Followers
Friday, December 5, 2008
KERANA MU MALAYSIA
Untuk apa kita bergaduh?
Di Malaysia terdiri dari pelbagai kaum. Kaum terbesar adalah Melayu, Cina dan India. Negara kita jika dibandingkan dengan negara-negara jiran boleh dikatakan aman makmur. Rakyat hidup dengan harmoni, samada yang berkerja kerajaan atau berniaga dapat menjalankan tugas dengan baik. Ekonomi negara stabil kesan daripada kehormonian dan kesepakatan yang ditunjukkan. Tidak seperti di Thailand juga Indonesia macam-macam berlaku akibat daripada ketidakstabilan ekonomi dan juga kerajaan negara tersebut.
Kalau dilihat dari segi kemerdekaan negara kita lebih 50 tahun Merdeka, sudah lama. Makanya kaum-kaum yang ada di Malaysia hari ini tidak lah nampak bersatu. Masih ada perantaraan atau tembok pemisah antara satu sama lain. Dari segi perhubungan atau kawan-kawan tidak menampak jelas perantaraannya, tetapi syak wasangka dan tidak selesa dihati masing-masing tetap wujud dan tidak terungkai sepenuhnya. Situasi beginilah sering menghantui dilubuk hati, dan ianya amatlah tidak sihat. Apabila saja berlaku sebarang isu yang dibangkitkan antara kaum ia akan terserlah kembali ketidakpuashatian dan tidak elok didengar. Tambahan pula isu-isu ini di sebar dan dicanang oleh saluran saluran infomasi seperti akbar, tv, blog dan sebagainya. Kehadiran pemimpin-pemimpin yang mewakili kaum atau politik yang sentiasa mengambil kesempatan mahu menunjuk atau mencabar parti atau kaum-kaum lain juga menambahkan lagi berlaku perpecahan.
Sekali lagi rakyat jadi terperangkap dek kepimpinnan parti-parti politik, sehingga mereka turut dipengaruhi, yang menjadi tamparan hebat kepada sesuatu bangsa. Mereka tetap bermain dengan api selagi agenda politik mereka belum tercapai. Ini lebih menyukarkan lagi kearah penyatuan di negara ini. Kalau dilihat dalam Umno, Pas atau PKR yang diwakili oleh sejumlah besarnya orang-orang Melayu sendiri. Walau pun keseluruhan nya parti itu mempunyai agenda yang baik tetapi sesetengah pemimpin dalam parti itu sentiasa mencari isu untuk mengelirukankan lagi orang-orang melayu yang lain, yang tidak sehaluan dengan mereka. Perpecahan demi perpercahan berlaku keatas orang-orang melayu dengan isu-isu yang tidak sepatutnya. Isu-isu yang lebih sensitif seperti ideologi agama, bangsa di guna pakai untuk mencari pengaruh menguatkan parti masing-masing. Sedangkan dilubuk hati setiap pemimpin semuanya sudah jelas cara itu lebih menyukarkan lagi usaha kearah penyatuan. Tetapi atas sesuatu kepetingan mereka sanggup melihat melayu berpecah. Apa salahnya jika ditumpu kepada agenda yang kita bawa, tanpa mencari jalan mudah membangkitkan sesuatu isu yang menguntungkan kita sedangkan banyak menjurus kearah keburukan.
Apa yang tersurat dihati penulis sebenarnya mahu mengumpas apa yang terjadi kepada kaum Melayu itu sendiri. Kita orang-orang Melayu sudah berpecah kepada tiga kumpulan besar, Umno, Pas dan PKR mengikut fahaman politik masing-masing. Umno diwakili oleh sebilangan besar orang-orang melayu yang secara kebetulan penubuhannya pula lebih awal dari parti Pas dan PKR. Sudah tentu berbagai rintangan, pengalaman mentadbir dan cabaran telah umno tempuhi dalam jangkamasa tersebut. Umno juga menjadi tunjang kekuatan orang-orang melayu dari dulu sampai sekarang. Umno juga menjadi tunjang dalam komponen Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara hari ini. Dalam umno juga tidak kurang kerenah yang timbul samada dalam perebutan jawatan dan sebagainya. Keyakinan orang-orang melayu dalam parti itu sudah mulai terhakis sedikit sebanyak sejak akhir-akhir ini. Kesan daripada perpecahan dan kekeliruan ini diambil kesempatan oleh parti Pas dan Keadilan.
Parti Pas yang menjadi pilihan kedua orang-orang melayu selepas umno. Pas lebih kepada konsep pendekatan agama berbanding umno, yang banyak berkisar kepada perjuangan bangsa. Apa yang berlaku dalam umno, berlaku juga pada Pas dan PKR. Akhir-akhir ini pas seolah-olah menjadi sebuah parti politik yang sudah lari dari prinsip asalnya. Perpecahan dalaman pas sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Pelbagai fahaman, ada yang leberal dan fundamentalis terbentuk yang masing-masing mempunyai agenda tersendiri. Dapat kita lihat kesan daripada gabungan bersama PKR dan DAP dibeberapa negeri masing-masing berbeza pendapat dan cara pentadbirannya. Sanggupkah Pas pertahankan dengan mengadaikan prinsip dan harapan ahli-ahli bawahannya? sedangkan parti pas adalah parti terbesar selepas Umno. Ini yang menjadi tanda tanya kepada ahli-ahli pas sekarang.
Kita orang-orang Melayu memberi harapan yang tinggi kepada pemimpin-pemimpin parti tak kira Pas atau PKR untuk menentukan hala tuju, dimana mahu melihat kerajaan dibawah kepimpinan orang-orang Melayu seperti kepimpinan UMNO selama ini. Seandainya Pas mampu, Pas harus memperbetulkan apa yang terjadi dalam parti itu dan kembali kepada perjuangan asal Pas. Jika pas tidak mampu bertindak sedemikian bermakna kekuatan kita orang-orang melayu tetap bergantung kepada Umno. Kita tidak ada pilihan lagi, kita tidak sesekali mengharap kepada PKR, ia adalah sebuah parti baru. Agenda pun tidak jelas, parti itu lebih mewujud kepada supression kepada segala cara ketidaksefahaman sesama bangsa.
Pakatan Rakyat memiliki 82 kerusi Parlimen. 40 kerusi terdiri dari bukan Islam manakala 40 kerusi lagi adalah Islam. Zukifli Nordin dan Ibrahim Ali terang-terang menjadi bebas. Apakah pendirian Pas dalam Pakatan Rakyat, Pas sendiri sudah menjadi bengon. Manakala PKR adalah parti yang paling kecewa sekiranya gagasan Pakatan Rakyat ini punah. Parti DAP lah yang paling berjaya dalam Pakatan Rakyat samada gagasan itu kekal atau tidak. DAP sejak turun temurun lagi bercita-cita untuk membentuk tapak kekuasaannya dan sekarang ini sudah diberi laluan mudah oleh Melayu Pas dan Melayu PKR beberapa negeri di Malaysia. Suatu masa sudah pasti menyesal tak sudah gara-gara benci kepada orang-orang Melayu dalam Umno yang menjadi kekuatan Bangsa Melayu itu sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Thought Of The Day
"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"
Selalu ada yang baru...
Selalu ada yang baru...
CHATROLL BPN
Visitors
FOREX MARKET
FOREX INVESTMENT
Forex exchange online.
Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815
Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda
Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815
Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Australia
Belanda
PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!
- 'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'
No comments:
Post a Comment