Followers

Monday, March 8, 2010

NIK AZIZ MENYOKONG LIWAT ANWAR BUKAN KERANA ISLAM...

Kisah katil berharga RM77,000 dan tilam RM24,000 yang didakwa pernah dibeli oleh Naib Presiden PKR Azmin Ali masa menjadi Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal 1990an dulu bergema di padang AU5 dekat Hulu Kelang Ahad malam. Bekas Setiausaha Sulit Anwar di Kementerian Kewangan Anuar Shaari yang tampil dalam ceramah anjuran Pemuda UMNO Gombak di situ mendakwa beliau ada bukti pembelian barangan mewah itu ketika gaji Azmin sebagai pegawai kerajaan tidak seberapa. Beliau juga mengulangi dakwaan tentang sebilangan transaksi kewangan dalam akaun bank Azmin dan isternya Shamsidar Taharin waktu itu yang tidak diketahui dari mana sumbernya. Kira-kira 500 orang penduduk tempatan terpegun mendengar ceramah Anuar dengan kalimah pembuka beliau bersyukur ejaan namanya tidak sama dengan Anwar.

Beliau bersama sebilangan bekas pemimpin Parti Keadilan diketuai oleh Ezam Mohd Nor kini dalam siri ceramah sekitar negara untuk menangkis siri ceramah yang dianjurkan oleh Anwar dan pakatan pembangkang dicelah kehangatan perbicaraan kes liwat Penasihat PKR itu. Ceramah mereka,juga oleh bekas Naib Ketua Pemuda parti itu,Zahid Md Arip yang memberi hujah-hujah mendedahkan apa yang didakwa pembohongan Anwar dan pembangkang kebelakangan ini mendapat reaksi panas dari hadirin. Ezam memberitahu beliau terpanggil untuk menentang Anwar habis-habisan kali ini hingga mengambil cuti tiga bulan dalam tugasnya di Yayasan Generasi Baru berpejabat di Jakarta untuk round satu negara bagi mematahkan dakyah Anwar dalam ceramah mengenai kes liwatnya. “Anwar Ibrahim round …saya kena round…saya nak jawab,”katanya sambil meminta maaf kerana semasa perbicaraan kes liwatnya yang pertama dulu beliau menjadi panglima mempertahankan Anwar. Serentak dengan itu beliau melafaz sumpah mengaku beliau silap mempertahankan Anwar. “Kononnya beliau difitnah…malam ini di Gombak dan malam-malam seterusnya dan selepas ini…saya memohon maaf saya tersilap …saya tarik balik setiap patah perkataan membela Anwar Ibrahim,”katanya disambut tepukan gemuruh. Katanya baru sekarang beliau tahu hal sebenarnya.”Kalau dulu saya tahu haram saya nak sokong dia,”ujarnya.


Ezam mencabar Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail samannya untuk membolehkan beliau cerita segalanya apa yang diketahuinya. Beliau hairan bagaimana kalangan penyokong pembangkang boleh termakan dakyah Anwar tidak bersalah dalam kes itu sedangkan perbicaraan baru bermula dan mahkamah belum buat keputusan lagi. Ezam kesal orang seperti ulama besar PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat juga terdorong membuat kesimpulan sama dan tidak mahu beri peluang keadilan untuk Saiful Bukhari Azlan ditentukan di mahkamah. Dakwanya Nik Aziz dan pimpinan pembangkang hanya melihat untung rugi politik dari kes ini tanpa mempedulikan kata-kata keramat keadilan yang mereka jaja di sana sini. “Cukuplah…saudara-saudara tak tahu ( hal sebenar kes liwat) …melainkan yang kenalah…mana kamu tahu Saiful salah…kalau Saiful betul…saudara tak takut dosa ke…ini yang tak tahu …macam mana boleh pertahankan habis-habisan... “Ini Nik Aziz …dalam pinsip Islam kita kena dengar dua-dua pihak…saya nak tanya Nik Aziz dia pernah dengar Saiful…dia pernah jumpa Saiful…dia pernah jumpa bapa Saiful...apa pasal dia tak cari Saiful…apa pasal dia dengar Anwar saja….apakah ini prinsip Islam. “Apakah kerana Anwar itu Datuk seri…Anwar itu orang besar…Anwar pemimpin mereka…Saiful budak kecil…umur 20 tahun …belajar tak habis…ooo dia salah…”

