Mengikut dari sumber-sumber yang boleh dipercayai mesyuarat bersabit menghalang Nasharuddin dari menghadiri setiap program di Manek Urai ialah pada 25 Julai. Mesyuarat itu telah diadakan oleh Badan Perhubungan Pas Kelantan. Kesemua yang hadir adalah ketua-ketua kawasan termasuk cikgu Rahim dan Fatah Haron berserta dengan ketua-ketua dewan dan juga pesuruhjaya dan naib pesuruhjaya Pas. Mesyuarat hari itu tidak dipengerusikan oleh Nik Aziz.
kenapa tidak mahu berterus terang dan bertanggungjawab. Kenapa sanggup bersikap munafik? Katakan saja. Jangan ajar orang menjadi munafik sama seperti kita. Jangan ajar rakyat juga turut terlibat sama menjadi munafik. Ternyata ramai dari kalangan pemimpin pas yang munafik dan ‘klu klek’ kerana mahu kuasa politik
ArissG
P/s : Kalau kita iklas kenapa takut untuk bersumpah, kalau kita benar kenapa takut untuk menghadapi pembicaraan, kalau kita juga yang menbuat keputusan kenapa kita tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Tidak munafik lagikah kamu?
Ulasan..
Jika sebelum ini Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dilarang muncul pada kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, namun semakin tiba tarikh pengundian, lain pula ceritanya.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dalam nada berbeza memohon orang nombor dua parti itu turun memainkan peranan bersama jentera Pas dalam pilihan raya kecil itu.
Ia sekali gus bagi membersihkan namanya yang dikatakan tercemar ketika isu cadangan kerajaan perpaduan yang dikaitkan dengan Nasharuddin sudah mulai sejuk.
Nik Abdul Aziz ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini mengakui pada peringkat awal Nasharuddin dilarang menghadiri proses penamaan calon bagi mengelak rasa malu disebabkan bimbang disorak oleh penyokong Pas yang marahkan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.
- The Infinity said...
Pak Mie yang paling penting sekali sekarang adalah bagaimana nak menarik dan meraih undi golongan muda yang tegar ni. Hasil kajian mendapati mereka ni susah sangat nak bagi undi pada B.N
Pak Mie yang paling penting sekali sekarang adalah bagaimana nak menarik dan meraih undi golongan muda yang tegar ni. Hasil kajian mendapati mereka ni susah sangat nak bagi undi pada B.N
ReplyDeleteSalam Perjuangan