Friday, March 6, 2009

SUSUPAN PETANG JUMAAT : PALING BANYAK DOSA ADALAH BERMULA DARI LIDAH

Telah berkata Al-Imam Asy-Syeikh Abdullah Al-Harary
Yang Dirahmati Allah :


" Ke atas kamu untuk senantiasa berdiam diri
wahai orang yang bijaksana

agar kamu terselamat
di dunia dan hari kiamat ".


Mutiara Hikmah daripada Al-Imam Asy-Syeikh Abdullah Al-Harary ini merupakan satu nasihat kepada kita semua agar senantiasa/berpanjangan berdiam diri iaitu daripada memperkatakan ataupun menuturkan bicara yang terkandung di dalamnya maksiat dan dosa seperti mengumpat, memaki hamun, mencarut, menipu dan sebagainya.

Adapun saranan agar kita senantiasa berdiam diri bukanlah pula bermaksud kita diam dan terus membisu daripada berkata-kata pada segala aspek termasuk dalam hal mencegah kemungkaran mahupun dalam memberi pengawasan kepada masyarakat daripada ajaran-ajaran songsang kerana ianya merupakan satu kewajiban dan tanggungjawab bersama.

Seorang sahabat Rasulullah yang bernama Abdullah Bin Mas'ud pernah pada satu ketika mengambil (memegang) lidahnya lalu memberitahu kepada lidahnya :

يَا لِسَان! قُلْ خَيْرًا تَغْنَمْ وَاسْكُتْ عَن شَرِّ تَسْلَمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ تَنْدَم،
إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله ُعلََيْهِ وَ سَلَّمَ يَقُولُ : أَكْثَرُ خَطَايَ ابْنِ ءَادَمَ مِن لِّسَانِهِ


Maksudnya :
Wahai Lidah ! Berkatalah yang baik nescaya kamu akan sejahtera
dan diamlah daripada berkata yang buruk (jahat)
nescaya kamu akan selamat sebelum kamu menyesalinya;
Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah
Sallallaahu 'Alaihi Wasallam bersabda :
" Paling banyak dosa anak adam (manusia) itu adalah daripada lidahnya ".


Pandangan dari rakan2.....

Blogger Darulehsan said...

semoga anda juga memelihara lidah supaya tidak berbuat dosa.

March 6, 2009 9:28 PM

Delete
Blogger Toksedang said...

Salam...

ingat memperingati antara satu sama lain itulah dituntut oleh agama islam.Bagus lah Pakmie

Asalamualaikum...

March 6, 2009 11:38 PM

Delete
Blogger PaKMie said...

Asalamualaikum dan salam sejastera...

Kekdg dlm asyik kita bepolitik kita terlupa setiap kata2 kita boleh menyakit hati org...

Tanpa kita sedari isu yg dibawa tdk berasas, dari kata2 tadi maka terbitlah pulak fitnah....

Sepatutnya dlm berpolitik ini sikap kita lebih terbuka, kita harus terima jika ia baik dan jika tdk baik sama2 kita jdikan sempadan...

Tujuan apa kita berpolitik? jika tdk mahu menolong dri sdri, mayarakat,agama,bangsa dan tanah air tak payahlah berpolitik. Jika tujuan selain dri itu maka banyak buruklh dri baiknya.

Salam perjuangan demi bangsa,agama dan negara...

Tema kasih kerana memberi komen dlm blog ini, semuanya utk kebaikan kita bersama. Setiap komen dialu2 kan....dan akan pdgan akan disiarkan dikomentar ini.

March 7, 2009 10:04 AM

Delete




3 comments:

  1. semoga anda juga memelihara lidah supaya tidak berbuat dosa.

    ReplyDelete
  2. Salam...

    ingat memperingati antara satu sama lain itulah dituntut oleh agama islam.Bagus lah Pakmie

    Asalamualaikum...

    ReplyDelete
  3. Asalamualaikum dan salam sejastera...

    Kekdg dlm asyik kita bepolitik kita terlupa setiap kata2 kita boleh menyakit hati org...

    Tanpa kita sedari isu yg dibawa tdk berasas, dari kata2 tadi maka terbitlah pulak fitnah....

    Sepatutnya dlm berpolitik ini sikap kita lebih terbuka, kita harus terima jika ia baik dan jika tdk baik sama2 kita jdikan sempadan...

    Tujuan apa kita berpolitik? jika tdk mahu menolong dri sdri, mayarakat,agama,bangsa dan tanah air tak payahlah berpolitik. Jika tujuan selain dri itu maka banyak buruklh dri baiknya.

    Salam perjuangan demi bangsa,agama dan negara...

    Tema kasih kerana memberi komen dlm blog ini, semuanya utk kebaikan kita bersama. Setiap komen dialu2 kan....

    ReplyDelete