STRATEGI PERDAGANGAN FOREX OLEH : ARISFX TRADER//Arisfx@yahoo.com
Perdagangan Forex bukannya mudah seperti yang dijangkakan. Ianya memerlukan pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran tentang turun naik pasaran dan juga memerlukan ketahanan minda. Berikut adalah beberapa strategi untuk memperolehi keuntungan di dalam perdagangan pasaran forex.
Mulakan Perdagangan Apabila Anda Sudah Bersedia
Perdagangan forex berkehendakan pengetahuan yang luas untuk memperolehi keuntungan. Oleh itu anda tidak perlu terburu-buru untuk memulakan perdagangan dengan mengunakan wang sebenar dahulu.
Apa yang perlu anda fahami terlebih dahulu ialah segala pelajaran dan teknik yang telah anda pelajari dan mulakan perdagangan dengan mengunakan akaun demo atau akaun maya terlebih dahulu untuk membuat latihan. Jika anda merasa telah yakin yang anda boleh memperolehi keuntungan setiap hari atau setiap minggu atau setiap bulan, barulah anda boleh menjalankan perdagangan forex mengunakan wang sebenar.
Berdagang Dengan Modal Yang Anda Mampu Untuk Rugi
Perdagangan forex adalah spekulatif dan berkemungkinan anda menghadapi kerugian besar. Ia menjadikan anda terlalu ghairah untuk memperolehi keuntungan dan juga menjadikan anda ketagih. Oleh itu untuk berdagang di dalam pasaran forex, anda perlu mengunakan modal yang mampu untuk anda fikirkan rugi. Modal yang akan anda gunakan di dalam perdagangan forex tidak akan menjejaskan ekonomi harian anda.
Apabila anda mengunakan modal yang mampu anda fikirkan boleh rugi, minda anda akan tertumpu kepada pergerakan pasaran dan bukannya kepada masalah kewangan anda. Jangan sekali-kali mengunakan wang yang dipinjam. Ini kerana akan menganggu tumpuan anda terhadap pasaran perdagangan.
Had Sesuatu Proses Jual Beli
Hadkan modal yang anda gunakan untuk membeli atau menjual sesuatu gandingan matawang. Setiap belian dan jualan hendaklah jangan melebihi 3% daripada modal anda.
Hadkan Kerugian Anda Setiap Hari
Anda perlu menghadkan 2% hingga 10% daripada baki akaun anda untuk kerugian setiap hari. Dengan menghadkan kerugian anda setiap hari, anda akan dapat mengurangkan risiko perniagaan forex anda.
Sebagai contoh, katakan anda sedang melakukan proses SHORT dan anda sedang menangung kerugian. Jika pasaran semakin meningkat, anda akan menangung semakin banyak kerugian. Anda masih menunggu mengharapkan pasaran akan turun kembali, tetapi pasaran tidak menurun seperti yang dijangkakan, bahkan anda akan mengalami semakin banyak kerugian.
Dalam situasi tersebut anda tidak perlu menunggu pasaran akan turun semula untuk mendapatkan keuntungan. Jika kerugian tersebut sudah mencecah 2% hingga 10% daripada baki modal, anda perlu menutup proses jual beli tersebut. Ini kerana jika anda membiarkan saja, maka berkemungkinan besar anda akan kehilangan margin anda, dan anda akan terkeluar dari pasaran secara automatik.
Hadkan Kerugian Dan Biarkan Keuntungan
Jika anda sedang mengalami kerugian, jangan sesekali memulakan proses pembelian atau penjualan yang baru untuk menampung kerugian. Anda akan memperolehi semakin banyak kerugian.
Jika anda sedang mengalami kerugian dan anda fikirkan anda telah tersalah membuat pilihan jual beli, maka anda boleh menamatkan proses jual beli tersebut dan membuat posisi pembalikkan (reverse). Dengan ini anda akan menghadkan kerugian dan membiarkan keuntungan.
Kenali Keadaan Turun Naik Pasaran
Sebelum anda memulakan proses jual beli, kenali terlebih dahulu keadaan pergerakan turun naik pasaran, sama ada pasaran sedang meningkat, sedang turun atau pasaran sedang mendatar.
Perhatikan dan buat kajian terlebih dahulu carta-carta yang terdapat di dalam perisian forex sebelum anda melakukan proses jual beli.Di antara perhatian dan kajian yang perlu anda titikberatkan adalah :-
- Jarak atau panjang trend pertama (pergerakan pasaran pertama) dengan jarak atau trend kedua (pergerakan pasaran kedua).
- Dengan lain perkataan perhatikan berapa lama pergerakan pasaran pertama jika ia meningkat dan berapa lama pergerakan pasaran kedua jika ia turun kembali.
- Purata masa di antara harga pasaran tertinggi dengan harga pasaran terendah.
- Purata masa satu bar atau satu candlesticks sama ada anda melihat carta setiap 5 minit, 30 minit, 1 jam atau setiap satu hari.
Anda boleh melihat berlainan pergerakan bagi setiap masa carta. Dengan melihat pelbagai carta waktu, anda akan mendapat ulasan atau ramalan sama ada pasaran semakin menurun, semakin meningkat atau pasaran berpatah balik (reverse).
