Followers

Friday, March 5, 2010

SINGKIRKAN ANWAR DAN NIK AZIZ DARI DUNIA POLITIK

FIRAUN-FIRAUN KECIL PENGKIANAT ISLAM DAN MELAYU

Hari ini kedua-dua parti dalam gabungan pakatan pembangkang, PKR dan Pas masing2 berdepan dengan masalah masing2.Kesan dari gabungan itu Pas bukan sahaja menanggung masalah dalam kepimpinan mereka bahkan masalah dalaman dalam gabungan pakatan juga pas terpaksa menanggungnya. Seperti kita maklum, DAP tetap dengan prinsip dan caranya DAP merupakan sebuah parti yang konsistern dalam perjuangan mereka. Sebaiknya pas dan PKR terus terumbang ambing dan hilang rentak, perjuangan yang dilaungkan selama ini hilang dengan sejuta janji. DAP tetap dengan prinsip mereka tidak mahu kepada negara islam jika pembangkang dapat memerintah negera ini. Semenjak Pas bersama DAP nampak jelas pas telah diperkudakan oleh DAP dengan mengadaikan cara pendekatan islamnya selama ini. Manakala semenjak pas bersama PKR pendirian pemimpin2 pas terhadap parti itu sudah berubah sama sekali. Pas terpaksa mengikut rentak tarian PKR Anwar Ibrahim. Jika pemimpin besar, Anwar mahukan kepada irama dangdut... maka pemimpin pas terpaksa memusing piring hitamnnya kepada dangdut. Ada juga pemimpin pas yang lain tidak suka dan cuba menghalang tetapi disebabkan camportangan Tok Guru yang juga sebagai penjaga piring hitam, pemimpin tersebut terpaksa berdiam diri. Sepatutnya sebelum tindakan wakil2 rakyat tersebut keluar meninggalkan PKR, pas dahulu keluar dari gabungan pakatan pembangkang.

Pemimpin pas yang tidak suka kepada Anwar terpaksa kena akur dengan bai'ah dan kehendak Nik Aziz. Kaki pemimpin pas yang tidak menyukai Anwar diikat, tidak boleh mengkritik masing2 terpaksa memendam perasaan tidak puas hati mereka . Sekarang pemimpin pas yang tidak menyukai Anwar boleh tersenyum sedikit dan menarik nafas panjang kerana tindakan wakil2 rakyat PKR yang bertindak keluar meninggalkan parti tersebut. Dalaman PKR sekarang boleh diibaratkan seperti lautan yang sedang bergelora hanya menunggu masa untok menempuh pantai, lepas satu2 wakil rakyat PKR meninggalkan parti tersebut kerana tidak lagi percaya dan yakin kepada perjuangan Anwar. Pakatan pembangkang yang Anwar bentuk sedikit masa lagi akan menempuh kehancuran. Pengurangan kerusi MP PKR telah kurang berbanding DAP, dan ini sudah tentu boleh memberi tekanan kepada Anwar sebagai ketua pembangkang. Anwar sudah menjadi libialiti kepada pakatan pembangkang, dalam kes tuduhan liwatnya dengan Saiful menambah parah lagi luka2 yang ada. DAP apa pun akan cuba mengambil alih tugas Anwar sebagai ketua pembangkang, dan ini membuatkan pas terus tertekan.

Hasil dari kesilapan yang Nik Aziz lakukan sealama ini pas terpaksa menanggungnya. Nik Aziz bejaya mengubah kiblat dan hala tuju perjuangan pas. Nik Aziz sudah lupa pahit maun selama ini dalam memperjuangkan dasar2 pas bersama pemimpin pas lain semata2 kerana termakan budi Anwar. Perangkap Anwar pasang sudah mengena, Nik Aziz sudah tersepit dan tidak boleh berbuat apa2 kecuali menuggu kehancuran sahaja. Anwar perlukan pas, apa lagi pemimpin yang bergelar Tok Guru dan ulama seperti Nik Aziz kerana untok mengaburi mata rakyat. Salah laku tuduhan liwatnya dibela oleh Nik Aziz. Kalaulah Anwar benar2 sayangkan bangsa dan agamanya sudah tentu Anwar tidak akan menubuh parti lain selain dari sama2 memperkuatkan pas. Janji lunak dan manis Anwar telah ditelan buat2 oleh Nik Aziz.

