"Soal saya turun ke Kota Bharu untuk meminta maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali.
Followers
Friday, December 30, 2011
NIK AZIZ BENAR ATAU HASSAN ALI YANG BOHONG?
"Soal saya turun ke Kota Bharu untuk meminta maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali.
Friday, December 23, 2011
Saturday, December 10, 2011
JELAS KEPIMPINAN PEMBANGKANG SUKA MEMFITNAH
Gambar Lim Guan Eng di dalam Kapal Selam Dipaparkan.
Gambar di atas mempamerkan Ketua Menteri Pulau Pinang YB. Lim Guan Eng yang turut sama menaiki kapal Selam KD Tun Razak dalam mendapat kebenaran akan Fitnah yang beliau serta kepimpinan Pakatan Pembangkang lemparkan terhadap Kapal Selam Negara ini.
LGE bersama Sukarelawan KD Tun Razak telah menyelam ke dalam lautan selat Melaka Utara dan pada jam 4.08 petang KD Tun Razak timbul semula dengan selamat.
Ia sedikit sebanyak dapat membuktikan kepada beliau Kapal Selam KD Tun Razak yang dimiliki Negara mampu beroperasi dengan baik dan seterusnya menafikan dakwaan Setiausaha Agung DAP itu yang sebelum ini yang mempersoalkan keupayaan Kapal Selam Scorpene itu untuk beroperasi dengan baik.
Syabas juga kpd papagomo yang telah menyelam dan merasai kehebatan KD Tun Razak.
Thursday, December 1, 2011
PAU 2011 - UCAPAN MEMBUKA GELANGGANG WAKIL DARI KELANTAN
Beliau mengajak semua orang Umno mempertahankan Putrajaya.
Menyentuh perbezaan antara slogan 'reformasi' dan tranformasi'.
Saturday, November 5, 2011
Friday, October 28, 2011
SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM(SBPA)
SBPA Perkenal Dasar Keluar Bagi Penjawat Awam
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berkata buat permulaan dasar itu melibatkan penjawat awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan penilaian dibuat berdasarkan laporan prestasi tahunan serta Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) penjawat awam berkenaan.
Kumpulan Pengurusan dan Profesional melibatkan penjawat awam Gred 41 ke atas.
"Ia bagus kerana di bawah dasar baru tersebut penjawat awam tidak akan hilang status pencen serta faedah lain yang layak diterima," katanya kepada Bernama selepas taklimat isu semasa Cuepacs untuk ketua-ketua jabatan dan penjawat awam negeri ini di Bangunan Sultan Iskandar Selasa.
Omar berkata berbeza dengan Skim Saraan Malaysia (SSM) pada masa ini yang membenarkan penjawat awam untuk pencen awal pada umur 40 tahun, SBPA membenarkan penjawat awam berbuat demikian lebih awal tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang akan ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Katanya dasar baru itu memberi ruang kepada penjawat awam untuk bertukar kerjaya sama ada berkhidmat di agensi lain seperti Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau swasta yang sedia ada sekarang.
"Dasar ini bagus kerana mungkin penjawat awam tersebut boleh meningkatkan produktiviti di sektor lain yang dirasakan sesuai untuk mereka," katanya.
Mengenai tarikh pelaksanaan SBPA, Omar berkata Cuepacs memohon kepada kerajaan sistem itu dikuatkuasakan serentak dengan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula 1 Januari 2012 namun tarikh pelaksanaan sebenar belum dipastikan kerana Cuepacs akan bertemu JPA pada 1 Nov ini untuk perbincangan dan taklimat lanjut SBPA.
Terdahulu semasa sesi taklimat, beliau berkata dua komponen Prospek bakal diperkenalkan iaitu Penilaian Khas Kompetensi (PKK) dan Program Pembangunan Potensi (PBR) melibatkan gred 17 ke atas manakala gred 16 ke bawah hanya memerlukan penjawat awam kategori berkenaan menghadiri kursus selama tujuh hari.
Katanya tiada langsung peperiksaan dan PKK akan dinilai oleh penyelia atau ketua jabatan manakala PBR dikendalikan bersama dengan wakil daripada Cuepacs.
Beliau memberi jaminan penjawat awam yang layak mengikuti PBR dinaikkan pangkat secara automatik kerana mereka hanya akan dipanggil mengikuti kursus PBR berdasarkan kekosongan jawatan.
