaman songsang. Demi menutup fahaman mereka, mereka alihkan kepada kerajaan dan UMNO.

Mereka berselongkol dengan pemimpin PKR dan DAP seperti Irene Fernandez berjuang kearah mencetak Bible ke dalam bahasa Melayu agar orang Islam di murtadkan. Peguam-peguam yang mewakili anakguam terdiri daripada mereka yang berkepentingan dalam DAP dan PKR yang merupakan pakatan dan rakan politik PAS.

Bahawasanya PAS, DAP dan PKR tidak pernah bersatu kerana sudah hakikat mereka ini tidak pernah bernaung dibawah satu ideologi. DAP Lawan Islam manakala PAS memperjuangkan Islam konon-kononnya. Apa akan jadi agaknya kalau ketiga-tiga parti perosak ini menjadi pemerintah kita?
Satu sahaja jawapannya iaitu LINGKUPLAH SEMUA.

Kesimpulan kepada orang-orang Islam di Negara ini

Sedarlah rakyat umat Islam-Melayu Malaysia, bahawasanya PAS bukan pejuang Islam sejati. Mereka hanya mengunakan Islam sebagai alat mendapatkan kuasa iaitu berselindung disebalik parti politik. Jika ianya bukan sebuah parti politik nescaya ia ibarat sama sahaja dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang wujud di Malaysia. Kumpulan mereka meletakan syurga dibawah tapak kaki ketua-ketua mereka seolah-olah syurga mereka yang punya diakhirat kelak.

Tiada siapa diantara golongan mereka berani menegur perbuatan yang menyalahi ajaran Islam sepertimana ketua ajaran-ajaran sesat yang ada. Ini memberikan satu kuasa sampingan kepada ketua-ketua mereka untuk melakukan apa sahaja untuk mendapat keuntungan politik. Al-Quran, Hadith, hukum-hakam, hal ehwan Islam menjadi mainan politik serta pertaruhan oleh ketua-ketua serta pengikut dan penyokong PAS untuk mengekalkan kuasa.

Demi DAP dan PKR, PAS dibawah pemimpin yang ada kini akan mengorbankan PRINSIP dan Undang-Undang Tubuh parti PAS sendiri. Ahli PAS dan penyokong PAS yang mahukan Islam ala-PAS, sedarlah bahawa tiada lagi perjuangan dan syariat Islam di dalam PAS. Perjuangan Hudud bukan lagi "make-up" buat PAS.

Kepada penyokong PAS yang sangat mentah untuk menilai semua ini kerana berpandukan emosi dan terpengaruh dengan lidah bercabang pemimpin PAS. TOLAK PAS, sebuah parti yang bertopengkan Islam yang sanggup merosakan agama Islam hanya untuk mendapat tempat di dalam Pakatan Rakyat. Janganlah tersesat dan mengadaikan AQIDAH demi kepercayaan tok-tok guru PAS yang berkepentingan.


Mykmu.






Tuesday, December 30, 2008

KONFLIK HUDUD - ANTARA KEPENTINGAN POLITIK & AGAMA ISLAM

Pertentangan ideologi yang wujud antara DAP dan PAS yang menggugat kerjasama antara parti pembangkang sukar disembunyikan lagi apabila DAP mengakui parti itu menghadapi konflik kepentingan dengan PAS. Konflik kepentingan yang wujud antara DAP dengan PAS timbul disebabkan manifesto bersama yang dilancarkan oleh barisan pembangkang telah tidak menyebut mengenai penubuhan sebuah negara Islam.

Menurut DAP, PAS boleh berbuat apa sahaja yang mereka suka termasuk memperjuangkan sebuah negara Islam tetapi tidak harus mengaitkan perjuangan parti itu dengan Pakatan Rakyat.

Sebelum itu, Presiden PAS mengesahkan ada mengarahkan Hadi Awang untuk membentangkan rang undang-undang bagi mengawal dan menyekat propaganda agama bukan Islam pada persidangan Dewan Rakyat. Cadangan Hadi itu bertentangan dengan ikrar yang dibuat oleh PAS dan rakannya dalam manifesto barisan pembangkang bertajuk "Ke Arah Malaysia Yang Adil".

DAP yang terkejut beruk dengan kenyataan itu mengarahkan PAS mengawal tingkah laku dan mengenakan tindakan displin terhadap Hadi Awang kerana cadangannya itu disifatkan tidak bertanggungjawab dan sungguh mengecewakan DAP.

Jelas dalam pakatan pembangkang ini DAP terus angkuh manakala PAS lebih rela menjadi tikus mondok yang hanya mengiyakan sahaja apa jua tindakan walaupun ia bersifat membelakangkan Islam. DAP berlagak seperti "big brother" cuba menekan PAS dan begitu biadap mempersoalkan displin pemimpin PAS. Di manakah maruah sebenar PAS dalam situasi ini.

DAP juga dilihat macam "kudung dapat cincin" cuba menyerapkan budaya parti itu yang suka memecat ahli-ahlinya dalam parti lain. Dalam Pakatan Rakyat ini, PAS betul-betul dijadikan hamba pada DAP hingga terpaksa tunduk dengan setiap tindakan yang ingin dilakukan DAP. PAS hilang suara, PAS hilang maruah, PAS hilang kuasa akibat gila kuasa dan terkurung dalam kebodohannya.

Pakatan Rakyat ini hanya retak menanti belah kerana pemimpin PAS dan penyokongnya tidak akan mahu selama-lamanya menjadi macai DAP. Kalau PAS masih sayangkan pakatan ini jadilah PAS sebagai macai yang dungu yang sentiasa tunduk di bawah telunjuk DAP, si kafir yang tak pernah menghormati Islam dan Ketuanan Melayu ini.

DAP semakin bimbang kerjasama disifatkan memakan diri apabila mula meragui keikhlasan parti gabungannya terutamanya PAS. Walaupun pembangkang cuba meyakinkan rakyat melalui manifesto yang dikeluarkan bersama tapi yang nyata masing-masing menyimpan gunting dalam lipatan.
Hakikatnya DAP tetap tidak akan menerima apa jua rancangan yang menuju ke arah Kerajaan Islam. Kit Siang mendedahkan perkara ini untuk menjaga kepentingannya dan penyokong DAP yang amat takut akan sikap PAS yang radikal dan tidak mengendahkan kepentingan kaum-kaum lain di negara ini.

Kalau DAP dan pihak pembangkang lain tidak menyokong matlamat negara Islam bagaimana boleh PAS bersekongkol dengan mereka yang akan menentang habis-habisan matlamat utama kewujudan PAS ini? PAS telah berjanji untuk menubuhkan Negara Islam dan ini amat dinanti-nantikan oleh para pengikutnya. Pihak pembangkang lainnya sudah membuat pendirian dan meluahkan perasaan tidak puashati mereka terhadap Negara Islam.

Namun kenapa PAS masih boleh berdiam tentang hal ini dan membiarkan penyokong-penyokongnya meracau di dalam gelap? Di dalam semua ceramahnya Pemimpin PAS mengelakkan dari menyentuh tentang komprominya dengan DAP dan PKR. Kenapa PAS takut sangat berbincang hal sebenarnya sedangkan penyokong dan rakyat Malaysia masih menunggu luahan dari mulut Nik Aziz tentang pengorbanan PAS yang terbesar ini?

Mengapa PAS mengambil jalan menfitnah pemimpin Kerajaan yang telah memulihkan ekonomi, membawa pembangunan dan merangsang kehidupan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia? Adakah ini untuk mengalih pandangan rakyat dari kebaculan PAS yang sanggup mengorban teras perjuangannya menegakkan Negara Islam hanya untuk mengambil hati DAP dan PKR?

Sedihnya bukan saja PAS sanggup berbohong kepada pengikutnya tentang komprominya dengan pembangkang lain PAS juga ternyata tidak mementingkan perjuangannya dan kepentingan para pengikut setianya bahkan umat Islam keseluruhannya.

Rakyat Malaysia terutama umat Islam diharapkan tidak mempercayai parti PAS ini yang tidak jujur dan ikhlas dalam perjuangan kerana pemimpinnya sanggup melakukan apa saja yang buruk dan kotor hanya untuk menang pilihan raya. Soal masa depan rakyat tidak penting bagi PAS yang penting hanyalah menjatuhkan Barisan Nasional yang telah membawa seribu macam pembangunan, kemajuan dan keamanan kepada rakyat dan negara ini.

PAS mengakui pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas yang menjadi asas perjuangan terpaksa ditangguhkan walaupun jika Pakatan Rakyat menguasai Malaysia kerana ia memerlukan persetujuan PKR dan DAP.

Naib presidennya Datuk Husam Musa berkata parti-parti dalam gabungan pembangkang telah menandatangani perjanjian pada Ogos lalu bahawa sebarang perubahan dasar perlu dibuat dengan persetujuan ketiga-tiga parti tersebut, lapor Bernama.

"PAS tidak akan mengambil langkah unilateral. Semua perkara akan diambil secara multilateral,"
kata Husam selepas wacana tempuhari.

Dalam satu forum di sini pada Sabtu lepas, beliau berkata PAS akan tetap melaksanakan hudud tetapi pendirian itu dibantah oleh DAP. "Pasal hudud kita bincang, kalau tidak boleh terima lagi, kita tangguhkan lagi," kata Husam.Beliau berkata banyak perkara perlu dilakukan untuk menggubal undang-undang hudud itu seperti mengadakan rundingan dengan badan-badan peguam dan mungkin perlu diadakan pungutan suara. DAP hari ini membantah hasrat PAS untuk menjalankan hudud sekiranya berjaya menguasai kerajaan persekutuan.

"Hukum hudud bukan dasar Pakatan Rakyat dan tiba giliran Husam menjelaskan apa yang dimaksudkannya," kata tokoh popular parti Lim Kit Siang hari ini.

DAP, tambahnya dalam satu kenyataan, terus dengan pendiriannya untuk mempertahankan wajah sekular bangsa dan negara Malaysia seperti dipersetujui dalam kontrak sosial oleh pengasas kemerdekaan negara 51 tahun lalu.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum, Mac lepas.

Ketua menteri Pulau Pinang berkata beliau akan menghubungi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu. Sah kini bahawa Anwar telah menjadi penasihat bagi Islam dan bukannya Ustaz-ustaz, tok-tok guru dalam PAS. Adakah Anwar kini telah dilabel sebagai penasihat Islam dalam Pakatan Rakyat selain dari PAS?

Terang lagi jelas, kepentingan politik lebih daripada kepentingan agama. Itulah yang boleh kita lihat apa yang ada pada kebanyakan pemimpin-pemimpin PAS pada hari ini.

