Tuesday, June 23, 2009

PROMOSI SAJA LEBIH TIADA MAKNANYA - MAKA YANG TERSERLAH HANYA ULAMAK E-CLASS

Satu filem unity government arahan Hj Hadi tidaklah menarik sangat, tetapi yang terujanya dapat kita mengenalpasti watak-watak utama dan pelakon tambahan dalam filem tersebut. Skrip dibuat oleh Hj Hadi sendiri, pada awalnya sekadar mahu tahu sejauhamana sambutan peminat dalam ceriter itu. Mahu menganalisis untuk tujuan dan kepertingan sesuatu. filem ini tamat dipawagam isnin lepas.

Begini jalan ceriternya

Dia menjual, dia yang membeli, dia yang makan sendiri dan dia jugak yang buang air besar sendiri.

Dia yang mencadang, dia yang berbincang sama sendiri, dia yang menolak dan dia jugak yang menuduh orang lain (UMNO) yang mengotorkan jamban.

Semua kronologi ke arah kerajaan perpaduan adalah dimula dan ditamatkan oleh Pakatan Rakyat. Ia tiada kena mengena dengan UMNO.

UMNO hanya menyambut dengan tangan terbuka salam perpaduan yang mereka lontarkan.

Tiba-tiba ‘Bapa Manipulasi Pemikiran Rakyat’ kata, ‘Isu kerajaan perpaduan merupakan suatu fitnah jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan PR yang semakin mendapat dukungan rakyat’. (Dalam ayat Anwar tidak pernah tertinggal perkataan RAKYAT).

Modus operandi Abdullah bin Sabak diterima pakai, iaitu bapa kaum munafik sedang diterjemahkan semula di dalam kancah politik negara.

Hasilnya sama seperti apa yang telah dicapai oleh Abdullah bin Sabak. Perpaduan dan ikatan muslimin yang cuba dilakukan telah digagalkan oleh klon Abdullah Sabak diakhir zaman.

Yang berbeza hanyalah jaminan syurga kepada Aisyah dan Ali seperti yang dikhabarkan oleh Nabi SAW. Kita tak tahu pulak apa nasib pemimpin kabilah akhir zaman yang sedang berperang ni. Yang pastinya tiada jaminan syurga buat mereka dan kita semua sebagaimana jaminan yang diberi pada Aisyah ra dan Ali ra.

Kalau puak-puak Islam dalam PR boleh digambarkan menganut fahaman Abdullah Sabak, puak bukan Islam di kalangan mereka mungkin boleh digambarkan sebagai kabilah di kalangan kaum yahudi yang sentiasa mengambil setiap kesempatan yang ada untuk menghancur dan meleraikan ikatan muslimin di kalangan umat Islam.

Kepada para ulamak politik yang sedang diduga tuhan tentang keikhlasan mereka mendahulukan aulawiyyat agama tuhan melebihi kepentingan aulawiyyat kelompok parti telah menyerlahkan kepada kita bahawa mereka telah gagal di dalam tanggungjawab mereka sebagai ulamak warisatul anbiya.

Kepada ulamak politik juga diingatkan kembali, cubalah kaji dan telaah kembali kitab-kitab sohor, apakah ciri-ciri ulamak akhirat dan apakah ciri-ciri ulamak dunia/sook dalam kitab Ihya karangan Al Ghazali.

Setelah dikaji, ditelek dengan mata hati, cubalah suluh kepada diri sendiri apakah Tok Guru dan Tuan-Tuan Guru termasuk di dalam kategori ulamak akhirat atau termasuk di dalam kategori ulamak dunia(fekah).

Jika Tok Guru termasuk di kalangan ulamak akhirat, maka teruskanlah istiqomah tok-tok dan tuan-tuan guru.

Jika didapati terkeluar dari garisan ulamak akhirat, maka terpulanglah kepada Tok-tok dan Tuan-Tuan Guru untuk terus menjadi ulamak yang mabuk kepada kuasa dan takut kepada sesama manusia.


Kkamdias
Blogger The Hobbit Frodo said...

tul tul tul ~~~ ulamak e=class ...

Macam2 hal! x abis satu dtg lak satu ... adessss

June 24, 2009 1:16 AM


2 comments:

  1. tul tul tul ~~~ ulamak e=class ...

    Macam2 hal! x abis satu dtg lak satu ... adessss

    ReplyDelete
  2. Walau demo labelkanya E class rakyat kelantan yang A+ class tetap pilih dio sebagai MB.

    ReplyDelete