"Sebagai contoh, jika ada 30 jawatan kosong maka 30 calon akan dipanggil mengikuti PBR dan bukan seperti amalan sedia ada sekiranya ada tiga jawatan kosong maka lebih 10 atau 20 dipanggil untuk temuduga atau menduduki peperiksaan walaupun yang diisi hanya tiga sahaja. Ini membuang masa dan merugikan wang kerajaan," katanya.
Omar berkata di bawah SBPA, Kumpulan Sokongan 1 dan 2 akan dikenali sebagai Kumpulan Pegawai Pelaksana 1 dan 2 selaras dengan tugas-tugas tambahan yang bakal dilakukan selain daripada tugas hakiki sekarang.
-- BERNAMA
Wednesday, October 26, 2011
KESAH BENAR-HUDUD MAHU... HALANG MURTAD TIDAK MAHU!
DISEBALIK SEBAK HASSAN ALI BANYAK PERKARA YANG TERSIRAT...?
Pembaca lebih cerdik so fikir2kan lah...
Tuesday, October 25, 2011
Friday, October 21, 2011
Hudud Pas Boleh Liwat Isteri? Perbahasan Parlimen
HUDUD DAN QISAS NEGERI TRENGGANU 1423H/2002M-ENAKMEN 4 TH 2002
Seksyen 14. Liwat.
Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.
Friday, October 14, 2011
ISU LIWAT NIK AZIZ JILAT LUDAH TUN MAHADHIR
POLITIK - LIWAT DAN SEX
TUN... ANWAR DAN MAT SABU...
Seterusnya baca sini...
LIWAT DAN BILIK 121 PEMIMPIN PAKATAN...
Mat Sabu pernah gelar Anwar sebagai al juburi kemudian Anwar pula membalas Mat Sabu dengan mengaitkan kisah Mat Sabu ditangkap khalwat. Kini segalanya berubah, Mat Sabu tahu dosa Anwar manakala Anwar pula tahu kisah Mat Sabu. Oleh kerana masing masing sedang mengejar kuasa politik, dosa itu mereka lupakan sementara. Sama juga kisahnya bagaimana Karpal Singh yang tahu kisah Anwar tetapi masih lagi mahu membela Anwar. Masing masing sedang hipokrit untuk mendapat kuasa. Barangkali kalau dapat kuasa kembali, mereka akan bergaduh kembali. Mungkin.
P/s- Skrg Nik Aziz sanjong Anwar, dulu Nik Aziz hina Anawar...
Wednesday, October 12, 2011
SERAMAI 298 PEMEGANG TIKET KE SYURGA NIK AZIZ MASUK UMNO
Selamat tinggal pas, begitulah ucapan terakhir seramai 298 orang termasuk wanita dan lelaki yang terdiri dari golongan muda dan tua keluar dengan iklas hati menyertai Umno. Majlis penyerahan borang diadakan dengan sederhana tetapi meriah, seakan2 mereka sudah lama mengenali pemimpin2 umno peringkat negeri, bahagian, peti undi dan juga cawangan. Keadaan sedemikian terhasil daripada keiklasan perjuangan kerajaan BN yang sentiasa membantu rakyat Kelantan walaupun dibawah pentadbiran pas yang sudah menjangkau lebih 23 tahun.
Semenjak akhir2 ini perubahan kesedaran diperingkat akar umbi pas sudah menampakah hasil dan kebanyakannya dari mereka kecewa dengan penipuan oleh pemimpin pas dengan menggunakan islam sebagai asas perjuangan.
Seperti yang kita tahu konsep BN yang tidak membezakan mana2 fahaman parti politik juga menjadi faktur utama mendorong mereka keluar beramai2 untok memilih menyertai Umno.
Baca sini...11 Okt,9.45 Malam : Saya hadir program 'Selamat Tinggal Pas' di perumahan Kusial Baru rumah Abg Din.Lebih 500 orang hadir.Ketua Bahagian Tanah Merah,Dato' Ikmal ada sekali.
Saya terima penyerahan borang keahlian UMNO dari Abg Din dan Zahari.Seramai 298 ahli Pas masuk UMNO.Malam sungguh bersejarah,paling ramai masuk UMNO.-TO' PA
Sunday, October 9, 2011
BUDGET 2012 : ANWAR TIDAK SEBIJAK DAN SECERDIK DS NAJIB...
