Sunday, May 24, 2009

CALON BEBAS LAWAN SEBENAR PKR DI PRK DUN PENANTI

MANEK URAI TIDAK SAMA DENGAN PENANTI

BN akan meletakkan calon di DUN Manek Urai. Di Manek Urai bukanya alasan atau pun permainan politik pembangkang. Kekosongannya DUN Manek Urai akhibat dari kematian penyandangnya Allahyarham Ismail Yaackub pagi jumaat lepas.

Beberapa pemimpin utama Umno telah mula beralih arah kepada DUN Manek Urai dan telah menyatakan mahu meletakkan calon. Pengerusi BN juga PM DS Najib telah menjelaskan bahawa BN akan bertanding dimana-mana DUN atau Parlimen yang dikosongkan mengikut peruntukan dalam perlembagaan. Pembangkang mengambil jalan mudah dengan meletakan jawatan seperti yang berlaku di DUN Penanti semata-mata untok menyelesaikan masalah dalaman parti mereka.

Di Penanti menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon PKR dan tiga calon bebas. Antaranya adalah Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang Dr Mansor Othman bertanding atas tiket PKR, manakala bekas ketua Wanita parti Keadilan Nasional Pulau Pinang Aminah Abdullah, bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang Nai-Khan Ari a/l Nai Keow dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris masing-masing bertanding atas tiket bebas.


No comments:

Post a Comment