Followers

Saturday, October 30, 2010

BAGI PENGUNDI ISLAM DI GALAS JANGAN LUPA DAN JANGAN LALAI...

ANTARA KATA-KATA PEMIMPIN PAS YANG SUDAH TERKENA BATANG HIDUNG SENDIRI...

Kata PAS : UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. "Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur.." (Kuliah Di Marang 1983)KEMUDIANNYA.,PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihan...raya ke-11 & 12.

Kata PAS: "Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin".KEMUDIANNYA.. Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.

Kata PAS: "Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi"KEMUDIANNYA.. Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carlsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

Kata PAS: Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: "Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga? Babi? "KEMUDIANNYA.. Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang ?! Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka 'kerajaan Babi'.

Kata PAS: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.KEMUDIANNYA.. Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata "Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah".

Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata : "Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…"KEMUDIANNYA.. Bila Anwar kena pecat, PAS kata: "UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam".

Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: "Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi". Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.KEMUDIANNYA.. Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: "Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..

Kata PAS: "Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir"KEMUDIANNYA.. PAS Kedah yang baru memerintah kata : "Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

Kata PAS: "Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur".KEMUDIANNYA.. PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

Kata PAS: "Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: "Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir".KEMUDIANNYA.. PAS Kedah kata : "Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah" (Datuk Seri Azizan Razak, MB Kedah)

Kata PAS: "UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves".KEMUDIANNYA.. PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.APA KATA ANDA?!

Kata PAS: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.KEMUDIANNYA.. Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.KEMUDIANNYA.. PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

Kata PAS: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara KEMUDIANNYA.. PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

Kata PAS: "Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam"KEMUDIANNYA.. PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: "Kami menentang negara Islam" (YB Lim Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: "Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO".

PAS kata: "UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya"KEMUDIANNYA.. PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS? Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.

PAS kata: "UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah"KEMUDIANNYA.. PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Pulau Pinang,Selangor dan Kedah.

PAS kata: "Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam" (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).KEMUDIANNYA.. PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

ADAKAH ANDA JUGA TERMASOK DALAM GOLONGAN PELUPA DAN LALAI ?
(Dari Braveheart-blogger petikan asal dari blog papa Gomo )

Tuesday, October 26, 2010

DUA PERKARA BESAR NIK AZIZ PERLU PERJELASKAN SEBELUM PRK GALAS

Apa yang telah berlaku, terutama di kawasan-kawasan Sungai Lakit dan Sungai Bayu adalah kerajaan negeri telah menolak permohonan peneroka-peneroka yang bukan ahli PAS atau hanya rakyat biasa tanpa parti.

Sebaik saja permohonan tanah itu ditolak, akan ada aktivis-aktivis PAS yang masuk memohon dan diluluskan. Dengan demikian mereka yang telah membanting tulang dan mengeluar modal meneroka dan membuka tanah, tidak didapat apa=apa tetapi aktivis PAS pula yang dapat tanah yang tersedia untuk diduduk.

Banyaklah di kawasan sempadan Gua Musang dan Kuala Krai ini tanah-tanah yang dipunyai oleh mereka-mereka yang duduk di Bachok, Pasir Mas, dan Tumpat. Mereka ini adalah orang-orang PAS yang mendapat imbuhan dari kerajaan PAS negeri dengan merampas usaha dan penat lelah rakyat biasa.

Usahlah terpedaya denagn kopiah, jubah dan imej keislaman yang PAS cuba bawa. Ramai dikalangan aktivis PAS di Kelantan adalah munafiq yang bukan saja "cakap tak serupa bikin" tapi adalah mereka-mereak yang zalim pada diri mereka dan lintah yang menghisap darah rakyat.

Berita yang tidak di keluarkan dalam haprak daily dan mana-mana laman web pakatan, parti islam semalaysia pernah merobohkan gereja milik orang asli di galas, perkara ini di akui sendiri oleh berberapa ketua-ketua orang asli dan di sahkan sendiri oleh calon bn galas aziz yusof. Geraja itu di robohkan kerajaan pas pada tahun 2007. dan perkara ini telah di bawa ke mahkamah.