Apa yang bermain dlm fikiran Anwar Ibrahim selain dri "mampuslah aku sekali nih" ketika mendengar DS Najib membentang baget tempohari. Kita dapat melihat tindakan dengan tergesa2 beliau yang terus menolak dan tidak setuju dgn cadangan PM DS Najib yang bercadang untuk mengkaji dan menaikkan elaun dan kemudahan anggota Parlimen jika kedua-dua pihak bersetuju seolah2 ada perkara besar berselindung dan sdh tentu mengejutkan banyak pehak.
Baca lagi sini...
Najib hairan Anwar tolak kenaikan elaun sedangkan MP pembangkang nak...
Ada antara mereka hairan kenapa Anwar selaku ketua pembangkang buat keputusan tolak cadangan Perdana Menteri tanpa merujuk mereka terlebih dahulu.
Turut hairan dengan tindakan Anwar adalah Najib sendiri kerana beliau dimaklumkan semua ahli parlimen pembangkang mahukan kenaikkan elaun tersebut seperti disebutnya ketika membentangkan Bajet 2012 di parlimen, Jumaat.
“Saya difahamkan MP-MP dia (pembangkang) nak, mereka bila jumpa Datuk (Seri) Nazri (Abdul Aziz) dan MP kita minta dipertimbangkan. Saya pun hairan kenapa Ketua Pembangkang kata berlainan,” ujarnya dalam sidang media selepas lawatan ke Kundang, Sabtu.
Ditanya adakah kerana Anwar sudah mendapat bantuan kewangan dari luar, Najib berkata, “ itu saya tak tahu..kena tanya dia (Anwar). Tapi MP-MP dia minta, kalau tanya mereka, mereka semua dalam parti nak,”.
Agendadaily difahamkan tindakan Anwar membuat keputusan menolak cadangan Perdana Menteri mengenai kenaikkan elaun menimbulkan rasa tidak puashati ramai MP pembangkang samada dari PKR, DAP dan PAS.
Menurut mereka, Anwar sepatutnya berbincang dulu dengan semua pemimpin pembangkang sebelum menolak bulat-bulat cadangan itu.
Najib ketika pembentangan Bajet 2012 berkata, kerajaan bercadang merngkaji elaun dan kemudahan MP semua dengan syarat kedua-dua belah pihak – parti kerajaan dan pembangkang seia sekata bersetuju.
“Termasuklah yang bebas-bebas itu. Setelah dipersetujui nanti, elaun baru ini akan berkuat kuasa 1 Januari tahun depan,” katanya.
Dijangkakan kemungkinan ada usul meluluskan cadangan itu dalam, sidang yang sedang berjalan dan tidak hairan jika ramai MP pembangkang akan angkat tangan menyokong usul tersebut.
Jika ini berlaku, Anwar terpaksa faham ‘mesej’ diberikan MP-MP pembangkang tersebut.-8/10/2011- OLEH ROSLAN BIAN
Saturday, October 8, 2011
KENAPA ANWAR, HADI AWANG DAN GUAN ENG DIBABIKAN ?
Anwar Ibrahim, Hadi Awang sudah sama babi dengan Guan Eng dan Karpal Singh
INTIPATI BUDGET TRANSFOMASI NEGARA 2012
* Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun danpengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjianperkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.
* KDNK diunjur berkembang lima hingga enam peratus pada 2012.
* Kerajaan akan menubuhkan satu Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta untukmembantu PKS yang terlibat dengan bencana alam.
* Kadar cukai keuntungan harta tanah akan dikaji semula.
* Kerajaan memperuntukkan RM1.1 bilion pada 2012 bagi pembangunan sektorpertanian.
* MyCreative Venture Capital akan ditubuhkan dengan dana permulaan RM200 juta.
P/s - Syabas juga kepada DS Najib kerana dapat membentang bajet dengan baik selama 2 jam...kalau Anwar sudah tentu tidak dapat berdiri selama itu kerana beliau sakit tulang belakang...sambil baring atau duduk tiada masalah hehe...
Friday, October 7, 2011
BUDGET 2012 : TAHNIAH DS NAJIB DAN KERAJAAN
Manakala kepada setiap pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5 juga disediakan RM100 sebulan kepada pelajar masing2.