Meramal Pasaran Melalui Teknik Corak Carta Candlestick, Petunjuk Atau Fibonacci
Selepas anda memerhati dan mengkaji carta pergerakan pasaran, anda gunakan teknik meramal pula, sama ada anda ingin mengunakan teknik Carta Bar, Cendlestick, Petunjuk atau Fibonacci. Kemudian ramalkan pergerakan pasaran, sama ada semakin turun atau semakin meningkat naik dan kenali singnal jual beli.
Lakukan Proses Jual Beli Menggunakan Akaun Maya Atau Akaun Demo
Selepas memerhati, mengkaji dan meramal mengikut teknik Carta Bar, Candlestick, Petunjuk dan fibonacci, mulakan proses jual beli dengan menggunakan akau demo atau akaun maya terlebih dahulu. Biarkan perjalanan pasaran untuk beberapa minit sama ada pasaran mengalami pembalikan (reverse).
Tunggu sama ada anda memperolehi keuntungan atau tidak. Jika anda memperolehi sama ada keuntungan atau kerugian, pembalikan (reverse), posisi proses jual beli anda..
Redha Dengan Keuntungan Dan Kerugian Yang Diterima
Musuh yang dihadapi oleh pedagang-pedagang forex bukannya trend atau pergerakan pasaran setiap masa. Musuh utama yang paling besar yang dihadapi oleh pedagang-pedagang forex ialah sifat tamak haloba, tidak sabar, terburu-buru, hilang kawalan serta tumpuan.
Oleh itu untuk memulakan perdagangan jual beli anda perlu mengawal minda anda. Jika anda sedang mengalami kerugian, anda tidak perlu takut dan bimbang, dan jika anda sedang memperolehi keuntungan anda tidak perlu merasa tamak dan ghairah dengan keuntungan anda. Anda perlu redha apa yang telah anda perolehi, sama ada anda memperolehi keuntungan atau kerugian.
Jangan Berdagang Jika Anda Demam Atau Sakit
Jangan memulakan proses jual beli jika anda sedang demam atau sakit. Ini kerana anda tidak dapat mengawal kerancakan turun naik pasaran dan anda akan kehilangan pertimbangan sama ada anda ingin menamatkan sesuatu proses jual beli atau membiarkan kerugian anda semakin banyak.
Lihat Kerugian Dan Keuntungan Setiap Hari
Jangan melihat keuntungan dan kerugian pada sesuatu perdagangan. Anda perlu melihat keuntungan dan kerugian dari aspek setiap hari. Ini bermakna, kira keuntungan dan kerugian anda berdasarkan perdagangan harian. Ini membolehkan anda mengawal kerugian dan keuntungan setiap hari.
Gunakan Carta Yang Berlainan Untuk Memulakan Dan Menamatkan Sesuatu Proses Jual Beli
Sebagai contoh anda mengunakan carta setiap jam untuk meramal dan menganalisa serta memulakan sesuatu proses jual beli, pastikan anda mengunakan cara setiap 5 minit untuk melihat pergerakan pasaran secara lengkap. Dengan ini memudahkan anda untuk membuat pembalikan (reverse) atau untuk mengambil beberapa point atau pip.
Pilih Matawang Yang Mempunyai Perbezaan Kecil Untuk Memulakan Perniagaan
Bagi pedagang-pedagang baru, pilih matawang yang mempunyai perbezaan SPREAD yang kecil untuk memulakan proses jual beli. Kebiasaannya, gandingan matawang USD dengan lain-lain matawang mempunyai perbezaan yang rendah.
Dengan memilih gandingan matawang yang mepunyai perbezaan nilai harga yang rendah anda boleh mempercepatkan masa untuk mendapatkan keuntungan dan melambatkan masa untuk kerugian.
Sentiasa Mengaktifkan Proses STOP-LOSS
Anda digalakkan untuk mengaktifkan proses Stop-Loss apabila melakukan proses jual beli. Proses Stop-Loss ialah proses memberhentikan sesuatu proses jual beli apabila sampai kepada paras nilai Stop-Loss yang telah di tetapkan.
Sebagai contoh jika anda melakukan proses "Short" pada gandingan matawang EUR/JPY dengan harga buka 140.53. Jika pasaran semakin meningkat, anda akan mendapat kerugian. Oleh itu anda perlu menetapkan beberapa banyak anda mampu mendapat kerugian dengan mengaktifkan stop loss. Sebagai contoh katakan anda mampu rugi sebanyak 20 pip sahaja. Oleh itu anda mengaktifkan Stop-Loss dengan nilai 140.73.
Jika harga tutup sampai pada 140.73, dengan sendirinya perdagangan anda akan ditamatkan. Maka dengan ini anda boleh melindungi kerugian anda yang semakin banyak jika berlaku sebarang kerosakan pada komputer anda.
