Dalam proses mencari kebenaran, jalan terakhir adalah melalui mahkamah. Anwar menuduh Saiful mahu menjatuhkan air mukanya sekaligus mahu membunuh karier politik nya. Bagi Anwar, peranan kerajaan juga turut terlibat. Bila kes ini dibuat lapuran polis oleh Saiful, Anwar siang2 lagi memberitahu rakyat dan dunia bahawa beliau tidak bersalah. Bagi mereka2 yang mudah percaya sekadar sumpah laknat sudah cukup menyakinkan untok menyatakan mereka tidak bersalah. Saiful dan Anwar dan Allah SWT sahaja yang tahu kebenarannya. Cara Anwar agak kelainan dalam usaha mencari kebenaranya, Anwar tidak mahu bersumpah bahkan cara bersumpah Saiful itu tidak mengikut islam. Kalau kedua2nya tidak bersalah, kalau begitu siapa sebenarnya yang bersalah? jawabanya sudah tentu iblis tetapi ada juga penyokong fanatik Anwar kata DS Najib yang bersalah. Kenapa Anwar menyalahi DS Najib dan Kerajaan kenapa tidak salahkan iblis? sedangkan iblis sudah mengaku dan bersumpah dihadapan Allah SWT mahu menyesatkan umat manusia sampai bila2.
Followers
Saturday, January 23, 2010
KES LIWAT - ANWAR GELABAH SAIFUL TENANG...
Dalam proses mencari kebenaran, jalan terakhir adalah melalui mahkamah. Anwar menuduh Saiful mahu menjatuhkan air mukanya sekaligus mahu membunuh karier politik nya. Bagi Anwar, peranan kerajaan juga turut terlibat. Bila kes ini dibuat lapuran polis oleh Saiful, Anwar siang2 lagi memberitahu rakyat dan dunia bahawa beliau tidak bersalah. Bagi mereka2 yang mudah percaya sekadar sumpah laknat sudah cukup menyakinkan untok menyatakan mereka tidak bersalah. Saiful dan Anwar dan Allah SWT sahaja yang tahu kebenarannya. Cara Anwar agak kelainan dalam usaha mencari kebenaranya, Anwar tidak mahu bersumpah bahkan cara bersumpah Saiful itu tidak mengikut islam. Kalau kedua2nya tidak bersalah, kalau begitu siapa sebenarnya yang bersalah? jawabanya sudah tentu iblis tetapi ada juga penyokong fanatik Anwar kata DS Najib yang bersalah. Kenapa Anwar menyalahi DS Najib dan Kerajaan kenapa tidak salahkan iblis? sedangkan iblis sudah mengaku dan bersumpah dihadapan Allah SWT mahu menyesatkan umat manusia sampai bila2.
Thursday, January 21, 2010
KITA JANGAN TERTIPU DENGAN TEKTIK PEMBANGKANG
Kalau tidak tersepit buat apa hendak mengaku, untok membuat orang percaya kepada kita bukan susah. Tunjukkan keterampilan diri yang baik2. Bentuk fizikal kita penting, kalau kita orang islam pakaian kita, tunjukkan kita seorang yang berilmu agama yang tinggi. Apa kita cakap orang mudah percaya kalau kita memiliki semua itu. Kita lontarkan segala kesalahan itu kepada orang lain. Kita tahu sejauhmana bijak sekalipun kebenaran akan juga terserlah tetapi semuanya itu setelah cita2 kita telah tercapai baru orang tahu sebenarnya kita berbohong. Dalam politik perkara seperti ini menjadi perkara biasa untok orang percaya kepada kita, apa yang berlaku selepas itu belakang kira janji kita menang pilihan raya. Kita boleh mengaku jika kita buat salah, kita kata disebabkan kesilapan teknikal dan agama kita juga menyuruh kita mengaku dan minta maaf, sikap seperti ini juga sifat terpuji dalam islam.