Sesungguhnya Allah akan menambah rezeki kepada mereka-mereka yang bersyukur....semuga rakyat dapat membezakan budget yang sebenar dan budget bulan bintang Anwar!
Tuesday, October 4, 2011
BUDGET SEJAHTERA ATAU SELAK KERA?
Antara isi kandungan Bajet Anwar adalah...
6- Akta Universiti dan Kolej Universiti di Mansuhkan. Mahasiswa akan bebas dari cengkaman dan kekangan.
8- Kembalikan cukai2 eksais & duti yg dibatal PM atas barang2 mewah (beg2 mewah dll)
12- Pembayaran elaun pendidik sebanyak RM 500 sebulan.
2012 : BUDGET JANJI ANWAR...DAN BUDGET UNTOK DILAKSANA DS NAJIB
Manakala secara tersiratnya pula, Anwar dan Pakatan sebenarnya diibaratkan “menembak didalam keadaan yang gelap”. Ini kerana, Anwar dan pemimpin-pemimpin Pakatan pastinya mengharapkan Bajet bayangan edisi Pakatan 2012, menyamai Bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri.
Ini sekaligus akan memberi peluang kepada Anwar dan para pemimpin Pakatan menyebarkan dakyah bahawa kepimpinan UMNO/Barisan Nasional telah menciplak idea mereka didalam belanjawan tersebut. Dan mereka mahu rakyat percaya bahawa Pakatan itu lebih baik dari Baisan Nasional didalam menentukan hala tuju ekonomi negara.
Kepada setiap penganalisis politik, ini semua sebenarnya adalah permainan lama Anwar Ibrahim. Ketua Umum Pakatan ini memang bijak mencuri perhatian dan mengambil kredit dari hasil usaha pihak lain. Lihat sendiri bagaimana pemansuhan Akta I.S.A oleh Perdana Menteri telah dicanangkan kepada rakyat sebagai usaha dari Pakatan Rakyat.
Yang sebenarnya, DS Najib telah membayangkan untuk menghapuskan akta tersebut sejak beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi. Jadi ia bukan lah sesuatu yang mengejutkan jika setelah menjawat jawatan Perdana Menteri, beliau menghapuskan akta tersebut dan digantikan dengan yang baru.
Apa yang Anwar dan Pakatan mampu lakukan jika DS Najib tak berniat menghapuskan akta tersebut? Sudah tentunya tiada apa kerana mereka tak mempunyai kuasa kalau hanya sekadar melalak di kandang sebagai pembangkang.
Begitu juga didalam isu Bajet 2012 ini, kita harus melihat siapa yang mampu melaksanakan dan menunaikan janji-janji kepada rakyat keseluruhan, bukannya melihat kepada siapa yang lebih bijak berjanji. Jangan tersilap membezakan diantara yang hanya pandai menabur janji, dan juga yang mampu tunaikan apa yang dijanjikannya.
Anwar dan Pakatan seperti biasa hanya akan mainkan politik persepsi. Anwar sedar dia tak mempunyai kuasa untuk berbuat sesuatu didalam keputusan kerajaan. Jadi cara yang paling mudah ialah, Anwar cuba meneka apa yang sedang dirancang oleh kerajaan dan membuat persepsi terlebih awal.
Malangnya, tidak ramai pihak didalam kerajaan sendiri mampu membuat “counter perception” terhadap permainan politik Anwar Ibrahim. Ini menjadikan, permainan persepsi Anwar tersebut akan sedikit sebanyak akan mempengaruhi rakyat yang kurang faham mengenai senario yang sebenar.
Dan sebagai rakyat, kita seharusnya bijak menilai keadaan politik semasa. Tak kisahlah jika Bajet yang dibentangkan oleh Anwar itu mirip dengan apa yang dibentangkan oleh DS Najib Tun Razak. Yang pentingnya ialah rakyat mendapat semua faedah dari Bajet tersebut.
Mykmu
Monday, October 3, 2011
Saturday, October 1, 2011
NIK AZIZ DAN MAT SABU BIJAK BERPOLITIK MURAHAN...
