Saturday, June 20, 2009

UNITY GOVERNMENT : JANGAN SAMPAI MENGHERET KEPADA MASALAH NEGARA


KAUM MELAYU SANGGUP BERPECAH KERANA POLITIK SEBALIKNYA KAUM LAIN TETAP BERSATU JIKA KAUMNYA TERCABAR WALAUPUN IANYA BERLAINAN PARTI.

"Kita kaum melayu perlu berhati-hati dalam soal isu unity government. Ini kerana musuh sentiasa memerhati gerak geri kita. Kuasa politik melayu akan terkubur jika kita terlalu asyik berpolitik dan tersilap langkah..."

Keputusannya samada berjaya atau tidak tiada siapa yang berani memberi jawaban. Tetapi apa yang kita tahu pada hari ini pepercahan pimpinan melayu dalam pas semakin jelas kelihatan sehinggakan 10 orang MP Pas sanggup membuat kenyataan secara terang-terangan menyokong usaha Nik Aziz menentang kearah perpaduan itu.

Kalau sebelumnya melayu di negara ini berpecah tiga kumpulan tetapi hari ini melayu sudah berpecah kepada empat kumpulan iaitu Umno, PKR dan Pas menyokong Hj Hadi dan Pas yang menyokong Nik Aziz. Amat membimbangkan kepada kita jika perkara ini tidak dibendung secepat mungkin, musuh sentiasa memerhati gerak geri kita dan cuba mengintai setiap ruang yang ada. Isu ini seharusnya jangan dipandang ringan dan perlu dibuat tindakan segera samada mahu diteruskan atau pun tidak, baik disebelah Umno atau disebelah Pas sendiri.

Hanya yang ada pada orang melayu sekarang adalah mempunyai sedikit kuasa sahaja sedangkan dalam bidang lain termasuk dalam bidang ekonomi kita jauh ketinggalan dibelakang berbanding dengan kaum-kaum lain yang ada di negara ini. Kita bercakap dalam kontek penyatuan Islam dan melayu, kita tidak bercakap dalam kontek mana-mana parti politik yang mewakili kaum melayu.

Jika kaum melayu terus berpecah bermakna kita sengaja memberi ruang kepada kaum lain untuk mengisinya. "Jika badan kita tidak sihat sudah tentu mudah ditambah penyakit". Kaum lain amat bijak berpolitik. Mereka boleh bersatu jika kaumnya tercabar walaupun mereka berlainan parti, sebaliknya kita kaum melayu sanggup berpecah kerana politik.Akhirnya, hanya menang sorak, sedangkan negara tergadai...

3 comments:

  1. Salam Pak mie ...

    Perpaduan antara umat Islam ditolak mentah oleh Mursyidul Parti Islam M'sia (PAS)..Dimana jihat pemimpin ini dlm memperjuangkan hak-hak org Islam M'sia. Ditentang kerana Ego dan curiga. Cuba kita bayangkan jikalau Rasullullah S.A.W masih hidup..adakah muzakarah ttg kerajaan perpaduan ini ditolak ??? kita sesama Islam dan sesama bangsa, tiada sebab yg kukuh utk perpaduan itu ditolak melainkan ade objektif lain yg dikejar..UMNO telah menyahut salam..terpulang pada PAS utk melangkah masuk...Bersatulah puak-puak Islam dan melayu..anggaplah ini satu bonus utk bangsa kita bersatu..wasalam

    ReplyDelete
  2. Tuan,
    Kerajaan Perpaduan itu gaya politik lama.
    Kerajaan Perpaduan itu memanglah patut ditolak
    Itu Kerajaan Perkauman.
    Itu kerajaan perut dan kemaluan sahaja.
    Sila baca apa lagi yang saya kata tentang Kerajaan PErpaduan dalam blog saya.
    http://gedungakal.blogspot.com/2009/06/lagi-lagi-kerajaan-perpaduan.html

    ReplyDelete
  3. Salam,,

    Gedung akal..kalau keling yg ckp mcm tu bole diterimalah..tp kalau melayu lah ckp mcm ni..rasenye nk letak status ape yek...nk sebut ko Islam melayu un rase nk muntah...aku panggil komunis pengkhianat agama n bangsalah senang..ambik ko

    ReplyDelete