Hari ini pemimpin pas Kelantan sudah mengaku amalan cas keting atau cantas-mencantas berlaku dalam pas.Kalau dahulu Pas begitu lantang menuduh Umno sebuah parti yang tidak mengamalkan cara islam disebabkan sikap buruk pemimpin Umno mengamal cantas mencatas berebut kuasa. Nik Aziz sekarang baru mengakui dalam pas ada mengamalkan amalan seperti itu. Hussam Musa berkata sikap itu melambang sikap tamak dan berkepentingan pribadi. Salahuddin Ayub pula berkata ia berlaku bukan setakat di negeri Kelantan sahaja bahkan berlaku juga kepada negeri2 lain.
Buat apa mengaku? dan kenapa sekarang baru mengaku...dahulu macam2 tomohan memburuk Umno. Pas memberi tekanan kepada Umno sekaligus melambangkan pas sebuah parti yang baik padahal ia bertindak seperti itu untok menutup kelemahan dalaman partinya sendiri. Begitu juga menuduh Umno mengamalkan rasuah, bagi melambangkan kepada rakyat supaya menjauhi Umno kononya pas bebas dari rasuah. Betul ke pas tidak mengamalkan rasuah? sebenarnya rasuah dalam pas lebih teruk dari Umno.
Buat apa Nik Aziz mengaku Kelantan kerugian 5ojuta kerana kesilapan teknikal kerana tidak boleh lagi melontar kesalahannya kepada orang lain. Tersepit dan tidak boleh berbuat apa2, cukupkah bagi kita rakyat dengan pengakuan Nik Aziz seperti itu? sebab kerana beliau jugalah yang suka memperbesar2kan jika ada pihak kerajaan melakukkan kesilapan. Sehingga Nik Aziz tidak sanggup memberi maaf kepada Umno dengan alasan itu menolak kerajaan perpaduan. Tidakkah perpaduan itu adalah penyatuan ummah? sejauhmana kekuatan islam Nik Aziz berbanding DS Najib...pada serban Nik aziz atau pada songkok DS Najib? Rugi 50juta atas alasan kesilapan teknikal, tidak mahu kepada perpaduan sesama islam Umno-Pas atas alasan kita sendiri. Beginikah cara penyelesaian kita orang islam yang kononya bertaraf Ulamak dan Tok Guru?
Kalau kita anggap kita baik dan lebih segala2nya susah jadinya..undang2 dan hukuman ada pada kita. Orang buat baik kita boleh menghukumnya jahat dan orang buat jahat kita boleh menghukumnya baik sebab semua keputusan mengikut kehendak dan sesuka hati kita. Kita dan puak2 kita saja yang betul walaupun yang sebenarnya kitalah yang jahat. Hari ini kita cakap lain kerana kita tidak menyukainya bila kita menyukainya dan berkepentingan kepada kita maka jadilah baiknya pulak. Dahulu kata kepada Umno kapir kerana bersama cina dan india MCA dan MIC sekarang kita pula bersama DAP tidak apa pula. Dahulu kata kepada Anwar Ibarhim peliwat sehingga mendesak Tun Mahadhir memecat Anwar sebagai TPM tapi sekarang puja Anwar sehingga menjemput orang solat hajat penuh stadium bagi menyelamatkan Anwar kes liwat dengan Saiful. Begitu juga menuduh Tun Mahadhir zalim dan kroni dan zaman PakLah pula mengecam habis-habisan kerana menantu Khairi. Sekarang boleh pula kita pengerusi menantu sebagai CEO PMBK alasannya kerana menantunya layak dan berkelulusan, disisi islam pun boleh berbuat demikian.
Kerenah pas sudah dipenghujungnya, kesalahan pas Kelantan selama ini kian terserlah. Bukan kerana Umno tetapi kerana dikalangan orang dalamnya sendiri. Allah pun sudah berkata kalau kita mengaib dan suka memburukkan orang lain suatu masa Allah akan membuka keburukkan keaiban kita pula. Apa pun yang akan berlaku kita sudah kaya raya, kehendak kita sudah tercapai rakyat apa peduli janji kita senang tapi kita harus ingat ada lagi satu tempat untok kita kekal selama2nya disitu akan kita terima pembalasan tidak terkecuali siapa kita di dunia ini hanya orang2 benar2 beriman mengikut kehendak islam sahaja dijamin oleh Allah sahaja memasuki syurga. Di situ tiada pas dan tiada Umno lagi. Syurga ala pas hanya gimik politik dunia gila kuasa, tetapi sayang masih ada juga manusia yang percaya!
