Saturday, May 2, 2009

PEMIMPIN TERTINGGI PAS TAMPIL MEMBUAT PENDEDAHAN - KUMPULAN SATU LAGI IBARAT MACAM CACING KEPANASAN, KENAPA?


Kenapa pemimpin2 Islam di negara ini tidak dapat duduk semeja dan bersepakat membincangkan penyatuan umat Islam secara lebih terperinci? . Sedangkan pemimpin2 besar di negara ini masih lagi dikuasai oleh majoritinya melayu dan Islam. Dalam kontak Islam sebenar sepatutnya pemimpin tersebut dapat duduk semeja seketika tanpa mengambil kira fahaman politik kearah penyatuan itu sebab inilah sebesar-besar perjuangan bagi kita orang-orang Islam. Menjadi lebih malang lagi jika usaha-usaha kearah itu disekat tanpa mengambil kira umat Islam seluruhnya. Mengkafirkan Umno itu adalah mainan politik semata-mata.

Sudah lama Orang Islam di Malaysia ini telah berpecah-belah ekoran persaingan dalam politik kepartian antara PAS dan UMNO serta PKR. Melayu islam hidup berpuak-puak mengikut ideologi politik. Menggunakan tempat ibadat masjid dan surau dijadikan markas untuk menyerang sesama islam secara terang-terang tanpa segan dan insaf. Semuanya bermula dari ketaksuban pemimpin-pemimpin parti menambah burukkan lagi suasana hubungan persaudaraan sesama Islam. Pihak berkuasa yang dikuasai oleh Umno dalam negara seolah tidak mampu membetulkan lagi situasi ini yang mana terus berlaku di kalangan umat Islam dan pihak berkuasa pula dipersalahkan.

Kumpulan ini terlalu alegic jika penyatuan dan kerjasama yang cuba dilaksanakan oleh Umno itu diperbincangkan. Kumpulan ini bertindak awal2 lagi tanpa diberi peluang dan ruang kepada pemimpin tertinggi Pas yang lain. Sebaliknya pula meletakkan syarat yang sengaja mahu menghalang penyatuan itu bagi menuntup mulut umat islam lain supaya bebas dari tuduhan tidak mahu menerima kerjasama tersebut. Sedangkan semua kita tahu Sebaik-baik perkerjaan dalam islam adalah penyatuan ummah.

Bagi golongan yang iklas mahu melihat islam di negara ini kukuh dan teguh sudah tentu rasa kecewa bila keadaan seperti ini berlaku di negara ini. Macam - macam usaha sudah dibuat namun halangan utamanya lebih kepada kepetingan peribadi pemimpin2 tertentu. Kononnya jika islam bersatu dengan erti kata sebenar boleh menggugat pengaruh politik dan kuasa yang ada kepada pemimpin parti tertentu. Allah SWT maha kuasa kita manusia tidak berupaya jika Allah SWT mahu lakukan sesuatu dan kita manusia mahu menyekatnya.

Apa yang berlaku dalam kepimpinan Pas hari ini akhibat dari beliau cuba menghalang usaha murni Umno kearah membuat penyatuan sesama islam dikedua2 parti itu? Allah SWT maha mengetahui dan sekarang pemimpin2 pas yang menolak kerjasama itu sekarang dalam proses hardening menanggong pembalasan dari Allah SWT satu persatu. Diantara dua kumpulan sudah tentu ada satu yang bersalah. Pengkianat tetap akan menerima pembalasan dan akan ditunjuk oleh Allah SWT sewaktu didunia ini lagi dan tidak akan terlepas di akhirat. Ini janji Allah SWT kepada makluknya.

Kewujudan kumpulan tertentu yang sebelumnya samar-samar dan selalu dinafikan sekarang sudah jelas di tunjukkan oleh Allah SWT. Kumpulan ini amat licik penyusunan kerja terlalu rapi yang sudah disemai sekian lama dalam Pas. Kalau sebelum ini tiada siapa yang dapat menyatakan kebenarannya dengan kekuasaan Allah SWT membuka hati Nik Abduh untok menyatakan kebenaranya. Kumpulan inilah juga yang menjadi duri dalam daging dalam usaha baik Umno dengan Pas selama ini. Menurut Nik Abduh kumpulan ini selalu berdampingan dengan Nik Aziz MB. Kerana kelicikan dan kebijaksanaannya menyebabkan bukan setakat memakan umpannya sahaja, sekarang dengan mata-mata kailnya sekali Nik Aziz telan. Inilah yang menyebabkan barangkali Nik Abduh rasa terpanggil untok memberi penjelasan perkara-perkara yang sebenar berlaku keatas ayahndanya selama ini. Sehinggakan Nik Abduh memberi gelaran baru kepada kumpulan ini sebagai "Ulama Mee celup" sesat dan menyesatkan... Siapa yang dapat mengaggak keberanian yang Nik Abduh ucapkan itu? sekarangdalam kepimpinan Pas Kelantan tiada siapa yang berani menyangkal penjelasan beliau itu, termasuklah naib presiden Pas pemimpin no wahid sesuci kain putih rakan serasi Anwar Ibrahim, Hussam Musa sendiri!.

