Wednesday, April 22, 2009

ELI BOM JANGKA KEPADA KEPIMPINAN PKR


BOGEL ELI DISELIMUTI OLEH ANWAR, KHALID DAN NIK AZIZ MANAKALA ISU FAIRUS DIBIAR TERKANKANG DAN TERBUKA LUAS TANPA PEMBELAAN.

Ada dua senario berbeza dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Satu untung dan satu malang.Untung jika namanya ialah Elizabeth Wong - bukan sahaja ‘bebas’ daripada sebarang ‘dosa’ malah terus dibela.

Malang jika namanya Mohamad Fairus Khairuddin – bukan sahaja berhadapan dengan tekanan pucuk pimpinan sendiri tetapi terpaksa melepaskan semua jawatan ,Timbalan Ketua Menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti dan kini berseorangan untuk membersihkan dirinya.

Elizabeth atau panggilan manja diberikan oleh PKR Eli, yang pernah jadi pembantu kepada Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak perlu gundah gulana jika ada badai yang melanda, pembelaan akan tetap datang.

Terbaru apabila set gambar baru,empat keping dicantum jadi satu juga semasa tidur, kali ini lengkap berpakaian mula disebarkan sebagai susulan kepada gambar kedua kakinya ‘terbuka’ dan kain ‘terselak’, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cepat-cepat mempertahankan Exco yang mula tegas hendak meletakkan jawatan tetapi menelan balik ketegasannya itu.

Rayuan yang dibuat oleh Khalid ialah sesiapa sahaja yang menyimpan gambar-gambar Eli hendaklah menyerahkannya kepada pihak berkuasa kerana menyimpannyau adalah kesalahan di sisi undang-undang. Hakikatnya yang menjadi bahan bualan, isu Eli ini mengundang percanggahan yang ketara dalam kepimpinan PKR sendiri.

Bagi yang menyokong, walaupun gambar yang tersebar itu dikatakan adalah cerminan kepada kehidupan sosial sebenar Eli yang ‘bebas’ membawa lelaki ke dalam rumahnya hingga boleh merakamkan gambar pelbagai aksi, ia dianggap kehidupan peribadi dan tidak boleh dipersoalkan.

Namun bagi yang menentang, ia dianggap sebagai ‘bom jangka’ kepada kepimpinan PKR kerana sedar mungkin banyak lagi rakaman aksi-aksi yang akan disebar selepas ini setelah beliau menerima semula jawatan Exco kerajaan negeri Selangor.

Malah Ahli Parlimen PKR kawasan Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin secara terbuka mengisyrtiharkan dirinya ‘mufaraqah’ atau memisahkan dirinya daripada keputusan yang dibuat oleh kempinan PKR membenarkan Eli menyertai kerajaan Selangor semula.

Penentangan dalaman PKR terhadap Eli dapat difahami kerana menurut cerita banyak lagi kisah-kisah mengenai Eli yang mereka khuatiri akan mucncul ke permukaan.

Ikut cakap-cakap yang tersebar, kebimbangan paling besar ialah isu Eli akan terus menjadi duri dalam daging kepada PKR termasuk desas desus mengenai ‘port’ yang selalu dikunjungi oleh Eli dengan bekas teman lelakinya Helmi Malek di Sentul.

Helmi,bekas pembantu seorang Ahli Parlimen PKR di Selangor yang dicari polis untuk bantu siasatan mengenai kes pengedaran gambar pertama dulu itu masih belum muncul sampai hari ini.
Lelaki yang sudah beristeri itu dipercayai bersembunyi di sebuah negara jiran selepas heboh tentang pengedaran set gambar pertama dulu.

Melihat pada set gambar terbaru yang disiarkan di sebuah laman blog jelas menunjukkan Elizabeth sedang tidor di tempat sama dengan gambar sebelum ini iaitu diatas sofa.

Ada kemungkinan set gambar terbaru ini diambil oleh orang yang sama. Penyebaran set gambar terbaru Eli adalah asas kepada kebimbangan sesetengah kepimpinan PKR mereka akan berhadapan dengan serangan lebih dahsyat mengenai isu moral pemimpin parti itu sendiri kerana selama ini PKR adalah jaguh menuduh orang lain tidak bermoral.

Ulasan..

Blogger nalapambu said...

Kepada pencacai2 UMNO,
Kenapa anda semua sangat sebuk tentang rumah tangga orang lain. Sedangkan rumah-tangga anda hampir roboh dan menunggu rebah kebumi.

4 PRK BN/UMNO sudah tewas. Di N12 Penanti BN/UMNO nampak nya tidak berminat bertanding - TAKUT KALAH(MALU).

JANGAN sebuk hal orang lain - TS.Muhyiddin Yassin TPM tentu setuju cakap saya. Kerana beliau telah berkata, BN/UMNO cuma ada masa DUA TAHUN SAHAJA untuk di pulihkan.

Malang sungguh, pencacai2 UMNO ini langsung tidak ada idea bagaimana hendak pulihkan BN/UMNO.

So, BN/UMNO cuma tunggu masa sahaja untuk mati.

April 22, 2009 2:04 PM

Delete



1 comment:

  1. Kepada pencacai2 UMNO,
    Kenapa anda semua sangat sebuk tentang rumah tangga orang lain. Sedangkan rumah-tangga anda hampir roboh dan menunggu rebah kebumi.

    4 PRK BN/UMNO sudah tewas. Di N12 Penanti BN/UMNO nampak nya tidak berminat bertanding - TAKUT KALAH(MALU).

    JANGAN sebuk hal orang lain - TS.Muhyiddin Yassin TPM tentu setuju cakap saya. Kerana beliau telah berkata, BN/UMNO cuma ada masa DUA TAHUN SAHAJA untuk di pulihkan.

    Malang sungguh, pencacai2 UMNO ini langsung tidak ada idea bagaimana hendak pulihkan BN/UMNO.

    So, BN/UMNO cuma tunggu masa sahaja untuk mati.

    ReplyDelete