Followers

Sunday, March 1, 2009

ADAKAH NAJIB LEBIH TEGAS DARI PAK LAH?



Dalam kesibukan kerajaan membela rakyat dalam menangani isu kegawatan ekonomi terhadap pembuangan kerja, persiapan menjelang PRK dan dalam persiapan Mesyuarat Agong Perwakilan Umno 26 mac nanti. Perbagai provokasi demi provokasi terus dicanang oleh pehak pembangkang dalam negara. Diantaranya yang dapat kita paparkan disini adalah;

-Bermula dengan Karpal Singh yang ingin mengheret Sultan Perak ke Mahkamah

-Isu pemuda UMNO 'celaka'

-Speaker DUN Perak membelakangi Sultan

-Keristian mahu menyamakan 'Allah' dengan 'Tuhan' dalam kitab mereka.

-Terbaru menyamakan dasar-dasar membantu bumiputera dengan `aparteid’ terus dimainkan.

Sudah tentu provokasi-provokasi ini adalah keterlaluan dan tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia khasnya kaum melayu yang berfikiran waras. Soalannya kenapa mereka ini semakin berani?.

Kita semua tahu dan faham apa tujuan sebenarnya mereka lakukan itu semua "Pembangkang sengaja membuat kalut ketika kerajaan sedang sibuk". Ada beberapa perkara kenapa mereka sanggup lakukan dan sebab kenapa mereka begitu berani sekali diantaranya seperti berikut;

-Kerana sifat keterbukaan kerterlaluan corak kepimpinan Pak Lah (tidak tegas dalam penggunaan kuasa yang ada dalam menangani isu-isu semasa, termasuklah penggunaan hukuman ISA keatas mereka-mereka itu - menyebabkan golongan ini begitu berani sekali mencabar kerajaan) Mereka cuba berselindung disebalik kekebalan Parlimen, proses perundangan, perjuangan kesamarataan dan keadilan.

-kerana mereka-mereka mendapat sokongan padu dikalangan pemimpin-pemimpin melayu yang berada di dalam Pakatan Rakyat.

-Kerana kaum melayu itu sediri dilihat berpecah belah dan berada di dalam tahap paling rendah diantara kaum-kaum yang ada di Malaysia.

DAP yang sememangnya mahu menafikan realiti sejarah, kontrak sosial dan perlembagaan bagi mencapai cita-cita agung mereka iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara republik dengan menggunakan Anwar Ibrahim sebagai Presiden untuk mendapatkan sokongan kaum melayu.

Malangnya perjuangan kesamarataan dan keadilan ini ditakrifkan mengikut kehendak mereka sendiri. Perkara yang menguntungkan mereka sahaja diperbesarkan. Mereka mahu lebih tetapi tidak mahu bertolak ansur apatah lagi mahu memberi hak apa yang mereka ada.

-Sebagai contoh mereka tidak menyokong sistem sekolah satu aliran dan menggunakan satu bahasa sepatutnya mereka menyokong tindakan ini kerana konsep kesamarataan dan keadilan ekonomi yang kononnya mereka perjuangkan.

-Mereka berperanan seperti Yahudi yang mahu mengambil hak golongan majoriti rakyat di Palestin.

Gerakan itu sudah bermula dan semakin jelas. Perkara ini di tambah dengan sokongan daripada pemimpin-pemimpin melayu yang berada di dalam Pakatan Rakyat yang dilihat berperanan sebagai `Yes man and double standad'.

Apabila Karpal Singh ingin menyaman Sultan Perak, pemimpin melayu dalam pakatan rakyat dari atas hingga bawah menyokongnya termasuklah pemimpin dikalangan Pas sendiri, Nik Aziz contohnya dengan sombongnya menambah Umno itu sendiri sudah lama derhaka kepada Allah.

Begitu juga apabila Karpal Singh mengatakan Pemuda UMNO `celaka’. Semua Melayu dalam pembangkang "menyokong" dengan memberi laluan dan semangat kepada Karpal, 'Singh is King'.