Hakikatnya, perjuangan mereka juga sama dengan perjuangan parti-parti politik lain yang terdapat dalam negara ini. Begitu juga dengan para penyokong parti PAS.

Takbir sana...takbir sini, hinggakan bila cicak terjatuh dari siling dewan pun takbir juga. Tetapi hakikatnya perangai mereka sama saja dengan perangai ahli-ahli parti politik lain. Melalak melaungkan Takbir, tetapi apabila kilang arak berleluasa kononnya akan menghapuskannya jika diberi kuasa kini Tak'BIR' hanyalah salakan sahaja.

Cuba kita lihat yang terkini bersabit pendirian Naib Presiden PAS iaitu Husam Musa mengenai perlaksanaan hukum Hudud. Dalam forum beliau membuat pengakuan PAS akan melaksanakannya jika mereka memerintah negara ini. Disebaliknya bila diasak oleh DAP, beliau segera menukar kenyataan tersebut.

Persoalan penting di sini "Adakah pemimpin PAS lebih takut kepada DAP"?

Jika begitulah pendirian dan halatuju PAS masa sekarang, adalah lebih baik mereka bergabung semula dengan UMNO seberapa segera sebelum PRU-13 demi kepentingan umat Melayu dan Islam di negara ini.

Kini tidak ada apa-apa perbezaan lagi antara Islam yang diperjuangkan oleh PAS dengan Islam yang diterapkan oleh UMNO. Semakin lama PAS bersekongkol dengan DAP, maka semakin tersasar arah perjuangan parti mereka. Oleh itu adalah lebih baik sekiranya mereka berpatah balik dengan segera.
PAS dikatakan memaksa orang lain untuk buat hudud. Mengapa sampai sekarang ini PAS tidak boleh lagi pengaruhi DAP dan ahli-ahli parlimen bukan Islam dalam PKR untuk terima hudud? Anwar Ibrahim tidak tolong PAS untuk convience mereka terima hudud?

DAP masih lagi tegas tidak mahu hudud. Apa sahaja PAS mahu buat DAP reject. Pemerintahan cara Islam di negeri Pakatan Rakyat pun ditolak oleh DAP. Malah di Pulau Pinang, bila DAP memerintah kerusi Exco Kerajaan Negeri tidak pun diberi kepada PAS. Inilah pakatan murni dalam Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim selaku Ketua Pakatan Rakyat mahu menyebelahi siapa dalam soal hudud ini? PAS atau DAP? Dalam isu babi PAS diam seribu bahasa. Takut pada DAP?

Akibat pukulan dan desakan DAP ini, Husam yang tampak berani dan bersemangat tinggi semasa majlis Wacana di Balai Islam Kota Bharu, tiba-tiba pula menjadi ikon transformasi politik layu di mana dengan longlai dan lesunya tunduk kepada gertakan DAP. Tidak sampai dua hari selepas Husam dengan lantang memberi jaminan kepada penyokong tegar PAS di gelanggangnya sendiri bahawa hudud akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan, beliau sudah pun "surrender" dan kata hukum hudud tidak akan dilaksanakan kerana memerlukan persetujuan rakan kongsi "senior" dalam Pakatan Rakyat yakni PKR dan DAP.

Kenyataan "u-turn" Husam dalam tempoh yang amat pendek sekali memberikan kita satu lagi contoh dimana PAS terpaksa tunduk kepada desakan parti DAP. Dimanakah prinsip PAS yang dikatakan oleh Husam semasa beliau bentangkan mukadimahnya di Wacana tersebut yang mana antara "P" penting yang disebut adalah prinsip? Takkan prinsip boleh dibuang begitu mudah sahaja?
Memang sesuatu yang dijangkakan DAP pasti menentang cadangan Hudud dan Qisas ni. Kenyataan Husam yang dbuat akibat tekanan dan provokasi oleh Khairy Jamaluddin hanya memakan dirinya sendiri. Tentulah kata-kata Husam itu disorak gembira oleh penyokong PAS sewaktu wacana itu, tapi jika dibuat untuk populariti semata-mata akhirnya menyusahkan diri sendiri.

Nampaknya Lim Guan Eng yang dianggap khalifah dan dikatakan 'faham Islam' sendiri yang mengeluarkan kenyataan menentang Hudud dan Qisas. Malangnya selama ini pemimpin PAS hanya menganggap orang UMNO sahaja yang tak nak Hudud tapi jika direnungkan dengan melihat penyokong PAS dan PR, sebenarnya mereka sendiri pun takut pada pelaksanaan Hudud ini.
Jika benarlah PAS ikhlas nak buat Hudud dan Qisas, lebih baik mulakan di Kelantan di mana DAP langsung tak ada pengaruh dan tak ada kuasa di sini. Mampukah?

Dulunya menurut Hadi persoalan mengenai agama Islam tidak menjadi isu utama dalam pentadbiran di negeri-negeri yang dikuasai pakatan tiga parti itu. "Jangan jadikan Islam sebagai isu, Islam adalah agama dan dalam Islam kita diajak bermuafakat bagi apa jua perkara...gunakan panduan itu dalam politik juga," katanya dalam sidang akhbar di pejabat PKR di Petaling Jaya yang dihadiri oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP Lim Kit Siang.

Lim pula berkata pakatan itu banyak belajar daripada kesilapan ketika Barisan Alternatif diwujudkan pada tahun 1999 menyebabkan ia tidak kukuh kerana mesej perjuangan kurang jelas.


Mykmu.

Monday, December 29, 2008

HUDUD ALAPAS & HUDUDEOLOGI DAP

DIA menggelar dirinya Ulama. Orang ramai menggelarnya Tok Guru. PAS pula mengakui dia sebagai Tok Guru dan Ulama. Sudah berabad Tok Guru menjadi Menteri Besar Kelantan.

Sebagai Menteri Besar, dia tidak dapat lari daripada bertindak secara politik dan mentadbir negeri ikut selera dan keupayaan sendiri.

Sebenarnya banyak rahsia pembohongan yang sengaja diputar belitkan oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, baik dari segi tutur kata, tindak-tanduk, pandangan dan pendapat yang secara terang-terangan tidak mencerminkan keperibadiannya sebagai "Ulama dan Tok Guru", yang menjadi idola kepada perjuangan menegakkan sebuah pemerintah Islam di Malaysia.

Dalam manifesto pilihan raya umum 1990, PAS berikrar akan melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan jika memerintah Negeri Kelantan. (Manifesto Pilihan Raya PAS bertajuk Program PAS Negeri Kelantan 1990)

"Hendak melaksanakan hukum hudud di negeri ini hanya boleh dibuat jika mendapat perhatian dan kerjasama daripada semua pihak." (Utusan Malaysia, 11 Februari 1998)

Sehingga kini, walau apapun alasan, hakikatnya PAS belum tertunaikan janjinya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Berabad lamanya. Dulunya Kerajaan PAS membayar RM250,000 untuk membuat draf tapi tak boleh laksanakannya kerana belum memenuhi syarat minimum.

Kerajaan PAS tidak mempunyai kemampuan dan tenaga pakar perundangan yang mencukupi. Hakim Syarie yang ada sekarang pun tidak mampu menepati 15 syarat yang perlu sebelum boleh membicarakan kes-kes Hudud ala-PAS, bukan Hudud Allah. PAS tak boleh pinda hukum hudud asal mengikut seleranya sendiri. Kerana tidak mampu, Nik Aziz mula menuduh orang lain, mula-mula dia tuduh Sultan Kelantan tidak tandatangan sebagai tanda persetujuan, kemudiannya diugut Perdana Menteri pula. Akhirnya menuduh pula Islam Melayu, UMNO. Apa dah jadi dengan Tok Guru ini yang hanya mencari "skapegoat" supaya tuduhan diletak keatas bahu orang lain bertujuan menyuci tangan yang penuh dengan najis.

Pendedahan oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) bahawa Sultan Kelantan telah menandatangani pindaan hukum hudud jelas menunjukkan bahawa PAS bukan sahaja berbohong malah apa yang tersirat sebenarnya ialah mereka hanya menjadikan "hudud" sebagai propaganda politik - agar PAS dilihat sebagai parti politik yang memperjuangkan Islam.

Selain itu, "hudud" juga dijadikan umpan oleh PAS - umpan untuk pancing undi, umpan untuk mendapat kuasa lagi dan umpan supaya dengan kuasa itu, mereka boleh hidup mewah dan mengaut kekayaan negeri Kelantan.

"Sejarah hidup" PAS selama ini memang sering berdolak-dalik dalam apa jua perkara yang berkaitan dengan Islam. Oleh sebab kononnya "baju" mereka adalah "baju Islam", maka hanya mereka sahaja yang layak untuk berkata tentang Islam - dan apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin mereka semuanya adalah "fatwa" yang boleh dipercayai.

Sikap totok kepada perjuangan yang walaupun songsang ini, membuatkan sebilangan penyokong PAS ditipu bulat-bulat tanpa kompromi! Jika bukan kerana pendedahan Ku Li, mungkin ramai yang mempercayai dakwaan pemimpin PAS bahawa tidak adanya perkenan dari Sultan Kelantan adalah antara penyebab kenapa hudud masih belum terlaksana di Kelantan.

Apalagi iktibar yang boleh didapati dari pendedahan ini selain dari pembuktian bahawa PAS memang tidak bersedia dengan pelaksanaan hukum hudud! Ini semua hanyalah omongan dan nawaitu tidak ikhlas pemimpin PAS untuk menunjukkan kehebatan tidak bertempat kepada rakyat - setelah mabuk kuasa!

Lebih menghairankan, PAS yang mendakwa mereka tidak pernah membazir telah menggunakan dana sejumlah lebih RM200,000 wang rakyat, diperuntukkan kepada sebuah syarikat guaman, semata-mata untuk membuat undang-undang yang masih belum terlaksana ini!

Pemimpin PAS suka menyembunyikan perkara yang sebenar dalam Islam.

Pemimpin PAS tiada rasa malu menggunakan nama ulama tapi sering kali menipu rakyat. Ini kerana pada hakikatnya mereka sedar dan mengetahui bahawa pada zaman keagungan empayar-empayar Islam dulu, orang Islam tidak sahaja menghafal al-Quran dan hadis, belajar tauhid dan belajar fikah tetapi mereka juga belajar sains, matematik, falsafah dan lain-lain ilmu dunia. Dengan cara itu mereka menjadi kuasa besar yang menguasai dunia pada zaman dulu.

Begitu juga dengan ulama-ulama pada zaman dulu bukan sahaja mengetahui ilmu fikah, tauhid dan lain-lain ilmu agama semata-mata, tetapi mereka juga mengetahui ilmu-ilmu dunia yang lain. Maka dengan itu ada antara ulama-ulama zaman dulu yang merupakan ahli perniagaan, doktor (bukan bomoh jampi), saintis, pembuat barang-barang dan lain-lain.

