Saya menyanjungi kepimpinan melayu kini. Abdullah Badawi dengan perjuangan menaikkan melayu, Nik Aziz dengan cara pendekatan Islamnya, Anuar Ibrahim dengan kuasa bersuara dan pemutarbelit diantara yang terbaik dunia.
Alangkah kuatnya melayu jika mereka-mereka itu bersatu. Hari ini kita lihat bagaimana di dalam DAP, kaum cina di Penang bersatu. Hari ini kita juga telah lihat bagaimana melayu di Penang meminta & merayu. Alangkah hinanya melayu kini, terpaksa meminta-minta ditanah tumpah darahnye sendiri. Pernahkah semasa pemerintahan BN seperti ini? Saya tidak sanggup melihat bangsa melayu diperlakukan begini. Terlaksanakah manifesto yang dijanji? DEB dibubar, bonus & alaun dinafi, turunnya 50% tol dinanti. Sebagai kerajaan negeri DAP boleh menunaikannya. Mengapa harus menunggu menjadi kerajaan pusat? Buktikan dulu sebagai kerajaan negeri. Apa yang saya tahu, bonus & alaun bukan dalam kawalan kerajaan negeri atau JPA. Ia boleh terlaksana jika kerajaan negeri mampu.
Dengan kata lain parti yang banyak cakap ini tiada peruntukan, tiada duit untuk menjadi kerajaan negeri. Mengapa Kerajaan negeri ini harus meminta Petronas untuk membiayai kos untuk pembinaan jambatan kedua? Apa cagarannya tol tidak wujud jika petronas terlibat. Kita semua sudah sedia maklum, Petronas adalah sebuah organisasi besar dalam kerajaan. Kalau ia terlibat sudah tentunya tol masih wujud di Penang. Fikirkanlah wahai rakyat Malaysia, mengapa harus tertipu.
Kalau dahulunya saya begitu berbangga bila mendengar suara pembangkang yang kononnya bertindak untuk rakyat, tetapi setelah PRU ke 12 berakhir saya menangis melihat bangsa melayu berpecah kerana melayu sendiri. Saya sedar betapa kuatnya kepimpinan melayu dalam barisan. Ibarat pepatah kita wahai orang melayu, walaupun tempang tidak seimbang tapi masih berjalan sampai akhirnya.
Kini di Penang Melayu di bawah kuasa DAP. Sejarah Singapura berulang kembali. Hanya kerana satu suara ianya tergadai. Anuar Ibrahim yang dulunya megah dengan DEB, yang melaksanakan dan menguatkan dasar ini, kini hanya lihat ia dihina tampa bicara. Dimana hilangnya kuasa suara diantara terbaik dunia ini. Kalau inilah pertaruhan yang perlu digadai agar pembangkang bangkit sebagai kerajaan, lupakanlah soal kemenangan, bangkitlah kembali dalam barisan, agar melayu gemilang, cemerlang dan terbilang.
Coretan Iklas Pengirim Email.
1 comment:
Cantik sekali coretan itu. Melambangkan keiklasan penulisnya.
Pemimpin boleh dtg dan pergi, parti lain jgn dicari UMNO juga tetap dihati...
SELAMAT BERJUANG DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA TERCINTA.
Teruskan berjuang, anda sdh berada dilandasan yg betul! Semuga Allah SWT
permudahkan kita dipehak yg benar...
Asalamualaikum dan salam sejahtera.
Post a Comment