Wartawan televisyen Iraq yang melempar kasut ke arah Presiden George W Bush pernah ditawan militan dan tentera Amerika Syarikat sebelum ini.
Muntadhar al-Zeidi, 28, lelaki Syiah yang masih bujang kini ditahan pihak berkuasa Iraq dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau didenda.
Beberapa ribu orang menyertai tunjuk perasaan di Baghdad dan beberapa bandar lain menuntut al-Zeidi dibebaskan.
Kasut yang dilempar al-Zeidi tidak mengenai Bush tetapi setiausaha akhbar Rumah Putih Dana Perino cedera di mata apabila terkena mikrofon dalam kekecohan yang menyusuli insiden berkenaan.
Sehari selepas itu, tiga saudara kandung lelaki dan perempuan al-Zeidi berkumpul di pangsapuri wartawan itu di barat Baghdad.
Ahli keluarganya bingung dengan perbuatan al-Zeidi dan bimbang terhadap keselamatannya ketika ditahan. Namun mereka berasa bangga terhadap perbuatannya yang membayangkan kebencian orang Arab terhadap presiden Amerika Syarikat itu.
“Demi Allah, adik saya adalah seorang wira,” Kata kakaknya, keluarganya berkata perbuatan Al-Zeidi tidak dirancang, tercetus oleh penderitaan yang dilihat wartawan itu setiap hari ketika membuat liputan di sekitar Iraq.
Al-Zeidi mula bertugas di stesen televisyen Al-Baghdad pada September 2005 selepas lulus daripada Universiti Baghdad dengan ijazah sarjana muda komunikasi.
No comments:
Post a Comment