Suasana aman dibawah pentadbiran UmnoBN selama ini beransur2 menuju kemusnahan akhibat mainan politik pembangkang.Amalan double standad oleh pemimpin ultra kaisu dalam pembangkang bukan sahaja setakat merugikan negara bahkan telah memecahbelah keharmonian rakyat di negara ini. Kerajaan pusat yang diteraju oleh UmnoBN berperah tenaga berhempas pulas sibuk sana sini mencari jalan untok memajukan negara dan rakyat. Pembangkang pula sibuk sana sini meracuni fikiran rakyat dengan menabur fitnah dan memburuk2kan kerajaan diluar negara2 supaya para pelabur tidak melabur di negara ini. Keputusan dalam PRU lepas telah memberi laluan kepada pembangkang mentadbir beberapa negeri. Rakyat boleh menilai sendiri sejauhmana pentadbiran pembangkang berbanding dengan UmnoBN sebelum ini. Bagaimana perlaksanaan islamnya, pengurusan pentadbiran dan juga ekonomi yang dilaksanakan.
Pembangkang sengaja membesar isu2 bagi menutup kelemahannya. Di Kelantan tidak habis2 dengan isu royalti minyak walaupun Kerajaan Pusat sudah membuat keputusan menggantikannya dengan wang ikhsan. Papan tanda dan singbox dipasang sana sini bagi membangkitkan semangat rakyat Kelantan supaya bencikan kerajaan pusat bersabit dengan isu tersebut. Inilah kerja2 pemimpin pas, mereka sanggup menghabiskan wang ringgit semata2 merealisasikan impian mereka. Kesusahan rakyat tidak dihiraukan asalkan mereka kaya raya. Kalau usaha2 sedemikian dilakukan bagi menolong rakyat sudah tentu Kelantan dibawah pemerintahan pas selama 20tahun tidak seperti hari ini.
Bukan setakat mundur, rakyat Kelantan juga terus dibelenggu cara kepimpinan MB Nik Aziz. Rakyat tidak bersatu kerana agama sedangkan islam itu sendiri menyuruh kita bersatu. Asalkan menyokong pas semuanya beres, syurga neraka berada dibibir Nik Aziz. Rakyat yang tidak boleh memikir dengan baik jadi kebingungan yang akhirnya menjadi taksud. Inilah dia sikap sebenar Menteri Besar yang diagung-agungkan oleh seluruh penganut Pas di negeri yang kononnya menjadi tadahan wahyu Kelantan.
Akhir2 ini Nik Aziz satu persatu mengzahirkan perangai sebenarnya. Nik Aziz tidak menjaga kredibilitinya yang diangkat sebagai ulamak pewaris nabi oleh pengikut taksubnya dan juga yang dikatakan mempunyai keramat serta berkat hatta seliparnya pun mempunyai karamah yang besar. Menteri Besar itu mendabik dada kononnya dia dan penganut ajarannya lah merupakan golongan paling tulen keislamannya dari umat islam lain di negara ini. Umno katanya islam palsu dan pas katanya islam tulin.Mungkin sebab itulah dia berasa sombong dan angkuh hinggakan sanggup mengabaikan hal-hal kesihatan ulul amri di negerinya sendiri.
Terbaru... kini Nik Aziz pula bertindak mengenepikan serta tidak memperdulikan kesihatan baginda Sultan Kelantan sejak Tuanku Sultan menjalankan rawatan di Singapura Mei tahun lalu. Sebelum ini Nik Aziz tidak mengambil peduli tentang hidup mati pemimpin Umno dengan doa pecah perutnya dan kepada para penyokong2 Umno. Perangai Uniknya telah merebak kepada KDYMM Al-Sultan Kelantan walaupun ianya boleh dikategorikan sebagai derhaka kepada Sultan !Nizar bertindak menderhaka kepada Sultan Perak, Nik Aziz pula menyusuri jejak langkah Nizar...rupanya ini menjadi amalan biasa dikalangan pemimpin2 Pas.
Nik Aziz sebagai Mursyidul Am Pas dan selaku MB tidak tahu menghormati Raja Melayu, apatah lagi dengan pengikut-pengikutnya.Kini kian terserlah kebiadapan serta buruk laku Mursyidul Am Pas ini. Tidak hairanlah jika Nik Aziz dan penyokong taksudnya sanggup memaki hamun pemimpin2 Umno dan mufti2 yang tidak sehaluan, Baginda Sultan pun mereka tidak pandang. Walaupun Nik Aziz tidak berjaya dalam pentadbirannya tetapi Nik Aziz berjaya melahirkan ramai penyokong2 tadsub. Mereka ini terlalu memuja dengan mengangkat Nik Aziz setinggi2nya sehingga ketaraf Tok Guru dan Ulama. Disebabkan ilmu yang ada pada Nik Aziz tidak setaraf dengan tittle yang diberikan oleh peyokong tadsubnya menyebabkan beliau menjadi riak dan takabbur. Nik Aziz sekarang sedang menuju kearah status wali kerana keceluparannya berkaitan dengan hukum2 islam, hari ini lain esok lain. Solat hajat belum lagi selesai Allah sudah makbulkan permintaannya sedangkan umat islam lain sudah lama memohon dari Allah supaya menurunkan hujan tetapi kerana mereka tidak dari kalangan dan pengikutnya maka dikira tiada keberkatan. Kerana keberkatan solat Nik Aziz hujan turun di Kelantan beberapa hari lepas. Solat hajat pun dipolitikkan...dengan kata lain, kalau Nik Aziz berjaya melahirkan penyokong tadsub maka penyokong taksudnya pula berjaya melahirkan seorang wali selipar politik...dunia ini ana yang punya!
1 comment:
HARI INI HARI YANG INDAH APABILA X-PKR DS ZAHRAIN MENGHENTAM ANUAR CUKUP-CUKUP DIPARLIMEN.
ANUAR LARI LINTANG PUKANG KELUAR DEWAN..
TERUSKAN WAHAI SEMUA X-PKR..
KASI HANTAM..
KASI ULI..
KASI TENYEH..
KASI GALI..
KASI BOCOR..
KASI KARAM..
KASI TENGELAM..
KAH KAH KAH KAH ...
Post a Comment