Tuesday, April 14, 2009

KENYATAAN SETIAUSAHA AGUNG PAS LEBIH KEPADA MAHU MENGHURUHARA PERAK

Kenyataan berbaur ugutan Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar bahawa tunjuk perasaan berdarah yang berlaku di Pattaya, Thailand mungkin berlaku di Perak jika Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubarkan disifatkan sebagai satu hasutan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan Kamaruddin itu adalah tidak bertanggungjawab dan merupakan satu provokasi untuk mencetuskan huru-hara.

"Apa sebenarnya hasrat Pas, adakah parti tersebut cuba 'melukis' keadaan kucar-kacir pada wajah UMNO demi kepentingan politik mereka.

"Ini adalah kenyataan tidak bertanggungjawab yang bertujuan menghasut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Kamaruddin dalam lidah rasmi Pas, Harakah Daily yang mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Harakah Daily kelmarin menyiarkan kenyataan Kamaruddin yang mendakwa, tidak mustahil rakyat Perak akan melakukan perkara yang sama seperti di Thailand, jika DUN negeri tersebut tidak dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

Kejadian rusuhan di Pattaya itu menyaksikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 yang memasuki hari keempat terpaksa dibatalkan selepas penunjuk perasaan anti kerajaan merempuh pasukan keselamatan dan menggempur pusat media di lokasi sidang kemuncak itu berlangsung.

Menurut Kamaruddin, kejadian yang berlaku di Pattaya itu merupakan manifestasi rakyat Thailand yang tidak berpuas hati terhadap rampasan kuasa dan usaha menjatuhkan pemimpin pilihan mereka.

Sehubungan itu, beliau mendesak Najib membubarkan DUN bagi mengelakkan berlakunya rusuhan di Perak.

Mengulas lebih lanjut kenyataan itu, Ahmad Zahid berkata, Pas sanggup menggadaikan kestabilan yang dinikmati demi kepentingan politik mereka.

UtusanOnline

Ulasan...

Blogger Panglima Perang Cyber said...

itulah rupa sebenar mereka...dan jangan lupa S/u PAS adalah proksi Anwar geng Erdogan..

Adakah Anwar dan Pakatan Rosak rela mengorbankan keamanan demi mencapai motif politiknya ?

gila dan benar2 gila tindakan tersebut..

April 14, 2009 1:39 PM

Delete

1 comment:

  1. itulah rupa sebenar mereka...dan jangan lupa S/u PAS adalah proksi Anwar geng Erdogan..

    Adakah Anwar dan Pakatan Rosak rela mengorbankan keamanan demi mencapai motif politiknya ?

    gila dan benar2 gila tindakan tersebut..

    ReplyDelete