Disuruh bertaranum pun belum tentu Nik Aziz, Hadi, Husam dapat memberikan persembahan yang baik seperti adik-adik "Mari Bertaranum" di NTV9, inikan pula beliau meletakan gelaran khas Musyidul Am kepemimpinan tertinggi PAS kononya melambangkan pemerintahan Islam.

Dengan itu sistem pendidikan PAS yang memberi tumpuan kepada agama semata-mata seperti sering diperjelaskan oleh Nik Aziz demi melaksanakan apa yang dipanggil pembangunan akhirat adalah lari daripada ajaran Islam. Ini kerana tidak mungkin produk pendidikan PAS yang tahu cuma membangunkan akhirat dan tidak tahu pembangunan dunia boleh mewujudkan masyarakat yang ideal dalam erti kata adil, dapat mengurangkan kemiskinan ke tahap yang paling minimum dan negara menjadi aman damai dan sejahtera sebagai syarat utama untuk melayakkan dilaksana hukum hudud.

Rakyat seharusnya sedar bahawa para ulama PAS yang mendakwa diri mereka mengutamakan pembangunan akhirat itu sebenarnya mereka juga cintakan dunia kerana mereka kaya raya belaka. Contohnya kereta dan rumah mereka dan pendapatan "belakang" mereka. Dulu mereka miskin dan kini mereka kaya seperti ahli politik lain juga. Apa faedahnya mereka menjadi kaya jika betul mereka mengutamakan pembangunan akhirat terutama yang telah tua-tua itu?

Ada yang menjadi kaya secepat kilat seolah-olah mereka mendapat harta karun. Apakah betul pembangunan akhirat yang mereka laung-laungkan selama ini? Cara memomok-momokkan pembangunan akhirat oleh PAS adalah bertujuan untuk menuduh kerajaan dengan terang-terang menolak tidak mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Ketika terlalu ghairah mereka bukan sahaja menuduh kerajaan tidak mahu melaksanakan hukum hudud, tetapi menuduh kerajaan juga tidak mahu melaksanakan hukum Islam secara keseluruhannya. Namun yang pasti PAS lah yang sebenarnya yang menolak tidak mahu melaksanakan hukum hudud kerana ia menolak pendidikan dan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan dan dituduh sebagai sekular dan tidak Islamik.

Hakikatnya pendidikan dan pembangunan adalah merupakan di antara persiapan-persiapan awal yang diperlukan untuk melaksanakan ajaran Islam yang bersifat hukum hakam termasuklah hudud. Maka oleh kerana PAS tidak mengiktiraf pendidikan dan pembangunan, bererti ia sendiri yang menolak pelaksanaan hukum hudud atau sekurang-kurangnya meletakkan halangan supaya tidak melaksanakannya.

PAS menganggap pendidikan yang seimbang antara dunia dan agama seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai sekular. Bagi PAS, pendidikan mestilah pendidikan agama sahaja yang dianggap pendidikan yang Islamik. Dengan itu tidak hairanlah jika ada ustaz dan ulama PAS sering mengulit para pengikut dan penyokong mereka dengan dendangan? PAS mengutamakan pembangunan akhirat daripada pembangunan duniawi yang dilaksanakan oleh kerajaan?

Sekarang siapa yang tidak Islam iaitu tidak menuntut atau berusaha ke arah jalan yang sebenar-benarnya untuk membangunkan Islam dan seterusnya melaksanakan hukum Allah?


Mykmu.








Sunday, December 28, 2008

PERDEBATAN TENTANG ISLAM - KAPIR DAP YANG MENGHAKIMI

Retorik Hukum Hudud mainan Pas tetapi disanggah oleh DAP... menjatuhkan maruah umat Islam!
Hukum hudud adalah salah satu intipati dalam senjata PAS yang diguna sebagai retorik perang ideologi antara UMNO dan PAS, ia-itu pembentukkan Negara Islam. Dari perspektif tajuk 'debat' itu, isu itu ditimbulkan untuk menonjolkan PAS sebagai membawa transformasi politik Malaysia kepada tradisi amalan kerajaan Melayu Islam.

Merujuk kepada buku, Introduction To Malaysian Legal History yang dikarang oleh beberapa pensyarah UIA dan diterbitkan Ilmiah Publishers Sdn Bhd, Hukum Kanun Kerajaan Melaka mengandungi elemen-elemen perundangan Islam seperti qisas, hudud, diyah, ta'zir, muamalah, munakahat atau undang-undang keluarga, dan lain-lain. Undang-undang Kerajaan Melaka adalah perundangan yang tersusun dengan tepat dan komprehensif. Samada ia terlebih atau tidak, dalam kesalahan moral tertentu, hukum yang diletakkan lebih tegas dari hukum Islam seperti hukuman sula.The Star melaporkan Khairy memberi persetujuan kepada perlaksanaan hukum hudud. Ada pihak lain melaporkan persetujuan itu bersyarat ia-itu selepas mendapat persetujuan rakan politik dalam Barisan Nasional. Walau bagaimana pun, pendirian Khairy itu bukan pendapat peribadinya tetapi konsisten dengan pendirian UMNO selama ini dalam hal hukum hudud.

Selalunya hukum hudud hanya retorik politik dan sering timbul sebagai slogan kempen pilihanraya untuk menunjuk-nunjuk 'parti aku lebih Islam dari parti kamu'. PAS yang berusaha memperjuangkan pun tidak pernah berusaha untuk menguasai kerajaan Persekutuan. Jumlah kerusi yang ditandingi PAS semasa pilihanraya umum hanya satu pertiga jumlah kerusi di Parlimen. Jauh sekali dari jumlah lebih separuh untuk mewartakan undang-undang dan dua pertiga majoriti untuk melakukan pindaan perlembagaan. PAS pun tidak menunjukkan niat untuk bertanding di luar kawasan-kawasan majoriti Melayu dan hanya tertumpu kepada kawasan yang ditandingi UMNO dan Semenanjung Tanah Melayu.Dalam bahasa politik, ia boleh diterjemah sebagai politik Melayu tidak cukup dominan untuk memaksa pindaan perlembagaan untuk melaksanakan Hukum Hudud.

PAS pula mempunyai kerjasama pilihanraya dengan DAP, parti sosialis demokrat yang tegas dan jelas membawa agenda sekular dan menentang elemen ugama dalam politik dan pentadbiran. Ini membawa satu dimensi tambahan kepada retorik hukum hudud dan Negara Islam antara PAS dan UMNO.

Pada asasnya, susah untuk dapat melaksanakan hukum hudud dalam suasana masyarakat berbilang kaum dan agama. Malaysia bukan satu negara yang homogenoeus dari segi kaum dan ugama. Negara seperti Malaysia sering berlaku perselisihan kaum yang berakhir dengan pertumpahan darah. Justeru itu, perlaksanaan undang-undang hudud tidak boleh bergantung kepada proses politik dan pewartaan undang-undang di Parlimen semata-mata. Ia perlu mendapat keyakinan dan konsensus dari masyarakat kaum bukan Islam masyarakat.Hampir kesemua pemimpin UMNO tidak pernah menyatakan tentangan kepada hukum hudud tetapi belum masa. Hujah yang sering diguna UMNO adalah hudud bukan keutamaan dalam pembinaan ummah Islam dari persepektif negara bangsa Malaysia, masyarakat majmuk dan kekangan politik, keadaan sosio-ekonomi belum bersesuaian, semangat musyawarah Barisan Nasional, dan lain-lain. Bagi menjawab pertuduhan, hujah pihak UMNO tidak terhenti kepada hujah politik tetapi menggunakan interpretasi nas-nas dari Al Quran, Hadis dan pendapat ulama. Samada niat mereka ikhlas dalam berhujah atau ianya hanya alasan, wallahu alam, hati itu urusan tuhan.

Dengan hujah yang bersandarkan versi yang lebih tradisional dan kadang-kadang ortodoks, PAS menyangkal hujah UMNO dan UMNO dituduh tidak Islamik hingga sampai ketahap dipanggil parti dan ahlinya kafir. UMNO menjawab dengan dua cara; melakarkan PAS sebagai parti extremis dan ada pula menuduh kembali PAS sebagai parti kafir. Beberapa tahun kebelakangan, PAS berusaha memberi keyakinan dan keselesaan kepada kaum bukan Islam. Demikianlah berbalas-balas persaingan antara dua parti politik yang kedua-duanya Melayu dan kedua-duanya Muslim.Berdasarkan semangat bersangka baik, UMNO setuju dengan hukum hudud tetapi mahu mengambil masa. Namun demikian, UMNO telah melakukan usaha-usaha ke arah 'Daulah Islamiah' seperti polisi-polisi penerapan nilai-nilai Islam dalam amalan kerja sektor kerajaan, Islam Hadhari, memaktubkan artikel 121 (1A), dan pelbagai macam usaha.

Pendirian PAS pula mahu hukum hudud disegerakan dan seboleh-bolehnya semalam. Satu perkembangan baik adalah kerajaan PAS Kelantan mendapat keyakinan kaum bukan Melayu dari segi mendapatkan undi. Walaupun kerajaan Kelantan PAS tidak mempamerkan keupayaan untuk melakukan pembangunan ekonomi yang hebat-hebat, mereka dapat mengambil hati pengundi bukan Melayu dengan cara pentadbiran mereka dan berlaku adil.Semasa PAS mengambilalih kuasa di Kelantan dan satu penggal di Terengganu (1999-2004), mereka berusaha untuk meperkenalkan hukum hudud dan jizyah tetapi tidak berjaya. Realiti yang sering disebut UMNO mengenai kepelbagaian kaum menjadi kenyataan. Kekangan Perlembagaan meluputrkan usaha tersebut. Personaliti UMNO (kini telah dipecat) seperti Dato Zaid Ibrahim turut terlibat mengekang perlaksanaan di mahkamah.

Itulah latarbelakang hujah yang terdedah kepada orang awam sebagai Quran sepatutnya menjadi Perlembagaan Negara dan UMNO dikait salahkan. Boleh dikata ada kebenaran tetapi tidak sepenuhnya. Jika negara Islam dituntut dari sebelum Merdeka, bukan sahaja pihak British akan terus berkausa, tetapi mereka mendapat sokongan kuasa-kuasa barat untuk mengekang kemunculan sebuah negara Islam. Semasa kerajaan Islam Othmaniyah Turki baru saja mereka hancurkan. Ada pula berkata Quran tidak boleh direndahkan martabat menadi Perlembagaan sebuah negara.

MALAYSIAN MALAYSIA DIKACAMATA DAP

Malaysian Malaysia: Taktik Yahudi Memecahbelahkan Negara?