Tuesday, January 19, 2010
DISEBALIK BAZAR TOK GURU
Pemecatan penulis blog kickdeffela dari PMBK oleh menantu Nik Aziz terus mengundang bala kepada pas Kelantan. Satu persatu pendedahan mengenai kepincangan dalam PMBK benar2 menyebabkan Nik Aziz tidak senang tidor selaku MB. Luka2 kecil sebelum ini pun tidak semboh2, pendedahan oleh penulis blog tersebut bukan sahaja menambah parah lagi luka2 kecil yang ada tetapi telah mengundang luka baru yang lebih parah dan sukar diubati.
Perkara seperti ini bukan setakat orang2 Umno sahaja tahu sikap Nik Aziz tersebut, orang2 pas juga sedar dan tahu tetapi itulah yang lebihnya Nik Aziz para penyokong mereka tetap menyokong beliau walaupun beliau menggeluarkan kenyataan yang salah. Bukan setakat pas sahaja semakin rosak, jika dibiarkan perkara ini terus berlaku dan ianya tidak mustahil suatu ketika negara kita juga akan berdepan dengan krisis pemikiran rakyat yang dasyat sekaligus boleh menghancurkan negara. Parti pas boleh diibaratkan seperti sebuah kilang tempat memperoses kejumudkan fikiran rakyat dari betul kepada tidak betul. Hasil output yang dikeluarkan oleh pemimpin pas kearah rakyat berfikiran jumud dan fanatik. Ramuan islam pembawakan pas lebih memihak kepada menyokong parti itu. Ceramah2 politik oleh kempimpinan mereka dianggap mengajar agama. Di celah2 ceramah di selang seli dengan memfitnah kerajaan. Apa yang paling dasyat sekali jika menyokong pas seolah2 kita terlepas dari dosa jika buat jahat sekali pun asal sahaja tidak menyokong Umno atau kerajaan. sampai ketahap itu dibolehkan oleh Nik Aziz Dia akhirat nanti jika bersama pas kata Nik Aziz masuk syurga. Kesan dari pembahagian syurga neraka inilah timbulnya perpecahan diantara umat islam di negara ini.
Nik Aziz dua hari sebelum PRU12 telah berjanji untok menyediakan ruang bawah bangunan kompleks perniagaan tiga tingkat untuk menempatkan peniaga daripada Arked Uda dan Bazar MPKB.Menurut perjanjian tersebut, tambahnya, tingkat satu dan dua yang dianggarkan bernilai RM40 juta diserahkan kepada PMBK. Sensatimur pula diberikan tanah seluas 6 ekar beserta tingkat bawah Bazar tersebut yang bernilai RM23 juta.
Mengikut kenyataan Nik Abdul Aziz yang mengesahkan kerajaan negeri terpaksa membeli Bazar Tok Guru bernilai RM23 juta - yang sedang dibina - daripada Sensatimur disebabkan oleh masalah teknikal, demi menjaga kepentingan peniaga. Pada hari ini timbul pula isu siapa yang membocor maklumat dalam mesyuarat exco negeri, berhubung pembelian tingkat bawah Bazar Tok Guru sehingga membolehkan Kickdefella membogel isu tersebut dalam blognya.Syed Azidi dilapor mendakwa, projek tersebut, yang merupakan usahasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan syarikat Sensatimur Sdn Bhd, dikatakan rugi kira-kira RM50 juta.
