Tuesday, April 28, 2009

SIAPA SEBENARNYA YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM DI NEGARA INI?

MARILAH KITA SAMA-SAMA BERSATU DIBAWAH SATU PAYONG UMNO!!! - UMNO PARTI TUNJANG KEKUATAN ISLAM DAN MELAYU.

"Kerajaan perpaduan yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu-pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga-lagakan antara TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) dan TGHH (Tuan Guru Haji Hadi). Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah "sesatlah" segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!" - Nik Abduh.

Siapa yang sesat dan menyesatkan yang dimaksudkan itu...

Inikah yang sesat?

"Tetapi sekadar tafsiran, orang-orang yang bersama Nik Aziz di Kelantan... orang di sekeliling Nik Aziz dalam kerajaan...para exco dan kempimpinan parti".

PaKMie : Memang Pas tidak sebuah parti berjuang untok Islam. Pendekatan Islam yang Pas ambil selama ini lebih kepada menyesatkan umat Islam di negara ini. Umno yang terbukti sudah sekian lama memperjuangkan Islam di negara ini. Tetapi PaKMie amat kesal kerana Pemimpin Pas sanggup melebel Umno sebuah parti yang wajib ditentang oleh umat Islam di negara ini sedangkan Umnolah yang meletakkan Islam teratas dengan dasar-dasar yang bercorakkan Islam dalam pentadbiran negara. Hasrat murni Umno mahu berkerjasama dengan Pas dalam menetukan Islam dan kaum melayu di negara ini dipolitikan awal-awal lagi oleh kepimpinan dalam Pas.

BPN melalui blog masing-masing sudah memberi penjelasan "Perjuangan Pas adalah tidak seperti yang dilaung-laungkan sebaliknya Umnolah sebuah parti yang berjuang untuk kekuatan Islam dan melayu di negara ini"...Hari ini sudah sedikit sebanyak terjawab kepada kita dengan kenyataan Nik Abduh selaku Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan dan juga ahlijawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat dalam blog beliau. Ulama "me celup" mulut celupar merusakkan sesama Islam yang sudah sekian lama menular dalam Pas membuatkan Umno sedikit terhalang mejalankan tugas-tugas dan tanggungjawab membela rakyat di negara ini.

Dalam soal pendekatan Islam yang dibawa oleh Pas,Umno lebih kepada bersikap mendiamkan diri semata tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan sebaliknya ia pula sengaja dipolitikan oleh Pas yang akhirnya segala kepincangan yang ada dalam Pas selama ini didedahkan sendiri oleh kepimpinan dalaman parti itu. Pas sendiri tidak mampu lagi membendung masalah dalaman parti itu, kononnya ulama - ulama yang berada dalam Pas masing-masing berpendirian tidak mendapat kata putus dan ini amat mengaibkan parti itu yang selama ini melaung-laungkan sebuah Parti Islam di negara ini.




No comments:

Post a Comment