Pada 16 Julai 2009, hakim mahkamah tinggi kota baru, tuan mohd azlan hashim telah mendapati perobohohan gereja yang dilakukan pihak berkuasa adalah tidak sah dan salah serta mendapati tindakan pihak berkuasa selepas merobohkan gereja mencuba mendirikan balai raya menggantikan gereja sebagai menceroboh tanah hak milik orang asli. mahkamah telah memerintahkan membayar ganti-rugi.

Alasan pihak berkuasa untuk merobohkan bangunan ini adalah kerana orang asli kg jiras yang beragama kristian telah membina bangunan ini sebelum mendapat kebenaran pihak berkuasa. tetapi cerita sebenarnya ialah bangunan itu dirobohkan tidak lain hanyalah kerana ia adalah sebuah gereja.

Malahan apabila pihak berkuasa menyatakan kesedian untuk membina sebuah balai raya (dan bukannya membina gereja) menggantikan gereja yang diroboh ditempat lain untuk orang asli kg jiras, ini menunjukkan dengan jelas betapa kurang senang PAS melihat kehadiran sebuah gereja.

KENYATAAN CALON BN DI PRK GALAS

Monday, October 25, 2010

ADAKAH PENGUNDI ORANG ASLI PENENTU KEMENANGAN PRK GALAS?

TUMPUAN DIBERIKAN KEPADA PENGUNDI ORANG ASLI DAN CINA DI GALAS.
Galas mempunyai 11,553 pengundi berdaftar, dari jumlah itu 65.2 peratus adalah orang Melayu, 22 peratus Cina, 10 peratus Orang Asli dan 1.8 peratus India.Dari rekord pilihanraya dari tahun 1974 hingga hari ini menunjukkan Ku Li yang tidak pernah kalah di Gua Musang yang juga telah dilantik menjadi pengarah pilihan raya sudah tentu memberi kekuatan kepada BN.

Pada 2008 DUN Galas, Pas berjaya dengan majoriti 646 undi. Calon Pas, Allahyarham Che Hashim Sulaiman mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN, Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi. Pada pilihan raya tersebut BN tewas dengan majoriti kecil, Galas merupakan kubu Ku Li sejak lebih 40 tahun lalu.

Setiausaha UMNO Gua Musang, Abdul Aziz Yusoff, 47, diumumkan sebagai calon bertanding lawan calon pas yang sudah kalah kepada Ku Li dalam dua pilihanraya umum 2004 dan 2008 Dr Zulkifli Muhamad.

Usaha pas untok mengekalkan kemenangan sudah pasti akan menabur berbagai-bagai fitnah untuk menawan hati pengundi DUN Galas. Pengundi Melayu, Cina dan orang Asli melihat bagaimana ganas dan penuh tipudaya kerajaan PAS negeri merampas tanah-tanah yang diduduki orang Melayu dan tanah-tanah terlindung bawah Akta Orang Asli 1954 yang diduduki orang Asli dirampas untuk diberi kepada tauke-tauke Cina urus sebagai Ladang Rakyat atau ladang sayur.

Sokongan terbuka pengundi kaum Cina dan orang Asli kepada Barisan Nasional (BN) kali ini begitu ketara sekali. Mereka telah sedar pas tidak dapat membuat apa-apa perubahan, BN sahaja yang mampu membuat perubahan dikawasan mereka menyebabkan pas begitu tertekan sekali menjelang PRK Dun Galas pada 4 Nov ini.

Saturday, October 23, 2010

ADAKAH DI GALAS PAS PERLU BARING PEGANG BENDERA?

PERMULAAN PENIPUAN PAS DI PRK GALAS...