Katanya dalam prinsip Islam bila dibicarakan kedudukan Saiful sama dengan Anwar. “Anwar kena kemuka bukti…masuk mahkamah takut pasal apa…yang tangguh sana…tangguh sini…sebab apa…dia suruh orang lain pertahan pula…buat apa,”katanya. Ezam berkata sebagai bekas orang kanan Anwar beliau cukup masak strategi bekas bosnya itu yang bertindak menyalahkan dakwa konspirasi dan memburukan semua orang termasuk Perdana Menteri,Peguam Negara,Ketua Polis Negara dan sebagainya agar dia nampak tidak bersalah. “Anwar boleh round satu Malaysia cakap dua tiga jam…ajak sumpah tiga minit tak mau…tapi yang lain ni yang dok pertahan…dia tak buat…”ujarnya.

Menurut Ezam dulu Anwar hentam Datuk Seri Abdullah Badawi dan kini Datuk Seri Najib Tun Razak .” Sedangkan Pak lah bebaskannya…saya tahu sebab saya bawa Wan Azizah jumpa Pak Lah…orang lain tak tahu,”katanya. Beliau mendakwa sebab utama pembangkang khususnya DAP begitu mempertahankan Anwar kerana melihat melalui beliau saja mereka dapat mencapai cita-cita politik mereka. Katanya semasa kes liwat pertama tahun 1998 dulu Karpal Singh antara yang paling vokal menghentam Anwar tetapi kini beliau menjadi peguam utama Anwar setelah yang lain tarik diri. Ezam meminta rakyat di negara ini khususnya orang Melayu sedar tentang hakikat ini sebelum terlambat. Katanya DAP tidak perlu orang lain kecuali Anwar kerana Penasihat PKR itu dengan sendiri sudah membawa apa yang mereka perjuangkan. Menurutnya sebab itu DAP awal-awal keluar kenyataan tetap mahu Anwar jadi Ketua Pembangkang di Parlimen sedangkan jumlah kerusi PKR sudah kurang dari DAP. Ezam mendakwa pernah membangkitkan soal orang Melayu pada Anwar selepas beliau keluar penjara satu ketika dulu. Namun katanya Anwar tidak padulikan hal itu kerana lebih mementingkan soal undi bukan Melayu. Katanya sejak itu pandangannya terhadap Anwar sudah jauh berubah.

1 comment:

rahimi said...

Masalah penyokong2 Nuar Berahim ni bagilah bukti banyak mana pun mereka tidak akan percaya kerana terlalu taksub pada Nuar.
Jika orang yang jenis berpandangan terbuka mereka akan memikirkan melalui sudut akal yang lojik bukan membabi buta.
Ketika kes 1998 aku pun percaya pada Nuar dan pada ketika itu dia hadir si masjid kg Baru.
Orang ramai mengatakan malam tersebut Nuar akan mengangkat sumpah untuk membuktikan dia tidahk bersalah tetapi sebaliknya Nuar hanya mempertahankan dirinya sahaja tetapi tidak mengangkat sumpah seperti yang digembur2kan.
Mulai malam itu hati aku mula tertanya2 mengapa Nuar tidak mahu mengangkat sumpah sedangkan tuduhan ini amat berat.
Bila terjadi kes yang sama cuma tahun berbeza 2008 Nuar tetap berdolak dalik enggang mengangkat sumpah maka persoalan yang sering menjadi tanda tanya terjawab jua akhirnya.
Bila setiap kali aku membaca penafian Nuar baik di akhbar mahupun blog aku akan tersenyum kerana gelihati melihat lakonan Nuar tapi apakan daya seorang pemimpin yg bergelar ulamak pun boleh percaya pada Nuar sedangkan pada suatu ketika dahulu dia pun sama2 menentang Nuar.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..