Tulisan berikut disedut dari tulisan blog Kuda Kepang berjodol, "Pemuda BN akan huraikan konsep Malaysian Malaysia?"

Alex Josey

Oleh itu, apakah yang dikatakan konsep Malaysian Malaysia? Salleh Yusof dalam Utusan Melayu 8 Ogos 1965, menyatakan bahawa Malaysian Malaysia adalah konsep perjuangan untuk menghapuskan hak-hak istimewa Melayu – walaupun PAP setuju dengan Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan, tetapi ia tidak setuju cara pelaksanaannya.

Tetapi, siapakah yang sebenarnya mengilhamkan konsep tersebut? LKY atau Alex Josey, wartawan Yahudi yang menjadi penasihat politik LKY?

Menurut Ong Eng Guan, Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Singapura, konsep Malaysian Malaysia dicipta oleh LKY selepas beberapa bulan kembali dari satu lawatan ke Australia dan New Zealand dalam tahun 1965.

Apakah motif kenyataan Eng Guan itu? Adakah beliau cuba menyampaikan mesej bahawa konsep Malaysian Malaysia sebenarnya ilham Alex Josey?

Kalau bukan demikian niatnya, mengapakah beliau secara sukarela menyatakan bahawa Alex Josey pernah bekerja di Palestin?

Adakah kerana Alex Josey mempunyai pengalaman yang luas untuk “memecah-belahkan bangsa-bangsa di sana? Dan, akibatnya, Palastin kini terbahagi dua - Israel dan Jordan?

SALAM MAAL HIJRAH & SELAMAT TAHUN BARU 2009 & 1430H

Mungkin kah suatu hari nanti kita dianggap kaum pendatang di Negara kita ini? fikir-fikirkan lah
Penulis dan keluarga dengan ini mengucapkan selamat menyambut lembaran baru Maal Hijrah 1430. Sesungguhnya peristiwa Maal Hijrah ini bukan sahaja berkisar tentang penghijrahan Rasulullah SAW dan para Sahabat dari Mekah dan Madinah, yang menampakkan perancangan teliti dan penuh strategik bagi membina kekuatan dan perpaduan, malah juga melambangkan semangat setiakawan yang jitu dengan ikatan persaudaraan golongan Muhajirrin dari Mekah dan Ansor di Madinah.
.

DI MANA KEBENARAN?

Banyak perkara pokok diperkatakan tentang negara dan apa saja.

Ramai mencadang dan ramai membantahnya.

Kesemuanya mencari di mana kebenaran.

Sang raja dapati, dalam mencari kebenaran tersebut, kerohanian, moral dan tahap mumaiyiz rakyatnya jauh merosot dan terkadang menyimpang.

Baginda memutuskan untuk mempertahankan tahap kesucian kota dirajanya.Sang Raja pun mengeluarkan perintah bahawa sesiapa yang berkata benar akan dibenarkan masuk ke kota dan siapa berbohong akan dipancung.

Kepten penjaga gerbang memeriksa setiap orang yang hendak memasuki kota.

Ramai yang lulus masuk dan tidak kurang yang dipancung.

Satu hari. Pakmie tampil ka gerbang kota.

"Hendak ke mana?" soal kepten.

"Hendak hantar leher untuk dipancung." jawab Pakmie.

Tersentak kepten. Mana mungkin?

"Kamu bohong!" kata kepten.

"Kalau begitu, pancunglah." gesa Pakmie.

Pakmie pun dipimpin oleh askar ke galas pemancungan. Tiba-tiba askar berhenti.

"Tuan kepten, tidak boleh pancung dia," katanya.

"Mengapa?" Kepten teriak.

"Dia cakap benar tadi," jawab askar.

Saturday, December 27, 2008

PERHUBUNGAN AHLI UMNO DENGAN KETUA TAK UBAH SEPERTI BANGAU DENGAN SERIGALA

Persahabatan ATAU perhubungan antara ahli-ahli umno dengan sesetengah pemimpin dalam bahagian boleh diibaratkan seperti persahabatan atau perhubongan antara serigala dengan bangau sahaja.

Bangau berkunjung ka rumah serigala. Serigala hidangkan susu dalam pinggan leper. Ini cara hidup serigala. Ia tidak tahu cara lain. Habis susu dijilatnya. Bangau tidak dapat menjilat dengan muncungnya yang panjang itu. Namun bangau pura-pura bersendawa kenyang demi menjaga hati serigala. Di dalam hati, bangau mengesyaki persahabatan serigala hanya kepura-puraan sahaja.

Ada kala juga ( biasa dekat piihanraya) giliran serigala pula berkunjung ka rumah bangau. Bangau hidangkan susu dalam botol. Ini cara hidup bangau. Ia tidak tahu cara lain. Habis susu disedut dengan muncungnya. Serigala tidak dapat menyedut sama kerana muncungnya tidak muat ka dalam mulut botol. Namun serigala menjilat-jilat mulut botol, pura-pura bersendawa kenyang demi menjaga hati bangau. Di dalam hati, serigala mengesyaki persahabatan bangau hanya kepura-puraan sahaja. Bagi bangau, menghidangkan susu dalam botol adalah ‘betul’. Ia tidak tahu itu ‘tidak betul’ bagi serigala.

Bagi serigala, menghidangkan susu dalam pinggan leper itu adalah ‘betul’. Ia tidak tahu itu ‘tidak betul’ bagi bangau.

'Persahabatan atau perhubungan' dalam ‘kecurigaan tanpa keiklasan' ini akan berterusan selagi ketua bahagian tidak mengambil satu cara mencari ‘kebenaran yang mutlak', iaitu kebenaran yang tidak bernisbah, atau cuba mengatasi kebenaran kata-kata newkk.blogspot.com dalam posting 26 desember 2008 - 'perilaku tercela'. Dan ‘kecurigaan tanpa keiklasan’ ini sesekali meluap-luap keluar dalam bentuk berbagai-bagai ‘kebencian biasanya ia terjawab dalam setiap kali pilihanraya diadakan'.
Antara coretan newkk...
"Ketika Allah menghendaki kebinasaan seseorang, maka dia diberi tiga hal:-

1. Diberi ilmu namun tidak dapat mengamalkannya seperti ulama

2. Diberi teman yang soleh namun tidak dapat mengenal hakikatnya

3. Dibukakan pintu ketaatan baginya namun tidak dapat berbuat ikhlas.

Serigala tetap memerlukan bangau...
As-Salam-u-Alaikum. Sang kancil ada di rumah?

Thursday, December 25, 2008

KEMISKINAN BOLEH MENJURUS KEARAH KEKUFURAN - PRK KUALA TERENGGANU

Kononnya tidak mementingkan harta dunia. Mereka hanya berjuang untuk akhirat. betulkah.
Belilah minyak Petrol dengan daun kayu. Atau beli barangan dapor dengan menggunakan pasir ditepi pantai. Jangan guna wang ringgit kerana itu harta dunia dan anda tidak mementingkannya. Bagi UMNO kedua-duanya penting manakala Pemimpin anda berpidato dengan nyaring berkata harta dunia tak penting, yang penting ialah harta akhirat.

Rakyat KT sangat senang memikirkannya. Buat apa anda turun ke Laut berlawan ombak jika bukan harta wang ringgit? Kenapa ada sebahagiannya membonceng kereta sewa tiga roda untuk sesuap nasi. Apa yang mustahak sebagai belanja anak-anak ke Universiti. Wang...Wang...Wang.
Semuanya wang, hatta nak berak dibandar KT pun perlu dua tiga puloh sen.

UMNO berusaha keras untuk mempertingkatkan ekonomi kaum bangsa melayu dan bumiputera ini. Nik Aziz tetap dengan karenah lamanya. Tak apa tak mengapa jika melayu Kelantan tak maju. Yang penting mereka sentiasa beriman. Bukan saya menghalang usaha Nik Aziz untuk mengimankan rakyatnya. Yang saya halang bila beliau kata tak mengapa kepada kemajuan ekonomi kaumnya di Kelantan. Itu sangat salah. Saya ingatlah, ketika harta Petrol naik sedikit masa dulu, orang-orang PAS Trengganu juga ikut buat bising tanda protes. Kenapa bising? Bukankah daun kayu boleh anda jadikan sebagai bahan pertukaran dengan petrol.

SEKARANG HARGA PETROL TELAH TURUN, LEGA RASANYA. BAGAIMANA PAS TRENGGANU SUDAH TENTU TURUT LEGA . Itu semua BERKAT kesabaran dari kita semua yang diuji oleh Allah SWT dalam semua aspek penghidupan didunia ini. Tidak terkecuali penyokong mana-mana parti politik yang ada di Malaysia hariini. Kebetulan kerajaan pusat hari ini adalah BN (Umno) maka pemimpin BN lah kena bertanggongjawab sepenuhnya bagaimana cara bagi mengurangkan bebanan rakyat. Parti lain termasuklah Pas, PKR atau DAP hanya pandai mengkritik kerajaan, apa-apa pun kerajaan BN yang boleh menentukan. Biasalah mengkritik lebih pandai daripada melakukkan. Kritik secara membina itu lah sebaik-baiknya. Tetapi apa yang kita lihat hari ini kritikkan pembangkang banyak memberi keuntongan kepad parti politik yang mereka wakili. Sengaja mengada-gadakan isu-isu untok mengelirukan rakyat. Sedangkan banyak perkara kecil yang kita anggap tidaklah sebesar mana masalahnya pun tidak dapat dibuat dengan baik di negeri-negeri yang mereka memerintah. Itu baru 5 negeri pengurusan pentadbiran kerap kali berubah entah apa-apa. Tiada ketegasan, sistematik halatuju sebenar hanya yang kita nampak segala perancangan yang dibuat asyik bercanggah dengan kerajaan pusat. Semata-mata mencari untong atau pengaruh dengan sengaja membangkitkan isu-isu menyalahi kerajaan pusat jika mereka tidak dapat lakukkan. Sedangkan setakat hari ini dinegeri-negeri tersebut tiada apa lagi perancangan yang baik dilakukkan. Sudah hampir setahun ia memerintah apa yang kita tahu dan lihat penglibatan rasuah makin bertambah, gejala-gejala sosial semakin bertambah. Kata putus yang kerajaan pakatan buat boleh di ubah-ubah, memperbesarkan isu-isu sensitif supaya rakyat leka kepada kelemahan mereka sebaliknya rakyat memarahi kerajaan pusat. Cukup lah sendiwara, bagi kita rakyat jika esok kerajaan mengadakan pilihanraya sudah tentu golongan yang sedar akan perkara ini tidak akan memberi sokongan atau undi lagi kepada pakatan rakyat.