Kotergori jenis pemimpin apakah mereka ini? Bagi mereka segala matlamat adalah menghalalkan cara - mereka mahu kepada 'takhta pada kuasa’ semata-mata, tanpa mempedulikan nasib bangsa dan tanah air sendiri.



5 comments:

Darulehsan said...

kenyataan anda apabila mengatakan semua pemimpin melayu dalam pakatan menyokong tindakan karpal singh yang ingin menyaman sultan adalah tidak benar. tidak semua yg menyokong. nik aziz juga tidak menyokong. jgn ulang isu derhaka kerana umno juga derhaka kepada sultan. pemuda umno celaka juga bukan semua pemimpin melayu pakatan menyokong. sing is kinngs itu adalah tajuk filem hindustan.
matlamat menghalal cara. parti umno juga berpendirian begitu dalam isu adun behrang, changkat jering dan bota. sebaiknya komen anda hendaklah tidak terlalu memihak memihak.

paneh said...

Salam tuan,

Pembangkang selalu menjustifikasikan tindakan mereka dengan memberi contoh..hah kerajaan boleh buat, tak kan kami tak boleh. Bukannya mereka berusaha untuk jadi lebih baik dan tidak mengikut contoh yg salah. Menghalalkan perbuatan sendiri disebabkan musuh juga melakukan perkara yang sama - macamana la orang nak percaya.

PaKMie said...

Benar...tdk semestinya yg mengundi Pakatan Rakyat dlm PRU12 baru2ini menyokong Anwar, HJ adi, dan Karpal.

Ada yg mengundi kerana protes kpd kepimpinan dlm Umno BN itu sdri.

Kebiadapan DAP sdh jelas kpd kaum melayu. Siapa yg mengajak DAP begabong dlm PR? sdh tentunya peranan Anwar Ibrahim,kalau tdk masakan DAP sanggup bergabong kerana sdh terangan DAP tdk suka kpd Pas.

Umno tdk boleh dipersalahkan dlm soal Karpal menghina sultan dan kaum melayu di negara ini. Anwar kena bertanggongjawab sepenuhnya atas kebiadapan Karpal. Nik Aziz juga kena bertanggongjawab atas pepecahan Islam dinegara ini gara2 keceluparan mulutnya sdri mengatakan kpd Umno kapir dan mcm2 fatwa yg sering berubah2...

Ok salam perjuangan utk semua..asalamualaikum dan salam sejastera..

PaKMie said...

Benar...tdk semestinya yg mengundi Pakatan Rakyat dlm PRU12 baru2ini menyokong Anwar, HJ adi, dan Karpal.

Ada yg mengundi kerana protes kpd kepimpinan dlm Umno BN itu sdri.

Kebiadapan DAP sdh jelas kpd kaum melayu. Siapa yg mengajak DAP begabong dlm PR? sdh tentunya peranan Anwar Ibrahim,kalau tdk masakan DAP sanggup bergabong kerana sdh terangan DAP tdk suka kpd Pas.

Umno tdk boleh dipersalahkan dlm soal Karpal menghina sultan dan kaum melayu di negara ini. Anwar kena bertanggongjawab sepenuhnya atas kebiadapan Karpal. Nik Aziz juga kena bertanggongjawab atas pepecahan Islam dinegara ini gara2 keceluparan mulutnya sdri mengatakan kpd Umno kapir dan mcm2 fatwa yg sering berubah2...

Ok salam perjuangan utk semua..asalamualaikum dan salam sejastera..

A-I-B said...

Pemuda UMNO bacul. Bila Islam nak dipermainkan oleh agama lain mereka tak berani nak berdemonstrasi dan berarak mempertahankan kesucian Islam. Tapi bila isu derhaka pada raja yang terjadi di Perak, seolah-olah merekalah yang jaguh mempertahankan raja2 melayu. Nampak sangat UMNO tak suka agama dan tolak agama. Kalau berani sila adakan demonstrasi bantah penggunaan nama Allah pada agama lain. Confirm tak berani. Dasar bacul dan tolak Islam. Inilah hasil dari ajaran Islam Hadhari.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..