Thursday, May 14, 2009

PERJUANGAN UMNO LEBIH ISLAM DARI PAS

BUKAN SETAKAT MENOLAK KERJASAMA UMNO-PAS - NIK AZIZ JUGA MEMBELAKANGKAN KEIKLASAN UMNO DENGAN MENCARI PORPULARITI MENJELANG MUKTAMAR PAS JUN NANTI.

Parti terbesar penyertaan kaum melayu di negara ini adalah Umno, Pas dan PKR. Diantara ketiga-tiga parti tersebut Umno lah sebuah parti terbesar kaum melayu yang jumlah ahlinya kini melebihi 3 juta orang.

Sebagai sebuah parti yang terbesar dan dan paling lama wujud tidak peliklah jika ianya pelbagai masalah dalaman yang timbul dalam parti itu. Tambahan pula Umno juga sebagai sebuah parti tulang belakang kepada Kerajaan dan 14 komponen lain dalam BN.

Pas sebuah parti kaum melayu terbesar kedua selepas Umno. Pas berjaya memerintah Kelantan sudah melebihi 19 tahun. Kelantan juga adalah satu-satunya negeri di negara ini dibawah kerajaan Pas sebelum ia bergabung dengan pakatan pembangkang. Diatas hasil kerjasama dengan DAP dan PKR dalam PRU12 lepas pembangkang berjaya menawan 4 negeri lagi dibawah kerajaan UmnoBN yang jumalah semuanya 5 termasuk Kelantan dan Perak (sekarang 4).


Pembangkang dapat menawan hati rakyat diatas kelicikan pemimpin mereka memeplotasikan isu-isu bagi menghentam dan melemahkan Kerajaan. Pas mempergunakan Islam menyerang Umno yang dianggap sebuah parti tidak Islam yang kononnya lebih kepada sekular dan rasuah. Manakala melayu dalam PKR pula menuduh Umno sebuah parti perkauman dan tidak adil kepada rakyat di negara ini. Pas dan PKR dapat menerima dasar-dasar yang dibuat DAP yang kononnya lebih baik dari Umno.

Cara pendekatan Islam yang diambil oleh Pas meletakkan seolah-olah parti itu lah yang memperjuangkan Islam di negara ini. Dalam Pas tidak ada rasuah, pemilihan pemimpin pas tidak terlibat dengan politik wang dan pas tidak gila kuasa. Segala yang baik-baik ada dalam Pas dan yang tidak baik semua ada dalam Umno.

Apakah pemimpin pas itu mahsum? adakah semua pimpinan dalam Umno itu tidak mengikut Islam? Pas berjaya bermain isu ini sehinggakan rakyat boleh menerima bahawa kerajaan Umno itu zalim. Pas tidak penting dan tidak tamak pada kuasa, Umno rakus dan tamak kepada kuasa. Pembangkang bertidak adil kepada rakyat, Umno zalim dengan rakyat.

Kenapa sampai sekarang Pas masih lagi tiada jalan penyelesaian soal kerjasama Pas dengan Umno? siapa lebih Islam sebenarnya...sudah tentulah Umno. Nik Aziz tak habis-habis memburukkan Umno sekali gus menolak kerjasama itu. Sekarang kempimpinan dalaman Pas berpecah belah gara-gara cadangan kerjasama itu sedangkan kepimpinan Umno diperingkat mencetuskan idea kerjasama itu sahaja dan selepas itu tidak lagi memperbesarkan isu itu. Lain pula dalam Pas masih tiada jalan peyelesaiannya dan Nik Aziz sendiri banyak membuat dosa setiap kali memperkatakan isu kerjasama ini. Tidak habis-habis memperburukkan Umno sedangkan Umno berdiam diri dan lebih kepada menumpu kearah usaha-usaha kerajaan untok kebaikan rakyat dan negara. Apakah Pas itu lebih Islam dari Umno?

Soal rasuah, dalam hal-hal rasuah ni Umnolah heronya. Apakah Pas tidak ada rasuah? apakah pembahagian hasil balak itu adil? apakah projek kambing tidak terbengkalai? dimana projek depu?.Pemilihan perwakilan dipersidangan agong Umno dipenuhi dengan politik wang, apakah menjelang Muktamar Pas jun nanti bebas dari politik wang? Apakah pendedahan oleh Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Muhamad Daud Iraqi itu tidak benar? kenapa tidak dibuat lapuran rasmi? sedangkan Ketua Dewan Ulama Pas itu sendiri yang mengesahkan dan beliau seorang pemimpin dalaman parti itu.

Pemimpin Umno gila kepada kuasa, apakah Nizar tidak gila? gila Umno ia tidak berkaitan dengan Cina tetapi gila Nizar bertunjangkan telunjuk Cina DAP. Kalau setakat memerintah 5 negeri pun jadi haru biru macamana mahu memrintah negara? Kalau nak didedahkan satu persatu kerakusan kuasa dan memperkayakan diri dengan mengabaikan tugas kepada rakyat sudah tentulah Pas bukan Umno. Siapa yang lebih mencakna kepada rakyat? Nizar sanggup memberi beribu-ribu lot tanah kepada kaum cina sedangkan kaum melayu tidak diambil kira di Perak. Apakah ini adil? sedangkan Nizar baru 11 bulan sahaja memengang jawatan MB. Apakata jika Nizar menjadi MB lebih 20tahun seperti Nik Aziz di Kelantan? sudah tentulah Perak tidak seperti Perak di zaman pemerintahan UmnoBN lagi.Perak akan jadi rakan kepada Kelantan negeri termundur selepas Sabah dimasa akan datang.

Umno sebuah parti terbesar kaum melayu, tunjang kekuatan BN dan Kerajaan yang telah lama wujud dan memerintah negara sudah lebih 60tahun. Apakah Pas yang memajukan negara ini? Pas tidak boleh dibandingkan dengan Umno. Umno sebuah parti memperjuangkan Islam sebenar di negara ini. Pas sebuah parti kecil yang kononnya mengambil pendekatan Islam dalam perjuangan. Pas yang sebenar-benarnya bertanggongjawab diatas perpecahan sesama Islam di negara ini. Ciri-ciri dan perwatakan corak kepimpinan Pas membuatkan antara penyebabnya parti itu sukar untok mencari jalan penyelesaian dalam sesuatu perkara.Pemimpin mereka menganggap berjubah dan berserban itu lebih Islam dari berkopiah dan berbaju melayu!...

Ulasan...
Blogger
nalapambu said...


Walau apa pun pencacai UMNO hendak kata kan, BN/UMNO tetap akan terkubur pada PRU13 se lewat2 nya.

Kaum melayu sudah berpecah kepada tiga kumpulan - UMNO, PAS dan PKR.

UMNO sudah keseorangan, kaum india dan cina sudah hampir semua tinggal kan BN, kami sudah bersatu dalam DAP.

DAP pula di bantu kuat kan pula oleh PAS dan PKR - "Pakatan Rakyat"

Kekuatan kami sudah terbukti pada PRU12 yang lalu - BN kalah teruk, cuma 'talian hayat' dari Sabah dan Sarawak yang selamatkan BN/UMNO dari berkubur.

Empat PRK BN/UMNO telah tewas dengan teruk - P Pauh, K Terengganu, B Gantang dan B Selambau. Kini BN/UMNO sedang ketar lutut menghadapi PRK N12 Penanti.

Di Perak - BN/UMNO sedang bermati matian mengelak PRU negeri di adakan. Kalau di adakan juga, BN/UMNO pasti tumbang terkangkang.



May 15, 2009 12:02 AM

Delete








No comments:

Post a Comment