Friday, May 22, 2009

MENGUJI KEUPAYAAN DATO' PA : PRK DUN N41 MANIK URAI

PRK PERTAMA KALI SELEPAS ANWAR MUSA DIGUGURKAN DARI MEMEGANG JAWATAN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI KELANTAN.

ADUN Manek Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia subuh hari ini di hospital Kota Bharu kerana sakit jantung setelah dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan sejak akhir bulan lepas - AL-FATIHAH.

Allahyarham, juga timbalan yang dipertua PAS kawasan Kuala Krai, meninggalkan isteri Siti Zaharah Ibrahim dan 10 orang anak.

bm version kerusi dun manek urai 220509Ismail, 60, dilaporkan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II sejak 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kaki.

Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.

Kecuali pada 2004, allahyarham sudah lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut - bawah parlimen Kuala Krai yang kini diwakili bendahari PAS Dr Hatta Ramli.

Sewaktu beliau tidak bertanding, calon PAS Mohd Zamzuri Mat Lazim tewas tipis di tangan calon BN Zulkepli Omar dengan 53 undi.

Dalam pilihanraya umum lalu, Ismail menang dengan majoriti 1,352 undi (lihat carta).

Jenazah allahyarham dijangka akan disemadikan selepas solat Jumaat, petang ini.

Mampu kah Romzi Ab.Rahman Ketua UMNO bahagian Kuala Krai menebus kekalahan dalam pilihanraya umum lalu?. Inilah waktu terbaik bagi UMNO Kuala Krai membuktikan kembali kekuatan Umno setelah Dato' Pa menerajui Pengerusi Perhubungan Umno Negeri menggantika Anwar Musa. Juga merupakan hadiah kepada DS Najib yang baru memegang jawatan PM dan menguji keupayaan awal Dato' Pa menerajui Umno Kelantan.

No comments:

Post a Comment