Nik Aziz yang retorik secara tiba2 ekstrim menggunakan Hukum Hudud sebagai senjata mengembalikan sokongan Melayu walhal ada banyak penjelasan dan strategi yang dilihat lebih bijak untuk terus PAS lebih kukuh. Ianya dilihat sekadar seolah2 Nik Aziz begitu takut bagi menyelamatkan Kelantan jatuh ketangan Umno dalam PRU13 nanti.
Monday, September 26, 2011
KELANTAN NEGERI PERTAMA LAKSANA HUKUM HUDUD?
NIK AZIZ MAHU HUDUD DI KELANTAN...TETAPI MENOLAK PERPADUAN ISLAM UMNO-PAS!
Umat islam di negara ini perlu bersatu terlebih dahaulu sebelum melaksakan hukum hudud. Kita tidak mahu ianya sekadar retorik bagi menghadapi pilihan raya. Kenyataan Nik Aziz berhubong dengan hukum hudud secara tiba2 telah memberi kesan dan implikasi yang negetif kepada islam itu sendiri. Kefahaman secara menyeluruh perlu dilakukan terlebih dahulu bukan setakat kepada ahli2 dan peyokong2 pas dan Umno sahaja bahkan kepada orang2 bukan islam juga.
Dari keyataan Nik Aziz tersebut kesannya pas sekarang kian tersepit, rakannya dalam pakatan DAP melalui Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang pernah suatu ketika ditabal oleh Nik Aziz sebagai penyamai pentadbiran Khalifah Omar Ab Aziz mengancam keseluruhan kepimpinan parti itu dan seterusnya akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hukum hudud dipaksa dimasukkan ke dalam rangka kerja Pakatan Rakyat. Kenyataan itu dibuat ketika kepimpinan dijadual mengadakan mesyuarat Rabu ini untuk membincangkan isu yang sudah lama berlarutan. Jika pas mahu meneruskan agenda yang tidak pernah wujud perbincangan antara mereka DAP akan bertindak keluar dan meletak jawatan secara beramai2. Gara2 keceluparan Nik Aziz tersebut juga telah menimbulkan implikasi buruk terhadap sokongan penyokong-penyokong PAS bukan Islam lebih-lebih lagi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
Sunday, September 25, 2011
KARPAL KATA NIK AZIZ SUDAH TUA..YA KE?
Perumpamaan Karpal kepada Nik Aziz orang tua merenget yang perlu perhatian dalam isu hudud ternyata menghangatkan lagi suasana hudud sekaligus menjadi igauan kepada umat islam di negara ini. Apa kata Karpal pada Nik Aziz itu tdk menjadi masalah, apa yang kita persoalkan kenapa Karpal mengait dan mengheret sama hukum islam tersebut. Apa yg Karpal tahu tentang hudud sdgkan beliau sdri pn kafir? Karpal tak boleh komen apa2 tentang hukum2 islam. Kedua2 pemimpin tersebut ada sejarah tersendiri. Kita sudah muak sebenarnya dgn lakunan mereka berdua. Mereka berdua ini, minta bertemu saja maka berpeluk arab lah. Sebab itu lah Pas awal2 lagi sdh mengangkat bendera putih bila Karpal mengatakan langkah mayatnya dulu jika pas mahu menegak negara islam di negara ini.
Kerana pas, hukum islam di negara ini di salaherti dan dipermainkan oleh orang kafir. Karpal sebenanya sdh lama menghidu kelemahan pas sebab itu DAP sanggup bersama dgn Pas. Bagi mereka pas bukan iklas memperjuangkan islam tdk spt Umno mereka lebih kpd tamak kuasa. Ternyata Karpal lebih bijak beliau lebih tahu arah tuju sebenar perjuangan pas. Apa tidaknya DAP baru sahaja bersama Pas dlm pakatan tetapi DAP sdh berjaya merubah dasar pas dari negara islam kpd negara berkebajikan. DAP juga ternyata lebih konsisten dan bijak berpolitik berbanding pas, kalau kita tgk apa yang berlaku dalam pas skrg, siapa sebenarnya yang merubahnya kalau tdk DAP melalui Anwar. Siapa yg memegang jawatan no 2 dalam pas skrg? Apa kelebihan Mat Sabu berbanding Nasharuddin? dan apa langkah pertama Mat Sabu lakukan setelah ia memegang jawatan tersebut? Tdkkah Mat Sabu yg menghdp kembali roh2 perjuangan komunis di negara ini? Mainan politik DAP terlalu halus dan tindakan DAP ternyata berkesan sekali sehinggakan penyingkiran ulama2 dalam pas berlalu dgn begitu... tidak dipertahan sedikit pun oleh pemimpin pas yg lain!