Siapa firaun2 kecil yang dimaksudkan oleh Zulkifli Nordin? kenapa dibiarkan firaun2 kecil ini mengkianati islam dan perjuangan orang melayu? Zukifilli dibiar kesorangan dalam mempertahankan kalimah Allah yang dibenar diguna oleh orang bukan islam, sebaliknya pemimpin islam dalam pakatan pembangkang lain lebih kepada mahu pengaruh politik. Suara2 pemimpin pas yang selama ini melaungkan islam dikunci oeh Anwar dengan rapat dengan kuasa dan pangkat. Umno mempertahankan dengan menentang keras penggunaan kailimah tersebut oleh orang bukan islam tetapi dipolitik pula oleh pas. Zulkifli pula terpaksa berhadapan dengan tindakan disiplin bersabit dengan kelantangannya dengan isu kalimah Allah tersebut,. Pemimpin islam yang lain dalam pakatan pembangkang ternyata jahil menyebabkan Zulkifli samakan mereka2 ini dengan firaun2 kecil. Adakah patut ahli panel bersabit dengan tindakkan disiplin keatas Zulkifli mengenai isu kalimah Allah diwakili juga oleh orang bukan islam?

Pas akan lebih selamat dengan ketiadaan Nik Aziz, orang melayu akan lebih selamat tanpa Anwar. Mainan politik Anwar dan Nik Aziz menyebabkan DAP terus utuh dan kuat di negara ini. Kita sudah tidak ada masa lagi, kalau kita mahu melihat islam dan melayu terus kekal meneraju negara ini kita tiada piilihan lain kecuali menyikir kedua2 tokoh ini dalam dunia politik tanah air.

3 comments:

TAAVEEKUN PERAK said...

kedua2 bahalol tu perlu disingkirkan segera demi keamanan sejagat. ayuh.....

rahimi said...

Betul kalau kita mahu melayu selamat dari tangan2 rakus manusia yang berkepentingan politik tolaklah kedua2 pemimpin ini.
Bagi Nuar memperjuangkan nasib melayu adalah sandiwara semata2.
Dan bagi Nik Aziz pula sayangnya pada DAP melebihi sayangnya pada saudara seagama.
Komunis dan peliwat dijulang sedangkan DSN yang berusaha untuk memajukan malaysia dan menyatukan kaum,diminta oleh Nik Aziz berdoa2 beramai supaya diturunkan bala.
Pemimpin begini harus ditolak jika tidak mahu maruah dan kepentingan melayu ditapak kaki kan.
Kenyataan2 Nik Aziz selalunya merapu dan menyakitkan hati org islam,begitu juga dgn Nuar utk melepaskan diri yg semakin tersepit sanggup menagih simpati dari negara luar.
Sedangkan dlm sejarah banyak tertulis campur tangan kuasa asing adalah satu malapetaka bagi sesebuah negara.
Tapi nuar dgn rela hati membina jambatan utk membenarkan pengaruh asing membolosi negara tercinta.
TERIMAKASIH TUN KERANA MEMECAT ORANG SEPERTI NUAR DARI TAMPOK KUASA.ALLAH MASIH SAYANG KAN BUMI BERTUAH INI DARI JATUH KETANGAN MANUSIA BERTOPENG SEPERTI ANWAR IBRAHIM

Scud said...

nik aziz sepatutnya sudah bersara. elok beri tumpuan kepada amal ibadat dan keluarga.

anwar pula perlu disimpan didalam penjara sg buluh. dia terlalu merbahaya untuk dibiarkan bebas. habis agama, bangsa dan negara nak "diliwatnya"

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..