Sesiapa pun mampu menjadi wakil rakyat. Hanya sekadar melawat orang sakit, kenduri-kenduri, hadir majlis-majlis dan baca-baca doa atau mengimani dalam sembahyang jika kita orang-orang islam. Itu adalah asas saja, paling penting bagaimana cara membawa rakyat dan negara tercinta ini kearah kehormonian dengan setiap rakyat hidup dalam keadaan ekonomi yang kukuh, berilmu, beramal dan beribadat.

Rakyat Terengganu khasnya masyarakat atau pengundi yang terlibat dengan piliharaya kecil Kuala Terengganu haruslah memahami dan peka dengan situasi sebenar-benarnya. Jangan terlalu mudah menerima tanggapan yang sengaja dibuat oleh Pakatan Rakyat (Pas). Undi menentukan siapa wakil kita dalam parlimen, menentukan nasib kita dimasa hadapan. Kita jangan membuat keputusan yang tidak tepat sebab perkara ini boleh menyusahkan kita sendiri dan anak-anak kita suatu ketika nanti. Cukup 5 negeri yang sudah terlepas ketangan pembangkang, kita tengoklah cara bagaiman ia mentadbir di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Semuanya berbeza cara-cara pentadbirannya, yang paling jelas orang-orang melayu yang beragama islam semakin tersepit akibat mainan PKR dan ditekan oleh tuntutan DAP. Kita tahu siapa DAP sebenarnya, DAP tetap menghalang dengan apa cara sekali pun bersabit dengan islam di negara kita ini.

Kita orang-orangislam baik dalam Umno, pas atau mana-mana parti politikdi dunia tidak boleh menjamin kita masuk syurga. Syurga Neraka atas kehendak kita sendiri ( Allah yang menentukan). Ramai golongan islam di Malaysia hari ini terpesong akibat mainan pas yang kononnya pendekatan yang lebih islamik dari Umno. Islam pas hanya pada slogan semata-mata, tidak kurang juga dikalangan pemimpin pas sendiri terlibat dengan perkara yang tidak sepatutnya dan bertentangan dengan islam. Malaslah penulis nak cerita dan huraikan disini, kita boleh guna fikiran dan fikir betul-betul apa sebenarnya yang pas lakukkan untok meningkatkan syiar islam dibumi Malaysia ini? apa yang kita nampak perpecahan sesama islam tu ada. Golongan panatik pas biasanya berada di kampong-kampong yang lebih pendalaman masih menganggap jika menyokong dan mengundi pas boleh menjaminkan masuk "syurga". Sedih selaku kita orang islam untok menerima hakikat ini, tetapi ini adalah realiti kesan dari permaiman politik pas selama ini. Pembawakan pas dahulu dan sekarang sudah ketara perbezaannya, kalau dahulu pas mengatakan kerjasama dengan orang kapir adalah "haram", waanita diharam sama sekali memegang jawatan dikalangan orang lelaki sebab suara wanita adalah aurat dan sebagainya. Tetapi sekarang bagaimana?... pas sudah bersama dengan pakatan rakyat yang terdiri dari PKR dan DAP, ramai juga dikalangan pemimpin pas terdiri dari wanita-wanita. Untok dipaparkan disini satu persatu penulis rasa tidak sesuai, lagi pun penulis agak semua orang tahu tinggal lagi " bilakah kita mahu berubah " banyak sudah pengajaran yang kita dapat tinggal lagi terserah kepada kita sendiri mahu menerima atau tidak.

Bersambong...


MUDA MUDI KINI , KURANG AJAR & BIADAB

Untuk memendekkan ulasan dan cerita, saya hanya akan memberikan nostalgik cerita dimasa zaman persekolahan saya di peringkat rendah dan menengah DAN suasana mutakhir ini dikala daku telah mencecah usia 45tahun. Suasana ketika ayahku masih bujang juga akan ku muatkan sebagai menambah lunak cerita bagi menguatkan alasan dan memperkukuh maksudku bercerita kali ini.

..."betapa melayu mutakhir ini begitu 'hebat' sikap kurang ajar dan biadabnya berbanding satu ketika dulu dizaman kanak-kanak ku, apatah lagi dizaman ayah ku masih berstatus bujang"...

Aku masih ingat betapa manusia seusia dengan ku sangat dilarang untuk ikut campur bila orang-orang tua sedang rancak berbual. Betapa lalu dihadapan merekapun kita kena tunduk hormat sambil mengeluarkan kata-kata 'tumpang lalu ayah'. Betapa kita digalakkan untuk lalu di belakang mereka dan jangan sesekali melangkahkan kaki dihadapan mereka. Itu kurang ajar namanya. Meninggikan suara kepada kedua ibu-bapa sangat merupakan satu larangan yang jan gan sekali-kali dilakukan oleh generasi muda ketika itu. Apatah lagi jika tidak mengikut arah ibu-bapa, guru-guru dan Pemimpin Kampung. Sikap kerjasama dan gotong royong merupakan amalan biasa dan sesiapa yang berlagak bertentangan dengan norma masyarakat seperti ini akan di "pulaukan" secara senyap melalui mulut kemulut. Hukuman masyarakat sebegini sangat berkesan dan menyebabkan bertahan lama. Norma yang murni-murni ini hanya dikawal oleh 'hukuman masyarakat" yang seperti ini. Jika anda malas untuk menghadiri sebarang urusan jenazah, jika berlaku kematian pada setiap kampong dikawasan anda, nescaya akan tiba ketikanya setelah anda juga dipanggil Allah SWT, tidak akan ramai manusia yang hadir menghantar jenazah anda ke Liang Lahat. Dan keluarga anda akan malu sekampong dengan tabiat anda itu.

Anak-anak takut akan guru sekolahnya. Takut betul dan bukan main-main takut. Tanda respect dan penghormatan kepada guru yang sangat terpuji. Begitu juga dengan rasa hormat kepada Pak Imam dan Guru Agama yang mendidik kita tentang agama. Bukan tidak ada istilah 'mengurat' dizaman usia ayahku bujang, tetapi bila jodoh ditentukan oleh Datukku, ayahku akan terima seadanya bakal isterinya. Emak dan ayahku berkahwin diatas jodoh yang dipilih oleh Datukku dan bahagia sampai sekarang (ibu sudah meninggal dunia). Hidup masyarakat kampong ku sangat harmoni.

Tidak ada yang berkesempatan untuk belajar hingga ke menara gading ketika ku dizaman kanak-kanak. Namun dimasa itu tidak ada demonstrasi jalanan. Aku tahu ramai dikalangan kalian juga mengalami suasana seperti suasana yang ku alami. Malah mungkin lebih menyedihkan. Pokoknya norma masyarakat ketika kita masih kanak-kanak sangat utuh dan kebal untuk dirungkai-binasa. Sikap "kurang ajar" dan "Biadap" jauh dari kamus jiwa muda ketika itu. Masing-masing berlumba untuk menimba ilmu pengethuan dunia dan akhirat. Adalah juga, cuma sekerat dua sahaja dan tidak membinasakan norma dan strata norma-budaya bangsa yang sekian lama bercambah subur hidup membiak dalam jiwa bangsa dizaman itu.

KINI..YA ALLAH YA TUHAN KU, KENAPALAH INI YANG BERLAKU...AKU TERBISU.

Anak bangsa ku telah mula bersikap KURANG AJAR DAN BIADAB.
Dengan ibu bapak mereka,
Dengan Ketua mereka,
Dengan sesiapa jua yang mereka tak suka,

Jumlah anakku yang mula berubah sikap ini semakin bertambah ramai dari masa kesemasa.
Mungkin agaknya kerana mereka telah ramai bertukar minum susu Lembu. Maka perangaipun seperti L..bu itu. Mungkin agaknya taraf pendidikan mereka telah mula tinggi. Telah masuk Universiti. Telah ramai bergelar doktor, Lawyer, bergelar Usahawan berjaya, Telah kaya-raya dan telah lamai menjadi selebriti. Wajah mereka telah berubah menjadi "macho" dan tidak lagi melayu yang berwajah seorang petani atau nelayan. Yang hitam dan kotor dengan tanah sawah yang diusahakan saban hari. Apakah perubahan pendidikan dan penampilan jasmani itu berupa lesen untuk membolehkan juga berubah sikap kepada "kurang ajar" dan "biadab"?

BIAR TERCALAR , ASALKAN TIDAK RUSAK

Orang Melayu, seperti juga orang Siam-mereka berkeyakinan tentang hak mereka ke atas negaranya sendiri sejak dari dahulu serta desakan hebat kuasa imperial Jepun, tidak berasa silu untuk bersama dalam perjalanan kuasa zaman Jepun itu. Apa lagi adanya layanan yang lebih baik dan untuk kesejahteraan bersama serta janji perlanjutan kuasa pemerintahan selepas perang, maka kehadiran Jepun membuka kesempatan yang amat berharga bagi orang Nelayu untuk kembali berkuasa di tanah airnya sendiri.

Kuasa imperial Inggeris tidak memandang keadaan zaman Jepun daripada rasa simpati yang sama atau sebagai tindakan yang wajar oleh orang Melayu lalu mereka menjadikan kerjasama dengan Jepun itu sebagai sebab utama untuk menakluk semula Tanah Melayu dengan sepenuhnya. Dengan mentafsir kerjasama Raja-Raja Melayu dengan Jepun sebagai pembelotan besar dan jenayah serius zaman perang terhadap kuasa imperial Inggeris, maka orang Melayu seluruhnya diancam dengan kejatuhan dan kehilangan kuasa oleh penaklukan ke atas negaranya melalui Malayan Union tanpa mereka sendiri menyedari akan perlucutan terhadap hak dan kuasa Melayu ke atas Tanah Melayu, bumi tanah air bangsa Melayu oleh tindakan Malayan Union itu.

Selama dua tahun orang Melayu tidak mempunyai negara sendiri, menjadi pelarian dan gipsi dalam negara mereka. Kuasa mereka telah lebur sama sekali hanya dengan satu tandatangan. Sejarah politik orang Melayu hapus di muka bumi dengan hanya persepsi serong imperial Inggeris di London terhadap orang Melayu.

Sejarah awal abad 19 yang membelahkan negara Melayu menjadi utara dan selatan khatulistiwa hanya dengan keputusan perjanjian Inggeris dan Belanda di Eropah pada tahun 1824 telah berulang lagi. Untuk pertama kalinya slogan `Melayu Hilang di Dunia"menjadi kenyataan yang amat pahit dan hampir kekal dan abadi.