Tindakan kafir DAP Karpal menghentam Nik Aziz dalam soal hudud sudah tentu tidak sama dengan tindakan Umno terhadap Nik ziz. Umno lebih kepada memperbetukan keadan. Karpal mengatakan Nik Aziz sudah tua sebab itu Nik Aziz menimbul kembali isu tersebut. Bagi kita orang islam hukum tetap hukum dan wajib kita menyokongnya bukan soal Nik Aziz itu siapa, tua atau muda. Kita juga boleh kata kepada Karpal dalam kenyataan langkah mayatnya dahulu jika pas mahu menegak islam sebagai nyanyok dan iblis tetapi itu tdk penting, persoalan utama Karpal itu siapa? tidakkah seorang kafir? bila masa pun beliau tidak suka dan mahu kepada islam.
Seolah2 bagi Karpal, Umno tdk dpt menyekat dan menahan kehendak Nik Aziz dan pas. Karpal mungkin menganggap islam itu milik pas bukan milik umno. Karpal boleh berbangga kerana beliau dan rakan2 DAP yang lain saja boleh menyekat Nik Aziz dan Anwar bersabit dgn islam. Kita amat sedih dan malang sekali nasib kita org islam di negara ini. Kita bermusuhan sesama islam kerana politik seolah terlalu dasyat, pada kacamata bkn islam. DAP boleh bermegah dan strateginya mengena, islam kini kian berpecah dan Nik Aziz sendiri yang menjurus perpecahan tersebut. Nik Aziz juga bertindak sebagai penghalang utama perpaduan sesama islam di negara ini dan pasti ianya tetap tercatit dalam sejarah politik negara. Jawaban sinis...mereka bertiga Karpal, Anwar dan Nik Aziz memang juara berlakon...
Baca lagi...
Perbezaan hudud menjelang p/raya Pas dgn hudud sebenar
Banyak persoalan berlegar-legar di pemikiran kita, kenapa Dr Mahathir sewaktu memegang jawatan Perdana Menteri menolak hukum Hudud. Sedangkan kita sudah jelas ianya hukum Allah dan termaktub di dalam Al-Quran. Jadi di sini kita rungkaikan sedikit persoalan tersebut.
Undang-undang syariah terbahagi kepada tiga elemen iaitu:
1. Hudud
2. Qisas
3. Ta’zir
Dalam undang-undang syariah Malaysia, Qisas, Ta’zir dan Diat telah dilaksanakan kecuali Hudud. Mari kita lihat perbandingan antara Hudud, Qisas dan Ta’zir
1. Hukum Hudud – Dari segi istilah Hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah yang WAJIB dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.
2. Qisas – Dari segi syarak, Qisas bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W. kerana kesalahankesalahan yang melibatkan hak individu.
Mengikut hukum Qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.
3. Diat – Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.
Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu Qisas atau Diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, Qisas bunuh dikenakan.
Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan pembunuhan tidak sengaja adalah Diat sahaja. Qisas tidak dikenakan.
4. Ta’zir – Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategori ta’zir;
(a) Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.
(b) Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.
(c) Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.
Kerajaan Kelantan telah memperuntukan RM 500,000 untuk menyediakan draf Hudud. Hudud juga telah diwartakan dan diluluskan di Kelantan. Namun, belum ada perlaksanaannya lagi. Walaupun begitu terdapat 3 versi Hudud yg berbeza dari segi fasal dan huraiannya. Hudud adalah milik Allah, dan telah ditetapkan oleh Allah. Tetapi mengapa pula boleh berbeza-beza mengikut negeri-negeri yang berlainan?
Sehingga kini ada tiga versi hudud Pas yang masing-masing berbeza.
Pertama hudud Pas Kelantan yang bernama Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 mempunyai 72 fasal.
Kedua hudud Pas Terengganu yang dibentang dalam seminar pada 12 Mei 2002 bernama Draf Cadangan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu mempunyai 74 fasal.
Ketiga Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS) (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang mengandungi 67 fasal sahaja.
Mana satukah hudud yang sebenar antara ketiga-tiga hudud Pas itu?
