Followers
Wednesday, March 31, 2010
KENYATAAN TUAN GURU AYAH LAH TERHADAP NIK AZIZ
Saturday, March 20, 2010
PAS SUDAH LUPA DARATAN
Thursday, March 18, 2010
"ULAMA TEROMPAH" BERGEMA DI PARLIMEN
ANWAR DIMALU OLEH RAKAN SENDIRI...DAN BERTINDAK KELUAR DEWAN
KUALA LUMPUR 17 Mac - Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) hari ini menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila 'memecahkan tembelang' Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat '16 September.'
Pendedahan itu juga menyebabkan Anwar 'panas punggung' sehingga mendorong beliau secara tergesa-gesa meninggalkan sidang Dewan.
Beberapa ahli Parlimen pembangkang lain yang turut 'panas telinga' dengan pendedahan tersebut mengekori Anwar meninggalkan sidang itu.
Ketika itu Zahrain baru sahaja berucap lima minit membahaskan usul ucapan titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong.
Zahrain mendedahkan bagaimana Anwar membohongi wakil rakyat pembangkang kononnya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti menyertai pembangkang lebih daripada mencukupi.
Anwar kata Zahrain, turut 'menjaja' nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Zahrain yang memulakan ucapannya pada pukul 5.05 petang berkata, Anwar mendakwa kononnya Seri Paduka pada satu ketika pernah menunggu di istana untuk mengesahkan jumlah ahli Parlimen BN yang melompat parti bagi menyertai pembangkang.
''Beliau mengakui bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikannya sebagai Perdana Menteri keenam sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan Persekutuan sementara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga menyokong pelantikan tersebut," tegasnya.
Pada ketika itu, Anwar dilihat bangun sambil berjalan keluar meninggalkan dewan.
Tindakannya itu diikuti ramai wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Tian Chua (PKR-Batu) dan N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) pula kelihatan bangun mengherdik Zahrain tanpa mempedulikan nasihat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee yang meminta mereka bertenang.
Dewan menjadi riuh rendah apabila beberapa penyokong kerajaan antaranya Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan); Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) dan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) menjerit 'pengecut,' 'penakut' dan 'kalau berani tunggu' ke arah Anwar bagi mendesak Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak keluar Dewan.
Sementara itu, Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) pada ketika itu pula meminta supaya Yang Dipertua Dewan mengarahkan Gobalakrishnan keluar dari dewan kerana terus bangun dan menjerit.
Bagai melepaskan tembakan bertubi-tubi, Zahrain meneruskan perbahasannya dan dengan selamba menggelarkan perbuatan wakil-wakil rakyat pembangkang yang keluar dewan dan mengherdiknya sebagai sindrom penafian.
''Kami juga dibohongi (Anwar) kononnya salah seorang Timbalan Speaker (Dewan Rakyat) akan mempengerusikan usul undi tidak percaya (terhadap) kerajaan dan menyokong pakatan pembangkang mengambil alih Kerajaan Persekutuan," katanya.
Gobalakrishnan yang dilihat masih tidak berpuas hati akhirnya diberi peluang oleh Zahrain untuk mencelah.
Gobalakrishnan yang pada mulanya gagal menyampaikan soalan dengan baik dan ditertawakan beberapa wakil rakyat BN menggunakan ruang itu dengan mendakwa Zahrain keluar PKR kerana gagal mendapat projek mengurus dan menyelenggara sebuah padang golf.
Zahrain menjawab dakwaan tersebut dengan mencabar Gobalakrishnan supaya mengulangi tuduhan itu di luar dewan supaya beliau boleh menyamannya.
Beliau seterusnya mendedahkan punca lain meninggalkan PKR adalah kerana parti itu yang pada mulanya memperjuangkan reformasi dan keadilan kini dilihat tertumpu kepada perjuangan peribadi individu tertentu.
Ahli Parlimen Bayan Baru itu turut menyifatkan Anwar sebagai "raksaksa pelbagai wajah" ekoran pendiriannya yang sentiasa berubah-ubah dalam memperjuangkan orang Melayu dan kepentingan agama Islam.
Zahrain juga mendedahkan bahawa Anwar yang kini mendabik dada mahu memperkasakan institusi Islam di negara ini pernah menggelarkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ulama 'terompah' iaitu satu gelaran yang sinonim dengan tandas atau tempat kotor.