Tersilap tenikal atau hanya sekadar untok melindungi kepertingan sesaorang? itu bukan jawaban yang diinginkan. Bazar Tok Guru, negeri serambi mekkah bermenterikan Menteri Besar seorang Tok Guru dan Ulamak manakala CEO dalam PMBK adalah menantu MB sendiri. tidak sepatutnya kesilapan seperti itu berlaku. Kerajaan negeri yang melantik jawatan kuasa. Pemaju boleh dijemput untuk berbincang untok persetujuan kedua2 pihak. Tidak sepatutnya Kerajaan negeri rugi dengan sewenang2nya 50juta. Kalau Nik Aziz sendiri sudah mengakui dan meletak kesilapan kepada tenikal tetapi kenapa pula perlu bertindak menuduh orang itu dan ini yang jahat membocorkan rashia? Nik Aziz tidak boleh berbuat apa2 depan belakang sudah terkunci dalam perkara ini juga Nik Aziz tidak boleh menuding jari kepada jahat Umno menyebabkan Nik Aziz tersepit dalam mainan politiknya sendiri. Hari ke semakin hari pada Pakmie selepas doa pecah perutnya Nik Aziz dan juga pas didatangi dengan masalah. Masalah2 lama ditimbulkan kembali, isu tander dan kesilapan penjualan balak suatu masa dahulu memberi tekanan juga kepada pentadbiran Nik Aziz. Isu pembelian kek mengguna peruntukkan PMBK sebanyak rm500 sebiji. Dari apa pendedahan yang dibuat oleh Kickdefella melalui blognya membuatkan Nik Aziz dan keluarganya tidak senang duduk. Sukar untok Nik Aziz dan para exconya untok buat penafian...memaksa penglibatan anak beranak menganggui urusan kerajaan. Kalau kita kata pas takut kepada Umno nampaknya Nik Aziz lebih takut kepada penulis blog tersebut. Semut walaupun kecil jika masok dalam telinga boleh membuatkan kita tidak senang dudok. Orang nampak sahaja elok seolah tenang tetapi kita sebenarnya malam2 tidak dapat tidor.
Saturday, January 16, 2010
ANTARA NIK AZIZ DAN ANWAR IBRAHIM
Wednesday, January 13, 2010
JAHATNYA MEREKA...
Bermacam2 usaha untuk memadamkan kebenaran dan ianya semakin giat dijalankan oleh para penyokong parti pembangkang untuk menutup kelemahan parti atau pemimpin mereka. Melalui ruangan shoutbox dan komen di blog, tomohan dengan cara penulisan yang kurang ajar dan biadap yang telalu jauh tersimpang dengan kebenaran. Mereka bersembunyi dibalik nama kebenaran tersebut untuk melancarkan serangan bertali-arus terhadap blog-blog yang pro kerajaan. Blog Pakmie.blogspot.com juga tidak ketinggalan daripada diserang dengan kata2 kesat yang iblis dan syaitan agongkan.
Kadang2 serangan ini tidak menampilkan keberanian, berselindung disebalik nama samaran yang tidak berindentiti dan juga yang menyamar diri orang lain. Sukar untok kita fahami maksudnya yang sebenar tujuan apa mereka2 itu bertindak sedemikian. Pihak yang tidak bertanggungjawab yang penuh dengan kejelekan dan tidak bermaruah ini sudah tentu boleh memporak-perandakan persahabatan serta hubungan ukhwah sesama manusia. Modus operandinya adalah sangat mudah - mahu mengapi2kan dan tuduh menuduh dan bergaduh antara satu sama lain. Pakmie yakin dan percaya ini merupakan satu perancangan yang terperinci bagi menyerang blogger yang pro-kerajaan. Kepada mereka- mengapa kita harus menggunakan cara kotor dan jijik ini, jika kita yakin berada di pihak yang benar? Mengapa kita masih tidak matang pemikiran dengan mengkianati orang lain? Bukankah lebih baik kita berhujah dan berdialog dengan cara intelektual daripada kutuk mengutuk tidak berasas yang lebih kepada keperibadian dan emosi jahat diri kita sendiri.