PaKMie : Dengan pendedahan Nik Abduh itu bolehlah mulai sekarang pemimpin2 Pas tersebut beransur2 bermuasabah diri dan renong sejenak. Kalau sebelum ini asik sibuk mengumpul harta memperkayakan diri dengan cara penipuan keatas umat Islam semata-mata mahu jawatan dan kuasa. Allah SWT membuka hati Nik Abduh supaya memberi penjelasan sebenar apa yang sedang berlaku kepada umat Islam di negara ini. Sedangkan Nik Abduh anak kepada Nik Aziz sendiri, seorang yang sukar berkata sesuatu sebelum berfikir dengan semasaknya dan tahu baik buruknya. Nik Abduh juga timbalan Pemuda Pas Kelantan dan Ahlijawatankuasa Pemuda Pas Pusat.

Kalau dunia sekarang semakin bimbang dengan jangkitan selsema babi yang berjenis influenza A, H1N1 dengan membuat kawalan disetiap pintu masuk disetiap negara. Sudah tentu Pas juga perlu memantau dan membuat kawalan bagi mempastikan "Virus selsema mee celup" ini tidak menular dalam muktamar pas jun nanti. Kalau H1N1 telah menyebabkan 4,400 kes dan 168 kematian di 15 buah negara setakat hari ini. Virus M1C1 DSA juga mampu melenyapkan umat Islam dan kaum melayu di negara ini jika ianya dibiarkan.


PaKmie nampak disebalik tabir ada sesuatu...renong dengan mata hati.

Ulasan...

Blogger Darulehsan said...

so aper masalahnyer. betul la cakap nik abduh tu. aku pun tak sokong kerajaan perpaduan ni. perangkap umno ni.

apa pun pendirian parti mengenai kerajaan perpaduan ni akan dibincang pada bulan jun ini

May 2, 2009 5:29 PM

Delete
Blogger rahman,ahchong,muniandy said...

Tak payah lagi 30% penyertaan bumiputra. Nak buat apa lagi. UMNO dah tak dapat sokongan lagi dari orang Melayu.

Orang Melayu dah tak menghargai lagi apa UMNO dah buat selama ini.

Sokonglah PKR PAS DAP. Mungkin mereka lebeh terer lagi dapat buat dasar baru untuk tolong orang Melayu.

Beramai-ramailah orang Melayu sokong PKR/PAS/DAP.


Best of luck to the Malays. You are great Malay race. Make no mistake about it. You don't need UMNO anymore. Why should UMNO help you anymore. After all you don't appreciate whatever UMNO have done for the Malays for the past 50 years.Now is the right time to move on and support other parties. That's what the Malays want now. Go ahead. JUST DO IT.

Tak payahlah hendak hentam UMNO habis-habisan lagi. It is sickening !!!.

Pergilah jauh-jauh dari UMNO. UMNO dah MATI. Melayu jangan berpaut lagi kepada UMNO.Tak ada gunanya UMNO melayan kerenah orang Melayu. Tak ada hasil. Melayu sudah bijak clever dan tidak lagi bodoh stupid. Melayu dah boleh berfikir. Melayu dah tak payah dimanjakan lagi. Ayoh! apa tunggu lagi lebeh baik UMNO terus ditalkinkan. Apa tunggu lagi.

Go, go, go !!

May 2, 2009 7:15 PM

Delete


2 comments:

  1. so aper masalahnyer. betul la cakap nik abduh tu. aku pun tak sokong kerajaan perpaduan ni. perangkap umno ni.

    apa pun pendirian parti mengenai kerajaan perpaduan ni akan dibincang pada bulan jun ini

    ReplyDelete
  2. Tak payah lagi 30% penyertaan bumiputra. Nak buat apa lagi. UMNO dah tak dapat sokongan lagi dari orang Melayu.

    Orang Melayu dah tak menghargai lagi apa UMNO dah buat selama ini.

    Sokonglah PKR PAS DAP. Mungkin mereka lebeh terer lagi dapat buat dasar baru untuk tolong orang Melayu.

    Beramai-ramailah orang Melayu sokong PKR/PAS/DAP.


    Best of luck to the Malays. You are great Malay race. Make no mistake about it. You don't need UMNO anymore. Why should UMNO help you anymore. After all you don't appreciate whatever UMNO have done for the Malays for the past 50 years.Now is the right time to move on and support other parties. That's what the Malays want now. Go ahead. JUST DO IT.

    Tak payahlah hendak hentam UMNO habis-habisan lagi. It is sickening !!!.

    Pergilah jauh-jauh dari UMNO. UMNO dah MATI. Melayu jangan berpaut lagi kepada UMNO.Tak ada gunanya UMNO melayan kerenah orang Melayu. Tak ada hasil. Melayu sudah bijak clever dan tidak lagi bodoh stupid. Melayu dah boleh berfikir. Melayu dah tak payah dimanjakan lagi. Ayoh! apa tunggu lagi lebeh baik UMNO terus ditalkinkan. Apa tunggu lagi.

    Go, go, go !!

    ReplyDelete