Draf yang dibentangkan pada seminar di Kuala Terengganu 12 Mei 2002 ada Bughah (Fasal 23, 24 dan 25).
Sedangkan dalam EKJS (II) 1993 Kelantan dan rang yang diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 7-9 Julai 2002 tidak ada Bughah.
Mengapakah bughah diketepikan dalam kedua-dua undang-undang hudud itu? Draf Hudud oleh PAS didapati tidak memberi keadilan malah menzalimi rakyat.
Ini kerana Hudud dikatakan terpakai untuk orang Islam sahaja, sebagaimana petikan dlm surat Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir) kepada Nik Aziz, yang menyatakan;
1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)”.
Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.
3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman.
Disamping itu Al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.
4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:
(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku.
Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.
Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW.
Tetapi terdapat perbezaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.
Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan Agama Islam.
5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku.
Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman.
Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya.
6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya.
Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994
Permasalahan yang akan menjadi perkara pokok dalam hal hudud ini ialah perlantikan hakim. Dalam urusan pelantikan hakim terdapat dua percanggahan besar. Pertama tidak merujuk langsung kepada 15 syarat kelayakan menjadi hakim mengikut hukum syarak.
Yang kedua rang EKJS (Hudud dan Qisas) Terengganu tidak ada peruntukan khusus mengenai syarat-syarat kelayakan menjadi hakim. Sebaliknya sekadar disentuh secara tumpang dalam fasal 66 (1) Mahkamah Bicara Syariah Khas yang berbunyi “…daripada hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau daripada seorang yang berkelulusan dan berkelayakan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.”
Yang peliknya apa yang dibentangkan dalam seminar 12 Mei 2002, bulat-bulat Pas Terengganu mencedok fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan menjadi fasal 70 dalam `Draf Cadangan’ yang dibentang pada seminar di Kuala Terengganu. Tiba-tiba dalam rang yang diluluskan di DUN 7-9 Julai 2002 terus dibuang sahaja fasal berkenaan.
Apakah peruntukan fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan itu tidak diiktiraf oleh Pas Terengganu? Tetapi harus diingat, apabila tidak mengikut syarat-syarat kelayakan dalam Islam maka seseorang hakim itu tidak sah melakukan perbicaraan. Dengan itu seluruh proses Mahkamah Syariah Khas di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu menjadi tidak sah.
Jadi.., kesimpulannya di sini ialah, Hudud Allah dengan Hudud PAS berbeza. PAS mengubahsuai Hudud Allah supaya memberi manfaat kepada mereka dan mengatakan Hudud PAS adalah Hudud Allah. Mereka juga mendakwa, menolak Hukum Hudud PAS samalah seperti menolak Hudud Allah.
Hukum Hudud Allah tak boleh dipinda atau dikurangkan. Jika hitam, maka hitamlah, tidak boleh dicat putih ataupun kelabu. Jelaslah PAS memperalatkan Agama Islam demi kepentingan politik. Kemudian menuduh UMNO kafir semata-mata kerana Tun Mahathir menolak Hudud PAS.
Thursday, September 22, 2011
SIAPA PERMAINKAN HUKUM HUDUD?
Orang yang berperanan utama bagi mengelirukan dengan tujuan menghangatkan tentang hukum2 islam untok mendapatkan pengaruh politik di negara ini adalah Nik Aziz, merangkap Musyidul Am Pas yang berjawatan sebagai MB Kelantan sdh lebih 20tahun. Nik Aziz merupakan orang paling lama memegang jawatan dalam parti mengalahkan Samy vellu dalam MIC dan Tun Mahadir dalam Umno. Sudah tentu Nik Aziz mempunyai banyak kelebihan sejak dari tahun 199o Kelantan jatuh ketangan pas hinggalah skrg Nik Aziz tetap Menteri Besar. Dimana kelebihan Nik Aziz?...
Dimana kehebatan Tun Mahadir rakyat negara ini semua tahu. Di sebalik kehebatan Nik Aziz ada juga orang pertikaikan dan tidak tahu. Kalau diambil kira Kelantan bukannya membangun dibawah pentadbiran beliau. Kadar statistik jenayah dan HIV pula tercatat paling tinggi berbanding negeri2 lain di negara ini.