Kerja jahat seperti ini biasanya dilakukan oleh golongan yang berada dalam keadaan terdesak. Tetapi percayalah, kebenaran tidak akan mungkin mampu disembunyikan dari penulisan dan ulasan yang jujur. Sepatutnya dalam situasi negara kita yang sentiasa berdepan dengan masalah seperti hari ini kita seharusnya sama2 memperjelaskan isu2 dengan hati yang iklas dan fikiran yang terbuka dengan perkara2 yang benar. Blog2 yang menyokong kerajaan digodam oleh para hackes, tidak ketinggalan juga blog para sahabat BPN termasuk Yang di Pertua Palimaperang Cyber, analisisringan juga blog saudara Azli Shukri. Walau terperinci dan sebegitu halus usaha jahat yang dilakukan namun Allah SWT juga maha mengetahui! akhirnya, hasil pada hari ini berkat kesabaran dan keiklasan dalam usaha memperjelaskan kebenaran para penyokong dan pemimpin pembangkang seakan cacing kepanasan. Pakatan pembangkang sekarang boleh diumpamakan seperti ketulan ais berada di Padang Pasir, ketulannya semakin cair dan seterusnya menjadi air yang akhirnya akan kering dengan sendirinya dek kepanasan matahari yang terik itu.
Tuesday, January 12, 2010
SULTAN SHARAFUDIN IDRIS SHAH TIDAK MEMBENARKAN PENGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH AGAMA LAIN DI SELANGOR
Pendirian baginda itu bertujuan memelihara akidah umat Islam serta menjaga keharmonian beragama setiap rakyat di Selangor. Beliau berkata mahkamah bukan forum sesuai untuk membicarakan aoal pengunaan kalimah Allah.
Baginda selaku Ketua Agama Negeri tidak membenarkan pengunaan kalimah Allah oleh agama lain di Selangor.
Ini kerana ia perkara ‘ non-justiciable’ di bawah bidang kuasa raja-raja Melayu.
Saturday, January 9, 2010
EDISI KHAS : RESOLUSI BPN 1 / 2010 MENYOKONG PERDANA MENTERI MENGUTUK TINDAKAN MEMBAKAR GEREJA !!
Yang benar,
YDP Blogger Pembela Negara
Panglima Perang Cyber
Jumaat / 8 Jan 2010 bersamaan 18 Muharam 1431
Friday, January 8, 2010
ANGKARA SIAPA...ADAKAH IANYA CUBA MENANGGUK DI AIR KEROH?
SIKAP BIASA PEMBANGKANG SELALUNYA MENYALAHI UMNO DAN KERAJAAN DALAM SETIAP ISU - KDN PERLU BERTINDAK TEGAS...
Satu terbakar dan dua lagi cuba dibakar. Polis sedang siasat kejadian sebuah gereja yang terletak di deretan rumah kedai Desa Melawati, Hulu Kelang dekat Kuala Lumpur dibakar tengah malam tadi. Dua lagi gereja sekitar Lembah Klang juga cuba dibakar malam dan pagi tadi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam reaksi segeranya mengutuk perbuatan itu.
ISLAM PAS ADALAH ISLAM PETI UNDI
Tidak payah kita menghurai panjang lebar lagi tentang perjuang islam pas dalam menangani isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. Nasib baiklah Umno yang dikatakan oleh Nik Aziz yang mengamal islam palsu bertungkuslumus menghalang usaha Kristian tersebut. Bukan setakat berhati2 dalam memberi kenyataan pemimpin pas terlalu berlembut sehingga sanggup mengadakan majlis dailong dengan ketua agama kristian tersebut. Pas sudah lupa segalanya kerana politik bahawa agama islam adalah penganut majoriti dan agama islam juga agama rasmi negara ini. Berapa keratkah penganut kristian sampai mahu berdialog berbanding dengan penganut agama islam? semuanya kerana politik, terlalu berlembut dan menjaga hati takut hilang sokongan kepada parti mereka.