Anda boleh mengubah nilai stop-loss anda jika anda jika anda fikirkan kerugian anda hanya sementara sahaja dan keuntungan akan meningkat kembali. Sebagai contoh katakan anda mengaktifkan Stop-Loss pada nilai 20 pip dan anda jangkakan pasaran akan turun kembali selepas harga tutup pada nilai 140.33, maka anda boleh menukar nilai stop loss sebelum proses jual beli anda ditamatkan.
Mengaktifkan Target
Target atau dipangil "Take-Profit Limit" adalah proses menentukan keuntungan. Anda perlu mengaktifkan Target untuk menentukan keuntungan anda jika anda berdagang dalam jangka masa yang panjang.
Sebagai contoh jika anda melakukan proses "shot" pada gandingan matawang EUR/JPY dengan harga buka 140.53.Jika pasaran semakin ingin menurun,semakin banyak anda mendapat keuntungan. Katakan anda ingin menetapkan supaya anda menetapkan keuntungan sebanyak +20 pip. Maka anda masukkan nilai harga 140.33, proses jual beli akan tamat secara automatik dan anda memperolehi keuntungan sebanyak +20 pip.
Mengetahui Pasaran Aktif
Anda perlu mengetahui pasaran yang paling aktif setiap hari. Pasaran aktif ialah pasaran turun naik semakin tinggi. Oleh itu ketahui terlebih dahulu pukul berapakah pergerakan pasaran yang aktif. Kebiasaannya pasaran aktif ialah waktu operasi bank di antara jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang waktu broker.
Ketahui Nisbah Kerugian Berbanding Keuntungan
Anda perlu mengetahui nisbah kerugian berbanding dengan keuntungan yang akan anda perolehi. Minimum nisbah kerugian berbanding keuntungan ialah 2:1. Bermakna setiap kali anda memperolehi kerugian anda sepatutnya memperolehi dua kali ganda keuntungan.
Tetapkan Strategi Untuk Memperolehi Keuntungan Yang Lebih Berbanding Kerugian
Anda perlu menetapkan strategi untuk memperolehi keuntungan yang lebih daripada kerugian. Sebagai contoh katakan anda melakukan proses Long USD/JPY dan anda ingin memperolehi keuntungan 30 pip dan anda perlu menetapkan Stop-Loss pada kerugian -15 pip. Jangan sekali-kali mengaktifkan stop loss 30 pip untuk mendapatkan 10 pip. Walau pun anda memperolehi keuntungan tetapi anda akan mempunyai risiko pada jangka masa panjang. Adalah lebih baik jika anda memperolehi 3 kali keuntungan dan setiap kali anda memperolehi keuntungan 10 pip untuk mendapatkan 30 pip daripada memperolehi keuntungan 30 pip dengan hanya melakukan sekali proses jual beli.
Angap Pergerakan Pasaran Sebagai Teman Anda
Pergerakan pasaran forex tidak menentu. Sekejap ia meningkat dan sekejap ia akan menurun. Oleh itu anda perlu mengikut pergerakan tersebut. Anggaplah pergerakan tersebut sebagai teman untuk anda memperolehi keuntungan.
Jika anda berdagang secara jangka pendek ia diangap sebagai satu permainan. Jika ramai pembeli dari penjual, maka lakukan proses pembelian. Jika ramai penjual daripada pembeli, maka lakukan proses penjualan. Oleh itu jangan menentang arus pergerakan pasaran.
Berehat Jika Anda Mengalami Kerugian Berturut-turut
Jika anda mengalami kerugian berturut-turut sebanyak 4 atau lebih 5 kali dalam satu hari, anda perlu berehat dan kaji strategi perdagangan anda. Buat kajian mengapa anda mengalami kerugian berturut-turut.
Anda perlu berehat dan tidak memasuki pasaran dalam masa sehari dua untuk mententeramkan jiwa yang kacau dan menenangkan minda yang berserabut. Buatlah kajian tentang strategi yang telah anda gunakan jika perlu ubah strategi anda.
Gunakan Buku Log Setiap Kali Anda Melakukan Proses Jual Beli
Anda perlulah mencatatkan aktiviti perdagangan anda di dalam buku log. Daripada buku log tersebut anda dapat mengkaji waktu pasaran meningkat dan menurun. Waktu bila anda boleh memperolehi keuntungan dan waktu bila anda selalu memperolehi kerugian. Melalui buku log tersebut juga anda akan mengetahui sama ada pasaran meningkat atau menurun dalam masa beberapa hari yang tertentu.
Buat Kajian Dan Penyelidikan Setiap Hari
Untuk berjaya di dalam perdagangan forex, anda perlu sentiasa membuat kajian dan penyelidikan tentang pergerakan pasaran sama ada melalui carta-carta yang telah anda pelajari atau daripada berita-berita mengenai Analisis Asas di laman web.
Pelajari Daripada Kesilapan Anda
Angapkan setiap kerugian yang anda alami sebagai satu peluang menimba pengalaman. Kerana anda tidak akan memperolehi keuntungan setiap kali anda melakukan proses jual beli. Oleh itu pelajari daripada kesilapan yang telah anda lakukan, terutama jika anda memperolehi kerugian berturut-turut.
Bersambong...
No comments:
Post a Comment