Saat-saat selepas perang pula menyaksikan penindasan kuasa `belalang’ Bintang Tiga di padang yang kosong terhampar luas dan menghijau. Gerombolan penjahat golongan pendatang dengan idealogi asingnya telah turun dari segenap hutan untuk membunuh orang Melayu dengan rasa dendam dan hasad yang amat membencikan. Dengan alasan bahawa Melayu telah bersubahat dengan Jepun serta dengan niat untuk menyebar idealogi baru, mereka membalas dendam dengan amat zalim. Tidak terkira ramainya bilangan orang Melayu yang terbunuh kerana tanggapan yang sama bahawa Melayu belot dengan Jepun.

Dalam negara sendiri, Melayu dituduh belot. Di manakah kuasa Melayu itu mempertahankan hak mereka? Selama tiga minggu, mereka menakluk dan dengan sedaya upaya yang termampu olehnya cuba menghapuskan kuasa Melayu kerana sifat orang Melayu itu sendiri yang terlalu lurus serta tidak bersedia untuk mengambil alih kuasa pemerintahan negara mereka dengan kekosongan yang ditinggalkan oleh Jepun.

Selama itu juga orang Melayu dimandikan dengan darah. Selepas itu mereka langsung dipupuskan oleh gagasan Malayan Union. Demikianlah sejarah penghapusan dan permandian darah orang Melayu kerana kelemahan diri dan perpecahan kepemimpinan politik pada zaman yang amat mencabar dan mengancam.

Orang Melayu bukan sahaja terbelah oleh yang moden dan yang tradisi, yang loyal dan yang repubalikan bahkan antara yang paling miskin dengan yang paling kaya serta antara yang paling berkuasa dan yang paling daif dan tidak berkuasa. Kini saat-saat mencabar yang mungkin lebih hebat dan tajam daripada sejarah silam itu sedang kembali berlegar di hadapan mata kita dengan ancaman perpecahan dan kehanduran yang tidak memungkinkan untuk bangun kembali lagi.

Ancaman yang demikian hebat sehingga tidak lagi perlu kepada suatu kuasa asing dan luar untuk mencapai matlamat kehancuran bangsa ini tetapi cukup dengan perbalahan dan pertentangan politik serta perjuangan sepenuhnya setiap `hantu politik’ antara satu sama lain dan bagaimana pada zaman dahulu orang mempertaruhkan dan menggadaikan tanah, daerah, jajahan atau negeri untuk berjudi dan bersabung ayam antara mereka sendiri.Itulah bayangan yang sedang melintas di hadapan kita hari ini. Kita mungkin menggadaikan bangsa dan negara kita jika perjuangan politik yang terlalu sengit berlaku antara peribadi dan puak orang Melayu membawa kepada keruncingan konflik dalam masyarakat sendiri. Kita bukan Amerika atau Inggeris untuk menggunakan nilai dan prinsip demokrasi yang terlalu ekstrim untuk mencari dan menemui keputusan kepada perbalahan serta pertelingkahan politik kita sehingga tiba ke hujung lojik demokrasi itu.

Kita masih terkandung di dalam lingkungan nilai dan pertimbangan budaya yang meminta perundingan serta muafakat dalam proses mencari penyelesaian dan bukannya persaingan serta peraduan yang sengit serta genting untuk mencari dan menemui titik perhubungan. Dekad 80-an pula ternyata adalah suatu tempoh yang amat mendebarkan jantung dan seluruh hidup kita. Kita sentiasa bimbang menyaksikan sekian banyak kemelut dan pergolakan dalam masyarakat. Satu demi satu gegaran dan gempa sosio-politik meledak sehingga menggoncangkan seluruh binaan masyarakat kita sehingga ke akar umbinya.

Daripada awal dekad ini lagi sebenarnya sudah berterusan persinggitan antara golongan muslim dan kafir yang memfragmenkan idealogi serta iktikad bangsa sampai ke lunas-lunasnya . Kemudian bertiup pula ribut taufan Perlembagaan yang meruntuk akar umbi keutuhan bangsa dan masyarakat sehingga boleh menumbangkan pendiriannya.

Jurang antara individu dan puak terus meluas dalam merangkaikan fragmentasi tafsiran idealogi dan perjuangan agama yang amat berdarah dalam peristiwa Memali. Suasana goyah dan kemelut itu berlangsung dalam dengan menonjolnya nilai-nilai baru dan amalan prinsip demokrasi pemilihan para pemimpin sehingga mengenepikan tradisi pemilihan pucuk pimpinan Kerajaan.

Persaingan individu atas prinsip demokrasi dan akhirnya pembuangan puak-puak politik benar-benar meretak dan membelah masyarakat. Segala ini berlaku sebagai satu gelojak hanya dan semata-mata dalam masyarakat meskipun dalam seluruh konteks bangsa Malaysia yang lebih luas dan yang menjadi lingkungan hanya menjadi saksi berkecuali terhadap pergolakan itu.Persoalan ini seolah-olah sebagai suatu permainan dan persabungan `jaguh-jaguh’ dan `galak-galak’ jantan milik Pak Kaduk dan Lebai Malang yang nanti akan menerima nasib ' ayam menang, kampung tergadai’ berlaku dalam suatu gelanggang bangsa Malaysia yang bergemuruk bersorak-sorai melihat Si Kaduk dan Si Lebai Malang bergaduh.

Kita sedang mendengar sorak dan sorai dan kita akan menang sorak tetapi alah sabung dalam jangka panjang ketika bersaing dengan orang lain dalam dunia yang terlalu pesat berubah dan membangun.Ketika kita sedar dan bangun dari tersungkur kerana pergaduhan itu, maka dari debu-debu kehancuran itu, kita yang masih mamai kerana bertumbuk akan melihat orang lain mencebek, mencekam dan menindas kita menjadi hamba dan ulun dalam negara sendiri.

Bukan pertama kali dan bukan tidak mungkin orang menguasai kita seperti sejarah telah mengajar kita tentang segala kemungkinan penjajahan dan penaklukan itu. Jika setiap hari kita terus mengutamakan matlamat diri lebih daripada matlamat bangsa dalam perjuangan kepimpinan politik ala demokrasi maka selama itu kita akan terus terdorong ke jurang kehancuran dan mungkin terjerumus ke dalam `bottomlesspit’ perhambaan dan sekali lagi pupus dalam kesinambungan sejarah.

Keadaan ekonomi, politik dan kemajuan dunia hari ini lebih-lebih lagi meminta kita memperteguhkan organisasi formal kita serta pengurusan masyarakat, bangsa dan negara. Justeru itu di dalam konteks negara kita, tidak ada tempat untuk menggunakan prinsip persaingan berkerat rotan, berpatah arang kerana akhirnya prinsip ini adalah prinsip kehancuran diri dan bangsa. Biarlah tercalar asalkan tidak rusak, menyebar tetapi tidak berpecah-belah.

Tamisari.

Wednesday, December 24, 2008

HUDUD & NEGARA ISLAM

Karpal minta Anwar jelaskan pendirian

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Pengerusi DAP Karpal Singh berkata ketua umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjelaskan pendirian parti itu mengenai hukum hudud yang ingin dilaksanakan oleh Pas jika pembangkang memerintah negara ini.

Katanya Anwar tidak boleh berdiam diri terhadap kata putus Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa hukum itu akan tetap dilaksanakan di negara ini.

"Pas akan rugi jika ia berkeras untuk melaksanakan hukum hudud kerana DAP akan menentangnya," kata Karpal dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Pas tidak boleh mengetepikan keputusan sebulat suara Mahkamah Agung pada 1988 bahawa malaysia bukannya sebuah negara Islam.

- Bernama

MUSLIM LIBERALIS

Setelah membaca beberapa tulisan muslim liberalis sama ada di Mesir, Indonesia mahu pun Malaysia, saya mengambil kesimpulan alngkah celuparnya mulut mereka bila bercakap tentang perkara yang berkaitan dengan Islam. Asasnya justeru mereka menolak terus segala metodologi pemikiran Islam yang bersifat tradisional.

Bermula dari zaman Taha Husin di Mesir,di ikuti oleh `Ali Abdul Raziq, hingga kepada penulis semasa Mesir Hamid Nasr Abu Zaid, Sa`id Asymawi hinggalah kepada Hasa Hanafi, Jamal al-Banna (adik Hasan al-Banna) dan beberapa tokoh di Indonesia malah di Malaysia.

Atas apa alasan apa pun wajarkah mereka mempertikaikan bahawa al-Qur`an itu sebagai mukjizat da wahyu daripada Allah. Mereka mengatakan al-Qur`an hanyalah sebuah teks bahasa biasa. Wahyu itu menurut mereka makna dan maksud daripada Allah melalui malaikat kepada Muhammad sahaja, ada pun ungkapan berbahasa Arab berdasarkan keupayaan Muhammad. Maksudnya bahasa itu bersifat manusiawi. Lalu mahu ditafsirkan semula al-Qur`an dengan bahasa dan budaya masa kini. Muhammad bagi mereka bukan seorang nabi. Dia adalah seorang tokoh politik yag pintar. Malah dia sudah mengalihIslam yang damai kepada Islam yang ”berperang” apabila melancarkan peperangan dalam perang Badar apalagi perang Hudaibiah ke atas musyrikin.

Banyak lagi perkara yang mungkin Akan diperincikan dalam makalah yang lain.

Pandangan serong terhadap Islam oleh kaum muslim kiri ini (asal mereka marxis) mula berkembang selari dengan awal kebangkitan Islam pada tahun 70 an abad lalu. Adakah secara kebetulan atau ada perancangan?Dalam lawatan saya ke Mesir saya diberitahu sebahagian besar anak-anak Indonesia di Kaherah berguru kepada tokoh yang disebut di atas. Kemunculan Islam liberal di Indonesia (tidak layak nama Islam dibabitkan di situ) adalah hasil wacana mereka di sana dan kembali berkembang di institusi pendidikan di Indonesia.

Justeru itu, sebelum ia merebak kuat di Malaysia, kaedah pencegahan awal harus diberikan perhatian. JAKIM nampaknya sudah mengambil langkah dan harap jabatan agama juga mengambil langkah yang cepat di Malaysia agar memberi penerangan kepada orang ramai. Paling tidak ia boleh memesong pandangan orang ramai dan menimbulkan perpecahan dalam masyarakat.Rentetan itu, di Malaysia sejak tahun enam puluhan sudah ada ungkapan ”...dan Tuhan sudah mati...”. Baru ini di Mesir sebuah buku berjudul ”Apabila Tuhan meletakkan Jawatan” membawa maksud, bagaimana mereka ini meremehkan Tuhan seolah-olah Tuhan itu manusia. Dalam masa yang sama mereka mentuhankan manusia.