Nik Aziz mengakui Umno berkerja keras dalam menangani isu kalimah Allah walaupun begitu Umno tidak berjuang untok islam sebenar sebab Umno mengamalkan agama suku politik suku. Pakmie cukup hairan kepada Nik Aziz kononnya paslah berjuang islam sebenar tetapi sebaliknya ada dikalangan pemimpin mereka menyokong usaha kristian tersebut. Pas berbangga kononya kesana kemari bahawa merekalah perjuang islam di negara ini tetapi perbuatan dan tindakannya pula berlawanan dengan kehendak dan ajaran islam sejati. Adakah benar Umno itu tidak islam? kalau benar pas lebih lagi tidak islam dari Umno kerana pemimpin pas melaung tentang islam tetapi tindakannya tidak mengikut kehendak islam memfitnah, mencaci terhadap pemimpin Umno sudah menjadi darah daging pemimpin mereka. Itukah yang dikatakan oleh mereka ajaran sebenar?
Pemimpin DAP menghina islam, Nik Aziz cepat2 berkata tidak salah sebab mereka bukan islam. Gambar bogel Eli tersebar, cepat2 Nik Aziz kata tidak salah sebab bogelnya kesorangan dalam bilik malaikat sahaja yang nampak. Itu bila Nik Aziz berdepan dengan kapir, tetapi kalau berdepan dengan Umno sesama islam perkara yang entah apa2 pun dah keluar kenyataan mencaci Umno macam2 dengan kata2 kesat. Semuanya salah Umno, masalah dalam kain selimut pas pun salah Umno juga. Krisis dalam PMBK sehingga beliau membatalkan hasrat ke Mekkah pun disalah kepada Umno. Kicdefella penulis blog orang kuat Hussam juga perkerja di PMBK yang melondeh kain dikatakan kerja jahat Umno. Pada Nik Aziz Umno memang jahat, orang jahat kepada islam pun dikata baik asalkan menyokong pas.
Umno mahu bersepakat demi kepentingan islam dan melayu awal2 lagi ditolak oleh Nik Aziz. Ajaran rasullullah 1431 tahun dahulu ditinggalkan demi mahu kepada kuasa politik. Kesana kemari melaungkan mahu kepada perpaduan ummah tetapi kesepakatan perpaduan sesama islam Umno tidak mahu. Pemimpin pas semuanya sembunyikan perkara sebenar kepada rakyat. Dasar pas yang asal sudah terpesong jauh di zaman Nik Aziz. Pas sekarang pentingkan kaum bukan islam dari islam itu sendiri. Hari ini pas tidak bertegas dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh gereja katolik kerana pilihan raya yang akan datang.
Pada pandangan mereka jika Umno berbuat baik sekali pun dikata jahat. Jika ada yang menghina islam sekalipun jika menyokong mereka diangkat dan dijulang seperti Nik Aziz lakukan kepada DAP Karpal dan PKR Anwar Ibrahim. DS Najib memberi wang ikhsan tetapi tidak memberi wang royalti sampai sanggup Nik Aziz mendoakan sampai pecah perut. Apakah ertinya semua ini, jawabannya tidak lain dan tidak bukan kerana mahukan kepada kuasa, pangkat dan kekayaan semata2.
Nik Aziz semakin melupai bahawa usianya sudah tua, apa yang mahu dikejar kita pun tidak tahu. Apa yang berlaku kepada beliau hari ini adalah pembalasan dari Allah. Anak menantu mengaib dengan mencoteng mukanya sendiri. Apabila muka dicoteng sudah tentu berlagalah pemimpin mereka sesama sendiri. Hussam dengan cara Hussam, kicdefella dengan cara penulisan di blognya, anak menantu dengan caranya dan paling kemuncak melibatkan pehak istana. Lapuran kegeringan Sultan tidak diberi maklumat yang betul, jemputan titah Sultan supaya mengadap sampai tiga kali tidak diendahkan oleh Nik Aziz. Adakah kepimpinan Kelantan dibawah Nik Aziz sebagai MB tidak haru biru? Hanya satu sahaja jawaban, ini semua kerja jahat Umno manipulasi media, seleweng fakta, Umno tersepit dan sebagainya. Pas di bawah Nik Aziz tidak akan salah sampai bila2...kita jangan pelik, syurga neraka pun Nik Aziz boleh tentukan!
