Tuesday, June 2, 2009

PAS : ANTARA BERCELARU DAN BODOH

ALLAH SWT MEMBALAS KEMUNGKARAN TANPA KITA SEDARI

Bahang perebutan kuasa mahu memegang jawatan no dua tertinggi parti itu makin terasa. Pembongkaran demi pembongkaran keburukkan parti itu selama ini di keluarkan satu persatu. Apa yang kita gejala rasuah yang selama ini digembang gemburkan oleh pas ke atas Umno terjawab dengan sendirinya kerana pembongkaran sendiri sesama pemimpin parti itu kesan daripada pertandingan perebutan jawatan.

Beberapa hari lalu tiga pegawai kanan kerajaan negeri Kelantan masing-masing telah digantung tugas. Penggantugan tugas mereka secara serta merta kerana ada sangkut paut dengan penemuan kes tuntutan melampau oleh pihak tertentu yang berjumlah RM39 juta dalam tempoh dua tahun dari 2006 hingga 2008 terhadap beberapa agensi kerajaan negeri.Dengan pergantungan tugas ini membolehkan satu semakan akaun kerajaan negeri.

Apabila sahaja Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Mohamad Faris Petra dilantik menjadi Pemangku Sultan ekoran kegeringan ayahandanya Sultan Ismail Petra. Penyelewengan terbongkar apabila Tengku Mahkota Kelantan mengambil inisiatif sendiri untuk 'menyiasat' bagi mengambil maklum mengenai kejadian itu. Tengku Mahkota dikatakan tegas dan prihatin dalam hal ini kerana baginda tidak mahu berlaku pembaziran dan pengkhianatan.

Fitnah memfitnah sesama penyokong parti dilakukan secara terang-terangan. Beberapa golongan yang masing-masing mahu menegakkan kebenaran menggunakan agama sebagai sandarannya. Kalau sebelum ini Umno sudah menjelaskan kepada kita semua tetapi pengikut-pengikut Pas tidak dapat menerimanya sebaliknya pula menuduh Umno sebuah parti yang zalim, rasuah dan rakus pada kuasa. Apa yang kita tahu hari ini beberapa golongan pas sendiri sudah membuka pekong didada.

Rakyat sekian lama tertipu dek permainan politik pas. Kerajaan negeri sepatutnya mempunyai pelan tindakan bagi membangunkan segala sumber semula jadi di negeri itu secara terancang, malangnya ia gagal berbuat demikian. Pas lebih kepada bermain politik daripada memajukan negeri dan kemakmuran rakyat.







3 comments:

  1. PAS dah sama. Cakap tak serupa bikin. Lupa diri sendiri sebab asyik mengata orang lain hingga lupa nak lihat cermin diri sendiri

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Pas sdh terpesong jauh dari landasan perjuangan partinya. Mainan pemimpin yang rakus pada kuasa yang dicanang oleh Anwar Ibrahim.

    Sudah terjawab pada kita yang sekian lama rakyat diperbodohkan oleh pemimpin pas.

    Allah SWT sdh tunjukkan kepada kita satu persatu kemungkarannya.Pertengkaran sesama pemimpin Pas dalam perebutan jawatan dalam parti itu menyerlahkan lagi kemungkaran yang disembunyikan selama ini.

    ReplyDelete
  3. ikuk suko mu aaa pak mie. mahkamah belum jatuh hukum pun.

    ReplyDelete