Selain itu, katanya, tindakannya keluar PKR adalah kerana parti itu terlalu 'memperhambakan diri' dan tunduk kepada DAP sedangkan Anwar pernah berjanji kepadanya bahawa mereka tidak akan sesekali mengikut telunjuk DAP.
Perbahasan Zahrain disambung esok.
Sementara itu, beliau yang ditemui selepas itu memberitahu hanya menggunakan kesempatan berbahas bagi menjelaskan punca meninggalkan PKR serta janji-janji yang pernah dibuat oleh Anwar sebelum ini.
Mengenai tindakan Anwar yang keluar dewan selepas beberapa minit beliau berucap berkata: ''Saya tidak tahu, saya tidak perasan pun tetapi apa yang penting ia tidak membawa apa-apa makna (kepada saya) dan saya hanya menyampaikan cerita sebelah saya."
Wednesday, March 17, 2010
PENYOKONG TADSUB DAN WALI SELIPAR
Tuesday, March 16, 2010
RAJA PEREMPUAN KELANTAN KECEWA DENGAN SIKAP NIK AZIZ
Sunday, March 14, 2010
KELUAR PKR : LEBIH 10 MP - ADAKAH RETORIK 916?
Jika Anwar didapati bersalah dalam pembicaraan liwatnya sudah tentu boleh mempercepatkan lagi keruntuhan PKR. Pas akan juga turut hancur, pemimpin pas yang tidak menyukai Anwar akan bertindak meninggalkan pakatan rakyat. Seandainya perkara ini berlaku maka Nik Aziz lah salah seorang yang bertanggongjawab kemusnahan keatas pas. Tarikh 16 Sept merupakan tarikh ulang tahun penubuhan negara kita Malaysia, ia juga merupakan titik hitam dan mimpi ngeri buat Anwar. Adakah tarikh ini juga yang akan menamatkan sendiwara Anwar? dan adakah tarikh ini juga merupakan garisan penamat buat PKR, Pas dan DAP dalam pakatan pembangkang? sama2lah kita tunggu nanti...
ZAHRAIN KESAL DAN MOHON MAAF KEPADA ORANG MELAYU
PULAU PINANG 13 Mac - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim secara terbuka memohon maaf kepada para pengundi khususnya orang Melayu kerana bersekongkol dengan DAP sehingga Lim Guan Eng dilantik sebagai Ketua Menteri.
Beliau yang juga bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri turut melahirkan rasa kesal kerana terlibat membantu pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum di negeri ini.
Zahrain menjelaskan, ketika itu, beliau masih belum mengenali sikap sebenar Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP.
"Masa itu, saya tidak tahu apa tindak-tanduk Guan Eng pada masa akan datang.
"Sekarang setelah dua tahun pakatan pembangkang memerintah, barulah saya sedar.
"Saya sebagai pemimpin PKR ketika itu dan pemimpin Melayu dianggap bersekongkol dengan dia (Guan Eng) menindas bangsa sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program dialog terbuka anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di sini hari ini.
Turut hadir Presiden GPMS, Jais Abd. Karim.
Dialog tersebut bertujuan memberi penjelasan berhubung isu-isu semasa orang Melayu di Pulau Pinang.
Pada 12 Februari lalu, Zahrain mengumumkan keluar PKR dan meletakkan semua jawatannya dalam parti itu.
Beliau sebelum ini mengkritik kepimpinan Guan Eng yang dilabel sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran bahaya.
Pada perkembangan lain, Zahrain memberitahu, dalam pentadbiran kerajaan negeri, Guan Eng sering melihat pegawai-pegawai Melayu sebagai penjawat awam yang bodoh dan korup.
"Dia tidak percaya kepada pegawai-pegawai Melayu ini, sebab itulah dia duduk dalam lembaga tender kerajaan negeri.
"Dia mahu tentukan pemberian tender mengikut kepuasan hati perut dia saja," ujarnya.
Utusan On-line
Wednesday, March 10, 2010
ULAMA MEE CELUP DAN FIRAUN KECIL
Monday, March 8, 2010
NIK AZIZ MENYOKONG LIWAT ANWAR BUKAN KERANA ISLAM...
Saturday, March 6, 2010
ADAKAH PIRING HITAM NIK AZIZ BERPUTAR LAGI?