Thursday, January 7, 2010
JANGAN PERSENDAKAN AGAMA ISLAM KAMI
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera..
Sekian.
Mohamad Nabzrol bin Mat Nayan
700131-02-5011.
Bukit Indah, Ampang, Selangor Darul Ehsan.
Wednesday, January 6, 2010
PAS DAN PKR BERMAIN POLITIK DENGAN KALIMAH ALLAH
Penggunaan nama Allah oleh penganut Kristian menyaksikan kepada kita pemimpin atasan pas klu klek dan bercanggah pendapat. Haron Din, Abdul Hadi Awang, Nik Aziz Nik Mat dan lain-lain, tetapi kenapa harus ada perbezaan pandangan dan terjemahan dalam hal ini. Kenapa? Kenapa kenyataan Pas tidak mengguna pakai istilah Haron Din? Atau berlaku pertelingkahan soal berani dan[Photo] penakut hilang pengaruh? mata telinga banyak tertumpu kepada pemimpin pas sejauhmana dapat menangani isu ini kerana parti itu selama ini menuduh Umno sesatlah plastiklah dan macam2. Seperti yang kita tahu pemimpin Umno dan kerjaaan semuanya jelas dan berusaha menolak bagi mempastikan penggunaan nama Allah tidak digunakan oleh agama lain selain dari islam, tetapi pemimpin pas dan PKR terus bercanggah pendapat. Anwar Ibrahim terangan(dlm blognya)bersetuju, manakala Haron Din pula menghukum kufur jika ada yang menyokongnya.
KALIMAH ALLAH : RAYUAN KDN Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bagi pihak Menteri Dalam Negeri untuk menangguhkan perintah mahkamah 31 Disember lalu yang benarkan penggunaan kalimah Allah dalam Herald -The Catholic Weekly sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan-News Tv 3 sekejap tadi.
Tentang menyokong penggunaan kalimah Allah ini, kata Haron Din ianya sudah jadi kufur, tetapi pemimpin Pas sendiri boleh lagi bercanggah pendapat, apa lagi kepada penyokong pas di bawah. Seperti kita maklum pemimpin pas terkenal dengan penyokong fanatik dan jumudnya ,apa kata pemimpin mereka semuanya betul walhal ianya bertentangan dengan islam sekali pun. Benteng untuk melindungi keburukkan pas ini semua diajukan kepada Umno. Manakala pemimpin pas pula membenteng partinya dengan penggunaan Islam, ahli Pas kena akur dan kena wala' jika membantah ianya menyalahi agama dan akhirat kelak akan dihumban ke api neraka.
Pas terus bermain politik dengan penggunaan nama Allah. Pendirian itu Pakmie lihat Pas bercakap berkisar atas percakapan Nik Aziz. Lujnah seakan berhati-hati dalam membuat keputusan agar ia tidak dilihat bercanggah dengan Nik Aziz. Pas seakan2 tidak mahu percanggahan pendapat dengan Nik Aziz. Pas ternyata tidak mengamal dasar keterbukaan tidak seperti parti Umno.
Kalau benarlah begitu lebih baik Pas tidak membuat apa-apa kenyataan. Lebih bagus Pas serahkan saja kepada PKR atau DAP untuk mengulasnya. Dengan sikap Pas itu saya kira ia akan menenggelamkan Pas dalam isu agama kalau Pas ada niat bermain politik dengan kenyataannya itu. Dalam isu kalimah Allah Pas lebih memehak kepada takut hilang pengaruh politik. Pas lebih kepada menjaga hati rakan2nya yang tidak beragama islam. Tetapi percayalah pas tidak banyak mendapat political mileage sekiranya mereka ada bermaksud demikian. Pas dan melayu PKR terus di kecam selagi generasi islam hari ini terus kekal hidup di negara ini. Pas dan PKR tidak boleh berselindung lagi dengan melontarkan kesalahan kepada Umno seperti sebelumnya. Orang2 islam yang mahu melihat islam subur di negara ini tetap mengingati dan mengeji tindakan itu sampai bila2. Sampai bila pemimpin islam dalam pakatan pembangkang hidup dalam sendiwara kita pun tidak tahu. DAP menadah tangan ibarat orang mengantuk diberi bantal, walaupun alunan gendang dipalu oleh pemimpin islam dalam pakatan namun ianya tidak boleh lari dari irama dendangan DAP.