Adakah Dr Zukefli calon Nik Aziz di Galas ini terdiri dari kalangan golongan asli?. Permulaan pemilihan calon pas sudah menipu. Sebelum ini pas beriya-iya katanya calon di PRK DUN Galas terdiri dari kalangan orang asli. Satu permulaan jahat pas di Galas soal calon pun mereka sanggup menipu orang asli kerana semata-mata mahu mendapat pengaruh dan sokongan.

Orang kata pas sanggup buat apa sahaja asal menang pilihan raya. Fe'el dan perangai sebenar orang-orang pas semakin terserlah menjelang pilihan raya.

Rekord Pas Kelantan bagaimana ia boleh hidup sehingga dapat mentadbir lebih 20tahun menjadi ukuran. Peratusan untok mendapat kemenangan setiap kali pilihan raya adalah dengan cara menipu rakyat. Agama dipersendakan asalkan rakyat menyokong dan setiap kali pilihan raya ada sahaja isu baru diadakan sedangkan isu lama dilupakan begitu sahaja walaupun bersabit dengan hukum islam. Bukan mahu menolong rakyat bahkan membuatkan rakyat lagi kebengongan dan keliru, kalau hendak dikatakan pas perjuangan islam jauh sekali merusak lagi perpaduan sesama islam boleh diberi kredit sebab itu DAP boleh hidup bersama pas.

DAP mahu menubuhkan Malaysian Malaysia, Pas rusak agama cari pengaruh dan PKR drama Anwar untok mengatur mendapatkan Perdana Menteri. Pas takut kepada orang asli sebab itu ia berjanji dikalangan orang asli juga akan diberi calon di Galas.

Permulaan drama Anwar katanya tidak mahu masuk campor soal pilihan raya Galas katanya itu soal pas bukan PKR menunjukkan begitu liciknya politik Anwar. Kita tahu pengundi disini majoritinya kaum melayu.Kebijaksanaan Anwar berpolitik boleh membuatkan orang percaya walaupun dikalangan melayu ia bercakap lain didepan Cina dan India boleh pula ia bercakap lain. Kerja Anwar adalah menjaga hati Cina dan India, kerja pas adalah mencari pengaruh melayu seberapa ramai yang boleh supaya menyokong parti tersebut.

Pas tidak nampak bersalah sedikit pun kepada rakyat. Di Galas sendiri penipuan Ladang rakyat pengambilan tanah2 yang menjadi tempat sumber rezeki diambil dan diserahkan kepada Syarikat menyebabkan rakyat kehilangan tempat sumber pendapatan. Lot2 tanah yang diberi kepada rakyat yang miskin yang dibina rumah oleh Kesedar tidak diluluskan oleh Pas kerana kuasa menggeluarkan geran hakmilik adalah dibidang kuasa kerajaan negeri. Umno ramai pemim[pin yang bijak, tetapi tidak cerdik sebaliknya pas dikalangan pemimpinnya tidaklah bijak tetapi kelebihan yang adalah menipu. Kita pengundi melayu yang lebih bertermandun kena sedar dan malu kepada orang asli sebab apa Ku Li tidak pernah kalah bertanding di Parlimen Gua Musang.

SAPA KAFIR?

Saturday, October 16, 2010

BUDGET 2011 ADAKAH BARANGAN GETAH KETINGGALAN...?

DS Najib mencadangkan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan dimansuhkan.

“Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut dan juga kelambu...” kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen.

Bagaimanapun, dalam banyak-banyak barangan, barangan hasil getah seperti kondom tidak banyak diberikan inisiatif pelepasan cukai seperti barangan kegunaan harian yang lain. Dulu kita tak nampak kepentingannya tapi sebab semalam dalam satu perbicaraan kes liwat, mahkamah diberitahu oleh pakar patologi Hospital Kuala Lumpur bahawa mangsa dalam kes tersebut, Saiful Bukhari telah diliwat sebanyak 8 KALI tanpa menggunakan kondom oleh pemangsanya, maka ada kesedaran mungkin perlu kerajaan bagi pelepasan cukai untk barangan hasil getah macam kondom ini.

