Sunday, June 28, 2009

KALAU SUDAH TUA BUAT CARA TUA

NIK AZIZ MENGHINA SESAMA ISLAM BOLEH, UNITY GOVERNMET TAK BOLEH...HARI INI AJAK DS NAJIB PULA DEBAT! KLU..KLEK...


Tidak cukup dengan menghalang hasrat baik yang dituntut oleh Allah SWT supaya umat Islam berpadu, Nik Aziz terus melontar fitnah pula mengata kepada Umno macam-macam diatas isu tersebut. Terbaru Nik Aziz mengatakan kerajaan dibawah pimpinan Umno yang mempunyai persamaan dengan ajaran sesat ayah Pin dan berfahaman komunis.

Tidak berpuas hati dengan kata-kata itu kini Nik Aziz dengan lantang mencabar PM DS Najib berdebat pula. Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Dato Mustafa Muhammad mengatakan sikap Nik Aziz keterlaluan dan tidak melambangkan penganut Islam yang sebenar. Kerana parti politik Nik Aziz memilih jalan bertertangan dengan ajaran Islam sebenar dengan mengata sesuatu kepada sesama Islam yang jelas melanggar hukum-hukum Allah SWT.

Tuan Aziz calon BN di Manek Urai

Ketua Pemuda Umno bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat diumumkan sebagai calon BN dalam piliharanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tuan Aziz mendapat restu dan sokongan padu pimpinan parti, termasuk Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga semua peringkat Umno selain diterima baik ahli akar umbi.

Tuan Aziz, 39, juga merupakan pengurus bahagian pemantauan projek Kesedar.

Muhyiddin membuat pengumuman tersebut , dibuat oleh Muhyiddin dalam satu majlis yang diadakan di Kampung Sok Luar, Manik Urai, di Kuala Krai.

1 comment:

  1. Nik Aziz mengajar orang PAS bahawa perpaduan sesama Islam tidak boleh manakala dengan bukan Islam dibolehkan. Lebih teruk lagi, PAS bersatu dengan bukan Islam menentang pariti Islam.

    ReplyDelete