KERAJAAN PERPADUAN : BOLEH MEMBUKA PEKONG TOMOHAN NIK AZIZ SELAMA INI TERHADAP UMNO
SIAPAKAH YANG KALUT SOAL KERAJAAN PERPADUAN?
Dalam kehangatan perdebatan idea kerajaan perpaduan yang diutarakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mursyidul amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat memanggil pertemuan sulit bagi menepisnya.
Menurut sumber-sumber, Nik Aziz memanggil beberapa pemimpin parti itu yang dilihat menentang idea kerajaan perpaduan dan muqabalah dengan Umno, antaranya, bekas naib presiden Datuk Husam Musa dan penggantinya Datuk Mahfuz Omar.
Mesyuarat itu yang diadakan di Rumah Kelantan, Jalan Stonor di ibu negara pagi kelmarin juga bersetujui mendesak Abdul Hadi menjelaskan pendirian dan tafsiran beliau berhubung perkara itu.
"Setakat yang kita tahu, kerajaan perpaduan itu maksudnya ingin duduk bersama Umno.
"Ini yang kita tentang. Kita harap presiden dan timbalannya (Nasharuddin Mat Isa) boleh membuat penjelasan," kata sumber.
Jumaat lalu, dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dasarnya, Abdul Hadi berkata, beliau yakin idea kerajaan perpaduan akan difahami dan diterima semua pihak suatu hari nanti.
Bagaimanapun, pada malam keesokannya, ketika menyampaikan ceramahnya sempena muktamar tahunan PAS itu, Nik Aziz menyifatkan idea Abdul Hadi itu sebagai "mengarut".
'Kenapa Nik Aziz risau ?'
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, sumber-sumber berkata, idea Abdul Hadi itu perlu diperjelaskan supaya pemimpin lain dalam PAS tidak curiga dan tertanya-tanya maksud sebenarnya.
"Sekarang kita lihat hanya presiden dan Ustaz Nasharuddin sahaja yang bercakap mengenainya.
"Orang lain tidak tahu apa (butirannya)," kata sumber-sumber itu.
Sumber yang lain memaklumkan bahawa pertemuan itu dibuat ekoran kerisauan Nik Aziz terhadap potensi PAS bergabung dengan Umno apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan bersifat terbuka terhadap idea itu.
Utusan Malaysia sehari selepas majlis perasmian muktamar memuatkan laporan itu di muka depan akhbar tersebut.
Kedengaran juga ura-ura bahawa Nik Aziz "merajuk dan kecewa" dengan tindakan Abdul Hadi dan ingin membuat tindakan drastik dengan meletakkan jawatan sebagai mursyidul am.
Bagaimanapun, sumber-sumber itu berkata bahawa ura-ura itu tidak benar.
Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS pusat yang baru dipilih Dr Hatta Ramli ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung pertemuan Isnin itu.
"(Pertemuan) itu bertanya khabar sahaja," katanya, sambil ketawa.
Bekas bendahari agung PAS itu dikatakan turut hadir dalam pertemuan itu.
Sementara itu, di Pahang, seorang naib presiden PAS yang baru, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Abdul Hadi akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu kerajaan perpaduan.
Katanya, kenyataan akan memperjelaskan secara terperinci kerjasama antara PAS dan Umno berhubung isu kerajaan perpaduan, lapor akhbar Sin Chew Daily.
"Presiden akan mengeluarkan kenyataan mengenai isu itu. Semuanya akan diuruskan oleh presiden," katanya.
Malaysiakini.
Ulasan...
- Pejuang said...
- Perkataan keramat 'KERAJAAN PERPADUAN' ini sebenarnya sangat2 mengembirakan orang melayu/Islam yang sedar bahawa negara kita ini sudah mula dikuasai oleh kaum kafir.
Sebenarnya orang melayu/Islam tidak pernah berpecah belah. Yang berpecah belah itu cuma fahaman politik nya sahaja. Walaupun ianya dilihat tidak menjejaskan perpaduan melayu/Islam, tetapi ianya sangat merugikan kaum melayu/Islam.
- PaKMie said...
ANWAR SUKA PUSING FAKTA - BUKTI ANWAR PENIPU TEGAR!!!
10 Jun 2009, Petaling Jaya- Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden Pas. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.
ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA
Perkataan keramat 'KERAJAAN PERPADUAN' ini sebenarnya sangat2 mengembirakan orang melayu/Islam yang sedar bahawa negara kita ini sudah mula dikuasai oleh kaum kafir.
ReplyDeleteSebenarnya orang melayu/Islam tidak pernah berpecah belah. Yang berpecah belah itu cuma fahaman politik nya sahaja. Walaupun ianya dilihat tidak menjejaskan perpaduan melayu/Islam, tetapi ianya sangat merugikan kaum melayu/Islam.