Lebih 4 juta rakyat di negara ini mengikuti siaran langsung pembentangan budget oleh PM petang kelmarin sudah tentu kepada mereka yang prihatin kepada pembicaraan kes liwat Saiful terlintas difikiran bertapa pentingnya kondom. Sudahlah menjadi mangsa liwat, tidak pula pemangsa memakai kondom bagi melindungi mangsanya daripada jangkitan penyakit dan kecederaan lain. KY jelly walaupun digunakan ia hanya sekadar melancarkan penembusan tidak sebagai penahan kepada penyebaran jangkitan penyakit berjangkit. Sekali lagi penyayaan keatas Saiful.

Program asuhan kanak2 percuma PERMATA yang diperuntukkan RM111 juta menjadi kecaman pembangkang. Program ini melibatkan ibubapa yang berpendapatan sederhana dan kebawah. Dimana keiklasan pembangkang yang selama ini melaungkan mahu menolong rakyat jika program ini juga dikecam? Program ini bertujuan untok mendidik kanak2 berumur kurang dari 4tahun dengan berpendidikan murni dan iannya telah ditubuhkan sejak tahun 2006 lagi.

Apa pun bagi penulis pembentangan budget 2011 menyaksikan rakyat daripada semua masyarakat mendapat hasil munafaatnya. Semuga dengan budget ini mendokong perubahan besar kepada kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat. Tahniah kepada DS Najib dapat menyediakan 2011 sebegitu baik selain dari pembentangannya begitu jelas kepada rakyat.

Monday, October 4, 2010

RAKYAT MULAI MUAK "DEMOKRASI TULIN" CIPTAAN ANWAR


Kalau kita dengar ceramah Anwar Ibrahim segala-gala yang jahat adalah Umno. Bila kita dengar ceramah Nik Aziz pula segala-gala yang baik adalah Pas dan bila kita dengar ceramah DAP segala-gala yang adil adalah DAP. Betul ke?

Disebabkan keasyikan mendengar ceramah dari pemimpin2 haprak tersebut sedikit sebanyak telah memberi kesan keputusan pilihanraya PRU12. Melayu terus menjadi ketinggalan bila mengamalkan "politik rugi masa" mudah terpedaya dengan janji2 manis yang ditaburkan melalui ceramah2 yang diadakan.

Bila kita perhatikan apa yang berlaku dalam pemilihan diperingkat cabang PKR yang baru diadakan. Hampir semua tempat menjadi kecoh, perkara yang tidak sepatutnya telah berlaku dalam parti baru yang kononnya memperjuangkan demokrasi tulin tersebut.

Calon timbalan presiden Zaid Ibrahim dipulau siang2 lagi. Azmin Ali bermaharajalela, Nurul Izzah anak Anwar yang baru setahun jagung dalam politik seolah2 melebihi segala2nya berbanding dengan pemimpin lama lain dalam PKR. Perkara ini tidak akan terjadi jika power tidak diberikannya kepadanya. Siapakah dibelakang Nurul? adakah presiden boneka PKR Wan Azizah atau ayahnya Anwar Ibrahim itu fikir2kan lah sendiri. Zaid telah membuat kenyataan dalam blognya bahawa Presiden PKR Azizah adalah boneka Anwar.

Mesyuarat agong tahunan 2010 Cabang Kuala Selangor ahli yang hadir hanya sekadar 90 orang sahaja ini cukup memalukan Anwar Ibrahim. Sesetengah penulis blog pembangkang mulai sedar, kemarahan tidak puas hati bila melihat kenyataan dalam blog mereka. Penulis blog Malaysia Today, Raja Petra mengkritik Anwar Ibrahim dengan janji-janji semasa PRU12 belum lagi ditunaikan dan tidak akan memberi sokongan kepada pembangkang dalam Pilihanraya DUN Galas berikutan kegagalan pembangkang melunas janji2 dalam PRU12 lalu.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..