Wednesday, March 25, 2009

SYABAS UNTOK SHARIZAT

Ketua Wanita Umno Malaysia sudah buat pengumuman yang dimenangi oleh Sharizat Ab Jalil menewaskan penyandang Rafidah Aziz. Sharizat mendapat 507 undi manakala Rafidah mendapat 280undi. Sudah tentu mana-mana penyokong yang menang akan terasa kegembiraannya sebaliknya yang kalah sudah tentu bersedih.

Najib sudah memberi peringatan kepada semua mana-mana yang bertanding merebut jawatan hendaklah menerima dengan hati terbuka apa-apa keputusan sekali pun. Umno perlu diperkuatkan. Lagi pun ini adalah pertandingan memilih pemimpin dalaman Umno siapa menang dan kalah tidak menjadi masalah. Jika kita benar-benar iklas memperkuatkan Parti. Pada yang menang lebih-lebih lagi seharusnya hendaklah berkerja lebih kuat manakala yang kalah perlulah memberi kerjasama dan jangan pula menyimpan dendam.

Kita sayangkan Umno, kerana Umno adalah sebuah parti satu-satunya tunjang kekuatan orang melayu. Pemimpin boleh datang dan pergi pada bila-bila masa. Mungkin yang datang lebih baik dari yang pergi. Tetapi Umno harus dijaga dan ditatang dengan baik.

Syabas kepada Sharizat dan kepada Rafidah kotailah janji anda. Kalah menang tidak menjadi soal. Dalam pertandingan kalah menang adalah perkara biasa.

No comments:

Post a Comment