Lebih lantang mereka mempertikaikan segala pemikiran dan amalan tradisinal, kononya manusia mengampu Tuhan dan raja kerana selalu berdoa kepada Tuhan dan raja. Jika mahu bebas, mereka mahu manusia melancarkan revolusi terhadap Tuhan dan raja. Demikian tulisan Hasan hanafi dalam bukunya Min al- `Aqidah ila al-Thawrah (Dari Akidah kepada Revolusi) dan diterjemahkan di Jakarta.

Mereka ini banyak mendapat dana asing. Bila dikemukakan soalan: Apa boleh mengambil dana asing ini? ”Ngak apa-apa” Sahut Pak Gus Dur mantan Presiden Republik Indonesia, justeru mereka banyak wang.

(dipetik dari tulisan Prof. Madya Mohamad Kamil Ab. Majid)

ISLAM BUKAN HANYA MILIK PARTI PAS - SEKALI LAGI KESILAPAN HUSAM

HUSAM akan laksanakan HUDUD jika pakatan memerintah negara ini, itu jawaban Husam semasa pertanyaan Khairy semasa wacana di Balai Islam tempohari. Apakah Husam tidak faham, kesan daripada ucapan yang ringkas itu boleh memberi implikasi kepada pakatan rakyat khasnya kepada kapir harbi dalam gabungannya itu?. Bagi ahli-ahli Umno bila mendengar kata-kata Husan itu sudah tebayang masalah yang bakal akan timbul kepada pakatan rakyat nanti.

Ternyata tidak sampai pun 36jam, Husan menarik balik kata-katanya dengan membetul kata-katanya. Pelaksanaan Hudud akan diperbincangkan dengan Keadilan dan DAP terlebih dahulu. Pelik juga lah, seolah Husan tidak memahami langsung apakah agenda utama yang DAP perjuangkan di bumi Melaysia ini. Agenda utama DAP tidak lain dan tidak bukan menentukan agama Islam itu supaya tidak berkembang dinegara ini. Perjuangannya dalam pakatan hanya untuk melengkapkan DAP supaya dapat berkuasa dengan cara mudah. Memberi sokongan kepada parti Pas dan Keadilan bagi menguatkan pembangkang kepada kerajaan BN. Dasar pakatan yang telah dibuat ogos lalu telah dibangkitkan kembali oleh DAP, membuatkan Husam terus menarik balik kata-katanya. Pas (Husam) sudah dapat untong mudah dalam wacana tersebut, bila saja Husam menyatakan hukum hudud akan tetap dilaksanakan jika pakatan dapat memeintah negara ini disambut dengan tepukan gemuruh oleh penyokong fanatik. Sebaliknya mencabar keberanian khairy supaya membawa usul kepada parlimen supaya hudud dilaksanakan oleh kerajaan BN jika bena-benar Umno memperjuangkan negara islam seperti Pas. Tenyata Husam hanya pandai bermain kata-kata dan sanggup ludahnya dijilat kembali.

Kenapa jalan sukar yang dipilih oleh Pas?. Kenapakah begitu sekali tanggapan Pas kepada orang-orang melayu yang beragama islam dalam Umno? dengan mengatakan DAP itu lebih memahami islam dari Umno. Pilihan pas sanggup bergabong dengan DAP untok membentuk negara islam dinegara ini adalah lebih kepada gimik politik semata-mata. Jalan murabahah dengan Umno diexplotasikan dengan sengaja. Diada-adakan syarat awal-awal lagi kononnya, semata-mata niatnya bagi menghalang gabongan dengan parti itu. Pas memang mendapat untong dari drama yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin mereka, tetapi hasilnya orang-orang islam dinegara ini berpecah. Beginilah cara-cara pendekatan islam yang diambil oleh pas, meletakkan islam dihadapan untok mengaburi rakyat supaya parti itu mendapat pengaruh dalam piliharaya.

Islam tidak boleh disurong tarik, mana boleh hukum di main-main. Keputusan Husan untuk melaksanakan hudud itu sudah tepat setelah beberapa kali parti itu cuba menzahirkan kepada rakyat Malaysia. Sokongan dari MB Kelantan dengan kenyataan yang dibuat oleh Husam itu menambahkan lagi semagat orang-orang islam dinegara ini. Selaku pemimpin besar yang bakal menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti tidak sepatut Husam menarik kata-kata nya, kesanya juga boleh memberi implikasi yang negetiif kepada islam. Semua rakyat tahu penarikkan kata-kata Husam itu setelah ditekan oleh pemimpin-pemimpin kapir harbi yang bergabung dalam Pakatan Rakyat.

Isu kini bukan soal politik lagi. Berbalik kepada isu kenapa dikalangan pemimpin pas sanggup mempermainkan hukum islam. Sepatutnya Husan mengkaji sedalam-dalamnya sebelum melafaskan perkara-perkara yang bersabit dengan islam, supaya agama islam tetap disanjong oleh semua manusia dimuka bumi Allah ini. Dalam islam sudah jelas, kita semua faham. Akibat dari kepentingan sesuatu mempergunakan agama, Allah tetap menyukarkan dalam melaksanakannya walaupun perkara itu baik. Kandungan Qura'an dan hadis sudah jelas segala-galanya.


Tuesday, December 23, 2008

BLOG - KOMEN PENULIS

Isu utamanya ialah mana-mana calon-calon yang bertanding pada pemilihan UMNO Mac depan boleh dikenakan tindakan disiplin jika menggunakan blog sebagai bahan kempen mereka.

Penulis masih ingat Presiden UMNO pernah berkata bahawa BN dan UMNO telah kalah di dalam penggunaan siber dan semua orang tahu mengenainya. Makanya, penggunaan IT mesti dipupuk dengan lebih agresif dan intensif selagi ianya digunakan dengan betul dan positif.

Secara peribadi, penulis mengganggap bahawa menolak penggunaan IT seperti blog atau pun web adalah seperti UMNO dan BN telah awal-awal lagi rela dijadikan 'shooting target' yang kaku kepada pembangkang pada PRU-13 kelak.

Realitinya, PRU-13 akan bakal menyaksikan penggunaan IT yang lebih signifikan jika dibandingkan dengan PRU-12. Kehadiran jumlah generasi muda yang ramai serta peka IT di dalam kelompok pengundi juga perlu diberi tempat di dalam strategi pilihanraya UMNO dan BN.

Dan proses menggerakkan strategi pilihanraya tersebut mesti bermula daripada sekarang. Jika dilengah-lengahkan, PRU-13 akan bakal menyaksikan kesedihan yang sudah tidak ada makna lagi.

Tidak dinafikan ada juga terdapat para bloggers mengambil kesempatan mengunakan blog bagi tujuan mengentam,mencaci sesaorang pemimpin. Selain itu kita juga dapat menilai sesaorang pemimpin melalui penulisan yang dipaparkan oleh mereka. Lembaga disiplin mempunyai pelbagai bentuk saringan untuk mempastikan calon-calon tidak menyalahgunakan blog-blog secara total. Realitinya untuk membasmi adalah terlalu sukar samada blog, ym,web dan sebagainya.

TATAETIKA AHLI UMNO PERKARA 5.3

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Mana-mana calon yang menggunakan blog untuk berkempen sebarang jawatan parti sama ada di peringkat cawangan, bahagian atau Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan UMNO Mac depan boleh dikenakan tindakan disiplin kerana ia melanggar Tataetika Ahli UMNO.

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, ahli-ahli parti masih dibenarkan memiliki blog sendiri tetapi ia tidak boleh sama sekali memiliki sebarang unsur yang boleh ditafsirkan sebagai berkempen untuk diri sendiri atau pihak lain.


Katanya, Tataetika Ahli UMNO mempunyai garis panduan yang jelas berhubung perkara itu.

"Perkara 5.3 Tataetika Ahli UMNO menghalang apa jua penerbitan, penyiaran, penulisan dalam risalah, majalah, makalah, buku atau lain-lain karya yang mengandungi unsur menyokong, memfitnah, mencela dan mengeji ahli-ahli parti," katanya - Utusan Malaysia.






HUSAM TELAH MELANGGAR DASAR PAKATAN - DAP REPOT ANWAR

Mereka tidak akan dapat berkongsi ideologi politik. Ianya diibaratkan seperti langit dan bumi, cuma bezanya ialah pemimpin-pemimpinnya dapat berlakon dengan agak baik seperti adegan drama Anwar Ibrahim dan 16 September beliau.

Apabila berdepan dengan orang Islam, PAS akan melaung-laungkan negara Islam dan hududnya tetapi apabila dengan orang bukan Islam, pemimpin-pemimpin PAS menyepi seribu bahasa malah dapat bersekongkol dengan rela hati bersama-sama pemimpin-pemimpin DAP.

Makanya, tidak menghairankan apabila Lim Kiat Siang dan anak kesayangan beliau yang juga kroni nyata beliau, Lim Guan Seng, melenting menyatakan tanda bantahan terhadap kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bahawa PAS akan tetap menjalankan hukum Hudud sekiranya berjaya menguasai kerajaan persekutuan.Apa pun, penulis lebih berminat menunggu jawapan Karpal Singh mengenai isu hudud ini. Beliau lebih dramatik apabila membicarakan isu hudud ini. Berkemungkinan besar beliau akan mengulangi hasrat beliau untuk dilangkah mayat beliau dahulu sebelum PAS mahu melaksanakan hukum Hudud?

Jika kita amati dengan teliti, pihak yang sebenarnya menjadi mangsa dek lakonan Husam dan the Lim's ialah ahli-ahli PAS itu sendiri.

Penulis simpati apabila ahli-ahli PAS diperkotak-katikkan sedemikian rupa oleh pemimpin-pemimpin PAS. Perjuangan ahli-ahli PAS yang berpaksikan kepada perjuangan asal parti PAS telah dicemari oleh pemimpin-pemimpin mereka sendiri.

Yang bertambah malang ialah pemimpin-pemimpin PAS seperti Husam tidak lagi berselindung dan mampu menjadi talam dua muka hanya kerana mengejar undi-undi bukan Melayu yang dipunyai oleh DAP.

Kini PAS tidak boleh lagi melaung-laungkan perjuangan Islam mereka kerana mereka juga adalah parti Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DS Anwar Ibrahim yang sememangnya mahukan undi-undi bukan Melayu jatuh ketangan beliau.
Penulis tidak pasti jawapan Anwar Ibrahim apabila Guan Eng merepotkan 'kenakalan' Husam kepada beliau. Seperti kata Guan Eng, hudud tidak terdapat di dalam manifesto Pakatan Rakyat.

Kita semua tahu bahawa Anwar Ibrahim tidak dapat berpihak kepada mana-mana parti.

Mungkin satu perkara yang mampu Anwar lakukan ialah melencongkan pemikiran rakyat daripada terlalu memikirkan perbalahan di antara DAP dan PAS dengan mewar-warkan seluruh dunia bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri pada tahun baru ini?