Perkara dahulu kesilapan besar pemimpin pas buat yang tidak dapat kita lupakan sampai bila2 adalah melalui fatwa Hadi yang mengkafirkan orang UMNO dan Islam Plastik yang menjadi siulan Nik Aziz. Itu belum diambil kira mengenai 'budaya celaka' sesama umat Islam dan melabelkan Allah sebagai Tuhan Mencarut oleh Nik Aziz. Kaum bukan islam selalu menghidu bagaimana cara untok memecahbelahkan islam, dalam sifat terang-terangan pemimpin pas menghukum bukan2 keatas sesama islam itu amat disukai oleh kaum bukan islam di negara ini. Mereka tahu dengan cara pembawakan pas tersebut dapat memecahbelahkan sesama islam, mereka tahu apabila sesama islam berpecah maka islam itu sendiri akan lemah dan bolehlah mereka mendesak sesuatu seperti penggunaan nama Allah oleh pehak gereja seperti apa yang terjadi dihari ini.Ahli Parlimen Shah Alam , Khalid Samad yang menyokong Gereja Herald dengan Ahli Parlimen Kulim, YB Zulkiflin Noordin yang mempertahankan Islam. Zul menyuruh Khalid keluar PAS sebaliknya menyertai DAP kerana menyokong keputusan mahkamah yang memihak kepada pihak gereja.Siapa sebenarnya manusia yang tergolongan dalam kategori sudah kufur? kalau mengikut hujah Ustaz Haron Din, siapa lagi kalau tidak manusia yang menyokong usaha Gereja Herald mempergunakan nama Allah bagi penganut kristian tersebut.
Friday, January 1, 2010
PERGI 2009 SELAMAT DATANG 2010-SELAMAT TAHUN BARU...
Tahun 2009 sudah berlalu.Semoga tahun 2010 menyaksikan lebih banyak kemajuan dalam perjuangan yang dapat kita hasilkan.
Pentadbiran kerajaan pusat terus diselubungi kesan dari keputusan pilihanraya umum Mac 2008. Suhu politik agak panas naik mendadak, mengakhibatkan pertukaran PM dari Pak Lah kepada DS Najib. Keputusan sembilan PRK mengambarkan kepada kita ketidaktentuan fikiran pengundi atau rakyat di negara ini.Malam 14 Disember mengakhiri penutup tahun 2009 negara yang nyaris dilanda badai.Sebenarnya tidak ramai yang sedar betapa besar implikasinya pada senario politik jika Bajet 2010 terbabas di Dewan Rakyat malam itu.Jawabnya pastinya kecoh,gamat dan tidak berhaluan.Ada yang bertanya apa agaknya yang bakal ditempoh sepanjang tahun 2010 ini.
Mungkinkah suhu politik tahun 2009 akan berterusan sampai pilihanraya umum ke 13?. Pembuka.bicara tahun 2010 menyaksikan perbicaraan 25 Januari kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kedengaran desas desus dari penyokong pakatan pembangkang Anwar akan menawan Putera Jaya. Dikalangan penyokong BN pula, tipu daya 16 September Anwar sudah memberi jawaban segala2nya. Manakala ada juga dari mulut orang2 yang tiada kaitan dengan parti politik kes liwat Anwar-Saiful pengakhiran buat Anwar di Sg Buluh. Pada tahun ini juga adalah tahun menjelang pilihan raya ke13, Dari kacamata politik Pakmie tahun 2010 adalah tahun penentuan segala cabaran pada tahun 2009.
Thought Of The Day
Selalu ada yang baru...
CHATROLL BPN
Visitors
FOREX MARKET
FOREX INVESTMENT
Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815
Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Australia
Belanda
PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!
- 'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'