Followers

Wednesday, December 10, 2008

KAYVEAS & PPP


Kayveas bila nak belah dari BN?

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam telah memutuskan Parti Progresif Rakyat (PPP) bebas untuk meninggalkan BN atau pun sebaliknya, bersabit dengan keputusannya ( parti itu ) mahu keluar dari BN jika Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak dibuat sebarang pindaan oleh Kerajaan (BN).

" Terserah kepada PPP sendiri jika pemimpinnya mahu berbuat demikian ( keluar BN ) " begitulah ucapan Pak Lah sewaktu sidang akbar selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Presiden PPP ( M Kayveas) dengan angkuh dan opportunist menggeluarkan kenyataan bagi mengeruhkan lagi keadaan. Dahulu Kayveas pernah mendesak jawatan menteri daripada kerajaan untuk PPP dan kerajaan telah bagi kepadanya dan kepada beberapa pemimpin mereka seperti T Murugiah dalam Kabinet. BN dan Umno tidak perlu tunduk kepada sebarang agenda jahat ini juga dari mana-mana pemimpin parti lain. Tambahan sekarang, tidak sepatutnya perkara ini berlaku memandangkan kerajaan memerlukan kekuatan dan penyatuan, ekonomi negara juga tidak stabil kesan dari ekonomi global. Sepatutnya Kayveas kena lebih peka, dengan tidak bertindak sedemikian. Kayveas tidak meletakan kepentingan negara dihadapan. PPP adalah sebuah parti yang kecil dan kalau diikutkan sejarah dan rekod PPP hanya bergantong kepada BN untuk parti itu terus kekal dan releven dalam arina politik tanah air.

Kini Kayveas mungkin menunggu masa yang sesuai untuk mengistiharkan partinya itu keluar dari BN. Tetapi jika tidak Keluar dari BN bermakna kata-kata Kayveas tersebut sesuatu yang bertujuan untuk sokongan murahan daripada penyokong mereka dan juga dari pembangkang untuk kepentingan politik beliau sendiri. Keputusan kerajaan tepat dan harus dipuji memandangkan semenjak akhir-akhir ini bermacam tekanan dan ugutan keatas BN jika dibiarkan dan lebih kepada tolak ansur boleh mendorong kepada parti komponen yang lain untuk bertindak perkara yang sama. Keputusan tersebut setidak-tidaknya boleh memberi isyarat bahawa kerajaan tidak akan sujud dan akur kepada tekanan pembangkang atau pun dari komponen BN sendiri. PPP boleh mengikut jejak SUPP jika tidak sealiran dengan BN dan sudah tentu BN tidak rugi apa-apa. BN tidak wajar melayan sesebuah parti kecil yang gemar menimbulkan kontrovesi seperti PPP.

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..