Friday, March 5, 2010
SINGKIRKAN ANWAR DAN NIK AZIZ DARI DUNIA POLITIK
Hari ini kedua-dua parti dalam gabungan pakatan pembangkang, PKR dan Pas masing2 berdepan dengan masalah masing2.Kesan dari gabungan itu Pas bukan sahaja menanggung masalah dalam kepimpinan mereka bahkan masalah dalaman dalam gabungan pakatan juga pas terpaksa menanggungnya. Seperti kita maklum, DAP tetap dengan prinsip dan caranya DAP merupakan sebuah parti yang konsistern dalam perjuangan mereka. Sebaiknya pas dan PKR terus terumbang ambing dan hilang rentak, perjuangan yang dilaungkan selama ini hilang dengan sejuta janji. DAP tetap dengan prinsip mereka tidak mahu kepada negara islam jika pembangkang dapat memerintah negera ini. Semenjak Pas bersama DAP nampak jelas pas telah diperkudakan oleh DAP dengan mengadaikan cara pendekatan islamnya selama ini. Manakala semenjak pas bersama PKR pendirian pemimpin2 pas terhadap parti itu sudah berubah sama sekali. Pas terpaksa mengikut rentak tarian PKR Anwar Ibrahim. Jika pemimpin besar, Anwar mahukan kepada irama dangdut... maka pemimpin pas terpaksa memusing piring hitamnnya kepada dangdut. Ada juga pemimpin pas yang lain tidak suka dan cuba menghalang tetapi disebabkan camportangan Tok Guru yang juga sebagai penjaga piring hitam, pemimpin tersebut terpaksa berdiam diri. Sepatutnya sebelum tindakan wakil2 rakyat tersebut keluar meninggalkan PKR, pas dahulu keluar dari gabungan pakatan pembangkang.
Wednesday, March 3, 2010
PAS KELANTAN MINTA DS NAJIB SELESAIKAN MASALAH "MALU" NIK AZIZ
Monday, March 1, 2010
SALAH SEORANG PENGIKUT WA'ALA PAS YANG BERJAYA NIK AZIZ HASILKAN
"Alhamdulilah...ketua putri neraka dari ampang telah kembali ke neraka buat selama-lamanya..."
Kenapa beliau sanggup berkata sedemikian, itu soalan patut ditanya?
1. Sikap Nik Aziz yang keterlaluan dalam menggeluarkan kenyataan terhadap sesama islam dalam Umno
2. Pernah Nik Aziz mengatakan sokong pas masok syurga dan sokong Umno masuk neraka
3. Nik Aziz bercakap seolah beliau dan penyokong beliau sahaja yang betul orang lain semua salah
4. Seolah-olah Nik Aziz dan penyokongnya sahaja yang lebih islam dari orang lain
5. Fatwa-fatwa yang lebih mahu kepada pengaruh politik yang sudah sekian lama diamalkan oleh pemimpin pas
6. Zulkalnain berasa megah berkata sedemikian dan tidak rasa bersalah sedikit pun kerana beliau wa'ala dan menurut apa kata Nik Aziz yang juga seorang Tok Guru dan ulamak
