KOTA BARU, 15 Mac — Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang seolah-olah tidak peduli kesihatan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra semasa menjalani rawatan di Singapura sejak Mei lalu.Tengku Anis meluahkan perasaan itu ketika bertitah merasmikan majlis kesyukuran dan sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di Dewan Kompleks Islam Jubli Perak, Panji dekat sini petang ini.“Bekas Menteri Singapura, Lee Kuan Yew boleh dikatakan hari-hari datang melawat Tuanku di hospital, tapi di pihak kerajaan negeri sendiri tidak ada.“Itulah yang membuatkan kami berasa sedih,” titah Tengku Anis bersama nada yang sebak.Sebelum ini Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Petra mendakwa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menghadap Sultan Kelantan di Singapura walaupun dua kali dititahkan berbuat demikian.
Malah terdapat laporan mengatakan susulan kegeringan baginda beberapa tindakan pentadbiran kerajaan negeri juga dikatakan telah menyebabkan Sultan Kelantan murka.Tengku Anis bertitah sejak Sultan Kelantan dimasukkan hospital kerajaan persekutuan selalu bertanya khabar kesihatan baginda.“Terima kasih kepada Datuk Seri Najib dan isteri Datin Rosmah serta menteri-menteri Kabinet yang selalu tanya khabar kesihatan baginda dan tidak jemu-jemu memberi perangsang kepada kami agar sentiasa bersabar dengan ujian Allah.“Tuanku juga pesan hari ini, baginda ucapkan terima kasih kepada semua rakyat jelata yang bersusah payah mendoakan kesihatan baginda agar cepat sembuh,” katanya.
No comments:
Post a Comment