Populariti Tun dan Nik Aziz adalah dua keadaan yang berbeza. Kalau negara ini dibawah pentadbiran Tun Mahadhir sebagai PM boleh dijadikan contoh dan diiktiraf oleh negara islam lain manakala Nik Aziz popularitinya kerana lebih 30 fatwa2 menggelirukan beliau berjaya keluarkan berkaitan dengan islam menjelang saja pilihan raya setakat hari ini.
Bermula dari tahun 1990 Kelantan jatuh ketangan Pas. Menjelang saat kejatuhan Umno perkara utama janji2 pas dalam manisfesto pada masa itu adalah jika pas dapat memerintah pentadbiran cara islam dan hudud akan dilaksanakan. Pas menggguna islam secara berluasa mencari kelemahan dan menghukum dengan sewenang2nya Umno. Fitnah kepada Kerajaan Umno, fatwa2 yang menggelirukan umat islam berada dibibir pemimpin pas yang akhirnya rakyat melayu menjadi keliru dan berpecah tidak kurang juga terpengaroh dengan janji2 palsu yang diberikan.
Pas tahu bila mengguna agama mereka tetap disukai rakyat melayu. Selain fatwa2 baru akan dikeluar setiap kali menjelang pilihan raya hukum hudud pas juga tidak ketinggalan dimainkan. Kalau dulu sebelum pas bersama DAP, pas gagal melaksana hudud apatah lagi setelah bersama DAP yang terangan kafir tersebut tidak suka kepada islam bertapak di negara ini.Sudah menjadi kebiasaan pas ia akan menyalahkan pehak lain jika mereka tidak tunai apa yang mereka janjikan. Hudud umpama pada awalnya mereka persalahkan Sultan Kelantan kerana tidak menandatangani sebagai persetujuan hudud dijalankan walaupun secara jelas pehak istana tidak menghalang sama sekali. Setelah itu pas mengalih arah pula dengan menyalah Tun Mahadhir selaku PM menghalang tetapi perkara sebenar Nik Aziz sembunyikan dari rakyat. Bila kita membaca surat dari Tun Mahadir kepada Nik Aziz maka kita faham lah apa kata Tun dalam surat tersebut kepada Nik Aziz berkaitan dengan hudud pas. Bila rashia ini rakyat sdh tahu maka pas persalahkan Umno dan kerajaan pula menghalangnya sedangkan dalam parsidangan parlimen tidak pernah pas sentuh pasal hudud.
Setelah pas bersama DAP macam2 pula ditafsiran tentang hudud oleh pemimpin pas. Haji Hadi selaku peresiden pas sendiri pula mengatakan hudud sesuai dilaksana 30tahun tetapi tidak sekarang. Umno tidak sesekali menghalang hukum hudud dijalankan bahkan menyonkong, umno menghalang adalah hukum hudud ala pas yang hanya sebagai umpan Nik Aziz kpd rakyat untok mencari pengaruh undi melayu menjelang pilihan raya semata2.
Menjelang PRU13 pas terus mengguna tektik yang sama...Nik Aziz beranggapan rakyat sudah lupa dengan janji2 manifesto pas pada tahun 1990. Nik Aziz sebenarnya lupa bahawa mungkir janji itu munafik! kerana politik. Usahkan pas mahu tunai Janji2 dlm PRU12 janji 1990 pn belum tertunai lagi... Kita sama2 tunggu dan lihat sdh tentu lagi hebat janji2 dan sendiwara pas menjelang PRU13 bakal menjelang nanti, kerana kini Nik Aziz sudah ada "regu mampus melayu" cukup hebat dan sejiwa iaitu Anwar dan LKS...
Baca lagi...
TANJUNG MALIM 21Sept. — Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta Menteri Besar, Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.
Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana Za”ba di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini.
Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, dilaporkan pernah berkata individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Dr. Mahathir dan bukan pengerusi DAP Karpal Singh.
Dr. Mahathir turut menempelak kerajaan Kelantan yang disifatkannya sebagai beriya-iya untuk mengamalkan undang-undang Islam tetapi pada masa sama gagal mengawal penduduk Kelantan sehingga menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun sejak 2008. — Bernama
Thought Of The Day
Selalu ada yang baru...
CHATROLL BPN
Visitors
FOREX MARKET
FOREX INVESTMENT
Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815
Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Australia
Belanda
PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!
- 'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'