7. Nik Aziz juga mulut celupar, apa salahnya beliau mengikut jejak Nik Aziz
8. Nik Aziz mendahului mahkamah dalam kes liwat Anwar dengan mengatakan Anwar tidak bersalah semua itu kerja jahat Umno
9. Zulkarnain mendahului mahkamah Allah sebab beliau yakin beliau akan masok syurga sebab menyokong pas
10. Zulkarnain mungkin terpengaruh dengan ajaran sesat yang menyokong pas
11. Anda fikir-fikirlah sendiri...
DAP DIJANGKA AKAN JADI KETUA PEMBANGKANG MENGGANTI ANWAR
Dalam pilihan raya Mac 2008, Tee Beng menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Zainal Abidin Osman yang juga penyandang kerusi parlimen Nibong Tebal dengan majoriti 3,087 undi. Berikutan ini PKR kini tinggal 29 Ahli Parlimen.DAP pula ada 28 dan PAS 23. BN ada 137. Sallehuddin hadir sama dalam sidang akhbar Tee Beng umum keluar parti. Menjawab soalan wartawan Sallehuddin menjangka lebih 10 Ahli Parlimen PKR lagi akan bertindak keluar parti. Beliau juga menjangka Anwar akan berusaha sedaya upaya memujuk mereka agar jangan keluar. Katanya antara lain sebabnya ialah mereka kecewa dengan sikap pimpinan parti mengejek macam budak-budak mereka yang kritik dan keluar parti. Sebelum ini Sallehuddin hadir sama semasa sidang akhbar Ahli Parlimen PKR Bayan Baru umum keluar parti pada 12 Februari. Beliau mendakwa kini PKR lebih mengutamakan orang baru dan mengenepikan orang lama. Salehuddin bagaimanapun menafikan beliau menjadi dalang dibelakang tindakan keluar parti Tee Beng dan Zahrain. Katanya kedatangannya hari ini adalah atas jemputan Tee Beng. Semalam bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohamad Fairus Khairuddin umum keluar PKR untuk masuk UMNO. - 1/3/2010
MUNGKINKAH BERKAT DOA SAIFUL ATAU DOA PECAH PERUT NIK AZIZ?
Ahad malam beliau mengumumkan keluar PKR dan seterusnya menandatangani borang UMNO yang kemudiannya diserahkan terus kepada Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Fairus,33 membuat pengumuman itu semasa menyampaikan ucapan ringkasnya di depan Najib pada Majlis Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) di sebuah hotel dekat Ampang.
Najib pula, semasa menyampaikan ucapan sangat tertarik dengan prinsip Fairus meninggalkan PKR yang dikatakan gagal mempertahankan soal prinsip ‘fundamental’ iaitu memartabatkan dan maruah kesucian agama Islam.
“Oleh itu, saya atas nama Presiden UMNO ingin menyatakan bahawa anak muda ini, saudara Fairus, kami terima dengan senang hati…kerana saya tahu bahawa saudara Fairus mengambil keputusan ini atas soal prinsip dan atas soal dasar, bukan kerana jawatan, bukan kerana ganjaran tetapi atas nama perjuangan…sebab itulah beliau…pada hari ini, pada majlis ini, pada malam ini, pada saat ini menjadi anggota kepada parti UMNO…selamat datang saudara Fairus,” kata Najib.
Dalam ucapannya Fairus menjelaskan bahawa perasaan kecewanya semakin memuncak bila isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam sudah tidak dipertahankan oleh pucuk pimpinan PKR.
Beliau juga membuat pendirian tersebut setelah melakukan solat sunat Istikharah selama tiga bulan bagi mencari kepastian dan berjaya mendapat petunjuk jelas mengenai keperluannya meninggalkan PKR.
"Dengan lafaz 'bismillahirrahmanirrahim,' saya dengan ini atas dasar mempertahankan prinsip memperjuangkan agama, bangsa, tanah air serta kepentingan rakyat Malaysia, saya mengumumkan penyertaan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).
"Dengan sendirinya (saya) keluar PKR atas dasar hilang kepercayaan terhadap parti tersebut. Insya-Allah saya berdoa agar diberi kekuatan serta bimbingan dalam urusan perjuangan menggunakan wadah baru ini," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh hampir 1000 hadirin.
Mohammad Fairus merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti menyepikan diri hampir setahun dari arena politik sebelum muncul semula malam itu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Mohammad Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219.
Bagaimanapun beliau meletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang pada 8 April 2009 dan sebagai ADUN Penanti pada 16 April tahun yang sama atas alasan ingin melanjutkan pelajaran di peringkat pasca ijazah.
Dalam majlis tersebut Najib dianugerahkan Anugerah Sandang Mahkota Agung Seri Pelangi Sakti PSSGM.
Beliau disarungkan selempang dan tengkolok oleh Yang Di Pertua PSSGM Datuk Adiwijaya Haji Abdullah.
Anugerah Sandang Kebesaran PSSGM pernah diterima Najib pada tahun 1988 dari Mahaguru PSSGM Datuk Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim.
Turut menerima watikah sandang kebesaran PSSGM ialah Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan, Mohammad Fairus dan beberapa orang lain.-28/2/2010
Thought Of The Day
Selalu ada yang baru...
CHATROLL BPN
Visitors
FOREX MARKET
FOREX INVESTMENT
Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815
Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Australia
Belanda
PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!
- 'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'