Dan seperti biasa, Lim Kiat Siang akan mula mengertak dan meleceh-lecehkan pemimpin PAS.

"Jika gagal dijelaskan, kenyataan Husam boleh menimbulkan rasa tidak senang, serba salah dan bantahan bukan sahaja di kalangan 11 peratus pengundi Cina di pilihanraya kecil Kuala Terengganu, tetapi juga kepada semua pengundi diseluruh malaysia," kata Lim lagi.

Kesimpulannya,
mungkin sudah tiba masanya untuk ahli-ahli PAS kembali berfikir.

2 perkara mungkin boleh dilakukan iaitu mendesak pemimpin-pemimpin PAS supaya menarik parti PAS keluar daripada Pakatan Rakyat atau pun ahli-ahli keluar daripada parti tanda tidak setuju.

Apakah satu perkara lumrah yang semua orang (termasuk ahli-ahli PAS dan DAP) sudah tahu jawapannya apabila kita membincangkan isu perkahwinan parti PAS dan DAP?

Semuanya benar dan terpulanglah. Orang-orang Islam pada keseluruhannya amat terasa tempiasnya. Hukum hakam Islam dicemari oleh campur tangan DAP gara-gara politik orang-orang melayu beragama Islam akhir-akhir ini.



PAKATAN PEMBANGKANG MULAI LONGGAR

Pakatan pembangkang yang menguasai lima negeri pada pilihan raya umum lalu, disifatkan sebagai retak menanti belah ekoran pertentangan dasar parti-parti terbabit semakin jelas dalam pentadbiran.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, percanggahan ideologi antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam isu-isu utama kini sudah begitu ketara dan semakin sukar dibendung.

Menurutnya, dalam soal pokok seperti Islam, kontrak sosial dan bumiputera yang termasuk dalam Perlembagaan pun masih ada percanggahan pemikiran dalam PKR, Pas dan DAP.

"Pakatan pembangkang masih belum diuji sepenuhnya, namun saya sifatkan pakatan itu sebagai retak menanti belah," katanya pada Wacana Transformasi Politik Malaysia di Balai Islam Lundang.

Selain Khairy, turut serta sebagai panel ialah Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang juga Exco kerajaan Pas Kelantan dan Pensyarah Fakulti Undang- Undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari.

Ia dipengerusikan oleh pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff serta dihadiri lebih 3,000 orang.

Majlis itu dianjurkan oleh Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan bagi membincangkan perubahan politik negara dan isu-isu semasa.

Khairy berkata, pakatan pembangkang perlu diberi peluang untuk melaksanakan dasar-dasar mereka di lima negeri yang diperintah dan terpulang kepada rakyat untuk menilainya.

"Kita beri peluang kepada pakatan pembangkang untuk melaksanakan dasar mereka. Walaupun dalam Parlimen kita selalu berbalah, kita boleh melihat apa yang berlaku hari ini," katanya.

Katanya, usaha reformasi di negara ini tidak perlu dibebankan kepada BN sahaja dan ia perlu dilakukan oleh pembangkang.

Sebagai contoh ujarnya, untuk memerangi rasuah di negara ini, ia memerlukan iltizam politik daripada kedua-dua pakatan pembangkang dan kerajaan BN.

"Jangan salahkan BN sahaja, pakatan pembangkang pun perlu ada iltizam politik. Dulu semasa menang pilihan raya semua Exco dan Menteri Besar negeri pakatan pembangkang janji mahu isytihar harta tapi sampai hari ini tidak tunaikan janji itu.

"Begitu juga ketika Menteri Besar atau menteri daripada BN dituduh rasuah, mereka diminta bercuti untuk membersihkan nama kerana kita hendak tunjukkan UMNO mengamalkan ketelusan," ujarnya.

Di Perak ujar beliau, tindakan kerajaan campuran negeri itu mengekalkan tugas dua Exco Perak yang dituduh rasuah, menjadi persoalan di kalangan rakyat.

Katanya, dalam menggerakkan transformasi politik Malaysia ke arah yang lebih baik demi kepentingan rakyat, beliau menekankan perlunya muzakarah di antara UMNO dan Pas diteruskan.

"Mari kita tumpu soal apa yang boleh diperjuangkan bersama seperti bahasa, agama, kontrak sosial dan bumiputera termasuk isu sensitif seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),"katanya.

Kota Bharu.

Monday, December 22, 2008

PELUANG BN PULIH IMEJ

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata dengan wujudnya dwiparti politik kuat iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat, telah memberikan peluang kepada BN memulihkan imejnya dan membawa perubahan lebih baik.

Beliau berkata dengan perubahan politik selepas pilihan raya umum Mac lalu, BN kini dilihat lebih telus dan komitmen yang diberikan untuk membawa perubahan ke arah kerajaan lebih telus telah dilaksanakan.

“Antara perubahan yang dibawa BN adalah (pembentangan) Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) 2008.

“Malahan BN juga menjalankan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1987 yang memberi lebih kuasa autonomi kepada pihak berkuasa universiti dalam menentukan pengurusan dan pentadbiran institusi masing-masing.

“Kesemua ini jelas memperlihatkan kekuatan kerajaan BN memperjuangkan kepentingan rakyat walaupun bilangan wakil rakyatnya tidak mencapai dua pertiga ahli Dewan Rakyat,” katanya pada Wacana Perdana bertajuk “Transformasi Politik Malaysia” di Balai Islam, di sini malam tadi.

Selain Khairy, anggota panel wacana itu ialah Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari manakala majlis itu dipengerusikan pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff .

Malahan Khairy beranggapan undi rakyat pada pilihan raya umum 8 Mac lalu merupakan undi protes kepada BN dan bukannya tranformasi politik untuk mengingatkan BN terutamanya Umno supaya menjalankan prinsip kerajaan yang lebih telus dan berjiwa rakyat.

Justeru, beliau mengingatkan kepada Pakatan Rakyat terutamanya PAS, supaya jangan terlalu yakin terhadap pencapaian mereka setelah menguasai lima negeri kerana undi rakyat itu akan berubah jika BN mula membuat pembaharuan kepada kerajaan yang lebih baik untuk rakyat.

“Malahan Pas yang sebelum ini merupakan parti pembangkang yang kuat, kini telah mengecil dari aspek pengaruhnya, antara buktinya pelantikan ketua pembangkang di Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah daripada Parti Keadilan Rakyat,” katanya.

Beliau melihat pakatan pembangkang itu sebagai “retak menanti belah” kerana kini telah timbul percanggahan idealogi di antara kepimpinan parti.

Husam bagaimanapun menegaskan Pas akan tetap laksanakan undang-undang Hudud dan Qisas sebaik saja Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pimpinan negara melalui pilihan raya umum.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengulangi janji parti itu setelah dicabar oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengenai pelaksanaan hudud berikutan isu itu dilihat tenggelam dan tidak lagi dilaungkan oleh pemimpin Pas selepas pilihan raya umum Mac lalu.

Kota Bharu.

DAP LEBIH MEMAHAMI ISLAM BERBANDING UMNO - HUSAM



Wacana - Husam rebah bersama Pas
Husam membangkitkan politik dosa dan pahala yang dilupakan atau tidak dititikberatkan oleh Umno. Pas yang bertaqwa, tidak rasuah, tidak makan duit dan mengambil politik Islam dijamin atau berhak mentadbir bumi ini. Namun sebagai parti berideologikan Islam apa juga perubahan mestilah bertunjangkan kepada Islam, Umno menggunakan alasan itu. Dari kacamata Nik Aziz Umno menolak Islam seperti mana Islam politik yang Pas fahamkan itu.

Khairy mempersoal balik apakah Pas juga tidak berada dalam zone makruh? Maksudnya di sini Pas juga bebas dari bermain dengan politik dosa dan bukan pahla semata-mata? Khairy menyinis apakah hukumnya pencampuran Pas dengan Pakatan Rakyat yang mengandungi parti yang tidak sama prinsip Islam seperti mana difahami Pas itu? yang ingin diangkat Khairy apakah DAP itu tidak bergelombang dalam 'dosa' seperti mana ditafsirkan Pas itu maka Pas boleh berkawan dengan DAP membentuk kerajaan bersama? Dalam masa lain Husam menjelaskan kononnya pemahaman Islam oleh DAP lebih baik daripada Umno. Dakwa Husam DAP lebih faham Islam daripada Umno! patut lah...MasyaAllah!

Satu lagi isu yang memberi bidasan balik kepada Naib Presiden Pas itu ialah apabila beliau mengkritikan Umno yang bersikap arrogant of power. Politik angkuh dengan memiliki kuasa besar. Pandangan bersifat peribadi itu dibalas oleh Khairy dengan mempersoalkan apakah janji Anwar untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September dan akhir sekali 8 November tetapi kerajaan yang dijanjikan itu masih belum ada. Bidasan Khairy itu menyebabkan Husam hilang tumpuan sehingga ditegur mediator.

Keadaan bertambah hangat lagi apabila Khairy membangkitkan soal hudud yang mahu menguji apakah pendirian Pas (sebenarnya Husam) setelah bergabung dengan Pakatan Rakyat kini. Khairy bertanya apakah Pas bersedia melaksanakan hudud kalau Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan kelak? Pertanyaan itu tentuk kompleks kerana aspirasi Pas itu begitu kontras dengan aspirasi DAP. Dari segi profesional atau gaya perdebatan Khairy lebih terselah, Husam agak emosi dan tertekan. Khairy yang datang sebagai tetamu banyak merendah diri dan bersikap terbuka dan apologetik kepada Nik Aziz. Khairy jelas membuat persiapan baik secara fakta dan minda untuk berdepan dengan ribuan penyokong Pas. Keikhlasan terserlah kepada Khairy baik dalam memberi hujah atau harapan untuk mematangkan proses politik khasnya antara Umno dengan Pas.

Apapun sorakan dan cemuhan dari kalangan penyokong kepada Khairy kesediaannya hadir itu satu keberanian dan beliau memperolehi political mailage yang cukup baik. Belum tentu kalau calon ketua pemuda lain Mukhriz Mahathir dan Mohamad Khir Toyo dipanggil mereka bersedia untuk datang. Secara keseluruhannya baik dari segi keberanian, gaya berhujah, semangat untuk berwacana jelas Khiray lebih baik berbanding Husam. Wacana ini lebih kepada terserlah sikap sebenar Husam, mahu memerangkap Khairy (Umno) sebaliknya Husam (Pas) yang terperangkap! dari awal hingga akhir wacana setelah diambil kira mediator yang berat sebelah.

Wacana Khairy-Husam Balai Islam Lundang 20 December.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..